Selamat Datang.Sekiranya anda merupakan pelawat terbaru di sini,saya amat menggalakkan agar anda mendaftarkan emel supaya anda tidak akan ketinggalan lagi semua artikel terbaru dari saya.Sila daftarkan emel anda di sini.
Assalamualaikum pembaca sekalian,
Apakah potassium dan apakah fungsinya di dalam tubuh anda?
Potassium adalah mineral di mana fungsinya untuk mengawal fungsi urat saraf dan otot.Satu daripada otot yang sangat penting iaitu jantung,berdenyut dengan rentak yang normal adalah disebabkan oleh potassium.Selain itu potassium juga diperlukan untuk menjaga keseimbangan cecair dan elektrolit dan juga tahap pH.
Untuk memastikan agar potassium melakukan fungsi-fungsi ini dengan baik,tahap darah mestilah dijaga supaya berada diantara 3.5 dan 5.5 mEq/L.Buah pinggang membantu untuk memastikan agar potassium berada pada tahap yang normal.Ini kerana sekiranya potassium berada pada tahap yang tinggi atau rendah ianya boleh mendatangkan bahaya.
Bagaimana saya boleh tahu apakah potassium saya berada pada tahap yang tinggi atau rendah?
Potassium Rendah
Kandungan potassium datangnya dari sumber makanan kita.Buah pinggang yang sihat akan mengeluarkan kandungan potassium yang berlebihan ke dalam urin untuk membantu mengekalkan tahap potassium yang normal di dalam darah.Oleh kerana kebanyakan makanan kita mengandungi potassium,potassium rendah (hypokalemia) jarang berlaku kepada mereka yang mengamalkan pengambilan diet yang sihat.Pengambilan makanan yang kurang zat,muntah dan cirit-birit yang berlebihan,dan mengambil ubat-ubatan tertentu seperti deuretik boleh menyebabkan berlakunya potassium kepada anda.
Beberapa kesan akibat potassium rendah ialah:
- Otot menjadi lemah
- Kekejangan
- Kebingungan
- Masalah dengan koordinasi otot
- Denyutan jantung menjadi tidak teratur
- Jantung gagal berfungsi
Masalah potassium rendah jarang berlaku kepada mereka yang gagal fungsi buah pinggangnya kerana buah pinggang telah kehilangan kemampuan untuk menghilangkan potassium.Ujian darah akan dilakukan bagi membantu doktor untuk memastikan tahap potassium.
Potassium Tinggi
Apabila buah pinggang anda sudah gagal untuk berfungsi,ia tidak lagi dapat mengeluarkan kandungan potassium yang berlebihan dan akan menyebabkan potassium berkumpul di dalam tubuh.Potassium tinggi dikenali sebagai hiperkalemia.Keadaan ini selalunya berlaku kepada mereka yang mempunyai penyakit buah pinggang tahap kronik (CKD).
Kesan-kesan yang timbul akibat dari potassium tinggi ialah:
- Rasa mual
- Rasa lemah
- Rasa kebas atau sensasi kesemutan
- Denyutan menjadi perlahan
- Degup jantung tidak teratur
- Kegagalan jantung
- Kematian mengejut
Bagi mereka yang mempunyai penyakit buah pinggang kronik (CKD) tahap 5 (juga dikenali sebagai tahap akhir penyakit buah pinggang ESRD),rawatan dialisis diperlukan untuk membantu mengawal tahap potassium.Rawatan dialisis adalah rawatan yang paling berkesan untuk menghilangkan lebihan potassium di dalam darah.Walaubagaimanapun,ada diantara rawatan ini yang tahap potassium masih tinggi.Oleh itu pengambilan makanan yang tinggi kandungan potassiumnya mestilah dihadkan agar kandungan potassium tidak terlalu tinggi sehingga sesi rawatan dialisis yang seterusnya.
Potassium tinggi selalunya berlaku apabila rawatan dialisis dilangkaui atau dipendekkan.Terlepas sesi rawatan dialisis akan menyebabkan potassium meningkat ke tahap yang merbahaya di dalam darah.Keadaan ini akan menyebabkan degupan jantung menjadi tidak teratur bahkan jantung anda boleh berhenti berdenyut.
Ketahui Tahap Potassium Anda
Pastikan agar tahap potassium anda diperiksa secara teratur.Tanyakan kepada pakar diet buah pinggang atau doktor tentang keputusan potassium anda.Dengan selalu memeriksa tahap potassium anda akan membantu doktor untuk mengekalkan tahap potassium anda sentiasa berada di tahap yang selamat.
| Julat Ukuran Makmal Untuk CKD | |
|---|---|
| Ukuran rendah | kurang dari 3.5 mEq/L |
| Ukuran selamat | 3.5 – 5.0 mEq/L |
| Ukuran tidak selamat | 5.1 – 6.0 mEq/L |
| Bahaya | melebihi dari 6.0 mEq/L |
Jika didapati tahap potassium anda terlalu tinggi,doktor akan mencari penyebabnya dan akan menetapkan masa untuk rawatan dialisis sekiranya perlu.Pakar diet buah pinggang akan sentiasa memantau pengambilan makanan anda dan akan menunjukkan cara-cara bagaimana untuk mengurangkan tahap potassium dalam diet anda.Tahap potassium seseorang adalah tidak sama dan mengikut kepada keperluan individu tersebut.Oleh itu pakar diet anda akan membantu untuk menentukan tahap potassium yang sesuai untuk diambil dalam diet seharian anda.
P/S : Artikel ini akan bersambung dalam bahagian kedua.Nantikan terbitan artikel tersebut dalam masa terdekat.
Tentang penulis: Abdullah Idris merupakan salah seorang dari pesakit buah pinggang di Malaysia.Di blog ini beliau kongsikan bersama pembaca artikel-artikel kesihatan khususnya tentang buah pinggang demi untuk meningkatkan pengetahuan dan kesedaran khususnya untuk diri beliau sendiri dan umumnya kepada seluruh masyarakat.Anda boleh ikuti perkembangan beliau di facebook atau twitter.
Tindakan selanjutnya?Sudahkah anda download ebook PERCUMA saya?Download SEGERA & anda juga akan menerima langganan newsletter bulanan secara PERCUMA yang mengandungi tip-tip kesihatan penjagaan buah pinggang.


nampaknya kalau nak tanya dalam pakar buah pinggang nie bukan doktor biasa jer nie.. lebih kepada doktor pakar dalam buah pinggang…
zik recently posted..Hala tuju yang sesuai selepas SPM dizaman millenium!
Tak pakarlah bro.Saya ni pun masih banyak lagi maklumat yang perlu dicari tentang penyakit diri saya.
Badan aku ni dah lama tak
bersenam ni.kena la pergi
bersenam ni.
Ali ridha recently posted..5 akaun pengomen tegar
Bila nak perginya?
sakit pinggang aku ni
sudah pergi ke bahagian kaki.
Ali ridha recently posted..Cara-cara Kristian Memurtadkan Gadis-gadis Melayu
Macam tu kena cepat pergi buat pemeriksaan bro.Cegah sebelum parah.
nampaknya TE tertarik dgn istilah sensasi kesemutan..pada mulanya berfikir apakah ini?
rupanya bila kita kebas, akan rasa seperti ada jarum dan semut bergerak, betul ke?
tengkorak emas recently posted..Speaking Test MUET
Ye,betul tu bro.Saya kerap juga rasa sensasi kesemutan.
baru tahu juga istilah ni
thanks
tehr recently posted..Filem Cereka Di Pawagam
Sama-sama.
bahaya juga kalau potassium tinggi, jantung boleh berenti pulak tu.maknanya jangan melambatkan rawatan dealisis la erk.
bro sakit buah pinggang tahap berapa skang?
saya dah share info ni kat fb
nasslimdiet2 recently posted..Tips untuk mengurangkan dengkuran
Saya tak pasti tahap berapa.Tapi semalam appoinment saya bersama doktor.Keputusan darah dan air kencing semuanya ok.Protin pun tiada yang keluar lagi.Bacaan pada kreatinin 74.Dari keputusan itu menunjukkan yang fungsi buah pinggang saya ok.Terima kasih kerana sudi sharekan info ni,mudah-mudahan bermanfaat.
Pingback: Potassium & Kaitannya Dengan Buah Pinggang Kronik(Bah 2)
Pingback: Potassium & Kaitannya Dengan Buah Pinggang Kronik(Bah 3)
wah bahaya juga sakit buah pinggang nie..
kenalah jaga pemakanan lepas nie.. hari-hari dah berkebun tp makan xda pantang. hehe.
Memang sangat bahaya sakit buah pinggang ni.
Bro, range creatinine yg normal brape?
Bro,range yang normal untuk kreatinin ialah 62-106.
bro…abah sya tlah menghidap CKD..then now he’s on haemodialisis treatmnt….but…aftr 3 year he on tretmt….baru nie dia ada simptom2 lain lagi..abah sya after he got dyalisis trtmnt…malam dia asa kepanasan…apa faktor penyebab dia ye
Setahu saya itu adalah kesan selepas menjalani rawatan dialisis. Ini kerana cuci darah menggunakan mesin tidak sesempurna dicuci dengan buah pinggang sebenar. Ada seorang jiran saya ayahnya menjalani rawatan dialisis dah lama. Sekarang ni kulit dia menjadi macam menggelupas, berwarna hitam dan gatal. Saya yakin juga faktor kepanasan itu disebabkan kesan menjalani rawatan dialisis. Saya cadangkan cuba gunakan produk cellfood yang saya gunakan sekarang ni. InsyaAllah saya akan cuba tulis satu artikel berkaitan dengan kesan-kesan selepas menjalani rawatan dialisis.
Saya pesakit dialisis sudah lebih 6 tahun. Besar kemungkinan pencucian dialiser oleh puast perubatan kurang bagus, jadi kimia yang digunakan akan masuk dalam badan apabila dialiser digunakan berulang kali. Sekarang saya mendapat rawatan daripada pusat yang gunakan “single use dialiser”, dimana dialiser digunakan hanya sekali dan tidak perlu di bersihkan dengan kimia, Tapi kos nya lebih tinggi. Tiada kesan sampingan.
Berapa kosnya?Ada yang menanggung bayarannya ke?
Kos tambahan di tanggung oleh dialisis center,mereka masih kenakan bayaran standard. Saya mendapat bantuan Lembaga Zakat selangor.
Saya dimaklumkan pada kos RM 150 setiap kali, pusat boleh cover kos.
Selain dari menjalani rawatan dialisis,ada cuba rawtan yang lain tak?
Pada awalnya ada juga tapi semuanya mengarut saja, malahan ada yang membahayakan saperti Colour Vibration Therapy (Shah Alam)yang katakan saya sudah sembuh satelah treatment tanpa pemeriksaan dan bagi tahu saya tak payah dialisis dah….nak mampus?
Ada yang boleh buat secara batin……dan yang klasik, Che Man yang buat surgery keluarkan buah pinggang, cucikan dan letak balik(?). Dia dah kena serbu oleh Kem Kesihatan dan sekarang buka di Kota Kumuning (belakang rumah saya>>).
Saya dulu juga pernah mencuba seperti yang anda sebutkan.Sekarang saya mengamalkan cellfood dn alhamdulillah ada kesannya.Nasihat saya berdasarkan pengalaman anda mesti cuba mencari rawatan alternatif,jangan hanya harapkan rawatan hospital semata-mata.
Pingback: Diet Fosforus & Potassium Untuk Penyakit Buah Pinggang Kronik l Buah Pinggang Sihat Dot Com
Pingback: Diet | Pusat Dialisis An'Nur Seksyen 13
Pingback: Diet: Yang Perlu anda Tahu | Pusat Dialisis An'Nur Seksyen 13
assalam, saya baru di tahan wad dan doktor dapati Potassium saya rendah (kurang garam dalam gula) dan di syaki ada penyakit hypokalemia. Saya cuma kadang2 ada sesak nafas dan jantung berdebar..
Salam encik saya nak tahula supliment ape yg encik ambil untuk kechtan buah pinggang en yg da btmbah bek?coz ayah sya ckd stge 3