Assalamualaikum pembaca sekalian,
Artikel ini adalah sambungan dari 2 artikel sebelumnya. Bagi anda yang baru menemui blog ini, boleh baca artikel tersebut melalui pautan di bawah:
http://bit.ly/qlmCxF
Pemindahan Buah Pinggang: Apa Yang Boleh Anda Harapkan
Semasa pemindahan buah pinggang
Pemindahan buah pinggang dilakukan dengan anestesia am, iaitu pemberian suntikan bius, jadi anda tidak sedar semasa prosedur dijalankan. Anesthesiologist atau pakar bius memberi anda ubat anestetik sebagai gas – untuk bernafas melalui topeng atau menyuntik ubat cecair ke dalam vena.
Pakar pembedahan akan memantau kadar jantung, tekanan darah dan oksigen darah ke seluruh prosedur dengan kuf tekanan darah pada lengan anda dan wayar monitor jantung yang dilekatkan ke dada anda. Selepas anda sudah tidak sedarkan diri:
- Pakar bedah akan membuat satu potongan dan meletakkan buah pinggang baru di bahagian bawah abdomen anda. Melainkan jika buah pinggang anda sendiri yang menyebabkan komplikasi seperti tekanan darah tinggi dan juga jangkitan, buah pinggang tersebut akan dibiarkan ditempatnya.
- Saluran darah untuk buah pinggang yang baru akan disambungkan pada saluran darah di bahagian bawah abdomen anda, bertepatan di atas salah satu kaki anda.
- Saluran kencing pada buah pinggang baru, iaitu tiub yang menghubungkan buah pinggang ke pundi kencing, akan disambungkan ke pundi kencing anda.
Kebiasaannya pembedahan untuk pemindahan buah pinggang akan mengambil masa selama 3 hingga 5 jam.
Selepas Pemindahan Buah Pinggang
Selepas menjalani pemindahan buah pinggang, anda boleh menjangkakan untuk:
- Memohon tinggal di hospital dalam 3 hingga 5 hari. Doktor dan jururawat yang memantau keadaan anda di kawasan pemulihan pemindahan buah pinggang akan melihat sekiranya terdapat tanda-tanda berlakunya komplikasi. Kebiasaannya buah pinggang baru akan dapat menghasilkan air kencing dengan serta-merta. Namun ada juga kes yang mengambil masa beberapa minggu untuk buah pinggang baru dapat berfungsi. Selain itu, kemungkinan juga anda akan merasa sakit dikawasan pembedahan semasa proses pemulihan.
- Adakan pemeriksaan kerap sehingga pulih. Selepas anda meninggalkan hospital, pemantauan yang rapi terhadap buah pinggang baru adalah perlu dalam tempoh 3 hingga 4 minggu. Mereka yang terlibat dalam pemindahan buah pinggang anda akan menyediakan satu jadual yang sesuai dan tepat untuk anda. Sekiranya anda tinggal berjauhan dari tempat melakukan pemindahan, anda perlu bersedia untuk berpindah ke tempat yang lebih dekat dengan pusat pemindahan anda.
- Pengambilan ubat-ubatan seumur hidup. Selepas melakukan pemindahan, anda akan dibekalkan beberapa jenis ubat-ubatan. Ubat yang dikenali sebagai immunosuppressants membantu mengekalkan sistem imun dari menyerang buah pinggang anda. Ubat tambahan juga digunakan untuk membantu mengurangkan risiko komplikasi lain seperti jangkitan selepas pemindahan.
Sumber artikel : http://bit.ly/rjJu8W
Anda rasa artikel di atas bermanfaat? Kongsikanlah ia dengan rakan-rakan anda. Atau klik butang like dan juga google plus one di bawah. Saya sangat menghargainya.
Tentang penulis: Abdullah Idris merupakan pengasas blog kesihatan ini. Dapatkan update terkini melalui facebook atau twitter. Atau langgan artikel terkini yang mengandungi tip & panduan penting untuk kesihatan buah pinggang melalui emel.


bagaimana nak dapatkan buah pinggang baru
Itu kena berurusan dengan pihak hospital.
bagaimana dengan penjagaan untuk pesakit yang hanya tinggal 1 buah pinggang? Diharap saudara dapat membantu. Terima kasih
Mungkin artikel saya ini dapat membantu:
http://buahpinggangsihat.com/penjagaan-buah-pinggang/bagaimana-anda-hidup-tanpa-salah-satu-buah-pinggang/