Rahsia Untuk Berhenti Rokok!Selamatkan Buah Pinggang Anda!




Assalamualaikum pembaca sekalian,

Saya meminta maaf kerana agak lama saya tidak mengemaskini blog ini dengan artikel-artikel yang fresh tentang kesihatan buah pinggang. Dalam artikel yang lepas, saya ada menulis artikel tentang kesan buruk merokok terhadap buah pinggang. Jadi setelah membaca artikel tersebut, mungkin ada diantara pembaca blog ini yang sedang berusaha untuk mencari produk atau panduan berkesan cara-cara untuk berhenti merokok.

Jadi dalam artikel kali ini saya akan membuat review terhadap satu ebook tentang teknik berkesan bagaimana untuk anda bebas dari tabiat merokok hanya dalam masa 3 minggu sahaja.

Panduan Berhenti Merokok Dalam Masa 3 Minggu, tulisan saudara Fariz Rizal, adalah sebuah ebook yang mengandungi teknik-teknik terbukti berkesan yang didedahkan oleh beliau sendiri berdasarkan pengalaman sebagai seorang perokok tegar suatu ketika dahulu.

Di dalam ebook tersebut beliau menegaskan bahawa untuk berhenti merokok ianya seperti bertempur di medan perang di mana memerlukan strategi yang betul, tepat dan ampuh bagi memastikan matlamat tersebut akan mencapai hasilnya.

Antara cara paling umum yang selalunya digunakan oleh perokok tegar ialah menggantikan tabiat tersebut dengan mengambil ubat-ubatan dan juga gulu-gula getah. Berdasarkan pengalaman beliau cara ini sebenarnya tidaklah benar-benar berkesan kerana akan menyebabkan perokok terpaksa bergantung kepada bahan-bahan tersebut.

Maka, setelah beliau berjaya berhenti dari tabiat merokok yang merosakkan kesihatan dengan menggunakan teknik-teknik yang beliau kaji, akhirnya beliau ingin kongsikan teknik-teknik tersebut dengan masyarakat khususnya kepada mereka yang bergelar perokok.

Beliau yakin dengan teknik tersebut, akhirnya mereka yang mempunyai cita-cita untuk berhenti rokok akan dapat berhenti terus tanpa ada keinginan lagi untuk mengulanginya. Selain dari berkongsikan teknik-teknik berhenti merokok, isi kandungan yang terdapat di dalam ebook tersebut ialah:

  • 2 Perkara Utama yang membuatkan anda terus merokok. Anda perlu sedar mengenai 2 perkara ini, jika tidak, sampai bila-bila pun anda akan terus merokok.
  • 5 Sebab Utama Kenapa Susah Untuk Berhenti Merokok. Ramai orang yang gagal berhenti merokok, tidak tahu sebab mengapa mereka gagal untuk berhenti. Disebabkan itu, mereka akhirnya menjadi pasrah dan tidak mahu lagi berusaha.
  • 4 Kelebihan Utama Berhenti Merokok. Jika anda ingin berhenti merokok, anda mesti tahu, mengapa anda mesti berhenti merokok? 4 Kelebihan ini akan memberikan anda sebab yang kukuh, mengapa anda perlu berhenti merokok sekarang!
  • Langkah-langkah Mudah Berhenti Rokok. Disinilah rahsia terbesar bagaimana anda boleh berhenti merokok dengan mudah dan berkesan. Apa yang perlu anda lakukan, hanya baca, fahami dan lakukan setiap langkah yang diajarkan dengan penuh tekad.
  • Tempoh Pantang Merokok. Berapa lamakah anda harus berpantang dari menghisap rokok untuk membolehkan anda kekal berhenti merokok selamanya? Semua itu dikupas di dalam bab ini.
  • Sebab Utama Kenapa Gagal & Kembali Merokok. Selepas anda berjaya melepasi tempoh pantang merokok, masih ada beberapa perkara yang boleh menyebabkan anda kembali merokok, ketahui apa perkara tersebut dan pastikan anda mengelakkan dari melakukannya.
  • Rokok Terakhir . Bagaimana menghadapi saat-saat terakhir anda bersama rokok. Ianya amat penting dan kritikal.
  • Amaran Terakhir. Jika terasa ingin merokok semula, ingatilah amaran ini.
  • Saat Kebenaran . Kebebasan dan ketenangan hidup kini adalah milik anda. Bergembiralah!

Siapakah yang patut memiliki ebook ini?

Panduan ini seharusnya dimiliki oleh :

  • Yang telah lama merokok namun masih mempunyai keinginan untuk berhenti
  • Yang telah beberapa kali berhenti namun kembali mengulangi tabiat merokok
  • Yang mula merasai gejala-gejala penyakit akibat tabiat merokok
  • Isteri yang mempunyai suami seorang perokok tegar
  • Mereka yang mempunyai kawan-kawan yang kuat dengan tabiat merokok
  • Mereka yang ingin menjaga kesihatan

Menurut penulis, untuk memastikan yang teknik-teknik yang dikongsikan beliau ini benar-benar berkesan dan boleh dipercayai, beliau telah memberikan ebook tersebut kepada beberapa rakan beliau yang memang merupakan seorang perokok tegar.

Dan hasilnya sangat menakjubkan. Kesemua mereka akhirnya telah berjaya berhenti dari terus mengamalkan tabiat merokok. Jadi, kepada mereka yang ingin mendapatkan ebook ini, anda tidaklah perlu merasa ragu-ragu kerana di dalam laman web beliau, beliau telah sertakan bukti-bukti testimoni mereka yang telah berjaya.

Dan untuk memastikan pembelian anda benar-benar berbaloi, penulis juga akan memberikan dua ebook bonus kepada pembeli-pembeli ebook panduan berhenti merokok ini.

Dan di sini ada satu berita baik untuk anda. Sekiranya anda mendapatkan ebook Panduan Berhenti Merokok ini melalui link di bawah, saya akan memberikan satu lagi ebook berbahasa Inggeris bertajuk “Quit Smoking Today” secara percuma.

Di dalam ebook ini akan dikongsikan bersama anda tip-tip terbaik bagaimana untuk berhenti merokok. Tetapi  tawaran khusus dan istimewa ini saya buka hanya kepada 10 pembeli sahaja yang membeli melalui link di bawah.

Selepas membuat pembelian, sila email kepada saya dengan tajuk “Pembelian Panduan Berhenti Merokok Dalam 3 Minggu” di infobuahpinggang@gmail.com beserta bukti pembayaran. Grab offer ini sementara masih ada dan ia tidak ada ditempat lain dengan offer sebegini lagi. Saya akan berikan link download ebook ini ke dalam email anda segera yang mungkin setelah menerima pengesahan pembayaran.

Semoga tawaran ini akan menjadikan hari kita bertuah, masa semakin pantas berlalu dan selalunya yang terbaik itu hanya datang dalam sekelip mata. Cepat sebelum terlambat, saya tidak bertanggungjawab sekiranya tawaran ini akan ditamatkan selepas ini. Sekiranya anda berminat, dapatkan ebook ini melalui link di bawah.

http://goo.gl/EDTx1

Tentang penulis: Abdullah Idris merupakan pengasas blog kesihatan ini dan juga salah seorang dari pesakit buah pinggang di Malaysia. Dapatkan makluman terkini dengan pantas dari beliau melalui facebook atau twitter. Atau langgan artikel terkini beliau yang pastinya mengandungi tip & panduan penting untuk kesihatan buah pinggang melalui emel.




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

18 thoughts on “Rahsia Untuk Berhenti Rokok!Selamatkan Buah Pinggang Anda!

  1. B3njy bukan seorang perokok …

    Walaubagaimana pun pemerhatian b3njy mendapati memang sukar seseorang itu untuk berhenti merokok kalau tiada disiplin dan keazaman diri … tidak keterlaluan b3njy berkata hanya 1/9 perokok sahaja berjaya berhenti merokok sebab … emmm … tak pasti ia bergantung kepada diri sendiri …
    benjy recently posted..20th Sultan Azlan Shah Cup – B3njy My Profile

    • Disitulah perlunya kekuatan dari dalam diri. Kadang-kadang pengaruh persekitaran yang buatkan seseorang itu merokok.

  2. sangat setuju dengan pendapat untuk berhenti merokok memerlukan azam yang sangat kuat…
    macam saya, dulu tak kuat sangat, sekarang macam pantang tak buat apa2 mua la nak cari rokok, walhal tak terasa nak hisap pon,tak pon rasa ketagih…..
    nak berhenti tu boleh…tapi tah la….. kat mana silapnya tah…..

    “merokok tu macho” kelemahan syaa mungkin disini!!

    • Maknanya bro mash merokok hingga sekarang? Kalau ya, apa kata cuba ebook panduan berhenti merokok ni. Manalah tau berkesan. Usaha tu wajib.

  3. Aku dulu juga seorang penghidap rokok, ttp bukan tegar la, saje2 wat ilang ngantuk dan stay up malam2… ttp kan harga rokok pd tahun 2004 dgn rokok sekrg 2011 mmg jauh berbeza.. dulu rokok 14btg RM3.++ je, tp skrg harga dah mencecah 20btg RM10. Pakej 14 btg xde dah.. tp bila fikir2kan balik, merokok ni mmg merugikan dan membakar duit je…

    Bg aku drpd beli rokok lebih baik beli nasi… lagi mengenyangkan… drpd isap asap…
    aktechpage.com recently posted..BlackBerry PlayBook- Sebuah Tablet PC- Bukan Telefon BimbitMy Profile

    • Memang betul tu bro. Tabiat merokok selain dari membahayakan kesihatan diri dan orang sekeliling,ianya juga suatu tabiat yang sangat merugikan.

  4. Salam,

    Nak berhenti merokok memang susah,payah, sukar dan yang seumpamanya. Walaupu saya perempuan, saya tahu kesukarannya. sebab merokok ni dah jadi macam makanan kepada mereka. Kekadang tak makan tak apa tapi tak boleh kalau tak dapat merokok. Betul tak? Lagi satu nak berhenti merokok ni mesti datang dari diri prokok tu sendiri. Kalau tak, memang tak menjadi…

    • Itu memang betul pun.Bagi seorang perokok tegar,tindakan berhenti merokok memerlukan semangat dan azam yang sangat tinggi.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

CommentLuv badge

PERCUMA!Panduan Diet Untuk Pesakit Buah Pinggang