Osteodistrofi Buah Pinggang


Assalamualaikum pembaca sekalian,

Apa khabar anda hari ini?Saya harap sihatlah semuanya.Terima kasih saya ucapkan kerana masaih setia berkunjung ke blog ini untuk membaca artikel-artikel terbaru di sini walaupun saya agak jarang mengemaskini dengan info terbaru.

Baik,artikel kali ini kita sama-sama akan berkongsi tentang satu lagi penyakit buah pinggang iaitu osteodistrofi buah pinggang.Pernah dengar tak?

Osteodistrofi buah pinggang ialah suatu istilah yang digunakan di masa lalu untuk menggambarkan gangguan hormon dan mineral yang disebabkan oleh penyakit buah pinggang.Tetapi kini istilah osteodistrofi buah pinggang hanya digunakan untuk menggambarkan masalah tulang yang merupakan hasil dari keadaan yang disebut Penyakit Buah Pinggang Kronik-Mineral Dan Gangguan Tulang (CKD-MBD).

Penyakit Buah Pinggang Kronik-Mineral Dan Gangguan Tulang (CKD-MBD) berlaku apabila buah pinggang gagal menetapkan tahap fosforus dan kalsium yang tepat di dalam darah.Keadaan ini biasanya terjadi pada mereka yang mempunyai penyakit buah pinggang dan melibatkan hampir semua pesakit yang menjalani dialisis.

CKD-MBD akan lebih serius sekiranya berlaku kepada kanak-kanak kerana tulang mereka masih lagi dalam peringkat tumbesaran.Ini boleh melambatkan pertumbuhan tulang mereka dan juga boleh menyebabkan kecacatan tulang.Contohnya,kanak-kanak yang mempunyai  CKD-MBD akan mengalami kecacatan fizikal luar dan dalam.Kecacatan jenis ini disebut sebagai ‘renal rickets’.

Bagi orang dewasa pula,perubahan tulang dari CKD-MBD boleh bermula beberapa tahun lebih awal sebelum munculya gejala penyakit.Jika CKD-MBD tidak dirawat,tulang akan menjadi kurus dan lemag secara perlahan-lahan.Yang mana ianya boleh menyebabkan kesakitan pada tulang dan sendi.Oleh kerana CKD-MBD boleh menipis dan melemahkan tulang,maka risiko untuk berlaku kepatahan tulang adalah tinggi.

Pada masa yang lalu,doktor menggunakan istilah osteodistrofi buah pinggang untuk menggambarkan berlakunya gangguan hormon dan mineral yang disebabkan oleh penyakit buah pinggang,tetapi sekarang istilah osteodistrofi buah pinggang digunakan untuk menggambarkan masalah tulang yang terjadi akibat daripada CKD-MBD.

Peranan Hormon & Buah Pinggang Dalam Mengekalkan Kesihatan Tulang

Buah pinggang memainkan peranan yang sangat penting dalam mengekalkan jisim dan struktur tulang .Selain itu,organ ini juga membantu menyeimbangkan kadar kalsium dan fosforus di dalam darah.Buah pinggang juga membantu memastikan agar kemampuan anda untuk menerima Vitamin D dari sinar matahari dan makanan diaktifkan.

Kalsium adalah sejenis mineral yang berfungsi untuk membina dan menguatkan tulang.Ia boleh didapati daripada banyak sumber makanan,terutamanya dari susu dan juga dari produk yang berasaskan susu.Apabila kadar kalsium di dalam darah menjadi terlalu rendah,kelenjar paratiroid akan mengeluarkan sejenis hormon yang dipanggil hormon paratiroid (PTH).

Hormon ini berfungsi untuk menarik kalsium dari tulang bagi meningkatkan kadar kalsium di dalam darah.Apabila terlalu banyak sumber kalsium ditarik dari tulang bagi meningkatkan kadarnya di dalam darah,ini akan mengurangkan kadar kalsium tulang.Maka lama-kelamaan,pengurangan kalsium tulang secara tetap akan melemahkan tulang.

Fosforus pula,yanag kebanyakkannya boleh didapati dari banyak sumber makanan,juga membantu untuk mengatur tahap kalsium tulang.Buah pinggang yang sihat akan mengurangkan kandungan fosforus di dalam darah sekiranya berlaku kelebihan.

Sekiranya buah pinggang tidak lagi berfungsi secara normal,kadar fosforus di dalam darah akan menjadi sangat tinggi,yang mana ianya akan mengarah kalisum di dalam darah ke tahap yang rendah.Kadar kalsium yang rendah di dalam darah boleh menyebabkan pelepasan PTH  terlalu banyak, yang akan menyebabkan kehilangan banyak kalsium dari tulang.

Kebiasaannya buah pinggang akan mengeluarkan calcitriol,iaitu sejenis vitamin D,untuk membantu tubuh menyerap kalisum makanan ke dalam darah dan tulang.Namun,apabila pengeluaran calcitriol menurun,tahap PTH akan menigkat,dan kalsium akan dikeluarkan dari tulang.Calcitriol dan PTH akan bekerjasama untuk mengimbangi kalsium dan  memelihara kesihatan tulang.

Bagi pesakit yang mengalami kegagalan buah pinggang,pengeluaran calcitriol akan terhenti.Akibatnya tubuh tidak dapat menyerap kalsium dari makanan dan akan mengeluarkannya dari tulang.Ini akan menyebabkan berlakunya kerapuhan tulang dan menjadikan seseorang itu cenderung mengalami patah tulang.

Itulah dia pembaca sekalian sedikit informasi yang mampu saya kongsikan bersama anda tentang osteodistrofi buah pinggang.Harapan saya ianya akan dapat menambahkan lagi pengetahuan kita.Kalau ada sesiapa yang ingin menambah lagi informasi yang berkaitan,saya alu-alukan untuk dikongsi bersama.

IsyaAllah pada artikel akan datang saya akan sambung pula tentang diagnosis dan rawatan untuk penyakit CKD-MBD.Jadi,teruskanlah untuk setia membaca artikel-artikel di blog saya ye.

Ok,jumpa lagi :-)

Sumber artikel : Kidney Health Care

*******************************************************************
Minat dengan artikel blog ini?Langgan artikel terbaru melalui emel.
Atau ikuti perkembangan terbaru blog ini di facebook atau twitter.
Dan jangan lupa ye untuk kongsikan artikel ini sekiranya bermanfaat
*******************************************************************

 

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Baca juga artikel ini:

14 thoughts on “Osteodistrofi Buah Pinggang

    1. admin Post author

      Wslm,

      Bukan kata bro saja,saya sendiri sebagai seorang pesakit buah pinggang juga sangat kurang pengetahuan tentang penjagaan buah pinggang.Selain dari berkongsi maklumat di blog ini bersama pembaca,secara tidak langsung ilmu saya juga akan bertambah.

    1. admin Post author

      Itu saya tak pasti bro.Cuma apa yang saya tahu masalah tulang yang ditulis dalam artikel ini ialah bagi mereka yang mempunyai penyakit buah pinggang.

  1. Pingback: Diagnosis & Rawatan CKD-MBD

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

CommentLuv badge

PERCUMA!Panduan Diet Untuk Pesakit Buah Pinggang


%d bloggers like this: