Penyakit Batu Karang:Apakah Puncanya?


Assalamualaikum dan salam sejahtera pembaca sekalian.Saya doakan agar anda semua berada dalam keadaan sihat hendaknya.Dan saya ucapkan terima kasih kerana masih lagi setia untuk membaca artikel-artikel terkini di blog ini.

Dalam tulisan yang lepas,saya telah pun menulis tentang penyakit batu karang,maka dalam entri kali ini saya akan menerangkan pula tentang apakah punca-punca yang menyebabkan seseorang itu mendapat penyakit batu karang.Ianya sangat penting kerana dengan mengetahui punca-puncanya,dapatlah kita mengelakkan diri kita dari mendapat penyakit batu karang ini.

Apakah punca penyakit batu karang?

Batu karang boleh terbentuk apabila kandungan zat di dalam urin iaitu garam dan sisa-sisa buangan saling bergabung untuk membentuk kristal yang akhirnya akan bertukar menjadi batu.Sesetengah jenis batu boleh terbentuk apabila urin mengandungi kandungan asid dan alkali yang tinggi.

Kadang-kadang,batu karang boleh terbentuk disebabkan oleh beberapa jenis penyakit.Contoh penyakit yang boleh menyebabkan pembentukan batu karang termasuklah:

1. Jangkitan pada saluran kencing

2. Penyakit buah pinggang polikistik

3. Hiperparatiroidisme

4. Penyakit gout

5. Penyakit buah pinggang seperti renal tubular acidosis

6. Gejala metabolisme seperti cystinuria dan hyperoxaluria

7. Penyakit kronik seperti darah tinggi dan kencing manis

Selain itu penggunaan ubat-ubatan dan pengambilan suplemen makanan yang tidak betul juga boleh menyebabkan atau meningkatkan pembentukan batu karang.

Itulah pembaca sekalian antara punca-punca yang boleh menyebabkan penyakit batu karang.Mudah-mudahan artikel ini dapat membantu anda daripada terkena penyakit batu karang.

P/S: Adakah artikel di atas membantu?Sekiranya ya,mengapa tidak anda melanggan artikel blog ini secara mudah melalui RSS feed atau emel? Atau tunjukkan sokongan anda dengan memberikan sedikit komen.Saya pasti amat menghargainya.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Baca juga artikel ini:

16 thoughts on “Penyakit Batu Karang:Apakah Puncanya?

  1. varshini

    kalau masa nak kencing sakit di bahagian bawah perut tapi warna kencing bukan warna merah maksud itu saya mempunyai masalah batu karang ke?

    1. admin Post author

      Kadang-kadang kehadiran darah di dalam air kencing tidak dapat dilihat dengan pandangan mata kasar.Saya cadangkan buat pemeriksaan segera.

  2. fairuz

    saya salu tahan kencing satu hari lepas kencing celah kelengkang saya sakit,mcm bengkak kepala saya pon sakit,aakah itu batu karang

  3. syazlee

    sejak skrng saya selalu kncing tapi air kncing saya x bnyk sdng kan saya krp minum air,kdng2 rasa pdih bila kencing….apa yg ptt saya buat??????????

    1. admin Post author

      Kemungkinan anda mengalami masalah batu karang atau buah pinggang.Buat pemeriksaan urin dan juga darah.Lihat samda air kencing mengandungi protin atau tidak dan dan juga bacaan kreatinin dalam darah.Sekiranya ada protin dalam darah atau bacaan kretinin dalam darah tinggi maka anda mengalami masalah buah pinggang.Kalau kencing berdarah kemungkinan anda mengalami batu karang.

  4. lynn

    saya selalu thn kencing dan sjak akhir2 ni bile saya nak kencing terasa skt sgat.saya juga kencing kerap dan air kencing sikit2 saje..adakah saya menghidap pnyakitbatu karang..?

  5. Pingback: Tanda Batu Karang Dikalangan Lelaki l Buah Pinggang Sihat Dot Com

  6. Ida Jeli

    Saya sering mengalami sakit pinggang. Saya ingatkan sakit urat biasa kerana setiap 6 bulan saya membuat pemeriksaan darah untuk mengawal kolestrol dan disahkan oleh doktor buah pinggan saya elok dan saya cuma menghadapi masaalah kolestrol 6.6. Pada suatu hari saya makan buah anggur hitam agak banyak dan saya mengalami sakit pinggang yg kuat. Saya pergi ke klinik swasta dan selepas scan disahkan didalam buang pinggang saya terdapat 2 biji batu karang yg masih kecil. Pihak doktor bagi saya ubat utk memecah batu karang dan memaklumkan bahawa anggur hitam mmg tidak sesuai dimakan pesakit batu karang. Memandangkan ianya masih kecil saya berharap sangat sekiranya sesiapa dapat membantu saya mendapatkan ubat untuk pecah batu karang dlm buah pinggang saya.

    1. admin Post author

      Ida Jeli, saya sangat mencadangkan anda mencuba produk cellfood. Jangan mengamalkan pengambilan ubat hospital untuk jangka masa yang lama.Boleh balas komen saya kalau berminat nak cuba cellfood.

  7. Pingback: Apakah hidronefrosis? l Buah Pinggang Sihat Dot Com

  8. za

    sjak2 nie sy sering kencing2,tp kencing sy tu kdang2 lawas kdang2 xlawas..adew 1 ari tu bwah perut sy blah knan skit,hngge kn skit nye tu cmpai kew pinggang…ap yg ptt sy wt????

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

CommentLuv badge

PERCUMA!Panduan Diet Untuk Pesakit Buah Pinggang


%d bloggers like this: