Apakah Dia Tumor Wilms?


Di dalam banyak-banyak jenis kanser yang terdapat di dunia ini, terdapat juga kanser yang melibatkan organ buah pinggang. Dan diantara salah satu dari penyakit yang tergolong dalam kanser buah pinggang ialah tumor Wilms. Pernahkah anda mendengar tentang tumor ini? Kalau belum mengetahuinya maka artikel kali ini akan saya kongsikan dengan anda tentang tumor Wilms.

Apakah tumor Wilms?

Tumor Wilms adalah sejenis kanser melibatkan organ buah pinggang yang jarang-jarang berlaku dan ianya menyerang golongan kanak-kanak. Tumor ini akan menyerang hanya pada satu organ buah pinggang dan juga boleh menyerang kedua-duanya sekali. Selalunya kanak-kanak yang mempunyai keadaan genetik tertentu atau mengalami kecacatan ketika waktu kelahiran adalah mereka yang berisiko tinggi mengidap tumor Wilms ini. Dan kanak-kanak yang berisiko mengidap kanser ini perlulah diperiksa setiap tiga bulan sehinggalah umur merka mencapai usia lapan tahun.

Tanda-tandanya

Tanda-tanda yang menunjukkan kemungkinan seorang kanak-kanak itu mengidap tumor Wilms ialah wujudnya ketulan di dalam abdomen. Selain itu adanya darah di dalam air kencing juga merupakan tanda mengidap tumor ini. Sekiranya anak anda mengalami tanda-tanda ini cepat-cepatlah buat pemeriksaan. Kebiasaannya tumor didiagnosis dan dikeluarkan dengan cara pembedahan. Rawatan lain yang boleh dilakukan termasuklah kemoterapi, radiasi, terapi biologi ataupun gabungan daripada beberapa kaedah rawatan tadi. Terapi biologi ataupun disebut sebagai imunoterapi adalah rawatan yang dilakukan untuk meningkatkan keupayaan tubuh badan pesakit sendiri untuk melawan kanser ini. Dan kebanyakan kanak-kanak yang mengidap tumor ini boleh dirawat.

 Bagaimana tumor Wilms didiagnosis?

Tumor Wilms biasanya boleh ditemui apabila kanak-kanak yang mempunyai gejala dibawa berjumpa dengan doktor. Tetapi walaupun doktor dapat memastikan kanak-kanak yang mengidap tumor Wilms berdasarkan pemeriksaan dan ujian yang dilakukan, diagnosis hanya akan dibuat setelah sampel tumor tersebut dikeluarkan dan dikaji di bawah mikroskop.

Tanda dan gejala tumor Wilms

Tumor wilms boleh menjadi agak sukar untuk dikesan diperingkat awal kerana ianya tidak menunjukkan apa-apa tanda atau gejala. Kanak-kanak yang mengidapnya juga kelihatan sihat dan boleh bermain seperti biasa.

Tanda awal yang mungkin dapat dikesan oleh  ibu bapa ialah berlakunya edema ataupun wujudnya ketulan di bahagian perut. Anda boleh menyedarinya ketika memandikan anak anda ataupun ketikan memakaikan baju padanya.

Anda boleh merasakan bahawa ketulan tersebut keras dan saiznya cukup untuk membuatkan anda menyedari kemunculannya dibahagian perut anak anda. Walaupun kebiasaannya ia tidak menyakitkan, tetapi di dalam beberapa kes ketulan tersebut boleh menyebabkan sakit perut.

Dan sesetengah dari kanak-kanak yang mengidap tumor Wilms mungkin akan mengalami demam, loya, hilang selera makan, sesak nafas, sembelit atau darah di dalam air kencing. Kadang-kadang tumor ini juga boleh menyebabkan berlakunya tekanan darah tinggi.

Dalam beberapa kes yang jarang berlaku tekanan akan menjadi sangat tinggi hingga boleh meyebabkan masalah lain contohnya seperti pendarahan di dalam mata. Boleh jadi juga tanda-tanda di atas bukan disebabkan oleh tumor wilms, tetapi disebabkan oleh faktor yang lain.

Walaubagaimanapun sekiranya anak anda mengalami gejala yang disebutkan di atas, bawa mereka berjumpa doktor untuk diperiksa dengan segera. Dan sekiranya perlu rawatan akan diberikan.

InsyaAllah dalam artikel akan datang akan menerangkan pula kepada anda rawatan yang diberikan kepada pesakit tumor wilms berdasarkan tahap tumor tersebut. Pastikan anda mendaftarkan emel untuk melanggan artikel terbaru saya melalui emel.

Perhatian: Informasi ini hanyalah sebagai panduan umum dan tidak boleh dianggap sebagai nasihat profesional.

Tentang penulis: Abdullah Idris merupakan pengasas blog kesihatan ini. Dapatkan update terkini melalui facebook atau twitter. Atau langgan artikel terkini yang mengandungi tip & panduan penting untuk kesihatan buah pinggang melalui emel.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

One thought on “Apakah Dia Tumor Wilms?

  1. Pingback: Rawatan Tumor Mengikut Jenis & Tahap l Buah Pinggang Sihat Dot Com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

CommentLuv badge

PERCUMA!Panduan Diet Untuk Pesakit Buah Pinggang