Assalamualaikum pembaca sekalian,
Apa khabar semua?Mudah-mudahan anda semua berada dalam keadaan sihat walafiat.
Bagaimana dengan info-info di blog ini?Adakah setakat ini ianya membantu anda untuk memahami tentang buah pinggang.Saya berharap walaupun tak banyak,kewujudan blog ini akan memberikan faedah kepada anda.
Ok,straight to the point,pada hari ini anda akan mengetahui pula tentang struktur buah pinggang dan fungsinya.
Buah pinggang adalah organ penting yang mempunyai banyak fungsi.Ia memberikan gambaran bahagian-bahagian dari saluran kencing dengan label yang menunjuk ke buah pinggang,ureter, dan juga pundi kencing.Ia juga akan memastikan yang tubuh kita bersih dari sebarang toksin.Selain itu fungsi buah pinggang juga adalah untuk mengimbangi bahan kimia yang berbeza di dalam tubuh.
Satu lagi fungsi penting buah pinggang anda ialah menjaga tekanan darah dan juga jumlah sel darah merah.Adalah penting untuk anda memahami fungsi buah pinggang anda di mana dengan itu anda juga akan tahu bagaimana untuk menjaga kesihatan anda.
Buah pinggang adalah dua organ yang berbentuk seperti kacang yang terletak di bawah tulang rusuk dan setiap satunya di sisi tulang belakang.Saiz organ ini adalah sebesar genggaman tangan anda.Buah pinggang sebelah kanan terletak rendah sedikit dari sebelah kiri kerana hati telah mengalihkannya ke bawah.Sila lihat gambar sebelah kiri anda untuk lebih jelas tentang kedudukan tersebut(sumber gambar di sini).
Buah pinggang adalah organ yang paling penting di dalam sistem perkencingan anda.Ia akan memproses sekitar 200 liter darah setiap hari dan menapis keluar sekitar 2 liter air dan sisa-sisa buangan.Air yang berlebihan dan sisa-sisa buangan ini terdiri daripada urin,yang mengalir melalui satu tiub sempit yang dipanggil ureter.Dari ureter,urin akan mengalir ke pundi kencing.Di situ kandungan urin tadi akan disimpan sehingga anda membuangnya sebagai air kencing.
Di dalam setiap satu buah pinggang terdapat sekitar 1 juta struktur penapisan kecil yang disebut nefron.
Setiap nefron pula terdapat glomerulus dan juga tubul.Tubul ialah tabung urin kecil untuk mengumpulkan nefron kecil(sumber gambar klik di sini).
Pada awalnya tubuh anda akan menerima kombinasi bahan buangan dan bahan kimia yang masih boleh digunakan oleh tubuh.Antara bahan kimia ialah natrium,fosturus dan kalium.Jika tubuh anda kekurangan salah satu bahan kimia tadi,buah pinggang akan melepaskan semula bahan kimia tersebut ke dalam darah untuk mengekalkan tahap normal.
Dan jika bahan kimia tadi berlebihan di dalam darah,maka buah pinggang akan mengeluarkannya dan menjadi sebahagian daripada urin untuk dibuang sebagai air kencing.Ini adalah cara bagaimana buah pinggang anda mengekalkan tahap normal bahan kimia di dalam tubuh anda.Keseimbangan yang tepat sangat diperlukan untuk hidup,dan kandungan yang berlebihan juga akan mendatangkan bahaya.
Beberapa hormon yang dihasilkan oleh buah pinggang membantu untuk mengekalkan keseimbangan dalam tubuh.Antara hormon yang dikeluarkan ialah erythropoietin, renin, dan calcitriol.
- Erythropoietin atau EPO berfungsi untuk merangsang tulang sum-sum untuk menghasilkan sel darah merah.
- Renin berfungsi untuk menetapkan tekanan darah.
- Calcitriol-satu bahan aktif berbentuk vitamin d,berfungsi untuk menjaga kalsium untuk tulang dan untuk keseimbangan kimia yang normal dalam badan.
Jika buah pinggang anda gagal untuk berfungsi,ini akan menyebabkan terkumpulnya sisa toksin di dalam badan.Maka ketika ini anda memerlukan rawatan dialisis untuk membuang racun-racun ini.
*******************************************************************
Minat dengan artikel blog ini?Langgan artikel terbaru melalui emel.
Atau ikuti perkembangan terbaru blog ini di facebook atau twitter.
Dan jangan lupa ye untuk kongsikan artikel ini sekiranya bermanfaat ![]()
*******************************************************************


membayangkan sebiji buah pinggang yang dimuatkan dengan sejuta struktur nefron…subhanallah

fitri recently posted..FC Barcelona Guna Jersi Baru Tahun Depan
Hebatnya ciptaan Allah.Walaupun kita dapat buah pinggang baru melalui pendermaan,ianya tidak akan sama dengan buah pinggang yang asal.
tu baru kat buah pinggang, belum masuk organ lain lagi…, tu pun masih ramai yang tak sedar
dnoBiz recently posted..Faedah Kitar semula dan Stacy Pakai Buang Video-Lirik
Hai,khabar baik bah..
memang penting buah pinggang ni.. info yang berguna..terima kasih.
donny recently posted..Inter Milan pecat Rafael Benitez
thanks bro atas perkongsian ini, boleh membantu memahami fungi dan perjalanan buah pinggang,
cuma, bila buah pinggang rosak…maka saya andaikan hormon yg disebut tidak dikeluarkan dgn seimbang..seperti EPO..jadi tak dapat rangsang tulang sum-sum hasilkan sel darah merah…maka adakah ia juga punca kepada leukimia? (apabila sel darah putih lebih banyak)
tengkorak emas recently posted..Hadiah buat Rasulullah saw
Kemungkinan juga perkara tersebut boleh berlaku.Sebab itulah dikatakan buah pinggang merupakan organ yang terpenting juga.
dulu masa sekolah ada belajar benda ni tapi tak ambil kisah sangat, tapi bila dah berumur ni terasa penting pulak maklumat macam ni

dnoBiz recently posted..Gejala Sosial – Ibu terkedu 2 anak dan kekasih dalam bilik tidur
Rasanya semua orang tahu buah pinggang masih boleh berfungsi walaupun sebelah.
Kepada yang menerima organ derma buah pinggang perlu makan ubat anti rejection seumur hidup.
Dializer yang digunakan untuk menapis buah pinggang tidak dapat menapis sebaik buah pinggang asli tetapi itulah ciptaan manusia yang ada untuk memberi peluang pengidap buah pinggang menjalani kehidupan normal
Saya ada baca seorang doktor yang mengidap buah pinggang yang kronik masih mampu berjogging dan dengan menyatakan beberapa mesin dialysis yang beliau pernah guna telah beberapa kali telah kondem ini menunjukka beliau telah menjalani dialysis untuk jangkaan masa yang lama hingga mesin dialysis pun sampai penghujung hayat
akubiomed recently posted..Persiapan persekolahan abang Ngah
Betul tu bro.Kita masih boleh hidup dengan sebelah buah pinggang.Itulah bijaksananya Allah.Mereka yang menggunakan buah pinggang dari penderma lain mestilah memakan prednisilone seumur hidup kalau tidak memang akan berlaku penolakan.
Lepas tu kalau pakai buah pinggang lain pun takleh selama-lamanya.Sebab ada kes yang dalam masa lima belas ke dua puluh tahun buah pinggang tu akan rosak balik.Apa pun jagalah buah pinggang kerana buah pinggang yang dikurniakan Allah adalah yang terbaik untuk kita.
prednisilone, ni tak kan menjejaskan buah pinggang baru ke kalau digunakan dalam masa yang panjang ?
dnoBiz recently posted..CepLos Dan Kazar – Permohonan Maaf Dari dnoBiz
Ubat ni insyaAllah memang tak akan menjejaskan buah pinggang yang baru,kerana ia ubat anti radang.Namun kesan sampingan lain tetap akan ada.
antaranya bro….

Ps Sori la banyak tanya pulak
dnoBiz recently posted..Penjaga Gol kebangsaan – Twitter Khairul Fahmi kelima tertinggi di dunia
Antaranya apa bro?Tak faham dengan pertanyaan bro?Sorilah,boleh jelaskan lagi?
buah pinggang dia punya struktur sistem penapisan.. terbaik.. eh kencing jangan tahan… nanti batu karang …
zik recently posted..Kucing paling garang !!
Ciptaan Allah lah yang paling sempurna.Allah sebaik-sebaik pencipta.
pergh..macam belajar subjek biologi plak..hehehe..nice~
buah pinggang kecil je..cuma dalamnya mmg kompleks…huhu
nash recently posted..Harimau Membaham Garuda 3-0 Ramai Orang Indon Salahkan Laser
terlalu byk ilmu yg dicurahkan di sini..
admin, selalunya kalau bersukan atau berlari tiba2 akan rasa sakit kt kwsn buah pinggang.apa sbnrnya yg blaku ye?
adele recently posted..Ketabahan Seorang Isteri
Keadaan ini berlaku mungkin disebabkan seseorang itu jarang sangat bersenam atau bersukan.Jadi bila sekali melakukan aktiviti tersebut,mungkin akan berlaku kesakitan seperti yang dikatakan.Tapi untuk lebih jelas,saya cadangkan buatlah pemeriksaan.
hebat ciptaan Allah ni.. bersyukurlah.. jaga bebaik buah pinggang bersama-sama.. moga perkara tak diingini tak berlaku.. ameen.. takut tgk rawatan tukar darah tu..
fiezaradzi recently posted..Deposit Cek
Selagi info macam nie selalu di ketengahkan, akhirnya ramai orang akan sedar betapa pentingnya menjaga buah pinggang. Den nak cadangkan admin untuk review makanan yang sesuai untuk menjaga atau mencuci buah pinggang.
Kamal Mustafa recently posted..Kamal Journal – Giant Kini Dibuka Di Lukut
Terima kasih atas cadangan tersebut dan ianya memang dalam perancangan saya.Sekarang ni saya masukkan entri ikut step by step,cewahhh:-)
Pingback: Nefron-Strukur & Fungsinya
Pingback: Apakah Lupus Nefritis?
Pingback: Anemia Pada Penyakit Buah Pinggang & Dialisis
Pingback: Diagnosis & Rawatan CKD-MBD
Pingback: Analgesik:Kesan Ke Atas Buah Pinggang
Pingback: Diet & Dialisis
salam….
adakah nephrotic syndrome dan lupus nefritis itu penyakit yang sama?
salam,
Saya tak dapat nak berikan jawapan secara pasti.Pada pandangan saya kemungkinan penyakit nefrotik sindrom dan IgA nefropati ini sama dari segi tanda-tanda-gejalanya dan kesan yang akan dihadapi oleh pengidapnya dalam jangka masa panjang.Iaitu kegagalan buah pinggang.Kalau saudari ada baca artikel saya pun,tanda-tanda dan gejala kedua-dua penyakit ini pun sama.
Yang tidak samanya mungkin dari gegi namanya,dan sebab ketidak samaan saya tidak pasti.Mungkin lebih elok saudari rujuk kepada mereka yang lebih pakar.Ini adalah dari pandangan saya sahaja.
Pingback: Protinuria-Adakah Anda Berisiko?
Pingback: Potassium & Kaitannya Dengan Buah Pinggang Kronik
dktr mengingatkan agar saya elak mkn ubat thn sakit dan ubat2 herba,tetapi makanan kesihatan dibenarkan.adakah cellfood yg prnh saudara sebutkn blh saya ambil? bagaimanakah cara untuk saya membuat pesanan?
Sebenarnya perkara yang sama juga pernah diingatkan oleh doktor.Mengikut pengalaman saya cellfood boleh diambil dan saya menggalakkan mencubanya.Manalah tau ada rezeki maktok di situ.Tapi harga agak mahal sedikitlah.Tapi untuk permulaan saya berikan harga ahli pada maktok.Kalau bukan ahli harganya dalam RM218,harga ahli RM168.
Untuk membuat pesanan maktok boleh ikut cara di bawah:
1)Depositkan ke dalam akaun di bawah sebanyak RM180(termasuk harga pos):
RHB Bank
No Akaun : 10801600603167
Nama : Abdullah bin Idris
Bank Islam
No Akaun : 08013023552880
Nama : Nur Aishah binti Mohamed Farouk
Bank Rakyat
No akaun: 220441939931
Nama : Nur Aishah binti Mohamed Farouk
2) Selepas dah depositkan, emelkan pada saya di abdullahidris1982@gmail.com, maklumat berikut :
Nama
Alamat
No Tel Bimbit
Penting : Sertakan juga bukti (resit) pembayaran.Selepas itu maklumkan pada saya melalui sms mengatakan maktok dah emelkan maklumat di atas.Smskan di no 013-4479610.Saya akan sahkan dah buat penghantaran.
Pingback: Ujian Yang Dilakukan Untuk Mengesan Penyakit Buah Pinggang l buahpinggangsihat.com
Pingback: 10 Langkah Untuk Elakkan Penyakit Buah Pinggang l buahpinggangsihat.com
asslmualaikum,sya ada ptnyaan mngenai CKD nie…abah syaa slah srang patients CKD…now dia bnyak mgalami simptom2 lain dari pnyakit CKD nie….cntohya,…..now dia tba2 mngalami konstipasi…then tym he want 2 B.O,abah sya rasa spti hndak colapse..what the reasons ya?
Ayah tuan kena CKD apa sebabnya? Adakah disebabkan masalah penyakit kencing manis? Selalunya kalau colapse ni disebabkan gula rendah dalam darah.
Pingback: Penyakit Jantung & Kaitannya Dengan Buah Pinggang l buahpinggangsihat.com
Pingback: Kenali Diabetis Insipidus (Bah 1) l buahpinggangsihat.com
Pingback: Osteodistrofi Buah Pinggang l buahpinggangsihat.com
Pingback: Penyakit Glomerular l buahpinggangsihat.com
Pingback: Kandungan Urin Yang Luar Biasa l Buah Pinggang Sihat Dot Com
Pingback: IgA Nefropati l Buah Pinggang Sihat Dot Com
Pingback: Ketahui Kesan Sampingan Pemindahan Buah Pinggang l Buah Pinggang Sihat Dot Com
Pingback: 8 Cara Bagaimana Anda Mencegah Penyakit Buah Pinggang l Buah Pinggang Sihat Dot Com
Pingback: Simptom sista buah pinggang dan rawatannya l Buah Pinggang Sihat Dot Com
Pingback: Bagaimana Merawat Jangkitan Buah Pinggang l Buah Pinggang Sihat Dot Com
Pingback: Bagaimana Diabetis Merosakkan Buah Pinggang Anda l Buah Pinggang Sihat Dot Com
Pingback: Bagaimana Untuk Sembuhkan Fungsi Buah Pinggang Lemah l Buah Pinggang Sihat Dot Com
Pingback: Punca Jangkitan Buah Pinggang | Pusat Dialisis An'Nur Seksyen 13
Pingback: Ujian Mengesan Kegagalan Buah Pinggang | PDA13
Pingback: Bolehkah Wanita Dengan Nefrotik Sindrom Mengandung? l Buah Pinggang Sihat Dot Com
Pingback: Apakah hidronefrosis? l Buah Pinggang Sihat Dot Com
Assalam.adakah, pesakit buah pinggang ini juga mengalami gangguan aturan kitaran haid?seperti sy, kitaran haid biasanya sekitar hr ke 28 – 30…drh haid kering biasanya pd hari ke 9 tetapi, biasanya hr ke 11 hingga 15 drh masih keluar tetapi sedikit2….sy mengalami gangguan kitaran haid ini sebelum disahkan mengalami penyakit buah pinggang lagi…apabila sy ajukan soalan dengan doktor, doktor memberikan jawapan yg tidak jelas pd sy…hrp dpt membantu….tq
Waalaikumussalam,
Setakat yang saya tahu fungsi buah pinggang tidaklah melibatkan kitaran haid. Apabila buah pinggang rosak atau bermasalah,selalunya fungsi-fungsi yang dijalankan oleh buah pingganglah yang akan terjejas. Contohnya fungsi buah pinggang ialah mengeluarkan cecair berlebihan dari tubuh. Apabila buah pinggang bermasalah, tubuh akan menjadi bengkak disebabkan air berlebihan di dalam badan.
Harap jawapan saya dapat membantu.
Salam, Baru-baru ni Doktor sudah mengesahkan yg buah pinggang sebelah kanan saya mempunyai 2 saluran. Adakah ia normal dan ada kemungkinan lain ke yg saya akan dijangkiti penyakit. Minta penjelasan dari pihak tuan. Terima kasih
Wslm, kalau ikutkan tak normallah sebab buah pinggang yang normal mempunyai satu saluran.Sama juga dengan mereka yang dilahirkan dengan satu buah pinggang.Secara umumnya manusia normal hidup dengan dua buah pinggang.Tentang kemungkinan dijangkiti penyakit saya tidak pasti.Adakah Asmahwati cuba berbincang dengan doktor tentang perkara ini?
Slm. Mengikut kata doktor tak ada masalah dan saya boleh jalani hidup seperti biasa tapi saya masih tak berapa puas hati dgn penjelasannya, lagipun saya baru sahaja menjalani pembedahan membuang hempedu…
Wslm,saya akan cuba cari info tentang perkara ni.Kemudian saya akan kongsikan di blog nanti.
Pingback: Gejala Kegagalan Buah Pinggang:Bagaimana Mengenalpastinya? l Buah Pinggang Sihat Dot Com
Pingback: Apa Itu Kanser Buah Pinggang? l Buah Pinggang Sihat Dot Com