Assalamualaikum pembaca sekalian,
Batu karang terhasil daripada mendapan-mendapan kecil mineral yang membentuk batu-batu keras di dalam buah pinggang. Batu karang terjadi disebabkan oleh ketidakseimbangan yang berlaku di dalam air kencing, sebagai sebatian seperti urik asid dan kalsium yang terkumpul dan mula mendap. Simptom batu karang tidak akan dirasai sehingga batu tersebut bergerak ke dalam tiub yang menghubungkan buah pinggang ke pundi kencing, seterusnya saluran kencing dan mula bergerak melaluinya. Proses ini, yang dikenali sebagai “pengeluaran batu,” menghasilkan gejala yang amat menyakitkan. Dan kemungkinan akan menyebabkan berlakunya kencing berdarah.
Kesakitan
Simptom batu karang yang pertama berlaku dalam kebanyakan kes, ialah kesakitan yang amat sangat apabila batu karang bergerak ke dalam saluran kencing. Kesakitan adalah disebabkan oleh otot-otot di dinding saluran kencing berusaha untuk menolak batu melalui pundi kencing.
Tempat Sakit
Kesakitan akan mula dirasai yang berpunca dari batu karang ialah berlaku kekejangan dan ianya sangat mendadak. Kesakitan akan terasa hingga ke seluruh bahagian buah pinggang dan bahagian belakang. Sakit juga boleh merebak ke bahagian bawah abdomen dan bahagian sulit.
Kesakitan yang dirasai akibat batu karang adalah berbeza-beza. Ianya akan lebih teruk pada kanak-kanak di bawah umur di mana kesakitannya akan dirasai sepanjang masa. Kebiasaannya kesakitan itu alan datang dalam 20 minit ke satu jam yang terakhir.
Muntah
Selain dari rasa sakit, anda juga mungkin akan mengalami muntah dan loya. Jika berlakunya jangkitan, demam pada suhu yang rendah dan kesejukan kemungkinan akan berlaku.
Kesan Pada Air Kencing
Simptom batu karang yang lain ialah warna air kencing bertukar menjadi keruh dan berbau. Disamping itu anda juga akan mengeluarkan kencing berdarah. Mereka yang mempunyai batu karang juga selalunya akan kerap terasa untuk membuang air kencing.
Komplikasi
Apabila buah pinggang anda terhalang oleh batu karang, ia akan menyebabkan berlakunya komplikasi. Ini berlaku apabila air kencing tertahan dan berpatah balik ke pundi kencing dan akan menyebabkan toksin yang terkandung di dalam air kencing merosakkan buah pinggang.
==================================
Sumber rujukan: About Kidney Stone Symptoms
==================================
Perhatian: Informasi ini hanyalah sebagai panduan umum dan tidak boleh dianggap sebagai nasihat profesional.
Tentang penulis: Abdullah Idris merupakan pengasas blog kesihatan ini. Dapatkan update terkini melalui facebook atau twitter. Atau langgan artikel terkini yang mengandungi tip & panduan penting untuk kesihatan buah pinggang melalui emel.

selain itu perbuatan menahan kencing juga boleh sebabkan batu karang
Cik Zem recently posted..UBAT PENAWAR PENYAKIT KENCING MANIS | KACIP EMAS
Betul tu.
saya pernah dgr perempuan juga blh kena batu karang, saya merasa sakit disebabkan angin di bahagian kanan pinggang belakang, hingga sukar utk berjalan dan menunduk. apakah itu juga tanda batu karang?kesakitan itu hilang apabila saya membuang angin.mohon pencerahan.
Apakah rasa sakit tersebut juga wujud ketika membuang air kecil dan wujudnya adarah di dlaam air kencing?
waalaikumusalam wtb
terima kasih kerana mberi respon. rasa sakit hanya ketika menunduk(membongkok) atau berjalan laju. semasa mbuang air kecil@besar tidak keluar darah.
Kalau begitu pada pandangan saya bukannya penyakit batu karang atau buah pinggang.Tetapi sebaiknya untuk kepastian sila buah ujian darah dan urin.
terima kasih untuk info yang sangat bermanfaat ini!
sama-sama.terima kasih kerana sudi melawat blog saya.
Pingback: Simptom Batu Karang » Pusat Sumber Hangat | Pusat Sumber Hangat
Salam.baru2 ni saya sakit dibahagian kiri perut/pinggang, loya, kurang selera mkn.ad jgk rs mcm kembung perut tapi kencing mcm biasa, bnyak stiap kali kencing n tak ada drh dlm kencing. adakah tu tanda sy sakit batu karang?
utk pengetahuan, 2bln lalu saya kena simptom yg sama n termasuk kencing tak lawas.lps mkn ubat ural, ada ketulan batu n seperti pasir keluar semasa kncing.
Adakah sakit batu karang tersebut berulang?tq.
Penyakit batu karang boleh berulang.Sebab itu doktor akan minta batu karang yang keluar melalui air kencing untuk dikaji bagi memastikan punca berlaku batu karang tersebut bagi mengelakkan berlakunya pengulangan.
jikalau kerap kali membuang air kecil sshaja, tiada simptom2 lain. adakah ini adalah batu karang?
Adakah afeeq mengalami kerap kencing pada waktu malam terutamanya? Ini adalah tanda kencing manis.
Saya meraskan skit d bnhagian pusat,,,kadang kalo kencing terasa sakit d pusat,,,adakah nie pon symtom batu karang
Tuan dah buat pemeriksaan di klinik atau hospital?
Saya rasa sakit di bahagian perut belah kanan hingga ke belakang pinggang, perut kembung, rasa loya, kepala pening & hilang selera makan. Bila sakit menyerang, saya tak boleh berjalan, terpaksa mengambil pain killer. Dah banyak kali saya diserang demikian. Saya pernah ke Klinik biasa, bila diambil urine test, semua normal. Doktor pernah juga rujuk ke hospital untuk buat Ultrasound, tp semuanya ok. Saya keliru. Mohon nasihat.
Ada tak buat ujian urin dan darah?Kalau semua ok,dibimbangi masalah tersebut berpunca dari gangguan makhluk halus.
saya dh buat urine & blood test tp smuanya ok.dh byk doktor sy jmpa,cuma sorg doktor je yg nasihatkn sy jumpa ustaz.
Pelik juga ye.Macam mana seorang doktor suruh jumpa saya plak.Sebab saya bukan doktor pun.Siapa nama doktor tu?
Kini saya dah 3 hari kencing pedih sakit, sy spt yakin sy ada batu karang. Kerana bila buang air kecil spt ada benda nk keluar sama. Klinik dah bg antibiotik dan ubt lawas kencing. 4,5 hari lg doc advise p scan kat hospital.
Saya pernah mengalami masalah batu karang. Sakitnya akan lebih terasa apabila air kencing betul-betul nak habis. Tapi alhamdulillah, 2 kali batu karang akhirnya batu tersebut keluar.
Pingback: Penyakit Batu karang. Punca, simptom dan strategi mengelakkanya.