Penyakit Jantung & Kaitannya Dengan Buah Pinggang?




Assalamualaikum pembaca sekalian,

Penyakit jantung adalah masalah yang sering berlaku kepada mereka yang mempunyai masalah buah pinggang. Walaupun penyakit jantung di Amerika telah menurun sejak 30 tahun terakhir, namun pengurangan ini tidak dapat dinikmati oleh mereka yang mempunyai masalah buah pinggang dalam kemungkinan untuk mempunyai penyakit jantung atau pun kegagalan pada fungsi jantung.

Selain itu, mereka yang mempunyai penyakit diabetis, tekanan darah tinggi, kolestrol tinggi, berlebihan berat badan atau obesiti, merokok, atau pun mereka yang mempunyai sejarah ahli keluarga yang mempunyai penyakit jantung juga mempunyai risiko yang tinggi untuk mempunyai penyakit yang sama.

Pengerasan pada pembuluh darah merupakan penyebab paling utama kepada serangan penyakit jantung. Proses ini bermula apabila berlakunya timbunan lemak pada dinding arteri dan masalah ini boleh bermula pada usia yang muda, walaupun kepada mereka yang tidak mempunyai penyakit buah pinggang. Selama beberapa waktu, mendapan lemak yang mengandungi kalsium akan membentuk plak yang akan menghalang laluan pada arteri yang kecil, seperti yang terdapat pada jantung otak dan juga buah pinggang.

Jadi artikel kali ini akan mempertimbangkan beberapa faktor risiko yang boleh menyumbang kepada berlakunya pengerasan pada arteri dan juga penyakit jantung terhadap mereka yang mempunyai penyakit buah pinggang kronik dan juga strategi-strategi khusus untuk mencegahnya.

Tekanan darah tinggi merupakan faktor yang paling utama kepada penyebab penyakit jantung dan juga strok. Tekanan darah biasanya ditulis dalam bentuk dua nombor, di mana nombor di atas dipanggil sebagai tekanan darah sistolik dan nombor di bawah dipanggil sebagai tekanan darah dialostik. Apabila kedua-dua bentuk tekanan darah ini berada pada bacaan yang terlalu tinggi, maka ianya akan meningkatkan risiko pada serangan jantung dan juga strok, terutamanya kepada mereka yang mempunyai tabiat merokok, masalah diabetis dan juga kolestrol tinggi.

Tekanan darah 130/85 adalah bacaan yang normal, dan ianya sangat dianjurkan kepada pesakit yang berumur kurang dari 65 tahun. Mencapai tekanan darah yang normal seharusnya menjadi matlamat utama dalam terapi yang dilakukan. Bagi mereka yang berusia lebih dari 65 tahun, risiko untuk mendapat penyakit strok lebih tinggi berbanding risiko serangan jantung, dan kepada mereka sangat digalakkan mencapai tekanan darah 140/90.

Bagi pesakit yang mana adanya protin di dalam urin mereka, atau fungsi buah pinggang telah menurun, dapat mengambil manfaat daripada tekanan darah yang lebih rendah dari 125/75, yang mana ianya dipercayai dapat melambatkan kerosakan buah pinggang bagi mereka yang sudah pun mempunyai penyakit buah pinggang.

Ada beberapa cara yang boleh anda amalkan untuk menjaga tekanan darah anda tanpa perlu mengambil sebarang jenis ubat. Antaranya dengan mengamalkan diet yang rendah kandungan garamnya, berhenti merokok, menurunkan berat badan sekiranya ia perlu, dan bersenam secara kerap. Namun, kebanyakan daripada pesakit perlu mengambil ubat untuk mengawal tekanan darah mereka cukup untuk mengurangkan risiko penyakit jantung dan melindungi buah pinggang mereka. Kebanyakan dari mereka perlu mengambil tiga atau empat jenis ubat untuk memastikan tekanan darah mereka berada dalam keadaan terkawal.

Kandungan lemak yang terdapat di dalam aliran darah yang disebut sebagai lipid, juga menjadi punca kepada pengerasan pembuluh darah. Kolesterol dan trigliserida adalah lemak dalam aliran darah. Kedua-dua lemak ini diperlukan dan membantu sel-sel tubuh berfungsi dengan normal dan keduanya menyediakan bahan bakar bagi tubuh. Hanya jika tahap keduanya terlalu tinggi, mereka boleh menyumbang kepada pengerasan pembuluh darah. Doktor anda akan mengira jumlah keseluruhan kolestrol sebagai penunjuk risiko pesakit terkena penyakit jantung. Keseluruhan kolesterol terdiri dari kolesterol LDL, disebut juga sebagai kolesterol jahat, dan HDL, kolesterol baik. Bergantung kepada berapa banyak faktor risiko yang ada pada seseorang itu untuk mendapat penyakit jantung, sasaran keseluruhan kolestrol mestilah kurang daripada 200mg/dl. Tahap yang sama juga diperlukan untuk trigliserida bagi mereka yang mempunyai beberapa faktor risiko untuk mendapat penyakit jantung.

Menurunkan paras kolestrol, khususnya kolestrol HDL, dapat mengurangkan risiko untuk seseorang itu mendapat penyakit jantung. Mereka yang mempunyai kadar kolestrol yang tinggi, mestilah mengubah bentuk pengambilan diet mereka dengan cara mengelakkan makanan yang berlemak dan juga makanan yang tinggi kandungan kolestrol, contohnya seperti daging merah. Walaubagaimanapun, dengan mengamalkan diet yang kurang kandungan kolestrol hanya dapat mengurangkan jumlah kolestrol dalam nilai yang kecil. Dan kebanyakan dari mereka mestilah mengambil ubat-ubatan yang khusus untuk menurunkan paras kolestrol.

Ubat-ubatan yang dimabil untuk menurunkan paras kolestrol, dapat mengurangkan risiko penyakit jantung dan juga serangan jantung. Walaupun ubat-ubatan ini berkesan, namun ianya juga mempunyai kesan sampingan yang mana perlu dipantau oleh doktor. Selain itu, mereka juga boleh mengambil ubat-ubatan yang juga boleh diambil oleh mereka yang mempunyai penyakit buah pinggang. Oleh yang demikian, doktor akan melakukan ujian darah bagi memantau mereka yang mengambil ubat penurun kolestrol.

Trigliserida juga merupakan sejenis lemak yang biasa dijumpai dalam aliran darah. Apabila lemak ini meningkat secara luar biasa, ianya boleh menjadi penyebab kepada berlakunya pengerasan pembuluh darah. Mengurangkan pengambilan gula di dalam diet boleh menurunkan paras trigliserida dan terdapat juga ubat yang berkesan untuk tujuan itu.

Merokok merupakan faktor yang sangat merbahaya bagi pengerasan pembuluh darah. Merokok akan menurunkan tahap kolestrol baik, meningkatkan tekanan darah, mengurangkan oksigen di dalam aliran darah, dan ianya akan menjadikan darah lebih mudah membeku di dalam aliran darah di jantung dan otak. Merokok juga boleh menyebabkan serangan jantung dan kematian mengejut, terutamanya kepada mereka yang sudah sedia mempunyai penyakit jantung. Merokok juga akan memburukkan lagi penyakit buah pinggang yang dihadapi. Berhenti dari merokok merupakan cara yang paling penting untuk mengurangkan risiko mendapat strok dan serangan jantung. Bahkan bagi mereka yang merupakan perokok tegar, risiko untuk mendapat serangan jantung bergantung kepada berapa lama mereka telah berhenti atau berapa banyak mereka menghisap rokok dahulu.

Diabetis mellitus merupakan penyebab yang penting berlakunya pengerasan pada arteri. Diabetis juga merupakan punca utama berlakunya penyumbatan pada pembuluh darah kecil di jantung, otak, buah pinggang dan juga mata. Selain itu, diabetis juga merupakan antara penyebab paling umum berlakunya penyakit buah pinggang. Oleh yang demikian, tahap gula darah yang tinggi mempunyai kaitan dengan masalah fungsi buah pinggang yang menurun, serangan jantung, strok dan kebutaan. Diabetis bagi golongan dewasa sering dikaitkan dengan berat badan berlebihan. Berat badan melalui pengambilan diet yang baik dan juga sukan dapat mengurangkan risiko penyakit jantung dan dapat meningkatkan pengawalan diabetis. Dalam usaha untuk mencapai kawalan gula darah yang terbaik, pesakit diabetis boleh mengambil ubat dengan cara memakan dan juga melalui pengambilan insulin. Sesetengah ubat diabetis tidak baik untuk pesakit buah pinggang kerana ubat tersebut boleh menyebabkan asid terkumpul di dalam aliran darah. Doktor yang telah biasa dengan pesakit buah pinggang tidak akan menggunakan ubat-ubatan ini.

Homosistin adalah bahan kimia yang kebiasaannya dijumpai di dalam darah, sangat penting dalam penghasilan protin. Kadang-kala tahap bahan kimia ini boleh meningkat kepada mereka yang mempunyai penyakit buah pinggang kronik dan boleh menyebabkan pengerasan arteri. Tahap homosistin di dalam darah akan menurun apabila pesakit mengambil dos asid folik dan vitamin B dalam jumlah yang besar. Doktor tidak dapat mengetahui dengan pasti apakah menurunkan kadar homosistin dengan cara ini dapat mengurangkan risiko serangan jantung dan juga strok.

Individu yang mempunyai penyakit buah pinggang kronik adalah berisiko tinggi berlakunya pengerasan pada pembuluh darah yang akan mengakibatkan serangan jantung, kegagalan jantung dan juga strok. Jadual di bawah menunjukkan beberapa strategi untuk mencegah berlakunya pengerasan apa pembuluh darah.

Strategi Untuk Menurunkan Risiko Penyakit Jantung

  • Mengawal tekanan darah
  • Berhenti merokok
  • Menurunkan paras kolestrol dan trigliserida
  • Gula darah normal
  • Menurunkan berat badan
  • Diet yang sesuai
  • Senaman secara kerap

Rujukan : http://www.aakp.org/aakp-library/heart-disease-and-kidney-disease/

Tentang penulis: Abdullah Idris merupakan pengasas blog kesihatan ini dan juga salah seorang dari pesakit buah pinggang di Malaysia. Dapatkan makluman terkini dengan pantas dari beliau melalui facebook atau twitter. Atau langgan artikel terkini beliau yang pastinya mengandungi tip & panduan penting untuk kesihatan buah pinggang melalui emel.




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

19 thoughts on “Penyakit Jantung & Kaitannya Dengan Buah Pinggang?

    1. admin Post author

      Ya, jika anak terhidu asap rokok dari ayahnya maka dia juga berisiko untuk mendapat penyakit akibat dari merokok.

      1. admin Post author

        Betul tu. Janganlah orang lain menjadi mangsa atas kelalaian kita, terutamanya orang yang kita sayang.

      1. admin Post author

        Lagipun memang ikan ni makanan utama kita berbanding ayam atau daging bro. Memang digalakkan untuk memvariasikan pelbagai jenis sayur dalam diet kita.

    1. admin Post author

      Betul tu. Boleh jadi obesiti selain boleh merosakkan organ penting yang lain terutamanya buah pinggang.

  1. nasslimdiet2

    orang kurus selalu beranggapan tak kisah makan banyak coz tak akan gemuk dan tak mengundang penyakit. padahal ramai orang yang kurus mempunyai kadar kolesterol yang tinggi tanpa disedari. oleh itu pemeriksaan kesihatan berkala perlu dilakukan
    nasslimdiet2 recently posted..Revolusi penanaman rambutMy Profile

    1. admin Post author

      Betul tu bro. Mereka merasakan tanda-tanda kolestrol tinggi tu ialah gemuk. Sedangkan orang yang kurus juga boleh mempunyai kadar kolestrol tinggi.

    1. admin Post author

      Mudah-mudahan info di blog ini memberikan manfaat kepada semua pembaca. Disebabkan adanya perokok tegar maka dengan secara terpaksa kita telah menjadi perokok pasif yang mana kesannya lebih buruk dari perokok tegar.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

CommentLuv badge

PERCUMA!Panduan Diet Untuk Pesakit Buah Pinggang


%d bloggers like this: