Batu Karang: Apa Yang Harus Anda Tahu?


Pernahkah anda sakit di belakang atau bahagian sisi?

Adakah anda tahu bahawa rasa sakit yang teruk pada bahagian belakang dan sisi yang berlarutan berkemungkinan menunjukkan tanda yang anda mungkin mengidap penyakit batu karang? Pernahkah anda mengalaminya?

Apa itu batu karang?

Batu karang adalah satu jisim yang keras yang terbentuk di dalam buah pinggang. Ianya boleh keluar melalui air kencing. Batu karang boleh menjadi sekecil sebutir pasir atau besar seperti sebiji mutiara.

Sesetengah batu boleh menjadi sebesar bola golf. Kebanyakan batu karang dikeluarkan daripada badan melalui air kencing. Tetapi kadang-kadang ianya tidak dapat keluar sendiri. Oleh itu anda memerlukan bantuan doktor untuk mengeluarkannya.

Siapakah yang berisiko mendapat batu karang?

Jika anda mempunyai ciri-ciri di bawah, anda berisiko mendapat batu karang:

  • Anda adalah caucasian
  • Anda adalah lelaki
  • Anda berumur 40 tahun atau lebih
  • Anda mempunyai sejarah batu karang sebelum ini

Bagaimana anda tahu mengidap batu karang?

Batu karang selalunya tidak akan menunjukkan sebarang simtom dan akan keluar dari badan tanpa anda sedari. Tetapi awas. Batu karang juga boleh menyebabkan anda mengalami rasa sakit yang teramat sangat.

Anda seharusnya terus menghubungi atau berjumpa doktor jika anda mengalami gejala-gejala di bawah:

  • Sakit yang melampau pada bahagian belakang atau tepi yang berpanjangan.
  • Kehadiran darah di dalam air kencing.
  • Demam dan menggigil
  • Bau air kencing anda busuk dan berwarna keruh.
  • Perasaan yang membakar atau pedih ketika membuang air kencing.

Jika saya berjumpa doktor, bagaimana boleh membantu masalah batu karang saya?

Doktor anda akan menggunakan mesin untuk menghantar gelombang renjatan pada batu dan pecahkannya menjadi pecahan-pecahan kecil. Butiran-butiran kecil ini akan dilepaskan melalui sistem urinari anda bersama dengan air kencing.

Kadang-kadang batu akan dikeluarkan melalui “tunnel surgery”. Pakar bedah akan membuat potongan kecil pada bahagian belakang dan menghasilkan saluran yang sempit ke dalam buah pinggang.

Kemudian pakar bedah akan menempatkan dan mengeluarkan batu dengan menggunakan peralatan khas. Sekiranya batu berada di dalam ureter (iaitu tiub saluran yang membawa air kencing dari buah pinggang ke pundi kencing), doktor akan menggunakan satu alat yang dinamakan ureteroscope.

Peralatan yang lurus dan panjang ini akan dimasukkan ke dalam urethra (tiub pendek yang membawa air kencing keluar dari pundi kencing apabila anda ingin membuang air kencing), dan terus ke pundi kencing, kemudian akan ke ureter.

Doktor akan menangkap batu tersebut dengan menggunakan sangkar kecil yang terdapat di dalam ureteroscope dan akan menariknya keluar. Atau doktor akan menghancurkan batu tersebut dengan menggunakan alat yang dimasukkan melalui ureteroscope.

Apa patut saya lakukan untuk mencegah batu karang?

Apa yang perlu anda lakukan ialah banyakkan meminum air. Ini kerana air dapat membantu mengepam keluar bahan-bahan yang boleh menyebabkan pembentukan batu di dalam buah pinggang anda. Jika anda pernah mengalami batu karang sebelum ini, anda berpotensi untuk mendapatnya semula.

Oleh itu sealulah bertanyakan kepada doktor anda tentang cara-cara lain yang boleh anda lakukan untuk mencegah batu karang daripada berulang semula.

Sumber: NKUDIC l Kidney Stones: What You Need To Know?

Perhatian: Informasi ini hanyalah sebagai panduan umum dan tidak boleh dianggap sebagai nasihat profesional.


Tentang penulis:
Abdullah Idris merupakan pengasas blog kesihatan ini. Dapatkan update terkini melalui facebook atau twitter. Atau langgan artikel terbaru melalui emel. Anda mengidap masalah batu karang? Sertai group saya dan saya akan tunjukkan kepada anda penawarnya.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

CommentLuv badge

PERCUMA!Panduan Diet Untuk Pesakit Buah Pinggang


%d bloggers like this: