Penyakit Batu Karang:Faktor Risiko


Assalamualaikum dan salam sejahtera semua,

Apa khabar pembaca sekalian?Saya doakan agar anda sihat hendaknya.Untuk entri yang seterusnya masih lagi berkaitan dengan penyakit batu karang.Dalam artikel kali ini saya akan menulis tentang apakah faktor-faktor yang akan menjadikan seseorang itu lebih berisiko untuk mempunyai penyakit batu karang.

Apakah faktor-faktor yang menyebabkan seseorang itu berisiko mempunyai batu karang?

Sebenarnya,banyak faktor boleh menyumbang kepada pembentukan batu karang, antaranya:

1) Kurang air — Jika anda seorang yang tidak kerap minum air, terutamanya air masak, air kencing anda akan menjadi lebih pekat. Ini sebabnya individu yang kurang minum air lebih mudah mengalami masalah batu karang.Jadi,sekiranya anda memang liat hendak minum air,tabiat ini perlu diubah.

2) Sejarah keluarga atau sendiri — Anda ada ahli keluarga yang mempunyai masalah batu karang?Awas,anda mungkin berisiko mempunyai masalah yang sama.Masalah batu karang juga boleh disebabkan oleh faktor keturunan. Orang yang ada sejarah keluarga mempunyai batu karang berisiko mengalami masalah sama. Malah, individu yang pernah mendapat batu karang juga perlu lebih berhati-hati kerana masalah ini boleh berulang.

3) Umur — Kebanyakan kes berlaku di kalangan umur 20 hingga 70 tahun.

4) Jantina — Lelaki lebih mudah mengalami masalah batu karang berbanding wanita.

5) Penyakit tertentu — Penyakit yang diwarisi seperti sistinuria (masalah penyerapan dan metabolisme asid amino menyebabkan asid amino sisteina terkumpul dalam darah dan membentuk batu karang). Bahkan, individu yang ada penyakit kencing manis dan tekanan darah tinggi juga berisiko mengalami batu karang. Selain itu, individu yang mengalami masalah hiperurisemia (kepekatan asid urik yang tinggi dalam darah) juga dinasihatkan lebih peka menjaga kesihatan.

6) Kesan sampingan ubat — Sesetengah ubat, contohnya ubat diuretik, boleh meningkatkan risiko pembentukan batu karang dalam keadaan tertentu.Ini pernah berlaku kepada saya sendiri.Kerana terlalu lama menggunakan sejenis ubat yang dipanggil Prednisolone,iaitu ubat anti radang.Saya pernah mempunyai batu karang dalam buah pinggang.

7) Pemakanan — Pemakanan yang tinggi kandungan protein purin dan asid urik seperti organ dalaman (hati, jantung, limpa), daging merah, makanan laut bercangkerang (kerang, tiram) dan alkohol boleh meninggikan risiko mendapat batu karang. Pada masa sama, diet kurang serat (buah-buahan, sayur-sayuran dan bijirin) menyumbang kepada masalah ini.

8 ) Kurang bergerak — Individu yang kurang bergerak, jarang bersenam atau lama terlantar lebih berisiko tinggi. Ini kerana aktiviti fizikal yang terhad menyebabkan tulang mengeluarkan lebih kalsium ke dalam darah.

Adakah anda mempunyai faktor-faktor di atas?Jangan bimbang,sekiranya anda mempunyai satu atau dua faktor tersebut,contohnya seperti faktor jantina dan umur,anda sebenarnya masih boleh mengelakkan penyakit batu karang ini.

Anda hanya perlu lebih peka terhadap tahap kesihatan diri.Rajin-rajinlah melakukan pemeriksaan kesihatan dan seringlah berbincang dengan doktor anda.Ini adalah satu cara untuk mengekalkan tahap kesihatan anda.

Hargailah kesihatan kita!

Perhatian: Informasi ini hanyalah sebagai panduan umum dan tidak boleh dianggap sebagai nasihat profesional.


Tentang penulis
:
Abdullah Idris merupakan pengasas blog kesihatan ini. Dapatkan update terkini melalui facebook atau twitter. Atau langgan artikel terbaru melalui emel.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

2 thoughts on “Penyakit Batu Karang:Faktor Risiko

  1. zik

    banyak risikonya… tapi boleh dicegah… makan tuh kena jaga dengan aktif bersukan.. insyallah boleh dikurangkan risiko2 penyakit batu karang nie…

    1. admin Post author

      Betul tu zikri.Tapi yang sebaiknya saya sarankan agar selalulah melakukan pemerikasaan kesihatan.

      Sebab kadang-kadang kita aktif sukan pun leh kena penyakit juga.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

CommentLuv badge

PERCUMA!Panduan Diet Untuk Pesakit Buah Pinggang


%d bloggers like this: