Penyakit-Penyakit Buah Pinggang


Assalamualaikum pembaca sekalian,

Pengalaman  menghidapi penyakit buah pinggang selama beberapa tahun yang lalu telah memberikan pengajaran kepada saya bahawa penyakit yang berkaitan dengan buah pinggang ini boleh menyerang sesiapa sahaja tanpa apa-apa amaran atau tanda-tanda.

Jadi dalam artikel kali ini suka untuk saya berkongsi dengan anda beberapa penyakit yang berkaitan dengan buah pinggang.Saya rasa ianya sangat penting untuk kita beri perhatian yang sewajarnya.Ini kerana ianya boleh menyerang anda tidak kira samada anda tua atau muda,anda seorang yang aktif bersukan atau tidak.

Sebelum saya straight to the point,saya rasa elok kalau saya menerangkan serba sedikit tentang beberapa perkara yang berkaitan dengan buah pinggang.

Apa dia buah pinggang ?

Buah pinggang atau dipanggil ginjal adalah sepasang organ kembar yang terletak sebelah menyebelah  tulang belakang bawah sedikit  kepada rangka tulang rusuk. Ianya menjalankan fungsi terpenting seperti berikut :

  1. Membersihkan bahan dan cecair berlebihan dari dalan darah.
  2. Menapis darah,menyimpan sesetengah kompaun yang diperlukan tubuh dan akan membuangkan kompaun-kompaun yang tidak diperlukan tubuh.
  3. Menolong memperbetulkan tekanan darah,menentukan bilangan sel darah dan kesihatan tulang-tulang.

Apakah yang akan terjadi apabila buah pinggang  rosak ?

Sekiranya hal ini berlaku,badan seseorang itu tidak akan berupaya untuk menolak keluar air secukupnya, garam dan lain-lain bahan. Akibatnya jumlah air di dalam badan akan bertambah dan tisu-tisu membengkak.Situasi ini dipanggil sebagai  OEDEMA. Persebatian cecair dalam badan berubah dengan pesat sehingga menjadikan ia begitu abnormal dan kematian akan berlaku kecuali jika pengubatan secara ‘dialisis dijalankan’

Apakah penyakit buah pinggang ?

Penyakit buah pinggang bukan hanya mempunyai satu jenis sahaja. Bahkan terdapat berbagai-bagai penyakit yang berbeza mengikut kompenan buah pinggang yang terlibat. Antara penyakit-penyakit buah pinggang termasuk :-

  1. Infeksi saluran kencing
  2. Saluran kencing tersekat, misalnya batu dalan buah pinggang, cysts dan lain-lain
  3. Tekanan darah tinggi (hypertension)
  4. Glomerulonephritis
  5. Nephrosis
  6. Lain-lain, misalnya kencing manis, kerosakan akibat kimia toksik tertentu seperti dadah dan lain-lain.

Tanda- tanda amaran penyakit buah pinggang

  1. kepedihan atau kesulitan semasa buang air kencing
  2. kerap membuang air kencing terutama pada waktu malam
  3. mengeluarkan kencing berdarah
  4. bengkak sekeliling mata, bengkak tangan dan kaki terutama di kalangan kanak-kanak
  5. kesakitan sebahagian belakang, sedikit ke bawah dari tulang rusuk (tidak disebabkan oleh gerakan)
  6. tekanan darah tinggi.

Jika  terdapat tanda-tanda ini minta nasihat doktor anda. Setengah penyakit buah pinggang menyerang tanpa apa-apa tanda, oleh itu pastikan anda menjalani pemeriksaan air kencing setiap tahun.Ini adalah jalan terbaik yang patut anda ambil bagi memastikan risiko anda menghidap penyakit buah pinggang rendah.

InsyaAllah,dalam artikel yang akan datang saya akan menerangkan secara khusus lagi tentang penyakit-penyakit buah pinggang seperti yang telah saya sebutkan di atas.Jadi pastikan anda tidak ketinggalan untuk membacanya.Cara terbaik ialah anda boleh melanggan artikel saya melalu RSS feed atau melalui emel dengan cara mengisi form di sebelah kanan atas sidebar blog ini.

P/S: Adakah artikel di atas membantu?Sekiranya ya,mengapa tidak anda melanggan artikel blog ini secara mudah melalui RSS feed atau emel? Atau tunjukkan sokongan anda dengan memberikan sedikit komen.Saya pasti amat menghargainya.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Baca juga artikel ini:

Tagged on: ,

3 thoughts on “Penyakit-Penyakit Buah Pinggang

  1. Pingback: Tahukah Anda Nephrectomy?(Bah 2) l Buah Pinggang Sihat Dot Com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

CommentLuv badge

PERCUMA!Panduan Diet Untuk Pesakit Buah Pinggang


%d bloggers like this: