Penyakit Glomerular


Assalamualaikum pembaca sekalian,

Apa khabar anda pada pagi ini?Terima kasih saya ucapkan kepada anda yang sentiasa  menunggu artikel-artikel terbaru di blog ini.Ini kerana dengan adanya anda pembaca dan pengunjung setia akan menjadikan saya bersemangat untuk terus menulis.

Baiklah,pada pagi ini kita akan sama-sama mengetahui tentang satu lagi penyakit buah pinggang iaitu penyakit glomerular.Pernah tak anda dengar tentang penyakit ini?Sebenarnya,saya pun baru pertama kali mendengarnya.Jadi marilah kita sama-sama membaca artikel di bawah untuk lebih mengetahuinya.

Apakah penyakit glomerular ini?

Penyakit ini adalah satu penyakit yang melibatkan banyak keadaan di mana keadaan tersebut akan merosakkan glomeruli,iaitu struktur kecil di dalam buah pinggang.Glomeruli (bentuk tunggal dipanggil glomerulus) membantu untuk membersihkan darah dengan bertindak sebagai penapis.

Apabila penyakit glomerular ini merosakkan glomeruli,protin dan sel darah merah akan bocor ke dalam urin.Protin di dalam darah seperti albumin sangat penting dalam membawa keluar cecair berlebihan dari dalam badan.Ia bertindak seperti span yang menarik cecair berlebihan ke dalam aliran darah dan akan terus berada di situ sehinggalah buang pinggang akan membersihkannya.

Walaubagaimanapun,apabila albumin telah bocor ke dalam urin,darah tidak akan mampu menyerap cecair berlebihan tadi dari tubuh anda.Keadaan ini akan mengakibatkan pengumpulan cairan pada muka,tangan,kaki atau pergelangan kaki di mana akan menyebabkan pembengkakan.

Selain itu penyakit glomerular juga akan mengganggu buah pinggang untuk membersihkan sisa-sisa buangan yang mana akan menyebabkan sisa buangan tadi akan terkumpul di dalam darah.

Tanda & Gejalanya

Baiklah pembaca sekalian.Kita sudah pun mengetahui serba sedikit tentang penyakit glomerular ini.Jadi mari kita mengenal apakah tanda-tanda dan gejala penyakit tersebut.Tanda dan gejala penyakit glomerular termasuklah:

  • Darah di dalam urin(hematuria).Kemungkinan urin akan bertukar menjadi warna merah atau berwarna gelap seperti kola.
  • Air kencing berbuih.Ini berlaku akibat kandungan protin yang tinggi di dalam urin.Untuk jangka masa panjang dipanggil sebagai proteinuria.
  • Pembengkakan(edema) pada tangan dan pergelangan kaki,terutamanya ketika hari hampir petang.Dan akan berlaku pembengkakan pada muka apabila bangun dari tidur.
  • Kadar penurasan glomerulus berkurangan(GFR).GFR adalah satu bentuk pengiraan untuk mengukur seberapa baik buah pinggang anda menapis sisa-sisa buangan dari darah.
  • Hypoproteinemia:Tumpuan protin dalam darah menjadi rendah.

Punca-puncanya

Kepelbagaian penyakit boleh menjadi punca kepada penyakit glomerular ini.Ia juga mungkin diakibatkan oleh jangkitan atau ubat-ubatan yang menjadi toksid kepada buah pinggang.Selain itu penyakit yang mempengaruhi seluruh sistem tubuh seperti diabetis atau lupus juga boleh menyumbang kepada wujudnya penyakit ini.Yang lainnya mungkin juga disebabkan oleh pembengkakan dan parut pada glomerulus.

Punca lain penyakit glomerular termasuk juga:

  • Penyakit autoimun seperti lupus,sindrom Goodpasture dan nefropati igA.Penyakit autoimun berlaku ketika sistem kekebalan tubuh menyerang tubuh sendiri.
  • Jangkitan : Penyakit glomerular kadang-kadang akan berkembang dengan cepat selepas berlaku jangkitan pada bahagian tubuh yang lain.Ini mungkin termasuk glomerulonefritis pasca streptokukus akut(PSGN),endokartis bakteria,dan HIV-iaitu virus yang menyebabkan penyakit AIDS.
  • Penyakit sklerotik seperti glomerulosclerosis,nefropati diabetis dan glomerulosklerosis focal segmental (FSGS).Keadaan ini boleh menyebabkan parut atau pengerasan struktur di dalam buah pinggang.

Ujian & Diagnosis

Doktor anda mungkin akan melakukan ujian pada sampel urin anda untuk mengetahui jumlah sebenar protin di dalam urin.Jika ianya menunjukkan tahap protin yang tinggi,ini disebut sebagai nefrotik.Dalam beberapa bentuk penyakit glomerular,sel-sel darah merah sering ditemui di dalam urin.Melakukan analisa terhadap urin adalah alat diagnostik yang penting dalam memberikan maklumat tentang kerosakan buah pinggang dengan melihat tahap protin dan sel darah merah di dalam urin.

Untuk mengetahui adakah penapisan buah pinggang terganggu,doktor juga akan melakukan pemeriksaan pada sampel darah anda.Ujian darah dilakukan untuk mengetahui maklumat tentang bahan-bahan buangan seperti kreatinin dan nitrogen urea di dalam darah.

Seandainya ujian makmal menunjukkan berlakunya kerosakan pada buah pinggang,doktor anda mungkin akan mengesyorkan dilakukan pengimejan buah pinggang seperti ultrasound dan juga x-ray.Ini dilakukan untuk melihat apakah ada kelainan pada saiz atau bentuk buah pinggang.

Doktor anda juga mungkin akan mencadangkan dilakukan juga biopsi buah pinggang,yang mana ianya boleh membantu dalam mengesahkan penyakit glomerulus dan penyebabnya.Dalam kaedah biopsi,satu jarum panjang digunakan untuk mengambil sampel buah pinggang untuk diuji dengan pelbagai jenis mikroskop.Ini akan menunjukkan aspek-aspek yang berbeza yang terdapat pada sampel tersebut.Biopsi buah pinggang membantu untuk mengenalpasti masalah pada buah pinggang di peringkat sel.

Rawatan

Walaupun penyakit glomerulus mempunyai penyebab yang berbeza,ia boleh menyebabkan kepada kegagalan fungsi buah pinggang.Fungsi buah pinggang mungkin akan hilang dalam tempoh beberapa hari atau minggu,atau juga akan menurun secara berperingkat dalam masa beberapa tahun.

Rawatan dan pengurusan di peringkat awal kegagalan buah pinggang adalah bergantung kepada penyakit atau sebab yang menjadi punca kerosakannya.Contohnya,mereka yang mempunyai masalah nefropati diabetis dapat melambatkan kerosakan pada buah pinggang mereka dengan mengawal gula dalam darah melalui pemakanan yang sihat,aktiviti fizikal dan pengambilan ubat-ubatan.

Apabila penyakit glomerular menyebabkan buah pinggang rosak sepenuhnya,maka rawatan dialisis atau pemindahan buah pinggang adalah satu-satunya pilihan yang ada.Walaubagaimanapun,dengan mengikut nasihat dan saranan dari mereka yang pakar dalam buah pinggang,pesakit yang mengalami kegagalan buah pinggang dapat menjalani kehidupan dengan baik dan proaktif.

Sumber rujukan : Kidney Health Care

*******************************************************************
Minat dengan artikel blog ini?Langgan artikel terbaru melalui emel.
Atau ikuti perkembangan terbaru blog ini di facebook atau twitter.
Dan jangan lupa ye untuk kongsikan artikel ini sekiranya bermanfaat
*******************************************************************

 

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

11 thoughts on “Penyakit Glomerular

  1. Pingback: Nefron-Strukur & Fungsinya

    1. admin Post author

      Salam bro,

      Baru-baru ni ada seorang bro tu datang juga saya sebab nak bertanyakan tentang penyakit nefrotik sindrom.Kesian anak baru umur setahun setengah dah kena buah pinggang.

      Jadi di zaman sekarang ni risiko kita untuk kena penyakit ni sangatlah besar.Dan buah pinggang ni kalau bermasalah memanglah susah dah kita nak jalankan segala rutin harian kita ditambah pula dengan kos perubatan yang mahal.Tentang penyakit tu saya sendiri pun baru dapat tahu melalui pembacaan,jadi saya kongsikan di blog.

      Semog bermanfaat.

    1. admin Post author

      Bukan itu saja bro,buah pinggang kalau dah bermasalah akan menjadi sangat sensitif.Salam makan sikit pun akan memberikan kesan yang besar.

  2. Pingback: Ketahui Kesan Sampingan Pemindahan Buah Pinggang l Buah Pinggang Sihat Dot Com

  3. Pingback: Bagaimana Diabetis Merosakkan Buah Pinggang Anda l Buah Pinggang Sihat Dot Com

  4. Pingback: Nefrotik sindrom dikalangan kanak-kanak l Buah Pinggang Sihat Dot Com

  5. Pingback: Bolehkah Wanita Dengan Nefrotik Sindrom Mengandung? l Buah Pinggang Sihat Dot Com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

CommentLuv badge

PERCUMA!Panduan Diet Untuk Pesakit Buah Pinggang


%d bloggers like this: