Assalamualaikum dan salam sejahtera,
Apa khabar anda semua pada petang khamis ini?Diharapkan anda sihat hendaknya dan masih lagi setia untuk membaca artikel-artikel kesihatan di blog ini.Pada artikel kali ini,saya akan masukkan pula entri kesihatan tentang penyakit batu karang.Moga ianya memberi manfaat kepada semua.Jom kita baca…
Batu karang adalah salah satu penyakit yang paling umum yang berkaitan dengan saluran kencing, yang telah dihidapi berjuta-juta orang.Bahkan ada sesetengah dari mereka tidak tahu bahawa mereka mempunyai penyakit tersebut.
Batu karang adalah zat keras kecil yang terbentuk dari garam mineral dan zat-zat lain dalam urin. Biasanya, zat-zat yang membentuk batu karang akan terlarut dalam urin. Ada juga bahan kimia lain dalam urin yang menghalang atau mencegah pembentukan batu, tetapi ianya tidaklah memberi kesan kepada semua orang.
Seringkali,penyakit batu karang tidak menyebabkan apa-apa tanda pada peringkat awalnya. Namun, ketika batu-batu ini melalui lintasan sempit saluran kencing,ia boleh menyebabkan rasa sakit luar biasa. Rasa sakit biasanya akan terasa di bahagian belakang dan di tepi pinggang, yang boleh merebak ke perut bahagian bawah dan pangkal paha.
Walaupun penyakit batu karang merupakan salah satu gangguan yang paling umum dan paling menyakitkan bagi saluran kencing,ianya tidak menyebabkan kerosakan kekal kerana penyakit ini boleh dikendalikan dengan mudah. Kebanyakan batu karang akan keluar dari tubuh dengan sendirinya dan mungkin tidak memerlukan rawatan yang khusus. Namun, masih penting untuk menentukan penyebab dan jenis batu yang anda hidapi. Ini akan membantu doktor menentukan program rawatan yang optimum dan perubahan pola pemakanan untuk mencegah pembentukan berulang.
Anda rasa artikel di atas bermanfaat? Tunjukkan sokongan anda. Kongsikanlah ia dengan rakan-rakan anda. Atau klik butang like dan juga google plus one di bawah. Saya sangat menghargainya.
Tentang penulis: Abdullah Idris merupakan pengasas blog kesihatan ini. Dapatkan update terkini melalui facebook atau twitter. Atau langgan artikel terkini yang mengandungi tip& panduan penting untuk kesihatan buah pinggang melalui emel.


Ada tips bagi mengelakkan pembentukan batu karang dengan meminum jus lobak putih dan mengambil air yang banyak. Sekadar berkongsi tips
Terima kasih atas perkongsian tip tersebut.
Pingback: Penyakit Batu Karang:Apakah Puncanya? - http://buahpinggangsihat.com