Ketahui Tahap Kreatinin Melalui Ujian Darah


Assalamualaikum pembaca sekalian.Macam mana dengan sambutan Hari Raya Korban tahun ini?Saya harap sambutan tahun ini lebih memberikan makna kepada anda.

Ok,berbalik pada tajuk entri.

Pernahkah anda mendengar perkataan ‘kreatinin’?Bagi mereka yang mempunyai masalah buah pinggang mesti sudah biasa dengan perkataan tersebut.

Kreatinin adalah zat yang dihasilkan dari pemecahan creatine,iaitu salah satu daripada komponen-komponen otot.Apabila terjadinya peningkatan kadar kreatinin dalam darah,ini dapat memberi isyarat kepada kita bahawa seseorang itu mempunyai masalah buah pinggang atau pun mengalami kerosakan buah pinggang.

Pada kebiasaannya,kreatinin akan dikeluarkan dari tubuh melalui air kencing apabila buah pinggang berfungsi secara normal.Tetapi,apabila buah pinggang sudah tidak dapat berfungsi secara normal,kreatinin akan lebih cenderung untuk masuk ke dalam darah.Ini akan menyebabkan kandungan kreatinin di dalam darah akan meningkat.

Oleh sebab itulah,bagi mereka yang mempunyai masalah buah pinggang,doktor akan mengambil sampel darah bertujuan untuk mengukur kadar kreatinin di dalam darah.Jika tinggi kandungan kreatinin,ertinya semakin bermasalah buah pinggang seseorang itu.

Prosuder Pengambilan Sampel Darah

Sampel darah biasanya diambil dari pembuluh darah yang berhampiran dengan siku.Tangan yang diambil sampel darah pula adalah dari tangan yang tidak dominan.Maksudnya ialah sekiranya seseorang itu menggunakan tangan kanan,maka darah akan diambil dari tangan kiri.Dan begitu jugalah sebaliknya.

Sebelum doktor mengambil sampel darah,tempat yang telah dikenalpasti akan disapu dengan sejenis cecair bertujuan untuk mematikan kuman.Kemudian doktor akan mengikat tangan dengan jalur elastik.Tujuan dilakukan hal tersebut adalah untuk menjadikan urat darah lebih menonjol.Ini akan memudahkan sampel darah diambil.

Setelah urat telah dijumpai,doktor kemudiannya akan memasukkan jarum yang bersambung dengan satu tabung di mana darah akan dikumpulkan.Setelah itu jalur elastik tadi dibuka dari tangan.

Apabila sampel darah yang diambil telah mencukupi,doktor akan menarik jarum dengan lembut dan segera menutup kawasan yang dicucuk jarum bertujuan untuk menghentikan pendarahan.

Penting untuk  anda memberitahu doktor sekiranya anda ada mengambil apa-apa ubat kerana ianya akan mempengaruhi keputusan sampel darah yang diambil tadi di mana keputusan yang didapati tidak tepat.

Keputusan Ujian Darah Anda

Mengikut National Library of Medicine,bacaan terbaik untuk keputusan ujian darah yang diambil ialah 0,8-1,4 mg / dL.Makmal yang berbeza mungkin akan mendapat keputusan yang berbeza-beza juga.Jadi pastikan anda memberitahu doktor anda sekiranya anda ada mengambil apa-apa ubat.

Penting juga untuk anda ketahui di sini bahawa mereka yang mempunyai otot yang lebih besar akan mempunyai tahap kreatinin yang lebih tinggi.Sebagai contoh perempuan mempunyai nilai kreatinin yang lebih rendah berbanding lelaki.

P/S: Adakah artikel di atas membantu?Sekiranya ya,mengapa tidak anda melanggan artikel blog ini secara mudah melalui RSS feed atau emel? Atau tunjukkan sokongan anda dengan memberikan sedikit komen.Saya pasti amat menghargainya.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

17 thoughts on “Ketahui Tahap Kreatinin Melalui Ujian Darah

  1. pengetahwan terbaru untuk saya,
    thank tt,
    apa pun pencegaha adalah yang terbaik

    Ps : tetiba terana nak buat pemeriksaan kesihatan

    • Kalau macam tu cepat-cepatlah buat ujian darah.Tambahan pula pemakanan sekarang terlalu banyak bahan-bahan kimia terdapat di dalamnya.

    • Tidak.Bukan maksudnya lelaki yang lebih mudah mendapat sakit buah pinggang kerana kandungan kreatinin lebih tinggi.Kiraan ini hanyalah berdasarkan bentuk fizikal lelaki.Banyak lagi prosedur untuk memastikan seseorang itu mendapat buah pinggang.

      Selain kreatinin,kandungan protin juga dilihat.Sekiranya terdapat kandungan protin di dalam air kencing,itu juga memberi tanda yang buah pinggang bermasalah.

  2. Lama jugak tak buat pemeriksaan darah. InsyaAllah, akan dibuat dalam masa yg terdekat. Lagipun, makanan sekarang, banyak yg dicampur bahan-bahan kimia yang tak diperlukan badan..

    Terima kasih atas artikel ni..:D

    • Buat,jangan tak buat.Kebanyakan orang kita ni dah terhantuk baru nak terngadah.Sama-sama.Terima kasih juga kerana sudi melawat blog saya dan memberikan komen.

    • Mudah-mudahan akan memberikan manfaat.Ye,kandungan protin boleh dilihat melalui pengambilan sampel air kencing.Salah satu tanda air kencing mengandungi protin ialah air kencing terdapat banyak buih yang lambat hilang.

      Kalau melalui pengambilan sampel air kencing yang diuji di makmal,keputusan bagi buah pinggang yang mempunyai masalah buah pinggang dilihat sebanyak mana tanda ‘+’.Macam saya,kadang-kadang 2+,kadang-kadang 4+.

  3. takut nak buat ujian darah…takut kene cucuk…

    tapi cemana pon perlu juga kan buat ujian darah. dari situ pon kita boleh kesan kalau-kalau ada kencing manis ke..kan??

    • Napa takut plak,bukan sakit pun.Betul tu.Dari ujian darah yang dibuat kita akan dapat mengesan penyakit yang mungkin kita hadapi.Zaman sekarang ni zaman penyakit.

  4. Pingback: Ujian Yang Dilakukan Untuk Mengesan Penyakit Buah Pinggang l buahpinggangsihat.com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

CommentLuv badge

PERCUMA!Panduan Diet Untuk Pesakit Buah Pinggang