Tanda Batu Karang Dikalangan Lelaki


Assalamualaikum pembaca sekalian,

Batu karang yang berlaku pada lelaki mungkin menunjukkan beberapa tanda, atau tidak menunjukkan sebarang tanda sama sekali. Terdapat beberapa faktor yang terlibat bagi menentukan apakah gejala yang dialami, dan lokasi serta saiz batu itu akan mempengaruhi kesan ke atas sakit batu karang yang dirasakan. Dalam beberapa kes, penyingkiran batu karang mungkin perlu jika batu itu terlalu besar. Kebiasaannya tanda pertama yang anda perasan bagi penyakit batu karang adalah sakit yang yang sedikit akan menjadi teruk terutamanya di bahagian tepi, belakang, pangkal paha, atau kemaluan.

Faktor-faktor dan gejala-gejala khusus yang anda alami akan menentukan jenis batu karang yang sedang anda hadapi. Terdapat banyak jenis batu-batu ini, dengan komposisi dan bentuk yang berbeza, dan beberapa jenis boleh keluar dengan mudah dan dengan kesakitan yang kurang daripada yang lain. Batu karang yang berlaku di kalangan kaum lelaki juga menyebabkan peningkatan suhu badan, loya, dan juga muntah-muntah. Darah dalam air kencing lazimnya akan keluar bersama-sama dengan batu-batu ini, dan sensasi kekejangan mungkin dirasakan apabila otot saluran kencing cuba menolak batu itu keluar. Pengeluaran batu karang dikalangan lelaki juga akan menyebabkan jangkitan pada saluran kencing, kerana kerosakan yang dilakukan oleh batu karang tersebut ketika ia melalui tiub.

Tanda-tanda batu karang yang ditunjukkan dikalangan lelaki adalah sama dengan tanda-tanda batu karang yang berlaku dikalangan perempuan. Dalam beberapa kes, komplikasi yang jarang berlaku ialah apabila batu karang tidak dapat keluar melalui saluran kencing, dan ini akan menyekat pengaliran air kencing. Pembedahan kecemasan perlu dilakukan kerana batu tersebut perlu dibuang dengan segera. Komplikasi lain yang boleh berlaku ialah kegagalan buah pinggang, tetapi selalunya ianya disebabkan oleh masalah yang berkaitan dengan buah pinggang, bukan disebabkan oleh batu karang semata-mata. Jika anda mengalami tanda-tanda seperti batu karang dan anda sebelum ini tidak pernah didiagnosis dengan penyakit batu karang, kemungkinan anda perlu berjumpa doktor untuk mendiagnosis masalah tersebut. Sekiranya anda mempunyai sejarah masalah batu karang dan mengalami tanda-tanda tersebut, kebiasaannya ubat-ubatan boleh membantu melainkan batu karang tersebut terlalu besar dan ianya menghalang saluran kencing anda.

Perhatian: Informasi ini hanyalah sebagai panduan umum dan tidak boleh dianggap sebagai nasihat profesional.


Tentang penulis
:
Abdullah Idris merupakan pengasas blog kesihatan ini. Dapatkan update terkini melalui facebook atau twitter. Atau langgan artikel terkini yang mengandungi tip & panduan penting untuk kesihatan buah pinggang melalui emel.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

6 thoughts on “Tanda Batu Karang Dikalangan Lelaki

    1. admin Post author

      Memang serius penyakit ni,antara sebabnya boleh mengakibatkan kerosakan buah pinggang kalau tidak dikeluarkan dengan segera.

  1. alia

    suamisaye telah beberapa kali keluarkn bat
    u karang ini sendiri…tp smlm diye megalami sakit yg ter amat sangat di bahagian pinggang….apakah yg perlu di laku kan

  2. alia

    bole anda beri cara terbaik untuk menghilangkn batu karang ini………saya x sangup lagi melihat suami saya dalam keadaan sedemikian….bantulah saya? lagi 1 saya nk tanya betulkan suami saya tidakboleh melakukn kerja2 berat,kerna setiap kali suami saya melakukan kerja2 berat penyakit 2 sampai?

  3. Harris

    Ya saya adalah bekas pesakit ‘batu karang’….baru je kena (dah buat OT) pada 7/9/2012 eritu….fuh ! ya rabbi sakit ya amat…jaga2lah pemakanan anda minum suam bebanyak

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

CommentLuv badge

PERCUMA!Panduan Diet Untuk Pesakit Buah Pinggang


%d bloggers like this: