Simptom Umum Batu Karang


Assalamualaikum pembaca sekalian,

simptom batu karangBatu karang berlaku apabila bahan kimia yang terdapat di dalam badan berkumpul dan membentuk batu. Batu karang boleh wujud di dalam buah pinggang secara tidak membahayakan atau ia boleh keluar melalui saluran kencing. Jika batu tersebut besar, ianya boleh menyebabkan kesakitan dan sekiranya kecil, batu tersebut boleh keluar tanpa disedari.

Jadi, bagaimana anda boleh mengetahui yang anda mempunyai batu karang? Mengikut ‘American Kidney Fund’ ,gejala yang paling biasa bagi pengidap batu karang ialah kesakitan yang melampau. Namun, ada juga simptom batu karang yang lain yang saya kongsikan di bawah ini.

Rasa Sakit

Tanda pertama penyakit batu karang ialah kesakitan yang serius, khususnya di bahagian belakang dan tepi badan anda, di mana rasa sakitnya tidak akan hilang. Ini berlaku apabila saluran kencing anda menjadi tegang kerana batu tersebut telah menyekat laluan saluran kencing. Kemungkinan penyakit batu karang akan dimulai dengan rasa kekejangan kemudian diikuti dengan rasa sakit yang amat sangat.

Loya Dan Muntah

Selalunya penyakit batu karang akan menjadi bertambah teruk dan ini akan menyebabkan pengidapnya mengalami loya dan muntah.

Darah Dalam Urin

Adakalanya anda akan melihat darah di dalam air kencing. Ini kerana apabila batu karang melalui saluran kencing, ia akan mencederakan saluran tersebut.

Kencing Dengan Kerap

Apabila saluran kencing mengalami keradangan, ia boleh menyebabkan anda terasa kerap untuk pergi membuang air kencing.

Demam Dan Menggigil

Kerengsaan akibat dari batu karang akan menyebabkan berlakunya jangkitan. Jika ini berlaku, akibatnya anda akan mengalami demam dan menggigil.

Diagnosis

Hanya doktor sahaja yang boleh mendiagnosis masalah batu karang anda. Antara ujian yang akan anda lakukan ialah pemeriksaan fizikal, ujian darah dan air kencing dan x-ray.

==============================
Sumber : Common Kidney Stone Symptoms
==============================

Perhatian: Informasi ini hanyalah sebagai panduan umum dan tidak boleh dianggap sebagai nasihat profesional.


Tentang penulis
:
Abdullah Idris merupakan pengasas blog kesihatan ini. Dapatkan update terkini melalui facebook atau twitter. Atau langgan artikel terkini yang mengandungi tip & panduan penting untuk kesihatan buah pinggang melalui emel.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

CommentLuv badge

PERCUMA!Panduan Diet Untuk Pesakit Buah Pinggang