Ketahui Kesan Sampingan Pemindahan Buah Pinggang


Assalamualaikum pembaca sekalian,

Pemindahan buah pinggang ialah suatu prosedur pembedahan untuk meletakkan buah pinggang yang sihat daripada penderma kepada pesakit yang buah pinggangnya tidak berfungsi lagi.

Buah pinggang anda akan mengeluarkan cecair yang berlebihan dan juga bahan buangan yang tidak diperlukan dari darah anda. Apabila buah pinggang anda telah hilang kemampuan untuk menapis bahan-bahan tadi, cecair yang berlebihan dan juga bahan buangan yang merbahaya akan terkumpul di dalam tubuh anda, keadaan yang dikenali sebagai kegagalan buah pinggang. Dan pemindahan buah pinggang merupakan antara rawatan terbaik untuk kegagalan buah pinggang.

Hanya satu buah pinggang yang didermakan diperlukan untuk menggantikan kedua-dua buah pinggang yang gagal. Ini memberikan pilihan kepada penderma buah pinggang yang masih hidup. Tetapi jika penderma yang buah pinggangnya sesuai tetapi tidak bersedia untuk melakukan pemindahan buah pinggang, maka nama anda boleh diletakkan dalam senarai pemindahan buah pinggang menunggu untuk menerima buah pinggang daripada penderma yang telah mati. Masa menunggu mungkin boleh sampai setahun atau pun lebih.

Mengapa Ia Dilakukan?

Pemindahan buah pinggang dilakukan untuk merawat kegagalan buah pinggang, iaitu suatu keadaan di mana buah pinggang sudah tidak dapat berfungsi dengan normal. Mereka yang telah pun hilang fungsi buah pinggangnya perlulah menjalani rawatan penapisan darah (dialisis) atau pun melakukan pemindahan buah pinggang untuk terus hidup.

Sebab-sebab biasa berlakunya kegagalan buah pinggang ialah:

Kadang-kadang kegagalan buah pinggang boleh dirawat melalui pemakanan, ubat dan juga rawatan bagi sebab-sebab yang asas. Jika buah pinggang anda masih tidak dapat menapis darah dengan betul setelah melakukan langkag-langkah di atas, anda mungkin akan diletakkan sebagai mereka yang layak untuk melakukan pemindahan buah pinggang. Malah, sekiranya anda tidak mempunyai jalan perubatan lain untuk merawat kegagalan buah pinggang, pemindahan ini boleh menjadi pilihan yang lebih baik dari dialisis kerana ia boleh memberikan kualiti hidup yang lebih baik untuk jangka masa panjang.

Komplikasi Prosedur Pemindahan Buah Pinggang

Pembedahan untuk melakukan pemindahan buah pinggang juga boleh membawa kepada komplikasi yang besar termasuk:

  • Pembekuan darah
  • Pendarahan
  • Berlaku kebocoran dari tiub yang tersumbat (ureter) yang menghubungkan buah pinggang ke pundi kencing
  • Jangkitan
  • Kegagalan buah pinggang yang didermakan untuk berfungsi
  • Penolakan buah pinggang yang didermakan

Ubat Anti Penolakan Kesan Sampingan

Selepas melakukan pemindahan buah pinggang, anda perlu mengambil ubat yang membantu mencegah penolakan badan anda terhadap buah pinggang yang didermakan. Tetapi ubat ini boleh menyebabkan banyak kesan sampingan, antaranya:

  • Penipisan tulang
  • Kolestrol tinggi
  • Tekanan darah tinggi
  • Kencing manis
  • Kulit sensitif
  • Pembengkakan
  • Penambahan berat badan
  • Gusi bengkak
  • Jerawat
  • Pertumbuhan rambut yang berlebihan

Nota : Artikel ini akan bersambung pada siri kedua.

Sumber rujukan artikel : http://mayoclinic.org I Kidney Transplant

Perhatian: Informasi ini hanyalah sebagai panduan umum dan tidak boleh dianggap sebagai nasihat profesional.


Tentang penulis:
Abdullah Idris merupakan pengasas blog kesihatan ini. Dapatkan update terkini melalui facebook atau twitter. Atau langgan artikel terbaru melalui emel.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

8 thoughts on “Ketahui Kesan Sampingan Pemindahan Buah Pinggang

  1. Salam tuan blog…

    Nice info tuan blog.. saya nak tanye, ada side effect tak bg penderma buah pinggang.. ye la dah tinggal satu kan. mesti proses untuk buah pinggang dah meningkat sebab sebelum ni ade dua tp dah tinggal satu..mgkin tuan blog bleh jelaskan..

    • Wslm,

      Memang ada kesan sampingan kepada mereka yang mendermakan organ buah pinggang.InsyaAllah saya akan buat satu artikel khas tentang tajuk tersebut.

  2. Pingback: Ketahui Kesan Sampingan Pemindahan Buah Pinggang(Bah 2) l Buah Pinggang Sihat Dot Com

  3. Assalammualaikum.panduan dan ingatan itu amat berguna.sama sama kita jaga kesihatan diri kita juga ahli keluarga kita sebelum ia terjadi.mencegah lebih baik dari merawat.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

CommentLuv badge

PERCUMA!Panduan Diet Untuk Pesakit Buah Pinggang