Assalamualaikum pembaca sekalian,
Nefron adalah struktur penapisan kecil di dalam buah pinggang anda.Setiap buah pinggang mengandungi lebih dari sejuta nefron penapisan kecil yang membantu membersihkan darah anda.
Fungsi nefron ialah ia membantu anda:
- Mengeluarkan lebihan air,sisa dan zat yang tidak diperlukan dari darah anda.
- Mengembalikan bahan-bahan seperti natrium,kalium atau fosforus setiap kali bahan-bahan ini telah habis dari tubuh anda.
Setiap nefron terdiri daripada dua struktur utama,iaitu glomerulus dan tubul renal(buah pinggang).
Glomerulus
Glomerulus adalah pembuluh darah kecil atau dipanggil kapilari,yang kelihatan seperti bebola benang.Penapisan darah yang sebenarnya berlaku di dalam glomerulus.Setiap glomerulus di dalam buah pinggang anda bertindak seperti penapis yang membantu menjaga protin biasa dan sel-sel dalam aliran darah anda dan membolehkan sisa-sisa buangan,kelebihan cairan dan bahan-bahan lain untuk dikeluarkan dari tubuh.
Tubul
Tubul atau disebut juga sebagai tubul buah pinggang adalah satu tabung kecil di mana sisa buangan,cecair berlebihan dan zat yang digunakan semula seperti natrium dan kalium ditapis keluar melalui glomerulus melaluinya.
Buah pinggang anda akan mengukur bahan kimia seperti natrium,fosforus dan kalium dan akan membebaskan semula ke dalam darah untuk digunakan semula oleh tubuh apabila diperlukan.
Melalui cara ini,buah pinggang anda akan mengawal zat tersebut mengikut keperluan tubuh anda.Ini kerana keseimbangan yang tepat sangat diperlukan untuk memastikan agar tubuh anda dapat berfungsi dengan baik.Ketahui lebih lanjut tentang nefron di sini.
Kerosakan Nefron
Sekiranya berlaku kerosakan terhadap nefron akan menyebabkan berlakunya penyakit buah pinggang terhadap diri anda.Keadaan yang boleh menjejaskan glomerulus anda ialah:
kredit gambar: Kidney Health Care
*******************************************************************
Minat dengan artikel blog ini?Langgan artikel terbaru melalui emel.
Atau ikuti perkembangan terbaru blog ini di facebook atau twitter.
Dan jangan lupa ye untuk kongsikan artikel ini sekiranya bermanfaat
*******************************************************************
Dapatkan Artikel Terkini Secara Terus Melalui Emel Anda – Ianya PERCUMA:
Masukkan Emel Anda Dan Tekan Butang ‘Submit’


aku tahu sikit pasal nefron..tapi tubul tu perkara baru yang aku dengar…hehehe
erm…kite kne la jaga nefron kita agar xsakit~
nash recently posted..Evolusi Muzik Di Malaysia Sempena Anugerah Juara Lagu Ke 25
setuju…kita belajar sikit utk kenal anggota dan fungsinya…tak kenal maka tak cinta…
hafizmd recently posted..Wuduk dan bakteria…
Satu lagi kita akan sedar betapa hebat dan sempurnanya ciptaan Allah.Mudah-mudahan dengan kesedaran itu akan dapat menambahkan iman kita.
subhanallah…ciptaan kecil yg mempunyai fungsi penting..
tengkorak emas recently posted..Sedikit vs Ramai
diabetis memang ibu segala penyakit..kene je diabetis penyakit berbahaya lain komfem datang…
fitri recently posted..Asean Pun Ada Domain Sendiri
Seab tu lah dinamakan ibu segala penyakit.Maksudnya punca datangnya penyakit-penyakit kronik yang lain.
Nefron ini ibarat penapis kalau sudah tersumbat memang mendatangkan masalah
akubiomed recently posted..Salahkah aku mencari penganti yang lain
seronok baca bahan2 ilmiah macam ni…cuma perlukan lebih tumpuan utk memahami setiap terma sains dan fungsinya…menarik2..
teringat masa zaman belajar sains dulu2..
teruskan menulis tuan blog..

hafizmd recently posted..Wuduk dan bakteria…
Terima kasih bro.Mudah-mudahan bermanfaat.
Pingback: Protinuria-Adakah Anda Berisiko?
Pingback: Bahagian-bahagian Nefron l buahpinggangsihat.com
Pingback: Bagaimana Anda Hidup Tanpa Salah Satu Buah Pinggang? l Buah Pinggang Sihat Dot Com
Pingback: Nutrisi & Penyakit Buah Pinggang l