Selamat Datang.Sekiranya anda merupakan pelawat terbaru di sini,saya amat menggalakkan agar anda mendaftarkan emel supaya anda tidak akan ketinggalan lagi semua artikel terbaru dari saya.Sila daftarkan emel anda di sini.
Assalamualaikum pembaca sekalian,
Proteinuria adalah suatu keadaan yang luar biasa di mana di dalam urin munculnya sejumlah protein yang tinggi. Protein merupakan suatu zat yang sangat penting dari semua bahagian tubuh, termasuk otot dan tulang. Darah juga mengandungi zat-zat protin ini yang mana ianya membantu melindungi tubuh dari jangkitan, membantu mengelakkan darah menjadi beku dan membantu menjaga jumlah cecair yang tepat di seluruh tubuh.
Biasanya,buah pinggang yang sihat akan menapis keluar bahan-bahan buangan dari darah.Tetapi protein dan bahan yang diperlukan oleh tubuh akan ditinggalkan di dalam darah. Kebanyakan zat-zat protin tidak sepatutnya melalui penapis buah pinggang.Namun,sebaliknya akan berlaku sekiranya buah pinggang sudah pun rosak.Di mana protein dari dalam darah yang diperlukan oleh tubuh akan bocor dan keluar bersama urin.Protein yang selalunya dikesan muncul di dalam kandungan urin ialah albumin. Albuminuria adalah istilah yang sering digunakan ketika ujian untuk mengesan kewujudannya di dalam urin.
Glomerulonefritis adalah istilah yang digunakan untuk menunjukkan berlakunya keradangan pada glomeruli,iaitu sekelompok unit penapisan kecil di dalam buah pinggang. Ada pelbagai penyakit yang boleh menyebabkan keradangan ini, yang mana ianya boleh menyebabkan proteinuria. Diabetes, hipertensi, dan bentuk lain dari penyakit buah pinggang boleh menyebabkan protein meresap keluar dengan cara merosakkan glomeruli.
Risiko
Anda berkemungkinan mempunyai risiko berlakunya protinuria sekiranya:
- mempunyai diabetes
- memiliki tekanan darah tinggi atau hipertensi
- kegemukan atau obesiti
- sejarah keluarga yang mempunyai penyakit buah pinggang
Oleh itu,sekiranya anda merasakan yang anda berisiko untuk mempunyai protinuria,segeralah berjumpa dengan doktor dan minta untuk melakukan pemeriksaan urin.Beberapa organisasi kesihatan mengesyorkan agar anda membuat pemeriksaan urin secara berkala.Ini dilakukan untuk mengesan diperingkat awal sekiranya berlaku protinuria sehingga masalah buah pinggang boleh dikesan dan dirawat atau dicegah sebelum sebelum ianya menjadi parah.
Gejala Protinuria
Diantara tanda dan gejala yang menunjukkan kemungkinan berlakunya protinuria termasuklah air kencing berbuih dan berlakunya pembengkakan pada tangan,kaki,perut atau muka.Berlakunya tanda-tanda ini pula adalah akibat daripada kehilangan banyak protin dari badan.Dan ada sesetengah daripada anda yang mungkin tidak akan dapat melihat sebarang tanda ynag menunjukkan berlakunya protinuria.Cara yang paling baik dan berkesan untuk mengesan protinuria adalah dengan melakukan ujian air kencing.
Ujian
Setelah sampel urin diambil,doktor anda mungkin akan menguji contoh urin bagi mengesan kehadiran protein. Ujian makmal untuk mengukur jumlah kandungan protein atau albumin yang tepat di dalam urin sangat dianjurkan untuk anda yang berisiko mempunyai penyakit buah pinggang, terutamanya sekiranya anda mempunyai penyakit diabetes. Jika ujian makmal menunjukkan tahap protein yang tinggi di dalam urin,doktor mungkin akan menyarankan kepada anda agar dilakukan sekali lagi ujian urin selepas satu atau dua minggu.Dan sekiranya ujian kedua juga menunjukkan kandungan protin yang tinggi,maka anda akan disahkan mempunyai protinuria.Selepas anda telah disahkan,doktor mungkin akan mengesyorkan pula ujian tambahan bagi menilai pula sejauh mana sejauh mana fungsi buah pinggang anda.
Doktor juga akan melakukan ujian pada sampel darah anda.Ujian ini dilakukan untuk mengesan tahap kretinin dan urea di dalam darah anda.Ini kerana buah pinggang yang sihat akan mengeluarkan zat-zat yang tidak diperlukan ini dari dalam darah.Jika ujian menunjukkan tahap kreatinin dan urea tinggi di dalam darah,ini boleh menjadi tanda bahawa fungsi buah pinggang anda telah terganggu.
Rawatan
Proteinuria boleh dirawat dengan cara mengubati penyebab yang mendasarinya.Sebagai contoh, jika anda mempunyai diabetes, hipertensi, atau kedua-duanya, tujuan utama dari rawatan yang diambil adalah untuk mengendalikan gula di dalam darah dan tekanan darah. Diabetes dan hipertensi boleh dikawal dengan cara:
- Pengambilan diet sihat.Doktor mungkin akan mengesyorkan agar mengurangkan pengambilan garam dan protein. Seorang pakar pemakanan boleh membantu untuk membuat dan merancang satu diet khas yang sesuai dan sihat untuk anda.
- Mengambil ubat yang telah dibekalkan kepada anda.
- Membuat banyak senaman secara tetap
Tentang penulis: Abdullah Idris merupakan salah seorang dari pesakit buah pinggang di Malaysia.Di blog ini beliau kongsikan bersama pembaca artikel-artikel kesihatan khususnya tentang buah pinggang demi untuk meningkatkan pengetahuan dan kesedaran khususnya untuk diri beliau sendiri dan umumnya kepada seluruh masyarakat.Anda boleh ikuti perkembangan beliau di facebook atau twitter.


penyakit ni bleh dirawat x ?maksud bleh sembuh ?
xazryx recently posted..satu bulan jadi penggangur
Protinuria ni sebenarnya lebih kepada sebab atau tanda kepada sesuatu penyakit.Kalau dari pengalaman saya,berlakunya protinuria ni disebabkan saya mempunyai masalah buah pinggang iaitu nefrotik sindrom.Kalau penyakit tu sembuh,maka secara automatiknya masalah protinuria juga akan selesai.Bab sembuh ke tidak ni saya tak berani nak bagi kepastian.Sebab ada sesetengah penyakit macam nefrotik sindrom ni datang sekali je lepas tu terus hilang.Dan ada sesetengahnya pula macam saya dah lama tapi masih belum sembuh sepenuhnya.
Alamat risau juga ni … kerana aku boleh diketegorikan obisiti sikit … aku juga berusaha untuk menstabilkan bentuk fizikal ku sekarang ni … (pemakanan yang kurang sihat adalah 10 TOP LINK menyebabkan masalah kesihatan)
benjy recently posted..SPEED LIMIT 60
Betul tu bro.Antara punca utama penyakit-penyakit kronoik sekarang ni disebabkan oleh pemakanan.Bro kena kuranglah berat badan tu.
Nice info…
Saya cadangkan mgkn lepas ni saudara boleh selitkan sedikit post berkenaan tentang makanan kesihatan jika boleh, gaya pemakanan atau khasiat makanan pun bole..
Just my cadangan je

aktechpage.com recently posted..Apa itu iPad Part 3- Kelebihan dan Kekurangan iPad
Cadangan yang bagus bro.InsyaAllah saya akan sediakan satu topik tentang itu khsusunya untuk pemakanan pesakit buah pinggang.
semakin berumur, agak sukar nak dpt berat bdn ideal. kena jaga mkn, jaga bua pinggang & semua organ

tips-kurus recently posted..Lembu & Anai-anai Punca Pemanasan Global
Betul tu bro.Semakin berumur sistem ketahanan badan semakin lemah,jadi penjagaan kesihatan dari pelbagai sudut perlu dilakukan.
Pingback: Biopsi buah pinggang l buahpinggangsihat.com
apa beza Protinuria dengan albuminuria? adakah risiko, gejala dan cara rawatan kedua-duanya sama?
Saya tak pasti apakah perbezaannya.Tetapi ketika saya dirawat di wad dahulu akibat keluar banyak protin melalui urin,doktor memasukkan cecair berwarna kuning iaitu albumin bagi menggantikan kehilangan protin di dalam badan.Kemungkinan protinuria dan albuminuria adalah masalah yang sama.
Pingback: Bolehkah Wanita Dengan Nefrotik Sindrom Mengandung? l Buah Pinggang Sihat Dot Com