Penyakit Buah Pinggang:Tanda & Gejala


 

Sebelum ini mungkin anda tidak tahu bahawa anda sebenarnya mempunyai penyakit buah pinggang pada tahap awal,kerana biasanya anda tidak pernah merasa sakit sama sekali.

Ketika penyakit buah pinggang menyerang,tanda-tanda dan gejala boleh muncul secara bertahap.Setiap individu yang mempunyai penyakit ini pula akan berbeza-beza tanda dan gejalanya.Antara tanda-tandanya ialah:

  • Sentiasa merasa penat
  • Hilang nafsu makan
  • Merasa mual dan muntah
  • Berlaku pembengkakan anggota seperti kaki dan muka
  • Gatal-gatal
  • Mati rasa pada tangan dan kaki
  • Kesukaran ketika membuang air kecil
  • Mengantuk
  • Tekanan darah tinggi
  • Anemia
  • Masalah penumpuan
  • Masalah tidur
  • Kekejangan otot
  • Kulit menjadi gelap

Disebabkan tanda-tanda dan gejala penyakit buah pinggang hampir menyamai masalah kesihatan yang lain,sebaiknya anda berjumpa dengan doktor dan beritahu tanda-tanda yang anda alami dan buat pemeriksaan kesihatan.

Iklan : Anda mengidap penyakit buah pinggang kronik atau penyakit kronik lain? Dapatkan penawarnya di sini.

Perhatian: Informasi ini hanyalah sebagai panduan umum dan tidak boleh dianggap sebagai nasihat profesional.


Tentang penulis
:
Abdullah Idris merupakan pengasas blog kesihatan ini. Dapatkan update terkini melalui facebook atau twitter. Atau langgan artikel terkini yang mengandungi tip & panduan penting untuk kesihatan buah pinggang melalui emel.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

94 thoughts on “Penyakit Buah Pinggang:Tanda & Gejala

  1. Pingback: http://buahpinggangsihat.com » Penyakit Buah Pinggang:Adakah Anda Berisiko?

  2. akubiomed

    Simptom kegagalan buah pinggang susah dikesan kerana sampai tahap kritikal buah pinggang masih boleh befungsi walaupun satu buah pinggang. Macam barah pesakit hanya ketahui apa bila tahap kerosakan buah pinggang ditahap kronik dan tidak boleh diselamatkan lagi

    1. admin Post author

      Ianya bergantung juga pada keadaan seseorang.Sesetengah orang ada tanda-tanda yang menunjukkan bahawa buah pingganya ada kerosakan dan sesetengahnya pula tiada sebarang tanda-tanda.

      Kalau pengalaman saya sendiri,ketika mula-mula saya mempunyai sakit buah pinggang,ada beberapa tanda yang berlaku kepada saya.Contohnya,kaki saya bengkak air,kencing sedikit,air kencing berbuih kerana adanya protin.

      Jadi yang terbaik saya syorkan selalulah melakukan ujian air kencing untuk memastikan tiada kandungan protin dalam urin dan ujian darah untuk memastikan keputusan kreatinin.

    1. admin Post author

      Penyakit saya ialah neprotic syndrom.Penyakit ini adalah permulaan kepada kegagalan buah pinggang.Kalau tak dijaga akan menyebabkan dialisis.Buat masa ni buah pinggang saya masih lagi berfungsi,cuma saya kena jaga dari segi pemakanan.

      Sekiranya masalah datang,air kencing akan keluar sikit,ada protin dalam urin,kaki dan muka akan bengkak.

    1. admin Post author

      Kalau mengikut kata doktor buah pinggang kalau dah ada masalah tak boleh diubati dah,hanya dapat jaga supaya jangan jadi lagi teruk.

      Ibaratnya macam penapis teh.Kalau penapis dah bocor tak boleh nak ditampung dah melainkan kena jaga elok-elok supaya jangan bertambah teruk.

  3. Eqa

    salam . thanks utk info . lately bahagian buah pinggang kiri sy kerap sakit , kurang selera makan & if makan mesti rasa mual . tu ada kaitan ke dgn penyakit buah pinggang ? risau pulak .

    1. admin Post author

      Wslm,sama-sama.Dan terima kasih kembali kerana sudi singgah ke blog saya.Dari apa yang anda ceritakan nampaknya seperti tanda-tanda buah pinggang.Saya cadangkan sebaiknya buat pemeriksaan dengan segera.Bila mula sakitnya?

      1. Eqa

        dalam seminggu dua ni rasanya . tapi kawan sy beritahu maybe sakit otot sbb sblum ni dia pernah sakit bahagian buah pinggang mcm sy & doktor kata tu cuma masalah otot . sy agak keliru sama ada nak buat peemriksaan atau tak . tapi buah pinggang sy sakit bila pgg & duduk pun rs sakit .
        Eqa recently posted..ElaunMy Profile

        1. admin Post author

          Anda tak boleh ambil pengalaman dari kawan untuk disamakan dengan situasi anda sekarang.Mungkin betul dia sakit otot,tapi tak seestinya ada.Cadangan saya buat pemeriksaan air kencing dan darah.Buat di tempat swasta pun boleh,cuma kena bayarlah.Tapi berbaloi demi kesihatan kita.

          1. eila

            saya pun baru dapat tahu ada masalah buah pinggang…7tahun bahagian perut sebelah kanan asyik membengkak tp igt juz angin je tp bl g rujuk pakar rupanya ada masalah buah pinggang sebelah kanan…

  4. nizar

    Salam,
    saya mempunyai masalah kesembapan pada bahagian muka. Tapi saya masih belum menjalani pemeriksaan lagi. Saya juga pernah sakit pinggang tapi bila periksa doktor kata sakit otot.. Yang membuat saya mula cari informasi tentang buah pinggang adalah kerana masalah muka saya yang bulat dan cepat naik atau tembam. Disebabkan pelik dengan masalah ini saya cuba cari puncanya sehingga saya dapat tahu bahawa ramai yang kata ianya disebabkan masalah buah pingang. Tapi saya kecewa bila saudara kata tidak boleh sembuh…

    1. admin Post author

      Salam,

      Saya cadangkan langkah terbaik ialah pergi buat pemeriksaan terlebih dahulu untuk pastikan apa punca sebenar kepada masalah saudara.Bukan saya yang menyembuh dan memberi mudharat.Apa yang saya tulis di blog ini adalah berdasarkan pengalaman dan pembacaan saya.Saudara tidak boleh berpegang sepenuhnya kepada apa yang saya tulis.Maklumat lanjut sila klik link di bawah:

      http://buahpinggangsihat.com/about/

      Kalaulah benar saudara mempunyai masalah buah pinggang,berubatlah dan berdoa agar Allah beri kesembuhan.Ada kes buah pinggang yang sembuh.

  5. ieda

    saya berumur 17thn dan menghidap penyakit nefrotic syndrom…disini saya ingin mengajukan beberape soalan..
    1.muka saye naik bengkak(tembam)…adakah ia kekal?
    2.saya sekarang dalam keadaan semakin pulih…adakh ia boleh pulih sepenuhnya…
    3.saya menghidap penyakit ini bukan kerana keturunan,,tetapi adakah ini akan menjdi penyakit keturunan pada generasi saya akan datang??
    buat sekarang masaini,sya makan ubat penisolone 8biji selang sehari…wassalam

    1. admin Post author

      1)Muka naik tembam atau istilah moonface adalah disebabkan ubat prednisilone yang anda makan.Bila telah berhenti insyaAllah akan hilang.Itu dari pengalaman saya dulu.
      2)Tentang boleh pulih atau tidak saya tidak pasti.Saya sudah 8 tahun mempunyai penyakit nefrotic sindrom,walaupun semakin baik dari dulu,tetapi kadang-kadang penyakit itu akan datang kembali.Bergantung pada penjagaan kita,terutamanya pemakanan yang diambil.
      3)Ini pun saya tidak pasti.Saya juga bukan merupakan penyakit keturunan.Saya baru mendapat anak berumur sudah 3 bulan dan alhamdulillah buat masa ini tiada lagi tanda-tanda yang menunjukkan yang anak saya mewarisi penyakit tersebut.

  6. jaguss

    salam….
    saya kerap sakit belakang boleh dikatakan setiap hari dan ini sudah masuk bulan ke4 dan baru2 ini pinggang sebelah kiri kadang kala terasa sakit..
    saya susah untuk duduk dan berdiri disebabkan sakit belakang..
    bukan itu saja bah kan untuk buang air besar pun terasa sakit pinggang sebelah kiri..
    warna kulit bahagian perut sebelah kiri saya juga kelihatan lebih gelap berbanding sebahagian warna kulit saya yang lain..
    saya mahu bertanya adakah ini juga merupakan gejala buah pinggang atau mungkin biasa2 saja?
    tq….

    1. admin Post author

      Waalaikumussalam,

      Dari apa yang diceritakan, kemungkinan juga ianya buah pinggang atau batu karang. Dah cuba buat pemeriksaan?

          1. jaguss

            salam…saya sudah berjumpa doktor..setelah air kencing diambil untuk diuji,doktor mengatakan terdapat batu halus seperti pasir pada air kencing saya..doktor menyarankan saya untuk menjalani ujian KUB(kidney,urinari tract & bladder)kerana doktor mengesyaki terdapat batu karang pada buah pinggang saya.apa pun langkah pertama untuk mencegahnya dari menjadi lebih teruk,doktor memberikan saya ubat terlebih dahulu kerana masih di peringkat awal..saya mahu berterima kasih pada admin atas nasihat untuk membuat pameriksaan..:)

          2. admin Post author

            Sama-sama. Truskan buat pemeriksaan berkala sekiranya terdapat sebarang tanda-tanda yang mencurigakan.

    2. sirajuddinsadali

      Aslkum saya nk bertanya selepas saya bersama dengan isteri saya. .
      Terasa nk buang air kencing saya lihat lantai air kencing saya ber buih dan kadang 2 pinggang
      Saya macam d cucuk 2. Adah ini salah 1 simdrom seakan nk kena sakit buah pinggang…wassalam

      1. admin Post author

        Diantara sebab kencing berbuih adalah kerana hadirnya protein di dalam urin yang menjadi tanda buah pinggang bermasalah.Sebaiknya buat ujian untuk melihat fungsi buah pinggang.

  7. Zura

    assalamulaikum
    pada bln Mei 2011 saya telah mengalami demam teruk dan berulang2 selama sebulan… kemudian apabila demam saya sembuh timbul pula ruam yg menyebabkan seluruh badan saya gatal.. apabla sembuh dari gatal2.. kini saya mengalami satu lagi gejala iaitu bengkak di kaki.. bengkak ini apabila dipicit lama akan meninggalkan kesan atau lubang mengikut jari yg memicit.. apakah itu tanda-tanda sakit buah pinggang..? saya telah menjali ujian darah tinggi sepanjang saya demam.. ujian darah dan sebagainya.. tetapi doktor mengesahkan saya hanya demam biasa.. malah darah saya juga normal… tekanan darah juga normal..

    1. admin Post author

      Waalaikumussalam,

      Kalau ikutkan tanda-tanda tu macam tanda-tanda saya mengalami sakit buah pinggang dulu.Iaitu bengkak yang apabila dipicit akan tenggelam,lama selepas itu baru dia akan ok balik.Boleh saya tahu buat pemeriksaan di mana? Klinik atau hospital? Sebab saya dulu pun bila buat pemeriksaan di klinik biasa je doktor mengatakan saya tidak ada masalah,bila buat pemeriksaan di hospital barulah dapat dikesan yang saya mengalami sakit buah pinggang.

  8. ainihoney

    aslkm..saje nak share sikit pengalaman ttg penyakit buah pinggang yg saya hidapi selama 14 tahun..
    kesemua simpton diatas, pernah saya alami..
    ubat jgn cakapla..mmg sebakul..
    effect ubatan2 ni muka kite kejap tembam, kejap cengkung, kejap putih pucat, kejap gelap..anak rambut tumbuh lebat..cam ade jambang skit pun ade jgk..muka naik jerawat..
    tp still kene makan kalau nak cepat sihat kan..
    3 kali saya collaps..tisu buah pinggang sudah diambil..
    dan alhamdulillah buah pinggang saya dlm keadaan baik..sbb rawatan awal..
    sampai skrg still checkup lg tp setahun sekali..berbanding dulu tiap minggu..
    kalau anda diluar sana yg ade simpton2 spt diatas, cepat2la berjumpa doc..pencegahan awal amat penting..
    TQ

    1. admin Post author

      Saya sangat setuju dengan perkongsian ini.Saya sendiri juga mengalami perkara demikian.Sa,pai satu tahap saya mengalami kencing manis akibat dari memakan ubat dalam jangka masa yang lama.Terus doktor berhentikan ubat.

    1. admin Post author

      Diabetis adalah salah satu punca utama berlakunya kerosakan buah pinggang(nefrodiabetik).Kalau kencing berbuih,itu mungkin menunjukkan penyakit diabetis yang dihidapai sudah mula menyerang fungsi buah pinggang tuan.Buat pemeriksaan dengan segera.

  9. azie

    Salam…saya nk tnya, semalam mak saya demam dan muka,kaki serta tangan beliau bengkak, slps buat pemeriksaan DR, DR bg tau yg buah pinggang mak saya luka, apakah maknanya buah pinggang luka, adakah ini serius dan penyembuhannya bagaimana.

    terima kasih.

    1. admin Post author

      Wslm,

      Saya juga tak pasti apakah yang dimaksudkan dengan buah pinggang luka.Tanda-tanda yang cik bagitau seperti masalah buah pinggang yang saya alami dulu.Boleh saya tahu pemeriksaan bagaimana yang DR lakukan?

      1. azie

        pd awalnya Dr buat pemeriksaan darah pd mak sy, dan Dr dapati tk de apa2 masalah pd buah pggang, slps tu Dr buat pemeriksaan air kencing dan dapati, ada sedikit masalah pd buah pinggang dan sekarang masih dlm pemerhatian Dr, Dr juga bg tahu yg mak saya kekurangan gula dlm darah,kolestrol tinggi dan juga kekurangan protin, Time kasih atas blog awk yg byk membantu sy memahami simptom2 yg dialami oleh mak saya.

          1. azie

            skrg DR sdg buat ujian aie kencing 24 jam…DR dah kata yg mak saya mengidap Nephrotic syndrom..mcm yg awk tulis kat blog ni..tp kolestrol mak saya sgt tinggi…boleh ke saya bg mak saya mkn minyak zaitun utk kurangkan kolestrol n makan cellfood seperti yg awk cadangkan. TQ

          2. admin Post author

            Setakat pengalaman dari pengamalan saya,pengambilan makanan kesihatan selain ubat hospital contohnya minyak zaitun atau cellfood tidak mendatangkan mudarat.Bahkan pengalaman saya menunjukkan pengambilan ubat hospital dalam jangka masa yang lama akan mendatangkan banyak kesan buruk.

  10. azie

    saya mohon awk beri guideline diet utk mak saya.time kasih…semoga Allah membalas kebaikan awk dgn seribu kebaikan…insyallah…

    1. admin Post author

      Wslm,selsema dan batuk dulu tidak pula berlaku pada saya,tetapi lemah tu adalah disebabkan protin telah hilang dari badan.

  11. syaa

    Salam. Sy mempunyai seorang nenek yg disyorkan doktor utk mencuci buah pinggang. Adakah ia akan menyebabkan kesakitan yg keterlaluan? Dan apa beza dialisis dan hemodialisis sebenarnya?

    1. admin Post author

      Wslm,

      Kesakitan itu tak dapat saya nak pastikan.Pertamanya kerana saya sendiri tidak pernah menjalani rawatan dialisis,yang keduanya bergantung juga kepada tahap kesihatan dan usia.Mungkin disebabkan faktor usia akan menyebabkan nenek saudari akan mengalami kesakitan yang tinggi.

  12. man

    encik admin, sy mengidap kencing manis, dlm air kecing ada protein skala 2+,adakah itu penyakit buah pinggang, dn tahap mana.

    1. admin Post author

      Ya,apabila adanya kandungan protin di dalam air kencing menunjukkan buah pinggang bermasalah. Sejauh mana kerosakannya saya tidak pasti dan perlu dapatkan kepastian dari doktor sendiri.Kemungkinan ianya disebabkan oleh penyakit kencing manis yang anda hidapi.

  13. Lia

    assalamualaikum..dua minggu lalu saya masuk ke wad kecemasan dan doctor mengatakan saya ada batu karang d saluran kencing dan kedua2 buah pinggang saya bengkak..doctor meminta saya buat appointment utk ct scan pada 29 disember ini. buat sementara waktu, doctor hanya membekalkan painkiller pada saya. masalahnya, saya kerap sakit2 belakang effect dr bengkak pd buah pinggang tu. terutama belah kanan. adakah treatment lain selain dr mkn painkiller kerana setau saya painkiller ni pun tidak baik kalo terlalu diambil. setiap kali sakit, saya akan mkn painkiller kerana saya perlu bekerja dan meneruskan kehidupan seharian. ada sebarang nasihat untuk dikongsi? terima kasih

    1. admin Post author

      Anda boleh cuba mengamalkan cellfood. Saya juga pernah mengalami masalah batu karang dan selepas mengamalkan cellfood,alhamdulillah batu tersebut keluar melalui air kencing.Jangan terlalu mengamalkan painkiller, kerana ianya juga akan merosakkan buah pinggang.

  14. fazz

    salam
    sy kerap sakit kepala.
    masuk hari ni, ini hari yg ke9 sy sakit pale.
    lepas mkn panadol, hilang sakitnya sekejap saje..
    itu salah satu tanda ke.???

    1. admin Post author

      Takde buat pemeriksaan di hospital?Setahu saya sakit kepala bukanlah tanda sakit buah pinggang berdasarkan pengalaman saya.

  15. maz

    saya mempunyai tanda tanda seperti kaki bengkak, kerap kencing, pinggang sakit sebelah kiri adakah itu sakit buah pinggang.. atau tanda tanda awal

    1. admin Post author

      Kalau kaki bengkak tu adalah tanda sakit buah pinggang.Sebab masa mula-mula saya kena sakit buah pinggang,badan saya semua bengkak.Tapi untuk pastikan dengan lebih tepat saya cadangkan buat pemeriksaan urin dan juga darah.

  16. salju

    ari 2 sya demam 2mggu..smsa dmam shgga skrg bhgian pinggang dan bhgian blkg sya rasa sakit..sakit jls terasa wlpn ddk dlm keadaan biasa…btmbh skit apbla sya angkt tgn untuk ambk benda2 yg tggi…adkh itu mrpkn skit buah pnggang

    1. admin Post author

      Pada pendapat saya sebaiknya anda buat pemeriksaan darah dan juga urin untuk mendapatkan kepastian.

  17. yuseri

    salam, saya mengalami sakit bahagian belakang belah kanan, tak boleh duduk bersila lama2, kalau bangun pasti sakit. Saya juga kerap buang air kecil tapi air kecil tu nampak normal. Saya sudah buat ujian air kencing, ujian darah dan ujian x-ray (tengok tulang belakang) di klinik kerajaan, tetapi doktor kata semua ujian air kencing dan darah tiada menunjukkan tanda2 sakit buah pinggang. Jadi apa komen tuan2 tentang sakit saya? kerana sampai sekarang doktor klinik masih kiv tentang x-ray saya dengan mengatakan pakar belum bagi komen.. saya amat risau setiap hari.. kadang2 saya makan herba produk HPA – MALAC dan minum air teh misai kucing.. tetapi macam tiada perubahan yang ketara berlaku.. terima kaseh..

  18. Roslina binti rala

    assalamualaikum wbt,,,saya ada masalah kerap buang air kecil,sakit belakang dan sakit perut,,,saya dah buat pemeriksaan air kencing dan doktor kata air kencing saya normal juga,,,then saya pg scan buah pinggang dan doktor kata buah pinggang saya normal jgk,,,kalau buang air kecil tidak sakit jgk,,,saya ada masalah apa yer????

    1. admin Post author

      Kalau dah buat pemeriksaan pun ok saya tak pasti apa masalahnya.Mungkin juga ianya ada kaitan dengan gangguan makhluk halus?

  19. amm

    dec 2011 saya buat operation breast cancer dan telah menjalani rawatan radioterapi sehingga mac 2012. kini saya makan ubat tamoxifen. masalah saya sekarang adalah.. dah 3 hari mata & kaki saya sembab/bengkak.. adakah ini kesan dari pengambilan ubat atau ada masalah pd buah pinggang saya… utk pengetahuan saya tidak merasa sakit apa2.. tekanan darah juga normal dan selera makan seperti biasa….

    1. admin Post author

      Selalunya apabila buah pinggang bermasalah tekanan darah akan naik,kerana antara fungsi buah pinggang ialah mengawal tekanan darah.Jadi kalau tekanan darah normal,mungkin kesan sampingan ubat dan juga radiaterapi.Tapi saya nasihatkan untuk langkah berhati-hati cuba buat ujian darah dan air kencing untuk melihat fungsi buah pinggang.

  20. eila

    setelah 7tahun sllu bengkak perut sebelah kanan, baru semalam rujuk pakar dan dimaklumkan kemungkinan sakit buah pinggang…tapi saya tiada tanda-tanda lain juz bl perut masuk angin buah pinggang sebelah kanan akan bengkak dan sakit, masa tu kaki dan tangan sebelah kanan terasa kebas…doc ckp saya sakit ni sbb keturunan…

    1. admin Post author

      Sebab tu kita kena selalu buat pemeriksaan walaupun kita berasa sihat sebab penyakit buah pinggang tidak menunjukkan gejala diawalnya.

      1. eila

        en.admin tau x cane nak hilangkan sakit bila perut bengkak? kalau kat umah saya baring 2-3jam pastu sapu minyak angin bengkak tu akan surut sbb masa tu kita akan sedawa byk2…tp kalau time keje xleh nak baring…tau x cara nk hilangkan bengkak masa kita tgh keje?

  21. syakir

    Salam..saya ada msalah sakit pinggang sebelah kiri..rasa mcm menyucuk di pinggang..tapi kencing xdak msalah..adakah saya skit buah pinggang atau angin dalam badan terlalu banyak..

    1. admin Post author

      Wslm,kemungkinan untuk berlakunya masalah buah pinggang adalah tidak mustahil.Namun langkah terbaik ialah buat pemeriksaan darah dan air kencing untuk melihat fungsi buah pinggang anda.

  22. raj

    Br2 ni saya terasa sakit Bhagin Belakang Kiri Buah Pinggang Saya, Nk Jalan pun susah,Kalau i minum Banyak Sangat, Kerap juga Kencing. Minta Nasihat dari Admin,terima kasih

  23. Zila

    Salam , admin saya ingin bertanya . Sejak saya cuti sekolah ini , badan saya asyik gatal gatal terutamanya pada waktu malam sehinggakan saya tak boleh tidur . Saya kerap pening kepala dan mengalami keletihan sepanjang masa . Kalau makan je mesti saya tak ada selera , mual . Saya dah pergi klinik 3 kali , tapi saya tetap sama . Makan ubat pun still tak berubah . Badan saya penuh dengan bintik bintik merah . Saya tak tahan dengan gatal gatal ini :’( dah sapu pelbagai jenis ubat tapi masih sama . Apakah pendapat admin ?

  24. amy

    saya penghidap anemia dari 2002, mata rabun, rambut beruban, metabolisme rendah, gastrik, migrain, alergic, mudah mual loya mabuk muntah, sakit urat sengal sendi tulang belakang dan lutut, skrg dah kritikal sistem hati dan buah pinggang mula bermasalah. kaki kedua bengkak sakit dalam tumit, urine test trace protein. sy umur 34 apakah cara untuk kembali sihat. terima kasih

  25. natasha

    Saye lepas demam…trs sakit pnggang sblh kanan… bhagian lutut pun x mmpu nk gerak sngt…3lebih nk naik tangga…. ape erkk???sakit pinggang sblh kanan selang 5 mnt jer ok…. blh tlg explain?

    1. admin Post author

      Ada tak rasa sakit bila buang air kencing,terutamanya bila air kencing dah nak habis?Atau ada perasan darah dalam air kencing?Dikhuatiri simptom batu karang.Dah buat pemeriksaan?

  26. mira

    salam…saya berumur 2o tahun.sy alami skit pinggang kanan bhgian blakang dh 2 tahun lbih.kadang2 sakitnye lama,kadang2 sekejap.ada jugak berdenyut bhgn bwh prut.taun lps hmpir 2 bln sekali saya pergi klinik.banyak pendapat,sini kata batu karang,sana kata otot perut tegang sebab hampir overweight.sebenarnya sy dah cuba makan banyak produk tapi still sama.jd sy biarkan saja sakit tu.tapi sejak sebulan lepas sakit tu dtg balik..buang air kecil x lawas,rambut hampir botak,sakit2 sendi,kerap sakit kepala-klau dh skit kpala mcm nak mletup,rasa panas sejuk dan pinggang kanan bhgn blkg tak boleh dipegang kuat2 sebab terasa sakitnya..sy sebenarnya 2x kmalgn mtosikal sblum ni.tp syukur alhamdulillah xpernah alami kcederaan serius hingga patah…sy trfkir jgk kmungkinn kmlgn itu jg fktor pd sakit sy ni..apa pndapat dari admin?

    1. admin Post author

      Adakah pemeriksaan diklinik yang anda lakukan itu pemeriksaan darah atau doktor hanya memberikan ubat sahaja?

  27. riezana

    salam…
    saya mengalami sakit pinggang(sebelah tepi)..saya sdh brjmpa doc tpi doc ckp x ada apa2 masalah mungkin kencing kotor..semakin hari semakin sakit pinggang saya..adakah saya mmhadapi sakit buah pinggang????kepala asyik pening kpala,tekak loya n kurang selera mkn..

    1. admin Post author

      Doktor kata macam tu adakah selepas buat pemeriksaan atau tidak? Kalau belum sebaiknya buat pemeriksaan darah dan urin untuk pemeriksaan.

  28. riezana

    selepas buat pemekrisaan biasa sja..bkn pemeriksaan terapi..tapi sekarang semakin sakit saya rasa dibahagian tepi pinggang sampai kebelakang…

    1. admin Post author

      Maksudnya tiada buat pemeriksaan darah dan urin? Saya cadangkan buat kedua-dua pemeriksaan tersebut untuk melihat fungsi buah pinggang.

  29. ziela

    Assalamualaikum.Terima kasih atas inisiatif admin berkongsi info berkaitan penyakit buah pinggang.di kesempatan ni sy nak kongsi sedikit masalah sy.utk makluman admin sy mmg ada masalah batu karang.dan darah tgg.dan bahagian kanan buah pinggang sy juga terasa sakit spt membengkak.sy pernah buat scan utk mengesan buah pinggang dua tahun lps.tp hasilnya sy bebas dr penyqkit buah pinggqng.sejak akhir akhir ni sy selalu sakit pinggang dan alami masalah darah tggi yg melampau.sy juga kerap berasa letih.Dn sy juga mengalami masalah sembab sekiranya naik kereta

  30. myusri

    Salam, Tuan saya pernah mengalami penyakit batu karang dimana 1 biji dijumpai pada pundi kencing dan 1 lagi dalam buah pinggang. Doktor melepaskan sy selepas 10 hari dtahan di wad dan memberikan ubat minum Urinary alkanise U_LITE dan memberitahu batu itu akan keluar dengan sendiri keran batu itu kecil. selepas 3 bulan keluar wad batu di pundi kencing keluar. selepas setahun pula batu dalam buah pinggang keluar. Selepas batu dlm buah pinggang itu keluar dalam bulan Jun 2013, sya rasa sakit seakan mencuck pada pinggan sebelah kanan. Raser sekitar dalm buah pinggang . sakit mencucuk tu tak datang selalu tetapi kadang2 .Pernah buat ujian air kencing dan dkotr kata air kencing elok jer. Tida apa2. Tetapi sakit masih terasa dlam buah pinggang ini. Pengalamna tuan adakah ini merupakan sakit buah pinggang? atau buah pinggan memnebengkak? sebab rasa mcm berdenyut2 pun ada. Atau kesa tempat batu karang tu sedang recover. Boleh sharekan ?

    1. admin Post author

      Assalamualaikum,

      Saya pernah mengalami banyak kali masalah batu karang di dalam buah pinggang.Diawalnya,saya merasakan seolah-olah macam terbakar di bahagian belakang tempat terletaknya buah pinggang.Kemudian saya kencing mengeluarkan darah.

      Saya mengamalkan cellfood.Dan hanya dalam 24 jam batu karang tersbut keluar dengan sendirinya.Dari apa yang encik ceritakan,saya merasakan mungkin masalah batu karang tersebut berulang.Apabila kita pernah mendapat batu karang,risiko untuk berulang adalah tinggi.

      Saya tak pasti apakah rasa sakit yang encik ceritakan menunjukkan buah pinggang bermasalah.Saya cadangkan buat pemeriksaan di hospital untuk mengesahkannya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

CommentLuv badge

PERCUMA!Panduan Diet Untuk Pesakit Buah Pinggang


%d bloggers like this: