Selamat Datang.Sekiranya anda merupakan pelawat terbaru di sini,saya amat menggalakkan agar anda mendaftarkan emel supaya anda tidak akan ketinggalan lagi semua artikel terbaru dari saya.Sila daftarkan emel anda di sini.
Assalamualaikum pembaca sekelian,
Kita semua tahu betapa pentingnya untuk memastikan buah pinggang kita dapat berfungsi dengan baik.Pernahkah anda tanya kepada diri anda adakah buah pinggang yang anda miliki sekarang ini sihat atau tidak?
Adalah sangat penting untuk kita memastikan bahawa buah pinggang kita benar-benar berada dalam keadaan sihat dan dapat berfungsi dengan normal.Oleh itu langkah pertama penjagaan buah pinggang yang paling berkesan ialah dengan melakukan pengesanan awal penyakit buah pinggang.Ini sangat penting untuk dilakukan terutamanya jika anda seorang pengidap penyakit diabetis.
Ini kerana sekiranya anda menghidap penyakit diabetis,maka anda sangat berisiko tinggi untuk mempunyai masalah buah pinggang.Seseorang yang mempunyai masalah buah pinggang dapat mengesan beberapa tanda yang akan berlaku pada dirinya seperti:
- Berat badan menurun tanpa sebab,
- Rasa loya atau muntah,
- Letih lesu,
- Sakit belakang,
Tanda-tanda lain yang mesti diberikan perhatian juga ialah:
- Penukaran kekerapan atau corak urinasi,
- Urin yang mengandungi darah,
- Rasa sakit ketika membuang urin,
- Bengkak pada muka,kaki dan abdomen,
- Kesukaran untuk tidur malam
Tetapi saya peringatkan kepada anda bahawa anda tidak boleh terlalu bergantung sangat kepada tanda-tanda tersebut.Berdasarkan pengalaman saya,kadang-kadang tanda-tanda tersebut hanya akan muncul setelah buah pinggang anda telah pun rosak dan telah terlambat untuk mengubatnya.
Malah ada kemungkinan tanda-tanda tersebut langsung tiada walaupun buah pinggang anda telah tidak berfungsi lagi.Jadi,cara yang paling baik dan berkesan ialah anda pergilah berjumpa dengan doktor dan buat ujian urinasi.Ujian ini bertujuan untuk mengesan adakah dalam urin anda terdapat mikroalbumin dan protein.
Mikroalbumin ialah protein dalam jumlah yang kecil di mana kehadirannya dalam urin menunjukkan bahawa buah pinggang anda mengalami masalah.Berdasarkan pengalaman saya sendiri,urin yang mengandungi mikroalbumin dan protein ini akan mempunyai buih-buih yang banyak seperti sabun.
Terjadinya perkara ini kerana buah pinggang yang telah rosak tidak dapat menerima balik kebanyakan protein yang telah ditapis dan menyebabkan kandungan protein di dalam urin semakin meningkat.Sebenarnya anda dapat mengesan kehadiran protein yang banyak dalam kandungan urin dengan melakukan ujian sendiri di rumah.Iaitu dengan mencelup stik pengesan protein ke dalam urin.Stik pengesan protein ini boleh anda beli di kedai-kedai farmasi dengan harga yang berpatutan.
Sekiranya anda telah melakukan ujian tersebut dan mendapati ianya positif,maka segeralah berjumpa dengan doktor anda dan ikutlah nasihat yang diberikan.Ini akan dapat membantu anda mengelak atau melambatkan penyakit anda dari menjadi bertambah teruk.
Tentang penulis: Abdullah Idris merupakan salah seorang dari pesakit buah pinggang di Malaysia.Di blog ini beliau kongsikan bersama pembaca artikel-artikel kesihatan khususnya tentang buah pinggang demi untuk meningkatkan pengetahuan dan kesedaran khususnya untuk diri beliau sendiri dan umumnya kepada seluruh masyarakat.Anda boleh ikuti perkembangan beliau di facebook atau twitter.
Tindakan selanjutnya?Sudahkah anda download ebook PERCUMA saya?Download SEGERA & anda juga akan menerima langganan newsletter bulanan secara PERCUMA yang mengandungi tip-tip kesihatan penjagaan buah pinggang.


bahaya jugak eh..sebab tanda-tanda hanya akan keluar bila kerosakan tu dah di tahap kritikal
fitri recently posted..Wahai Wanita Yang Disayangi…Berhati-hatilah Memandu Seorang Diri
Betul tu bro.Jadi kita tidak boleh terlalu begantung kepada tanda-tanda.Yang terbaik selalu membuat pemeriksaan urin dan darah.
Tanda2 seperti :
Berat badan menurun tanpa sebab,
Rasa loya atau muntah,
Letih lesu,
Sakit belakang,
Jai ada alami, tapi risau jugak nih…hu3
decrewz recently posted..Video Maharaja Lawak Astro Minggu ke 3
Segera buat pemeriksaan Jai.
Insyaallah.. Nak buat jugak, tapi masa je x menentu je sekarang nih dengan kerja separuh hari…
decrewz recently posted..Video Maharaja Lawak Astro Minggu ke 3
Baguslah.Mesti disegerakan.
Terima kasih untuk entry ni…naik risau ni.
Amry recently posted..Saman – Tidak Black List Jika Tiada Kes Mahkamah
Sama-sama.Risau kenapa?
Pingback: Kenali Diabetis Insipidus (Bah 1) l buahpinggangsihat.com
Pingback: Kenali Diabetis Insipidus (Bah 2) l buahpinggangsihat.com
Pingback: Biopsi buah pinggang l buahpinggangsihat.com
Pingback: Adakah anda berisiko terhadap jangkitan buah pinggang? l buahpinggangsihat.com
Pingback: Bagaimana Merawat Tahap Kreatinin Tinggi l Buah Pinggang Sihat Dot Com
assalam..satu artikel yg menarik. sy ingin tanya, kdg2 urin sy berbuih, adakah ni tanda buah pinggang sy ada masalah. tq.
aNNa recently posted..UBM 3156a
Anna,
Boleh jadi ianya merupakan petanda kepada penyakit buah pinggang.Untuk kepastian buatlah pemeriksaan urin.
Pingback: Ketahui Kesan Sampingan Pemindahan Buah Pinggang l Buah Pinggang Sihat Dot Com