Simptom Sista Buah Pinggang & Rawatannya


Assamualaikum pembaca sekalian,

Sista buah pinggang kebiasaannya lebih kerap ditemui di kalangan mereka yang berusia lebih lima puluh tahun. Kira-kira sembilan puluh peratus daripada pesakit sista buah pinggang tidak menyedari bahawa mereka menghidapinya. Sista buah pinggang mempunyai tanda-tanda yang sangat sedikit. Gejala sista buah pinggang termasuk sakit di belakang atau tepi, demam atau sakit bahagian atas abdomen dan kadang-kadang tekanan darah tinggi. Terdapat dua jenis sista buah pinggang, iaitu sista buah pinggang ringkas atau sista buah pinggang komplek.

Majoriti mereka yang mempunyai sista buah pinggang kebiasaannya dari jenis sista buah pinggang mudah. Sista jenis ini adalah dari jenis bukan kanser dan biasanya akan hilang sendiri. Sista buah pinggang kompleks dipanggil begitu kerana sista jenis ini mempunyai beberapa ciri kanser buah pinggang. Sekiranya anda menghidapi sista jenis kompleks, doktor anda boleh membincangkan rawatan kanser buah pinggang dengan anda.

Anda juga boleh mempunyai sista buah pinggang dua hala. Ini adalah sista di kedua-dua buah pinggang. Dan kemungkinan besar ianya dari jenis sista buah pinggang mudah. Umumnya sista jenis ini tidak memerlukan rawatan. Sista buah pinggang mudah juga kebiasaannya tidak dapat dikesan melainkan anda mempunyai beberapa jenis imbasan biasanya untuk masalah lain. Dalam beberapa kes doktor anda akan memeriksa untuk memastikan bahawa anda adalah sista mudah dan bukan komplek.

Sekiranya masalah sista buah pinggang menyebabkan anda mengalami ketidakselesaan, maka anda harus cuba mengamalkan diet buah pinggang. Diet ini akan membantu anda mengurangkan gejala-gejala tersebut. Selain itu anda juga harus berjumpa dengan pakar kesihatan untuk mendapatkan maklumat lebih lanjut tentang gejala yang anda hadapi.

Anda juga seharusnya sedar dan berhati-hati dengan tanda-tanda kegagalan buah pinggang. Tanda-tanda seperti bengkak di kaki, sangat sedikit pengeluaran air kencing, kerap dahaga, kadar denyutan jantung laju, pening yang semakin meningkat, kehilangan selera makan, loya dan muntah juga boleh termasuk dalam simptom sista buah pinggang. Tetapi harus diingat, hanya kerana anda mempunyai beberapa gejala-gejala ini tidak bermakna anda telah mengalami kegagalan buah pinggang, tetapi anda perlu buat pemeriksaan dengan doktor anda.

Perhatian: Informasi ini hanyalah sebagai panduan umum dan tidak boleh dianggap sebagai nasihat profesional.


Tentang penulis
:
Abdullah Idris merupakan pengasas blog kesihatan ini. Dapatkan update terkini melalui facebook atau twitter. Atau langgan artikel terkini yang mengandungi tip & panduan penting untuk kesihatan buah pinggang melalui emel.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Baca juga artikel ini:

4 thoughts on “Simptom Sista Buah Pinggang & Rawatannya

  1. b3njy

    Peratus orang muda menghidapnya macam mana ? sebab sekerang ni umur B3njy baru je 35 tetapi macam rasa sakit sikit disebelah tepi pinggang belakang kalau ditekan … tak pastilah sakit pinggang ke atau sakit buah pinggang.
    b3njy recently posted..PETUA ORIGINALMy Profile

    1. admin Post author

      Salam bro benjy,

      Pada saya yang terbaik ialah kita buat pemeriksaan apabila ada rasa yang tak kena,sebab apa yang ditulis dalam artikel hanyalah berdasarkan kajian teori shaja.Saya sendiri kena penyakit buah pinggang ketika usia 22 tahun.

  2. ayu

    Ank sy baru je umur 5bln..tp masa umur 4 bln doc scan kata buah pinggang dia ada cyst.nk tau la bahaya ke dngan cyst tu?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

CommentLuv badge

PERCUMA!Panduan Diet Untuk Pesakit Buah Pinggang


%d bloggers like this: