Tahukah Anda Bahaya Paracetamol?


Assalamualaikum pembaca sekalian,

Tentunya anda semua sudah sedia maklum dengan ubat paracetamol atau lebih popular dengan nama panadol ataupun ubat KK. Ubat ini selalunya kita ambil ketika kita sedang demam(antipyretic). Selain berfungsi sebagai ubat untuk melegakan demam, paracetamol juga digunakan sebagai ubat penahan sakit (analgesik, pain reliever).
Dalam satu kajian yang dijalankan oleh para profesor di Universiti Kaherah, ubat paracetamol dikatakan sebagai ubat yang paling selamat digunakan, berbanding ubat-ubatan lain di pasaran. Walaupun ia dikatakan ubat yang paling selamat, namun paracetamol tetap mempunyai kesan sampingan, lebih-lebih lagi kalau ianya diambil dalam jumlah dos yang tinggi dan tanpa kawalan. Jadi, kalaulah ubat yang paling selamat pun tetap mempunyai kesan sampingan, apatah lagi ubat-ubatan yang lain. Oleh itu, elakkan dari mengambil sebarang ubat tanpa ada preskipsi yang sah daripada doktor anda.

Antara kesan-kesan sampingan akibat dari pengambilan jangka masa panjang ubat paracetamol ialah:

1) Hepatotoxicity(rosak hati): Sekiranya orang dewasa mengambil paracetamol sebanyak 10 g atau lebih dalam sehari, atau 5 g atau lebih sekiranya diambil oleh kanak-kanak, ia boleh merosakkan hati dan boleh membawa maut. Mereka ini memerlukan rawatan N-acetylcysteine (NAC) dengan secepat mungkin. Manakala pengambilan setiap hari paracetamol dan juga secara berpanjangan pula walaupun hanya 4 g sehari sudah boleh menyebabkan toxicity dan juga maut.

Paracetamol juga tidak boleh diberikan kepada mereka yang mempunyai penyakit hati (liver failure). Perlu diingatkan juga bahawa jangan sekali-kali memberikan paracetamol kepada mereka meminum arak ataupun mengambil ubat phenobarbitol. Kedua-duanya ialah HME inducer, dan akan menyebabkan kesan buruk kepada hati akan berganda kemudian akan menyebabkan kegagalan hati untuk berfungsi.

2) Nefrotoxicity (rosak buah pinggang). Phenacetin iaitu struktur asal paracetamol boleh mengakibatkan penyakit fatal chronic interstitial nefritis.

3) Methemoglobin dan haemolytic anaemia boleh terjadi kepada individu yang mempunyai penyakit G6PD deficiency.

4) Allergic (pada sebahagian individu).

Nasihat: Sekiranya anda perlukan paracetamol @ Panadol, pastikan anda tidak mempunyai penyakit hati, tidak mengambil alcohol, tidak mengambil ubat yang merosakkan hati seperti phenobarbitol dan juga tidak mengambil lebih daripada 10 g sehari (dewasa) atau 5 g (kanak-kanak). Jangan menggunakan paracetamol setiap hari secara berpanjangan.


Anda rasa artikel di atas bermanfaat? Tunjukkan sokongan anda. Kongsikanlah ia dengan rakan-rakan anda. Atau klik butang like dan juga google plus one di bawah. Saya sangat menghargainya.

Tentang penulis: Abdullah Idris merupakan pengasas blog kesihatan ini. Dapatkan update terkini melalui facebook atau twitter. Atau langgan artikel terkini yang mengandungi tip & panduan penting untuk kesihatan buah pinggang melalui emel.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

17 thoughts on “Tahukah Anda Bahaya Paracetamol?

  1. Saya pernah dengar juga sebelum ni ada ubat-ubatan yang boleh rosakkan hati. Boleh saya tahu kenapa? Bahan apa dalam ubat itu yang boleh sebabkan hati rosak?

    • Apa yang saya tahu di dalam ubat-ubatan yang kita ambil sekarang ni terdapat dadah.Cumanya dadah yang digunakan adalah dalam keadaan terkawal.Sebab tu nak ambil ubat-ubatan mestilah mendapat kebenaran daripada doktor dan itu pun dalam dos yang selamat.Macam saya pun dulu masa makan ubat hospital untuk penyakit buah pinggang,mesti dapat tandatang dari doktor pakar baru ubat akan diberi,sebab ubat yang saya makan terlalu bahaya kesan sampingan dia kalau diambil dalam jangkas masa yang lama dan juga tanpa kawalan.

      Bila dah ok doktor akan cepat-cepat hentikan ubat yang saya makan.Sebab itulah saya sekarang terus mengamalkan pemakanan kesihatan,taknak selama-lamanya bergantung pada ubat hospital.Alhamdulillah dengan mengamalkan cara diet yang betul untuk penyakit saya dan juga mengambil pemakanan kesihatan,sekarang saya tak perlu lagi bergantung pada ubat hospital.

    • Pengalaman saya membuktikan bahawa ubat hospital tak boleh dijadikan sebagai amalan.Mesti cari alternatif lain seperti mengambil pemakanan kesihatan.

  2. buat masa ni alhamdulillah sy masih boleh elakkan ubt spital..kalu demam sy bnyakkan minum air n pastikan badan sentisa lap ngan air..batuk pn sy ambik madu n limau..kalu terpaksa esok2 telan jgk la.

  3. saya selalu sakit gigi. Jadi apabila sakit saya mengambil ubat penahan sakit dan kadang-kadang paracetamol tanpa mengira masa. akibatnya saya mengalami kencing berdarah dan doktor mengatakan saya mengalami kencing kotor. saya rasa sangat takut apabila teman-teman sekerja mengatakan ubat penahan sakit tanpa terkawal akan menyebabkan penyakit buah pinggang. Wah, takut betul saya. Apatah lagi anak-anak saya masih kecil dan memerlukan saya sentiasa.

    • puan,puan bleh amalkan habatussauda.tetaplah amalkan…………..kalau bleh amalkan madu lebah……minyak zaitun…..amalakan pemakanan yg chat…dan buat aktiviti fizikal sehingga berpeluh paling tidak seminggu sekali………….

  4. saya penguna setia paracetemol
    saya mengetahui badan saya bertoksik pabila degupan jantung meningkat,najis berwarna hitam,rasa loya,paling menakutkan rasa risau x tentu pasal..
    akhirnya saya jumpa penawar yang baik seperti hemeopati…

    • Muz,
      kadang-kadang kita perlu cuba banyak tempat mencari ikhtiar untuk merawat penyakit kita khususnya buah pinggang,sebab kadang-kadang sesuatu kaedah rawatan mungkin berkesan pada kita tetapi tidak pada orang lain.Saya juga pernah mencuba kaedah rawatn homeopati,tetapi hanya bertahan seminggu sahaja.

  5. Saya juga kerap mnggunakan paracetamol sbgi ubt tahan sakt.skrg saya kencing tak lawas.adakah itu kerana buah pinggang saya bermasalah.adakah kemungkinan besar sakit buah pinggang boleh mnyebabkan kelumpuhan?.

    • Assalamualaikum anis,

      Penyakit buah pinggang hanyalah dapat dikesan dengan melakukan ujian darah dan air kencing.Saya nasihatkan lakukan pemeriksaan dengan segera.Setahu saya penyakit buah pinggang tidak menyebabkan lumpuh.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

CommentLuv badge

PERCUMA!Panduan Diet Untuk Pesakit Buah Pinggang