Anda Pengidap Neprotic Syndrom?


Assalamualaikum pembaca sekalian,

Terima kasih kerana masih setia untuk mengunjungi blog ini untuk info-info terkini tentang buah pinggang.Untuk artikel kali ini,insyaAllah kita akan sama-sama  mengenali tentang satu penyakit yang berkaitan dengan buah pinggang,iaitu Neprotic Syndrom.Mudah-mudahan artikel ini akan memberikan manfaat.

Pengenalan

Neprotic Syndrom adalah sejenis penyakit yang berkaitan dengan buah pinggang.Bagi buah pinggang yang normal,terdapat sejenis penapis halus yang dipanggil glomeruli yang mana ianya berfungsi untuk menghalang albumin,iaitu sejenis protin,daripada keluar ke dalam air kencing.

Bagi mereka yang mempunyai penyakit Neprotic Syndrom pula,glomeruli atau penapis halus tadi telah pun rosak atau berlaku kebocoran.Ini akan menyebabkan lebih dari 3 gram protin akan keluar dari tubuh dalam tempoh 24 jam setiap hari.Keadaan ini dipanggil proteinuria .Ianya akan menyebabkan pengidapnya kehilangan banyak kandungan protin yang sangat diperlukan oleh tubuh.

Penyebabnya

Penyakit ini  lebih banyak berlaku di kalangan kanak-kanak berbanding orang dewasa. Penyebab kerosakan glomeruli pada pesakit nephrotic syndrom kebanyakannya tidak diketahui (idiopathic). Ada juga disebabkan oleh jangkitan kuman di dalam darah seperti siflis, penyakit autoantibodi seperti SLE (Systemic Lupus Erythematosus), penyakit darah sejak lahir seperti sickle cell disease dan kencing manis.

Pathophysiology

Apabila berlakunya pengeluaran kandungan protin yang banyak dari tubuh atau proteinuria akan menyebabkan badan kekurangan sumber protin dari dalam darah atau disebut juga sebagai Hypoalbuminemia.Kekurangan protin di dalam salur darah akan menyebabkan air keluar dari dalam salur darah ke dalam tisu badan.Ini akan menyebabkan berlakunya pembengkakan pada muka,badan dan kaki yang  dipanggil Edema atau bengkak air.

Apabila protin di dalam tubuh menjadi kurang,hati akan bertindak mengeluarkan protin bagi mengimbangi jumlah protin yang hilang.Ia juga akan mengeluarkan lemak sebagai tindak balas dari kekurangan protin.Akibatnya akan berlakulah Hyperlipidemia atau lemak berlebihan di dalam darah.

Gejala

Penyakit Neprotic Syndrom akan menyebabkan pengidapnya mempunyai masalah-masalah berikut:

  • Menjadi lemah atau berasa tidak bermaya
  • Mata dan muka menjadi bengkak pada waktu pagi ketika bangun dari tidur
  • Kaki akan bengkak pada waktu petang kerana berdiri
  • Perut kembung
  • Sakit perut
  • Cirit-birit

Diagnosis

1. Air kencing Dipstick – Tahap kandungan protin yang tinggi di dalam air kencing mungkin disebabkan oleh penyakit neprotic syndrom.

2. Air kencing 24 jam – Air kencing akan disukat selama 24 jam yang mana ianya bertujuan untuk mengira jumlah protin secara lebih tepat.

3. Darah – Penyakit neprotic syndrom akan menyebabkan kandungan protin rendah di dalam darah dan lemak akan tinggi.Kiraan kriatinin dan urea yang tinggi di dalam darah menunjukkan bahawa fungsi buah pinggang telah terganggu.

4. Biopsi – Kaedah ini iaitu di mana sedikit sampel buah pinggang diambil dengan menggunakan jarum khas.Ianya adalah untuk menentukan jenis-jenis neprotic syndrom.Cara ini sangat penting untuk dilakukan kerana neprotic syndrom diperingkat minima boleh diubati dan mempunyai peluang untuk sembuh yang sangat cerah.

Komplikasi

  1. Penyakit ini akan menyebabkan tumbesaran terbantut sekiranya ia berlaku pada kanak-kanak dan akan menyebabkan mereka dimasukkan ke dalam wad untuk dirawat sehingga sembuh.
  2. Antibodi badan akan menjadi lemah.Ini akan menyebabkan pengidapnya mudah mendapat jangkitan kuman dan boleh membawa maut.
  3. Air yang berkumpul di selaput paru-paru dan tisu badan akan menjadi tempat pembiakan kuman.Ini akan menyebabkan jangkitan paru-paru dan sebagainya.
  4. Dan komplikasi yang paling menakutkan ialah kegagalan fungsi buah pinggang atau End Stage Renal Failure (ESRF) di mana buah pinggang tidak lagi dapat berfungsi.
  5. Darah juga akan bertukar menjadi pekat kerana air keluar dan masuk ke dalam tisu badan berhampiran.Ini akan menyebabkan berlakunya penyakit di dalam salur darah seperti salur darah di dalam kaki tersumbat (Deep Vein Thrombosis).
  6. Ubat yang diambil iaitu steroid juga akan memberikan banyak kesan sampingan sekiranya diambil dalam jangka masa yang lama.

Rawatan

  1. Pada kebiasaannya, ubat steroid iaitu prednisolone akan diberikan mengikut berat badan sehingga tiada protein di dalam air kencing. Kemudian, dos ubat ini akan dikurangkan dengan perlahan-lahan.
  2. Protin albumin akan diberikan untuk meningkatkan kandungan albumin di dalam darah dan ianya akan diberikan dalam kes-kes tertentu.Pada kebiasaannya ia tidak akan diberi.
  3. Sekiranya badan dan muka mengalami kebengkakan atau Edema yang boleh mengancam nyawa,maka akan diberikan sejenis ubat kencing iaitu Frusimide.
  4. Ubat antibiotik akan diberikan kepada pesakit sekiranya terdapat sebarang jangkitan.
  5. Diet – Pengambilan garam bagi pesakit neprotic syndrom sangat perlu untuk dikawal.Selain itu pengambilan air juga perlu dikawal terutamanya ketika mengalami edema.Sekiranya dalam keadaan biasa,air tidak perlu dikawal secara keterlaluan.Dan pengambilan protin serta kalori yang baik sangat penting bagi pengidap neprotic syndrom.

Itulah dia pembaca sekalian sedikit perkongsian tentang penyakit Neprotic syndrom.Mudah-mudahan ianya akan menambahkan pengetahuan kita tentang penyakit ini.Anda ada tambahan untuk artikel ini?Saya amat-amat mengalu-alukan perkongsian dari anda.Manfaatkanlah ruangan komen yang disediakan.

Selamat berkomen :-)

Kredit gambar : http//drazwan.blogspot.com

P/S: Adakah artikel di atas membantu?Sekiranya ya,mengapa tidak anda melanggan artikel blog ini secara mudah melalui RSS feed atau emel? Atau tunjukkan sokongan anda dengan memberikan sedikit komen.Saya pasti amat menghargainya.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

87 thoughts on “Anda Pengidap Neprotic Syndrom?

    • Saya masa mula-mula dulu pun tak pernah dengar,bila dah kena baru tau.Saya seorang pengidap neprotic syndrom.

    • adik saya menghidap NS kira setahun yg lalu, kini die membuat rawatan susulan 4bln sekali. soalan saya, berapa minimum kuantiti air kencing yg diperlukan utk diujikaji? adik saya tidak lg memakan ubt prednisolone, Hmm..kt sni sy lihat smuenye mkn ubt tu..

      • Mengikut pengalaman saya,kalau keputusan diperlukan dengan segera,doktor akan memberikan satu bekas kecil sahaja dan hanya sedikit sahaja sampel air kencing yang diperlukan.Kalau 4 bulan sekali macam adik saudara,mungkin doktor akan memberikan satu bekas besar untuk disimpan air kencing selama 24 jam.

        Urin 24 jam diperlukan untuk melihat secara lebih tepat berapakah jumlah protin yang keluar.Memang betul.Saya sendiri memakan ubat prednisolone.Berapa umur adik saudara?Mungkin ubat tu tak sesuai dengan adik kot.Cuba bertanya dengan lebih lanjut kepada doktor yang merawat.

        • Umur adik sy 35th. Selepas dirujuk pd pakar, Dr. yg merawat bertanye knp adik sy masih memkn lg ubt prednisolone tu, kemudian Dr. kurgkan sedikit dos tiap2 mggu smpai berhenti memkn ubt tu..Dr. tu kate lg klu adik sy memkn ubt prednisolone tu ade kesan sampingan spt sakit sendi2 dan rambut gugur.Skrg ni adik sy memkn ubt kolesterol shj..

          Sblm ni jmpe Dr. di hosp daerah shj, mgkin pakar perubatan yg merawatnye..

          Benar ke pnykt ni tidak boleh sembuh?, hanya dikawal shj..Dr. yg merawat adik sy mengatakan pnykt ini boleh dtg blk semula..dan kurgkan makn yg berlemalk

          • Alhamdulillah, selepas saya amalkan cellfood, dgn izin Allah saya rasa sihat,tidak perku ambil sebarang ubat hospital, ujian darah dan urin setakat ni ok.

  1. Bila terbaca surat khabar Harian Metro mengenai seorang gadis ditikam belakang gara-gara peragut gagal melarikan beg tangan gadis tersebut. Gara-gara tikaman tersebut telah mengenai buah pinggang gadis malang tersebut

    • Yeker?Apa yan terjadi kepada perempuan tersebut?Sudahlah jatuh ditimpa tangga pula.Sudahlah luka ditikam,silap-silap buah pinggang wanita tersebut akan rosak terus.

      Manusia sekarang lebih jahat dari singa yang buas.

  2. hai admin…adakah admin pengidap peyakit nephrotic juga? sy pun ada penyakit yg sama…nk tanya…penyakit admin tu dah sembuh ke?.

    • Hai.Ye saya juga pengidap penyakit tersebut.Dah lama dah.Lebih kurang lapan tahun.Tapi alhamdulillah dengan izin Allah penyakit tersebut masih ada tapi lebih baik dari dulu.

      Bagaimana dengan saudara pula?

  3. saya kurang dari 5 bulan…alhamdulillah,saya semakin sihat…masih mkn ubat (prednisolone)…skrg sy ambil dlm 30 mg sehari…bulan januari depan mungkin akan dikurangkan lg…admin mcm mana? masih dgn ubat ke? ada x side effects mcm saya..muka saya dh jadi bulat sebab ubat tu…

    • Memang dos prednisilone tu akan dikurangkan dari semasa ke semasa,bergantung kepada keputusan darah dan air kencing.Ada buat ujian urin 24 jamkan.

      Side effect yang berlaku pada saya dulu pun macam di alami oleh bro sekarang ni.Muka akan jadi tembam.Istilahnya ‘moon face’.Kemudian selera makan akan bertambah.Saya masa makan ubat ni dulu sekali makan setengah periuk boleh habis sorang:-).Lagi kesan buruknya ialah mungkin akan ada kencing manis.Tapi kalau makan dalam jangka masa yang panjangla.

      Dan banyak lagi kesan buruknya.Boleh rujuk kepada doktor.Saya sekarang alhamdulillah tak bergantung pada prednisilone dah.Saya ada ambil satu produk kesihatan dan dengan izin Allah semakin baik sekarang.

  4. Assalamu’alaikummm….
    susah hati le.Ank 5thn;dh hmpr 4thn jalani rwtn NP tp xsembuh jugak.Cuba homeopthy jgk,dh 2klinik hmpthy tp msh ade lg.

    Ramai dktr kate mkn prednisolone tu je le kaedah rwtn buat masa ni,xde cara lain dh.

    mcm mane haaa…

    Ya Allah…sembuhkan lah penyakit anakku dan sdra2 yg sepertinya…AMINNNNNNNNNN…..

    TQ admin sbb sudi kongsi in4.

    • Wassalam,

      Apa yang saya tau memang ubat prednisilone lah yang boleh digunakan sebagai ubat untuk masalah NS.Kena cuba alternatif lain,jangan terlalu mengamalkan memakan ubat tersebut kerana ada kesan sampingan.Macam saya saya mengambil pemakanan kesihatan dan alhamdulillah ada perubahan.

  5. Pingback: Nefron-Strukur & Fungsinya

  6. sy menghadapi penyakit nephrotic syndrome 4 bulan yg lalu……kandungan protein dlm urine sy da berkurangan become 3+….bru2 ini,doktor telah memberitahu sy yg dya nk buat bioksi ke atas saya,,,adakah sy perlu menjalankan bioksi tersebut????????

    • Apabila doktor mencadangkan kepada bro biopsi,saya nasihatkan agar bro lakukanlah.Proses biopsi hanyalah sekejap saja dan tidaklah sesakit mana.Cumanya selepas dilakukan bro tak boleh bangun selama 6 jam bagi menghentikan pendarahan.Semuanya akan diterangkan oleh doktor nanti.

      Tujuannya untuk mereka memastikan rawatan dan ubat yang bagaimana yang sesuai dan terbaik untuk bro.Sebabnya nefrotik sindrom ni pun banyak jenisnya.Bro tau tak berapa bacaan kreatinin bro?

    • Dari pengalaman saya diet untuk pesakit nefrotik sondrom mestilah kurang garam.Kemudian kurangkan sayur yang tinggi kandungan potassiumnya sperti pisang.Banyakkan mengambil bahan makanan yang berprotin seperti ikan kerana pesakit nefrotik sindrom kekurangan protin di dalam badan.

      Kurangkan makanan yang berlemak kerana pesakit nefrotik sindrom juga akan mempunyai nilai kolestrol yang tinggi di dalam darah.Ubat yang sesuai untuk penyakit nefrotik sindrom bergantung kepada jenis penyakit.

  7. salam..
    anak sy br dikesan ada NS kira2 dua blan lalu. Skg ambik pregnislone 5 biji selang sehari.masa mula2 ambik perut jd buncit sgt2, alhamdulillah bila bwk dia cuba rwtan alternatif perut da kmbali normal.Cuma pipi shj yg agak tembam. kpd penghidap NS, saya sarankan anda cuba rwatan alternatif.

    • Wslm puan,

      Apa yang dialami oleh anak puan sekarang,juga pernah saya alami sewaktu mula-mula kena penyakit ni dulu.Saya juga menyarankan agar mengambil cara rawatan alternatif kerana ubat hospital terutamanya prednisolone sangat memberi kesan buruk sekiranya diambil dalam jangka masa yang lama.

  8. saya nk tanya admin, anak saya ckup suka mkn seafood sprti udang dan sotong. apakah mkanan seperti itu akan memberi kesan kpada anak saya?

    • Sekadar yang saya tahu,makanan seafood ni akan menyebabkan banyaknya asid urik di dalam bada.Ini akan menjadi punca kepada penyakit gout.

  9. salam…
    bleh x admin cadangkan satu diet utk anak saya. saya kurang yakin untuk memberinya mkanan kerana bimbang akan berlaku kembali kbocoran protein dlam urin. untuk pengetahuan admin, sejak anak saya discaj dr hospital kira2 2 blan lalu, urin dia masih -ve sehingga hari ini.

  10. salam.
    saudara admin,,saya bau nak join sebagai pesakit baru :D dan buah pinggang saya belum dikenal pasti jenis sakit yg dihadapi tapi sewaktu kali pertama keadaan perut sepertu memulas masuk angin dan kemudia bahagian rusuk kiri (pinggang) sakit kerana tegang memulas (mcm dihempas)serta akhirnya muntah yang banyak cuma semlm je muntah tu. tapi sakitnya masih samai hari ni dan selama 2 hari di dalam wad tapi dr masih tak dapat beri apa2 komen dari xray yg dilihat..pening saya dibuatnya..minta tolong saudara berikan saya sedikit makluman ye..tema kasih

  11. assalamualaikum…saya pun pengidap neprotic syndrom….sudah dekat 3 thun saye sakit…umor saye skg bru 22…baru sebulan lepas saya buat biopsi…saye nk bg taw…klau doc suruh buat biopsi tu…baik buat cepat…mmg xsakit…kalau saye tahu dr dulu buat biopsi tu xsakit…saye dah buat awal2 dah…smnjak saye sakit…sudah 3 kali saye masuk wad… bdan lemah2 jugak ar…tapi semenjak saye makan produk kesihatan yg sye beli tu…alhamdulillah…bdan cergas cikit…nie blog saye kalau nak tahu produk pe …

    http://safroneycollegen.blogspot.com/

    admin, saye nak tahu lebih lanjut tentang produk yang admin makan tu…leh kongsi2 produk…:)

    • Saya dah mengidap nefrotik sindrom selama 8 tahun dan saya juga sudah pun membuat biopsi.Memang ianya tak sakit kerana telah diberi bius.Tetapi selepas habis kesan bius tu sakit juga,tak boleh buat kerja berat.Dan selepas melakukan biopsi kena baring selama 6 jam agar pendarahan akan berhenti dengan cepat.

      Oh,produk yang saya guna tu ialah cellfood.Anda boleh tahu dengan lebih lanjut di sini:

      http://buahpinggangsihat.com/cellfood.html

  12. assalamualaikum ..

    saya dah lama ada penyakit minimal change NS ..
    skrg makan ubat prednisolone 1 1/2 …
    dari tahun 2001 until skrg ..

    saya berminat hendak tahu lebih lanjut ttg cellfood yg anda ckp tu ..

    dah brapa lama anda mggunan cellfood n apa kesannya pada diri admin?

    brapa harga cellfood?
    diwebsite nya takde harga pun ..?

    • Waalaikumussalam,

      Kira dah lamalah encik makan ubat prednisilone.Sekarang ni apa kesan sampingan yang encik rasakan?

      Apa yang encik hendak tahu tentang cellfood tu?Saya dah menggunakan cellfood selama 2 tahun dah.Dan alhamdulillah sekarang ni penyakit Nefrotik Sindrom saya dah tidak datang berulang dah.Saya juga tidak perlu makan ubat hospital lagi.Tetapi cara pemakanan masih lagi perlu dikawal.Harga cellfood kalau bukan ahli lebih kurang RM200 lebih.Kalau ahli RM168.Encik berminat nak cuba?

  13. ya dah lama sangat,kesan sampingannya spt yg saya alami ..
    rambut gugur,cepat berpeluh,cepat penat,cepat naik berat badan(senag gemok),selera kuat,tp skrg saya krgkan makan .. n dah maintain .. ssh nak bina otot la .. dah byk buat exercise masa ada byk lemak ..

    before penah setahun x makan ubat prednisolone coz doctor ckp penyakit saya dah ok tapi selepas setahun,pyakit ni berulang kembali .. n doktor pakar ckp nasib baik cepat dtg jumpa dia sbb pykit ni baru je mula nak buat hal .. pastu kene makan semula ubat dr byk sampai lah dikurgkan jadi 1 1/2 ..
    saya ckp kenapa pykit ni berulang kembali .. n dia ckp semuanya nasib .. nasib n nasib .. tu je yg dia ckp .. dia kata punca penyakit sya masih tak diketahui n masih dalam kajian .. (idiopatik) ..
    dia ckp makan je apa yg saya nak .. yg ckp mcm ni doktor pakar saya..
    tp lau pemakanan saya jaga dgn baik ..

    dah banyak product lain saya cuba seblum ni tapi x mndtgkan hasil ..

    saya nak tahu kesan cellfood pada diri anda..
    mcm blood test ,urine,24 hours urine test?
    apa yg doktor anda brtahu?
    dia terkejut?
    atau dia kata perkembangan memuaskan?
    jika saya berminat utk mencuba cellfood bagaimana caranya?

    • Apa yang dialami oleh encik sama macam apa yang saya alami juga.Kolestrol tinggi adalah salah satu masalah yang akan dialami oleh pesakit nefrotik sindrom,walaupun kita dah kurangkan memakan makanan yang berlemak.Sebabnya apabila protin keluar melalui air kencing dan kandungan protin dalam badan kurang,hati akan bertindak menghasilkan protin bagi mengimbangi protin yang keluar tadi.Dan akibatnya hati juga akan mengeluarkan sekali lemak,itulah yang menyebabkan lemak tinggi.Doktor ubat lipitor ke untuk lemak ni?Saya makan ubat lipitor.

      Memanglah,saya pun sampai sekarang masih tak tahu dengan pasti apakah punca sebenarnya saya boleh dapat penyakit ni.Cuma saya hanya tahu macam mana cara nak jaga supaya tak menakin teruk,tu je.Kebetulan saya baru saja lepas appoinment dengan doktor pakar saya.Dan keputusan darah serta urin test menunjukkan perkembangan yang positif.Doktor ada juga bertanya,tetapi saya tak bagitahu saya ada mengambil pemakanan kesihatan,sebab pihak hospital ni tak galakkan kita makan selain dari ubat yang diaorang bagi.

      Tentang produk kesihatan yang sesuai tu memang tak semestinya produk tersebut akan sesuai dengan kita walaupun dengan orang lain sesuai.Saya juga sebelum menggunakan produk cellfood,telah mencuba pelbagai produk kesihatan hasil dari rekemen kawan-kawan dan saudara mara.Memang dari testimoni pengguna ada yang menunjukkan kesan yang positif,tetapi tak semestinya ia juga akan positif selepas kita menggunakannya.Alhamdulillah,produk cellfood sesuai dengan saya.Walaupun harganya agak mahal,saya tetap juga usaha untuk maintain setiap bulan mengamalkan pemakannnya.

      Tentang keputusan ujian darah dan air kencing,saya pun tak faham untuk kongsikan semuanya.Apa yang saya tahu untuk melihat samada buah pinggang berfungsi dengan baik atau tidak ialah berdasarkan keputusan protin dan juga kreatinin serta urea.Di bawah ini ialah keputusannya:

      Test Renal Function Result Units Range
      1)Serum urea 5.7 mmol/L 1.7-8.3
      2)Sodium 142 mmol/L 136-145
      3)Potassium 3.9 mmol/L 3.5-4.5
      4)Kreatinin 74 umol/L 62-106

      Ujian air kencing juga menunjukkan keputusan yang positif.Bacaan untuk protin menunjukkan positif.Ini bermaksud bahawa protin tidak lagi keluar bersama air kencing.Saya yakin yang ini adalah kesan dari pemakanan cellfood tersebut dengan izin dari Allah.Hasil dari keputusan ini memang menunjukkan perkembagan yang positif dan ianya diakui oleh doktor saya sendiri.

      Sekiranya encik berminat dengan produk cellfood ni dan nak dapatkannya,encik boleh beli dengan harga ahli dari saya.Cuma saya letakkan harga pos penghantaran sahaja.Boleh hubungi saya melalui laman “hubungi saya” di blog ini.

  14. anak sy baru diagnosed neprotic syndrome 8 mac 2011.umur baru 2year 4month.nak tau la admin,memang sakit ni kite kene bg makanan yg byk protein ke.sy nak tau pasal diet pemakanan la ape yg sememangnye tak boleh makan dan ape yg boleh makan tapi dikurangkan.thanks

    • Mereka yang disahkan dengan penyakit nefrotik sindrom tidak boleh diberikan dengan terlalu banyak makanan berprotin.Saya pernah tanyakan soalan ini kepada pakar yang merawat saya.Pengambilan protin yang dicadangkan ialah tengahari ayam lebih kurang sebesar kotak mancis,petang daging pun macam tu juga saiznya,sebesar kotak mancis.

      Kalau dah ambil ayam sebagai contoh,tidak boleh dah ambil soya,nanti protin akan banyak pula.Harap jawapan ini akan dapat membantu.InsyaAllah saya akan tulis satu artikel tentang diet khusus untuk pesakit buah pinggang.

  15. thanks admin,info ni sgt bergune utk sy yg xtau pasal penyakit ni n tibe2 jadi kat anak sy.baru sebulan anak sy diagnosed so baru kelmarin appoinment pakar.doktor ckp kene tggu bulan 8 ni smpai stop ubat tgk mcm mane n die termasuk dlm golongan on off or penyakit ni terus xde.sy risau sgt klu tetibe jadi lagi sbb ari tu sembap sgt smpai 12 ari warded.dari 13.7kg sampai dpt kuar ari tu 12kg.ape2 pun thanks kat admin n semua.info2 ni sgt2 berguna utk sy.

    • Sama-sama.Saya rasa sangat gembira kerana serba sedikit kewujudan info di blog saya ini dapat memberikan manfaat kepada masyarakat.

    • Wassalam,

      Kalau berminat boleh cuba produk yang saya jual.Produk yang saya jual ni adalah dari pengalaman saya sendiri setelah sembuh selepas mengamalkannya.Boleh klik pada link di bawah untuk maklumat lanjut.

      http://buahpinggangsihat.com/produk-utama/

      Manalah tahu dengan izin Allah sembuh.Saya juga dulu telah mencuba pelbagai jenis produk kesihatan,tetapi tidak berhasil.Jangan putus asa.

    • salam azlina
      nak tanye mase anak kene ns umo bape mase tuh.pas kene 1st time tu lepas tu berulang lagi ye,sebab anak sy baru je kene n stop ubat ogos ni,risau sgt skrg takut kan tibe2 jadi lagi..smga anak2 kite sembuh mcm biase insyAllah..

  16. Pingback: Panduan Diet Untuk Pesakit Nefrotik Sindrom l buahpinggangsihat.com

  17. Pingback: Penyakit Glomerular l buahpinggangsihat.com

  18. sy pun penghidap NS dr tahun 2010…tp skrng sy still mkn ubat 12biji sekali sekarang…dan skrng mengandung 6 bln…rasanya efect ke baby x?

  19. salam admin,
    saya baru je diagnos NS.dua minggu lagi appointment untuk biopsi..takut pun ada.
    saya nk tanya produk cellfood tu selamat ke untuk buah pinggang kita?
    kalau saya cuba sekarang ada potensi tak untuk sembuh?

    • InsyaAllah selamat.Saya dah gunakan cellfood lebih 10 botol,alhamdulillah fungsi buah pinggang semakin baik.Saya tak berani jamin yang anda akan sembuh,tapi saya yakin berdasarkan pengalaman saya yang insyaAllah cellfood memang berkesan.Tak cuba mana tahu.

  20. Alhamdulillah sy dah selamat buat biopsi…seksanya bila tak boleh bergerak 6 jam…
    saya berminat nak cuba cellfood ni la..nanti saya order ya…
    saya takut sangat kalau2 NS ni boleh menyebabkan kegagalan buah pinggang dan terpaksa menjalankan dialisis…saya tahu betapa seksanya orang yang menjalani dialisis ni sebb mak sy pn menjalani hemodialisis..
    memang selalunya NS ni boleh meyebab kan kegagalan buah pinggang kan..??

    • Kalau tak dijaga memang NS boleh sebabkan dialisis?Alhamdulillah selepas menggunakan cellfood NS saya semakin baik dan kini saya tidak lagi bergantung dengan ubat.Bila buat appoinment terakhir?

  21. info2 yg encik bg ni memang sgt berguna utk sy untuk mengawal sakit ni.thanks bnyk2 sbb sudi share kt smua.appointment terakhir sy 1/11/11.tp lps buat biopsi kene jmpe doc blik 29/11/11 ni.harap smuanya ok..

  22. ada…..dia dah explain smua kenapa saya kene buat biopsi…dia nk tgk samada boleh bagi ubat ke tak…kene tunggu result 29/11 ni la nak tau dia akna bagi ubat atau tak…betul kan tu sebab2 biopsi?

    • Ye betul.macam tu jugalah yang doktor beritahu kepada saya masa mula-mula nak buat biopsi.nak pastikan betul-betul jenis NS saya.

  23. salam,

    adik saya mengalami bengkak kaki sehingga mngeluarkan air.. perutnyer semakin buncit… badan nyer juga mengalami kulit kering hampir ke seluruh badan… badan sentiasa rasa sejuk walaupun cuaca panas..kadang2 sehingga mengigil..terketar2 dia juga kurang buang air kecil…adakah ini tanda menghidap penyakit ini…dan inikah tandanya kegagalan buah pinggang…
    apakah rawatan yg akan dilakukan oleh doktor kepada penyakit ini…

    • Bila jadi macam tu?Tak buat pemeriksaan segerake?rawatan yang akan dilakukan tak tentu,bergantung kepada keadaan dan penyakit yang dihadapi pesakit.

  24. salam admin.. saye menghidap air kencing ada protien dan darah.. dah setahun saya mengalaminya.. doctor suggest suruh saya buat renal biopsi.. adakah patut saya buat.. saya rasa takut pun ada nak buat renal biopsi nie.. selamat ke buat biopsi nie.. dan umur saya baru 23…

    • Ujian biopsi risikonya adalah sangat rendah.Saya sendiri sudah melakukannya ketika berumur 22 tahun.Saya cadangkan agar buat ujian tersebut.Dengan melakukan ujian tersebut doktor akan dapat merawat masalah buah pinggang dengan lebih tepat.

      • adakah air kencing admin mengandungi darah sperti saya dan proses biopsi admin di hospital kerajaan atau di hospital swasta…

        • Ye,masa mula-mula dulu urin sya mengandungi darah dan protin.Ujian biopsi saya dilakukan di hospital kerajaan.Rasa sakitnya hanya sedikit.Cuma selepas prosuder tersebut nada mesti baring selama 6 jam kerana hendak memberhentikan pendarahan dengan cepat.

  25. saya nak tanya….pesakit yang ada nefrotik ni boleh mengandung tak? apa kesan dan ianya bahaya tak kalau nak mengandung?

  26. Salam admin….saya blom pernah dapatkan rawatan utk sakit buah pinggang…..cume yg saya tahu,protin dlm urine saya terlalu tinggi…saya crk maklumat dr intenet…dikesan selepas saya lahirkan anak yg pertama…saya penah kencing kotor sebelom mengandung….saya nak dapatkan rawatan…cuma saya xtau nak mulakan dr mana..admin,bole bagi pendapat apa yg harus saya buat?langkah pertama utk kenalpasti tahap kerosakan buah pinggang saya….?tq admin

  27. anak saya baru disahkan nephrotic syndrome baru beberapa hari kluar wad setelah urinenya neg 3 hari berturut2..tapi selera makan dia mmg kuat

  28. sy pun ada pnyakit ni…sy dah bca semua diatas…dn sy rasa ingin cuba cellfood…dmana boleh sy dpt.produt apakah ini

  29. Assalamualaikum. Anak sulung saya mengidap NS sejak berumur 4 tahun. Pada thn 2010, fail ditutup. Selama 2 thn lbh dia tak kena. Malangnya semasa upsr 2012 thn lepas dia kena semula. 28. Dis buat biopsi. Smlm baru keluar wad krn berulang lagi. Saya ingin dptkn produk cellfood dari admin. saya dah klik pautan hrganya rm215. bagaimana saya blh dptkn dgn hrga yg lbh murah drp admin?

  30. Pingback: Apakah Kesan Sampingan Prednisilone Untuk Rawatan Nefrotik Sindrom? l

    • Waalaikumussalam, pengidap ns tak digalakkan mengamalkan soya kerana ia tinggi kandungan protein.Kandungan protein yang tinggi boleh mempercepatkan lagi kerosakan pada buah pinggang.

      • Assalamualaikum.

        Saudara admin, boleh saya tahu kadar protein dlm urine semasa di diagnosed NS ?

        Terima kasih.

        • Waalaikumussalam,

          Maksud tuan bacaan protein saya ke?
          Ketika saya mula-mula didiagnosis
          dengan nefrotik sindrom, bacaan protein
          dalam urin saya ialah 4+.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

CommentLuv badge

PERCUMA!Panduan Diet Untuk Pesakit Buah Pinggang