Pemeriksaan Batu Karang


Assalamualaikum dan salam sejahtera pembaca sekalian.Apa khabar anda hari ini?Harapan saya anda semua sihat disamping keluarga tercinta.

Terima kasih saya ucapkan kerana masih setia untuk membaca artikel-artikel terbaru di blog ini.Mudah-mudahan artikel yang dimuatkan dalam blog ini sedikit sebanyak mendatangkan manfaat kepada semua.

Baiklah.Artikel kali ini ialah sambungan dari artikel tentang penyakit batu karang.Kepada anda yang masih belum membaca enti-entri yang lepas tentang penyakit batu karang,bolehlah membacanya dengan klik di sini.

Untuk entri kali ini,kita akan mengetahui pula apakah bentuk-bentuk pemeriksaan dan diagnosis yang boleh dilakukan untuk mengesan kemunculan batu karang pada seseorang.

Pemeriksaan dan Diagnostik

Kebanyakan batu karang yang terbentuk akan keluar dari tubuh seseorang melalui air kencing tanpa dapat dikesan.Jadi antara jalan penyelesaiannya ialah dengan melakukan x-ray untuk mengesan kemunculan batu karang.Kebaikan lain melakukan x-ray ialah doktor akan mengetahui saiz  dan juga lokasi batu.

Selain itu,melakukan ujian darah dan air kencing  juga berguna dalam mengesan zat abnormal yang boleh menyumbang kepada  pembentukan batu.Jika doktor anda mengambil keputusan untuk melakukan pengimbasan sistem kencing, ia boleh dilakukan dengan menggunakan ujian khusus yang disebut Computerized Tomography (CT) scan atau Pyelogram Intravena (IVP).

Dan hasil dari semua ujian yang dilakukan ini akan dapat membantu doktor untuk menentukan rawatan yang tepat dan optimum untuk anda.

Ok pembaca sekalian.Itulah antara bentuk-bentuk pemeriksaan yang dilakukan untuk mengesan batu karang dalam tubuh.Mudah-mudahan artikel ini dapat membantu anda.Akhir kata dari saya,jagalah kesihatan anda.Kalau anda ada sebarang pertanyaan,manfaatkanlah ruangan komen yang disediakan ye.

P/S: Adakah artikel di atas membantu?Sekiranya ya,mengapa tidak anda melanggan artikel blog ini secara mudah melalui RSS feed atau emel? Atau tunjukkan sokongan anda dengan memberikan sedikit komen.Saya pasti amat menghargainya.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

6 thoughts on “Pemeriksaan Batu Karang

    1. admin Post author

      Salam zikri,

      Saya tak begitu pasti secara tepat berapa kos untuk melakukan xray.Tapi tak silap saya kalau GH,kosnya dalam RM80,kalau private biasalah,mesti mahal.

  1. akubiomed

    Selain melalui pembedahan, batu karang juga boleh dimusnahkan dengan rawatan lithotripter iaitu high frequency wave yang ketulan batu karang akan menjadi serpih dah keluar melalui air kencing

    1. admin Post author

      Betul tu akubiomed,rosedur yang disebut percutaneus ultrasonic lithotripsy dan extracorporeal shock wave lithotripsy akan memecahkan batu karang menjadi fragmen kecil, sehingga dapat dikeluarkan secara alamiah iaitu melalui air kencing.

      Terima kasih atas penambahan info.

    1. admin Post author

      Assalamualaikum alia,

      Antara kesan sampingan paling buuk boleh berlaku ialah kerosakan buah pinggang kekal.Akibatnya suami terpaksa menjalani dialisis seumur hidup.

      Kebiasaannya kalau batu karang tu terlalu besar akan gunakan kaedah laser untuk memecahkan batu tersebut.Kalau dalam keadaan yang teramat sakit ni saya rasa yang terbaik ialah bawa ke hospital.

      Untuk mengelakkan dari batu karang tersebut kembali berulang saya cadangkan cuba amalkan cellfood.Ini sekadar cadangan dari saya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

CommentLuv badge

PERCUMA!Panduan Diet Untuk Pesakit Buah Pinggang


%d bloggers like this: