Tahukah Anda Nephrectomy?(Bah 2)


Assalamualaikum pembaca sekalian,

Dalam artikel yang lalu, kita sudah pun mengetahui apakah nephrectomy. Dalam artikel tersebut saya telah kongsikan tentang definisi dan mengapa ianya dilakukan. Bagi anda yang baru sampai ke blog ini, boleh membaca artikel berkenaannya melalui pautan ini.

Jadi dalam bahagian kedua ini, kita sama-sama akan mengetahui pula tentang risiko daripada nephrectomy dan juga bagaimana persediaan anda untuk melakukannya.
Risiko

Komplikasi jangka panjang nephrectomy adalah berkaitan dengan masalah yang mungkin berlaku kepada mereka yang  hidup dengan kurang daripada dua buah pinggang yang berfungsi sepenuhnya. Walaupun fungsi buah pinggang secara keseluruhan kurang selepas melakukan prosuder nephrectomy, baki tisu buah pinggang biasanya berfungsi dengan baik cukup untuk kehidupan yang sihat.

Masalah yang mungkin berlaku dalam jangka masa panjang akibat pengurangan fungsi buah pinggang termasuk:

Bagaimana Persediaan Anda?

Sebelum pembedahan, berbincang dengan pakar bedah anda dan lain-lain ahli pasukan penjagaan kesihatan anda apakah pilihan tersedia untuk anda. Soalan yang mungkin boleh anda tanyakan termasuk:

  • Adakah saya memerlukan nephrectomy terbuka atau laparoskopi?
  •  Adakah saya memerlukan nephrectomy sebahagian atau radikal?
  • Apakah kemungkinan saya memerlukan nephrectomy radikal walaupun nephrectomy separa dirancang?
  •  Jika pembedahan untuk merawat kanser, apakah prosedur lain yang berkaitan atau rawatan yang saya mungkin perlu?

Perancangan Untuk Menginap Di Hospital

Rancang untuk tinggal di hospital dalam 1-3 hari, bergantung kepada jenis prosedur. Tanya pakar bedah anda dan ahli kesihatan tentang berapa lama tempoh pemulihan yang mungkin anda perlukan.

Persiapan untuk pembedahan

Anda mungkin akan menerima arahan daripada kakitangan hospital mengenai apa yang perlu dilakukan pada hari sebelum dan hari pembedahan anda. Rancanglah untuk mendapatkan jawapan kepada soalan-soalan berikut:

  • Bilakah saya perlu mula berpuasa?
  • Bolehkah saya meneruskan pengambilan preskripsi ubat saya?
  • Jika ya, berapa lama lagi sebelum pembedahan saya boleh mengambil dos ubat tersebut?
  • Apakah ubat nonprescription yang perlu saya elakkan?
  • Bilakah saya perlu tiba di hospital?

Perancangan Untuk Penderma Nephrectomy

Jika anda merancang untuk mendermakan buah pinggang untuk pemindahan, anda akan menjalani peperiksaan yang menyeluruh untuk menentukan jika anda seorang calon yang sesuai. Kriteria untuk menderma termasuk yang berikut:

  • Umur 18 tahun atau lebih
  • Jenis darah serasi dengan penerima pemindahan buah pinggang
  • Kesihatan umumnya baik
  • Kedua-dua buah pinggang berfungsi dengan baik
  •  Tiada sejarah tekanan darah tinggi, penyakit buah pinggang, kencing manis,faktor-faktor risiko kardiovaskular atau kanser tertentu
  • Stabil kesihatan mental

 

Anda rasa artikel di atas bermanfaat? Kongsikanlah ia dengan rakan-rakan anda. Atau klik butang like dan juga google plus one di bawah. Saya sangat menghargainya.

Tentang penulis: Abdullah Idris merupakan pengasas blog kesihatan ini. Dapatkan update terkini melalui facebook atau twitter. Atau langgan artikel terkini yang mengandungi tip & panduan penting untuk kesihatan buah pinggang melalui emel.

 

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

4 thoughts on “Tahukah Anda Nephrectomy?(Bah 2)

  1. wawa

    salam..sy perlu menjalani laparoskopi nephrectomy januari 2013..my ureter narrow (xtahu since bila). sy dpt thu lpas procedure CT scan sewaktu sy dmam pnas, lenguh pinggang n xblh kencing pd septmber 2011. DR msukkan tiub kt pinggang untuk buang air dlm kidney yg dah infection..lpas clear air dr kidney, DR buat prosedure masukkan stent ke ureter n pkai 3 bulan.. Januari buang stent..but sy dah hamil 10 weeks waktu tu.. lps scan, ureter ok..n kmungkinan besar narrow again dan kidney besar balik..sbb ureter sy maybe da narrow dlm jgkamasa yg lama..
    now da bersalin Julai lepas… minggu lpas, awal OCT…DR buat nuklear madicine / MRI scan untuk lihat my kidney funtion..tp dpt result yg mndukacitakan.. my left kidney sgt besar dan only working 5 % n maybe low than that…. & my right kidney 95% excellent.
    oleh sbb tu dr decide nk buang my left kidney.. sy sgt bimbang n takut..
    it is true, after remove my left kidney, sy blh sihat sepenuhnya, blh pregnant lagi dan tak ada kesan lain?

    1. admin Post author

      Berdasarkan teori perubatan tiada masalah kalau hidup hanya dengan satu buah pinggang tetapi kalau mengandung saya tak pasti bagaimana keadaannya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

CommentLuv badge

PERCUMA!Panduan Diet Untuk Pesakit Buah Pinggang


%d bloggers like this: