Langkah Terbaik Melindungi Buah Pinggang Anda


Buah pinggang memainkan peranan penting dalam menjaga jumlah air yang tepat di dalam tubuh. Selain itu, buah pinggang juga membantu menapis sisa berbahaya dan menjaga keseimbangan bahan kimia dalam tubuh. Selanjutnya, buah pinggang berperanan dalam menjaga tekanan darah normal dan jumlah sel darah merah dalam darah.

Apabila seseorang itu mempunyai penyakit buah pinggang, sebahagian penapis yang terdapat di dalam buah pinggang telah pun rosak.Ini akan menyebabkan sisa berbahaya tidak dapat dikeluarkan dan akan mendatangkan pelbagai masalah kesihatan.Dan apabila buah pinggang telah rosak sepenuhnya,seseorang itu perlu menapis darahnya dengan menggunakan suatu mesin khas (suatu prosedur yang dipanggil dialisis) untuk beberapa kali seminggu atau pun melakukan pemindahan buah pinggang.

Ada beberapa perkara yang boleh anda lakukan untuk mencegah atau melambatkan datangnya penyakit buah pinggang. Beberapa hal yang boleh dilakukan termasuk:

1. Membuat pemeriksaan darah dan air kencing  secara teratur.

Jika anda berfikir bahawa anda berisiko menghadapi masalah buah pinggang, pastikan anda memberitahu doktor anda tentang masalah itu. Faktor risiko untuk penyakit buah pinggang termasuk diabetes, hipertensi, penyakit jantung, dan sejarah keluarga yang pernah mempunyai masalah buah pinggang.Tahap awal penyakit buah pinggang mungkin tidak akan menunjukkan  tanda-tanda atau gejala. Jadi sila berjumpa dengan doktor anda untuk membuat pemeriksaan bagi memastikan tahap kesihatan buah pinggang anda.

2. Pastikan kandungan gula dalam darah sentiasa terkawal

Diabetes boleh menyebabkan penyakit buah pinggang diabetes, juga disebut neuropati diabetes, yang boleh menyebabkan buah pinggang gagal berfungsi jika tidak ditangani. Menurut Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit, mengawal kandungan gula dalam darah dapat mencegah atau melambatkan proses munculnya penyakit buah pinggang.

3. Kawal Tekanan Darah Anda

Tekanan darah tinggi (atau hipertensi) boleh merosakkan buah pinggang. Institut Kebangsaan Jantung, Paru-Paru, dan Darah mengesyorkan bahawa pengidap diabetis dan mereka yang telah menurun fungsi buah pinggangnya agar  menjaga tekanan darah mereka di bawah 130/80 mm Hg. Anda juga boleh memeriksa tekanan darah anda di rumah untuk memastikan tekanan darah anda sentiasa berada di bawah 130/80. Buat pemeriksaan tekanan darah anda sekurang-kurangnya 4 kali dalam setahun.

Tidak semua ubat penurun tekanan darah membantu melindungi buah pinggang anda.Dapatkan dari doktor anda ubat tekanan darah tinggi yang disebut Angiotensin Converting Enzim (ACE) Inhibitor atau penghambat reseptor angiotensin (ARB).Ubat ini didapati lebih melindungi buah pinggang anda berbanding ubat tekanan darah tinggi dari jenis yang lain.

4. Pilih makanan yang sihat dan seimbang

Doktor mungkin akan menasihatkan anda supaya kurangkan pengambilan makanan yang tinggi kandungan protein (seperti daging, susu, dan keju). Diet protein tinggi boleh menyebabkan kerosakan buah pinggang yang lebih teruk pada masa akan datang.Makanan yang kurang kandungan sodium dan lemak juga suatu idea yang baik untuk diamalkan. Anda boleh dapatkan bantuan seorang pakar pemakanan untuk pesakit buah pinggang untuk merancang diet anda,terutamanya jika anda memang sudah mempunyai penyakit buah pinggang.

5. Kerap melakukan senaman

Kegiatan fizikal boleh membantu anda mengawal kandungan gula dalam darah, berat badan, dan tekanan darah, serta meningkatkan kandungan kolestrol “baik” anda dan akan merendahkan kandungan kolesterol “buruk” anda.Berbincanglah dengan doktor anda tentang rancangan latihan yang selamat, terutama jika anda sudah mempunyai masalah buah pinggang.

P/S: Adakah artikel di atas membantu?Sekiranya ya,mengapa tidak anda melanggan artikel blog ini secara mudah melalui RSS feed atau emel? Atau tunjukkan sokongan anda dengan memberikan sedikit komen.Saya pasti amat menghargainya.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

One thought on “Langkah Terbaik Melindungi Buah Pinggang Anda

  1. Pingback: Potassium & Kaitannya Dengan Buah Pinggang Kronik

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

CommentLuv badge

PERCUMA!Panduan Diet Untuk Pesakit Buah Pinggang


%d bloggers like this: