Kolestrol & Buah Pinggang Kronik- Bah. 2

Bookmark this on Hatena Bookmark
Hatena Bookmark - Kolestrol & Buah Pinggang Kronik- Bah. 2
Share on Facebook
Post to Google Buzz
Bookmark this on Yahoo Bookmark
Bookmark this on Livedoor Clip
Share on FriendFeed
Kolestrol & Buah Pinggang Kronik- Bah. 2Buah Pinggang Sihat Dot Com

Assalamualaikum pembaca sekalian.Bagaimana dengan kesihatan anda pagi ini.Saya harap anda dapat menjalani kehidupan dengan sihat dan ceria.Terima kasih kerana masih setia untuk membaca artikel-artikel kesihatan terbaru di blog ini.

Pada pagi ini saya akan menyambung semula artikel saya yang telah tertangguh iaitu Kolestrol & Buah pinggang Kronik.Kepada sesiapa yang belum lagi membaca artikel tersebut,bolehlah membacanya dengan klik di sini.

Sepertimana tulisan saya yang lepas,di dalam artikel ini juga saya akan menulis dalam bentuk soalan untuk memberikan lebih kefahaman kepada pembaca.Semoga ianya akan memberi manfaat kepada semua dan dapat pula diamalkan untuk menikmati kesihatan yang baik.Selamat membaca.

Apakah yang boleh saya lakukan untuk mengurangkan risiko mempunyai penyakit jantung?

Antara yang boleh anda lakukan untuk mengurangkan risiko tersebut ialah:

1) Perubahan Gaya Hidup

  • Meningkatkan aktiviti fizikal selama 30 minit setiap hari pada kadar yang sederhana.Hal ini akan dapat membantu anda dari segi:
    - Meningkatkan kolestrol HDL
    - Menurunkan kadar kolestrol LDL pada sesetengah orang
    - Menurunkan tekanan darah
    -Memperbaiki pengawalan diabetis
    -Memperbaiki fungsi jantung
  • Mengekalkan berat badan ideal
  • Jangan merokok
  • Jangan minum alkohol berlebihan.Bagi yang Islam hukumnya haram ye walaupun sedikit.
  • Berbincanglah dengan doktor atau pakar pemakanan untuk merancang diet harian yang seimbang dan sesuai untuk anda.

2) Perubahan Cara Pemakanan

  • Pilih makanan yang rendah lemak tepu dan kolestrol.
  • Kurangkan penggunaan asid lemak trans kerana ianya boleh meningkatkan paras kolestrol LDL.
  • Banyakkan memakan makanan yang tinggi kandungan seratnya seperti sayur-sayuran,biji-bijian dan buah-buahan.
  • Berbincanglah dengan pakar pemakanan di tempat anda untuk membantu meningkatkan kandugan serat dalam makanan anda secara berperingkat.

3) Rawatan Dari Faktor Risiko Yang lain

  • Kawal tahap tekanan darah tinggi dan diabetis anda.
  • Rawatan untuk penyakit ini termasuklah ubat-ubatan,diet yang teratur dan juga meningkatkan aktiviti fizikal
  • Doktor dan pakar pemakanan boleh membantu anda untuk mengubah cara hidup dan pemakanan bagi mengubati penyakit ini.

Apakah ubat-ubatan yang boleh mengurangkan risiko saya mengidap penyakit jantung?

Sebenarnya ubat yang sedia ada hanyalah untuk menurunkan tahap kolestrol LDL dan trigliserida.Ubat yang terbaik untuk penyakit jantung ialah perubahan diet dan cara hidup yang sihat.

Dengan siapakah saya boleh berbincang secara khusus bagaimana untuk mengurangkan risiko penyakit jantung?

  • Doktor anda adalah orang yang boleh anda ajak berbincang tentang apakah yang harus anda lakukan untuk mengurangkan risiko penyakit jantung.
  • Ahli farmasi pula boleh membantu anda menjawab persoalan berkaitan dengan ubat-ubatan yang diberikan oleh doktor kepada anda.
  • Dan pakar pemakanan boleh membantu untuk merancang diet pemakanan yang terbaik untuk diri anda.

Note : InsyaAllah,memandangkan kategori Tip & Petua agak kurang dengan artikel terbaru,jadi untuk artikel akan datang saya akan kongsikan pula dengan anda tentang tip-tip untuk mengurangkan lemak dan kolestrol dalam diet.Jadi tunggu tau :-) !
———————————————————————————
Minat dengan artikel blog ini?Langgan artikel melalui emel.
Atau ikuti perkembangan terbaru di facebook atau twitter.
———————————————————————————

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Share

Artikel berkaitan yang mesti dibaca

Tags: , , , , ,

48 Responses to “Kolestrol & Buah Pinggang Kronik- Bah. 2”

  1. nash says:

    tp permasalahan utama bukannye sbb xpandai jaga kesihatan bdn…tp keengganan serta keseganan diri kita nk jumpe doktor utk check kesihatan kita pon masalah utama..contohnya aku!

  2. apa kolestrol HDL dan LDL? apa bezanya?

    saya cuba merujuk kembali entri yg lepas mana tau ada disebutkan dan saya terlupa, tetapi link tu erro 404 bro..not found

  3. haha kolestrol baik dan jahat, dah tau bro, sebelum beli Blackmore tu ada juga diterangkan lebih kurg mcm tu, (menghapuskan lemak jahat dan menggantikannya dgn baik) sama ke?
    tengkorak emas recently posted..A job is a job- right

  4. off topic jap

    ramai org ckp, mkn nasi boleh menggemukkan bdn, kenapa yer.??
    intankuterpilih recently posted..Wanita Dan Handbag- Aku Tak Suka Handbag

  5. donny says:

    aduh..makanan kat hotel tue semuanya oily…

  6. dnoBiz says:

    Alhamdulillah,
    pagi ni masih lagi berjaya bernafas ,melihat,mendengar, dan bergerak seperti biasa,
    Terima kasih untuk tip kesihatan tu bro
    dnoBiz recently posted..Percutian Mengejut – Perjalanan Pulang

  7. dnoBiz says:

    ada lagi satu sndrom yang lagi teruk dari malas nak jumpa doktor..
    jenis yang takut nak buat pemeriksaan kesihatan kerana takut dapat tahu yang dia ada penyakit…. (banyak berlaku kes macam ni)
    dnoBiz recently posted..Percutian Mengejut – Perjalanan Pulang

  8. Info menarik….teringat pula kat member yang nak oprate buah pinggang and bagi kat abang die.
    Kamal Mustafa recently posted..Video Pilihan Kamal – Rancangan Tv Jepun- Tangga Berminyak

  9. rasanya pg td ada tinggalkan komen, tp takde lak..

    nak tanya, nasi yg kita mkn selalu tu boleh menggemukkan ker??selalu org ckp, kalau nak diet jgn mkn nasi…kenapa yer?

    sori off topik jap.
    intankuterpilih recently posted..Wanita Dan Handbag- Aku Tak Suka Handbag

    • admin says:

      Tak betul tu intan.Tu kata-kata orang yang jenis mengikut je.Saya ni sehari berkali-kali makan nasi,tak gemuk-gemuk pun.Sebenarnya kegemukan ni lebih berpunca darupada makanan yang tinggi kalorinya.Intan boleh makan nasi,tapi kurangkan pengambilan makanan yang berkalori tinggi.

      Nak tip yang terbaik,ikut cara Rasulullah.Makan bila lapar berhenti sebelum kenyang.InsyaAllah sihat dan slim jer….:-)

  10. Nice blog…
    1st time jumpa blog yg niche kesihatan dlm bahasa Melayu…
    Keep up blogging bro..
    aktechpage.com recently posted..Kucing2TerbiarBlogspotcom- Kisah Kucing Yang Terbiar

  11. donny says:

    sudah ada part2.. info yg bagus..

  12. syahrilhafiz says:

    first time jejak kaki kat sini
    semua cite pasal kidney ni
    memang bermanfaat..

  13. etomyam says:

    bagus sekali panduan dan bimbingan kesihatan ni, aku pun nak kena ubah jugak lah cara pemakanan ni

    • admin says:

      Napa?Sebelum ni cara makan macam mana?Tak guna tanganke? :-) .Lawak je.Betul tu bro,cara pemakanan kita ni pun boleh jadi punca kepada pelbagai penyakit merbahaya.

  14. zik says:

    nak tanya..nie doktor ker nie?? memang pakar habis nie… details… walaupun masih muda…tapi kena beringat…

    • admin says:

      Taklah,saya bukan doktor.Saya seorang pengidap penyakit buah pinggang iaitu Neprotic Syndrom.Jadi saya banyak membaca tentang penyakit tersebut untuk membantu saya mengawal penyakit jangan bertambah teruk.

      Jadi apa yang saya baca dan faham,saya kongsikan di blog ni.Mudah-mudahan bermanfaat untuk semua.

  15. fitri says:

    ramai antara kita yang kurang aktif dan kurang bersenam jadi sangat terdedah sengan sakit jantung..hurm

  16. Nadri says:

    mmg penting untuk jaga kesihatan buah pinggang..klu dah rosak kena buat rawatan dialisis 3-4 kali seminggu…kos rawatan mahalnya amat…

    • admin says:

      Betul tu.Sangar penting untuk kita menjaga kesihatan buah pinggang.Rawatannya bukan sahaja sangat mahal,bahkan sangat memakan masa kita.Terima kasih kerana berkunjung dan memberikan komen.

Leave a Reply

CommentLuv badge