Anda seorang pengidap gout? Tahukah anda bahawa penyakit gout mempunyai kaitan dengan masalah buah pinggang? Jawapannya ialah YA, memang penyakit gout mempunyai kaitan dengan penyakit buah pinggang. Artikel kali ini akan kongsikan dengan anda kaitan diantara dua penyakit tersebut.
Satu kajian yang disiarkan dalam The American Journal of Kidney Disease yang menganalisis kaitan antara penyakit gout dan penyakit buah pinggang, menyimpulkan bahawa gout dan penyakit buah pinggang berkongsi penyebab mekanisme patofisiologi yang sama.
Apakah Gout?
Hiperuricemia, juga dikenali sebagai gout, penyakit yang disebabkan oleh tahap asid urik yang berlebihan dalam badan. Asid urik terhasil daripada asas purin yang dipecahkan dan ditukar kepada asid urik. Ini disebabkan oleh pengambilan makanan laut yang berlebihan, kacang, daging yang mengandungi tahap purin yang tinggi. Tahap normal asid urik bagi seseorang individu ialah pada 2-7 mg / dl. Ciri-ciri penyakit gout ialah:
- mengalami kesakitan yang teramat sangat
- bengkak
- kemerahan
- kehangatan pada sendi.
Apa Itu Penyakit Buah Pinggang?
Penyakit buah pinggang adalah disebabkan oleh kerosakan buah pinggang yang boleh terjadi samada kecederaan buah pinggang akut atau penyakit buah pinggang kronik. Kecederaan buah pinggang akut ialah kehilangan fungsi buah pinggang untuk beberapa jam atau hari yang boleh disebabkan oleh kejutan kepada buah pinggang berpunca daripada jangkitan teruk, halangan kepada aliran air kencing atau kerosakan yang disebabkan daripada pengambilan ubat tertentu atau toksin. Sementara itu, penyakit buah pinggang kronik dicirikan oleh lebih daripada tiga bulan penyakit buah pinggang.
Kaitan Antara Penyakit Buah Pinggang Dan Penyakit Gout
Jika anda mempunyai penyakit gout tahap kronik, ia boleh berkembang menjadi penyakit yang lebih serius kerana kandungan asid urik yang berlebihan di dalam badan anda akan mengeras di dalam tisu dan sendi. Keadaan ini akan menyebabkan fungsi buah pinggang anda menurun dan antara lain boleh menyebabkan penyakit batu karang.
Menurut satu kajian yang meneliti individu yang mengidap gout dan satu lagi kumpulan yang mengalami kerosakan buah pinggang, 8.6% pesakit yang mempunyai masalah buah pinggang pernah mengalami penyakit gout. Manakala 13% daripada ujian terhadap mereka yang mengidap penyakit gout juga pernah mempunyai penyakit buah pinggang.
Sumber rujukan: http://www.sophisticatededge.com/ is-gout-linked-to-kidney-disease1.html
Perhatian: Informasi ini hanyalah sebagai panduan umum dan tidak boleh dianggap sebagai nasihat profesional.
Tentang penulis: Abdullah Idris merupakan pengasas blog kesihatan ini. Dapatkan update terkini melalui facebook atau twitter. Atau langgan artikel terkini yang mengandungi tip & panduan penting untuk kesihatan buah pinggang melalui emel.

