Assalamualaikum pembaca sekalian,
Pernahkah anda mendengar penyakit anemia?Penyakit anemia ialah apabila anda memiliki jumlah sel darah merah yang rendah di dalam darah.Sel darah merah merupakan sel utama yang membawa oksigen ke semua rangkaian tubuh dan organ.Oksigen sangat penting kerana tanpanya sel tidak dapat menggunakan tenaga dari makanan.Disebabkan ini seseorang yang mempunyai masalah anemia akan mudah menjadi letih dan kelihatan pucat.Mempunyai jumlah sel darah merah yang rendah juga boleh menyebabkan risiko masalah jantung.
Anemia umumnya akan dihidapai oleh mereka yang mempunyai masalah buah pinggang.Ini kerana,pada kebiasaannya buah pinggang sihat akan menghasilkan hormon yang disebut erythropoietin atau EPO.Hormon ini akan merangsang sumsum tulang untuk menghasilkan sel darah merah.Sekiranya anda mempunyai masalah buah pinggang,maka buah pinggang anda tidak dapat mengeluarkan hormon ini dengan secukupnya.Keadaan ini akan menyebabkan kurangnya penghasilan sel darah merah.
Kemungkinan anemia mula berkembang pada tahap awal penyakit buah pinggang lagi.Ianya cenderung untuk menjadikan penyakit sedia ada menjadi bertambah buruk.Hampir keseluruhan mereka yang mengalami kerosakan buah pinggang akan turut mengalami anemia.Kegagalan buah pinggang sepenuhnya juga dikenali sebagai penyakit buah pinggang tahap akhir.
Rawatan untuk anemia bagi mereka yang mempunyai penyakit buah pinggang mungkin termasuk memberikan suntikan EPO buatan manusia.
Alhamdulillah pembaca sekalian.Saya sudah pun kongsikan dengan anda tentang penyakit anemia ini.kalau diikutkan begitu pentingnya kita menjaga buah pinggang kita daripada rosak.Sebab fungsinya yang begitu penting untuk kesihatan kita.
Bagaimana pula dengan anda.Ada sebarang pertambahan info tentang anemia?Kongsikanlah bersama pembaca lain di ruangan komen di bawah.
P/S : InsyaAllah dalam masa terdekat ini projek penghasilan ebook pertama akan siap.Saya akan maklumkan perkembangan terkini melalui blog ini
*******************************************************************
Minat dengan artikel blog ini?Langgan artikel terbaru melalui emel.
Atau ikuti perkembangan terbaru blog ini di facebook atau twitter.
Dan jangan lupa ye untuk kongsikan artikel ini sekiranya bermanfaat
*******************************************************************
Sumber rujukan artikel : Kidney Health Care
Dapatkan Artikel Terkini Secara Terus Melalui Emel Anda – Ianya PERCUMA:

Masukkan Emel Anda Dan Tekan Butang ‘Submit’


nice entry
terbaeekkk!!!!
singgah dari mknace unlimited
mknace recently posted..Movie Review – Shaolin 2011
Info yg baik… ^_^
Iklil recently posted..Kawan-Kawan Tolong Aku!
Thanks bro sebab sudi singgah dan bagi komen.
anemia?
mmg xbagus la kalau berpenyakit itu
macam pucat je orang yang kurang sel darah merah ni
hu3
xsangka plak ada kesan ngan buah pinggang
hu3
nash recently posted..Aku Kemalangan- Terlanggar Bangla Kecewa-Menyesal- Trauma!
Sebab tulah bro kita kena jaga betul-betul buah pinggang yang dikurniakan Allah kepada kita.
Anak saya positif G6PD yang mana sel darah merah akan berpecah jika melanggar pantang seperti makan kacang parang, pengunaan ubat gegat, semburan ubat nyamuk dan nila
akubiomed recently posted..Blog AkuBiomed dapat Sitelinks dari Google
Oh,yeke.Adakah G6PD tu salah satu penyakit berkaitan buah pinggang?
Kekurangan enzim G6PD yang membuat sel darah merah kekal didalam bentuknya. Tulang sum-sum tak sempat nak ganti sel darah merah yang rosak
Oh,macam tu rupanya.Bro pun banyak juga pengetahuan tentang penyakit ni ye.Terima kasih atas penerangan.
Err, jangan salah faham ini adalah secebis ilmu dunia yang saya tahu
salam..
pertama kli disini.
bahaya juga penyakit ini. hurm.. masa kecil mak suri sllu ckp klu makan tu pilihlah sumber makanan yang bayk cam cth kerang..sb ia mmpu meghasilkan darah dlm badan kita.
sejak dari tu le smpi skrg klu pergi ke pasar mesti beli kerang sekilo dua..buat rata masa makan tgari..masa sengkang..
ps:mkn byk2 pun bukannya elok sangt kan heee
Wslm…
Terima kasih atas lawatan suri yang pertama ke blog saya.Harapan saya akan adalah lawatan kedua,ketiga dan seterusnya.Memang betul tu suri.Kita bukan sahaja perlu memilih makanan yang halal,tetapi juga makanan yang baik.
Keran sekarang pun sudah tercemar silap-silap dapat penyakit lain
selalunya kerang tetap jua dicari huhu
tengkorak emas recently posted..Memori bot pisang
apa beza anemia dgn leukimia?
tengkorak emas recently posted..Memori bot pisang
Anemia berkaitan dengan masalah sel darah merah,sedangkan leukimia berkaitan dengan masalah sel darah putih.Tak silap sayalah.Ada sesiapa nak tambah?
sebelum sy dapat tahu sy ada iga..saya menghadapi cronic anemia adekah punca ini sebenarnya punca kini sy menghadapi IGA
Salam saudara/i,
Saya ingin meminta maaf kerana saya sendiri tidak dapat menjawab dengan pasti tentang masalah yang diajukan.Yang terbaik silalah berjumpa dengan doktor untuk melakukan ujian.
Pingback: Tekanan Darah Tinggi & Penyakit Buah Pinggang Kronik Pada Kanak-Kanak: Panduan Untuk Ibubapa (bah 1) l Buah Pinggang Sihat Dot Com