Assalamualaikum pembaca sekalian,
Sebelum saya menyambung artikel ini,sukacita saya memberitahu bahawa saya telah menjadi ayah semalam.Isteri saya telah selamat melahirkan seorang cahaya mata lelaki dalam keluarga kami.Mudah-mudahan Allah akan jadikan dia seoraang anak yang soleh,amin…
Kembali kepada tajuk artikel di atas,dalam entri ini saya akan menyambung tulisan saya untuk tajuk artikel lepas iaitu Kesan Tekanan Darah Tinggi Kepada Buah Pinggang.Sekiranya anda pembaca baru di blog ini dan belum membaca artikel tersebut,anda bolehlah membacanya terlebih dahulu.
Dalam artikel ini,saya akan berkongsi dengan pembaca sekalian tentang rawatan dan ubat-ubatan yang boleh diambil untuk menangani penyakit tekanan darah tingi.
Rawatan untuk tekanan darah tinggi meliputi perubahan gaya hidup dan ubat-ubatan.Sentiasa mengikuti rancangan rawatan yang ditetapkan kerana ianya sangat penting bagi mengelak atau melambatkan komplikasi kepada buah pinggang anda atau pun penyakit-penyakit lain.Ianya juga akan dapat membantu anda untuk sentiasa berada dalam keadaan sihat dan sentiasa aktif.
Perubahan gaya hidup antara lain ialah meliputi diet makanan yang sihat berkhasiat,banyakkan bersenam dan bersukan,menjaga berat badan yang sihat dan juga mengawal pengambilan kafein dan alkohol.Bagi anda yang beragama Islam,ketahuilah kerana sesungguhnya pengambilan alkohol(arak) adalah haram.
1) Sentiasa mengikut rancangan diet pemakanan yang telah ditetapkan.
- Hadkan pengambilan garam harian kepada 2000 miligram sehari atau lebih rendah.
- Elakkan pengambilan makanan yang berlemak dan tinggi kandungan kolestrol dalam diet anda.
- Hadkan dan sebaiknya elakkan terus pengambilan alkohol.Pengambilan terlalu banyak alkohol akan meningkatkan tekanan darah.Dan diulangi arak adalah HARAM di sisi agama Islam.
- Dan sekiranya anda sudah mempunyai masalah buah pinggang,doktor mungkin akan meminta anda untuk mengurangkan pengambilan sumber protein.
2) Lakukan banyak senaman fizikal dalam aktiviti harian anda.Anda boleh bertanya kepada pakar kesihatan apakah aktiviti fizikal yang sesuai untuk anda.Disiplinkan diri agar melakukan aktiviti fizikal sekurang-kurangnya seminggu 3 kali.Anda boleh melakukan aktiviti yang ringan seperti berjogging,berjalan cepat dan juga berbasikal.
Bagi sesetengah individu,mengamalkan gaya hidup sihat sudah cukup untuk mengawal tekanan darah mereka.Walaubagaimanapun,pada sesetengahnya pula memerlukan kepada pengambilan ubat-ubatan untuk mengawal tekanan darah mereka.
Ada banyak jenis ubat yang dapat anda ambil untuk mengawal tekanan darah anda,tetapi ada dua jenis ubat yang bukan sahaja dapat mengawal tekanan darah anda,malah ianya dapat membantu untuk melindungi fungsi buah pinggang.
Ubat-ubat tersebut ialah angiotensin-converting enzyme (ACE) inhibitor dan angiotensin receptor blocker (ARB).Selain itu doktor anda mungkin akan sertakan ubat Dueratik atau disebut sebagai ‘pil air’ bersama dengan ACE dan ARB.Fungsi dueratik ialah untuk membantu mengepam keluar lebihan air dan juga garam dari tubuh.Ini akan menyebabkan cecair menjadi kurang dalam darah dan sekaligus akan mengurangkan tekanan darah.
Sekiranya anda tidak merasakan apa-apa perubahan,lakukanlah pemeriksaan tekanan darah secara teratur.Dengan ini akan dapat mengesan lebih awal sekiranya berlaku tekanan darah tinggi.Pengesanan dan rawatan di peringkat awal tekanan darah tinggi akan membantu untuk melindungi fungsi buah pinggang anda dan mencegahnya daripada rosak.Selain itu dapat juga mengelakkan berlakunya sebarang komplikasi lain.
kredit gambar:http://www.bennz.co.cc
*******************************************************************
Minat dengan artikel blog ini?Langgan artikel terbaru melalui emel.
Atau ikuti perkembangan terbaru blog ini di facebook atau twitter.
*******************************************************************

masalah juga kalau hampir setiap hari makan makanan bergaram..cth pagi roti canai,tengah hari nasi berlauk n malam nasi goreng..semua guna garam…kalau kurangkan xde rase pulak..hehe
nash recently posted..Aku Mahu Berhenti Berblog
Memang betul tu.Makanan harian kita memang banyak kandungan garamnya.Jadi kena pastikanlah bahawa pengambilan garam mengikut sukatan yang disyorkan.
harap2 lah…bukan aper..mmg susah nk kurangkan..kalau xmasin xde rase lak..hehehe..ok2…biarlah kurang masin..asalkan sehat~
nash recently posted..Pemenang Haiwan Yang Paling Cantik dan Bergaya Jatuh Kepada
Bila dah biasa takde masalah bro.Mula-mula je yang payah.Saya sekarang pun dah biasa makan tak bergaram.Cuba banyakkan bahan dalam makanan contohnya bawang putih,merah dan halia.
Tahniah dan syabas di atas kurniaan anak tu

etomyam recently posted..Tutorial Kaitan Theme Design Dan SEO
Mudah-mudahan akan menjadi anak yang oleh.
Tahniah diucapkan…rezeki bulan december tu bro.. hehe
Terima kasih bro.
info yang berguna..terbaik dari ladang …
Harap-harap bermanfaat untuksemua.
Tanniah dapat baby lelaki. Moga-moga dimurahkan rezeki

akubiomed recently posted..Selebriti Johnny Depp tidak mahu kahwin
Terima kasih.Amin,mudah-mudahan rezeki anak murah.
penggunaan garam harus dikurangkan… alhamdulillah..sudah bergelar ayah sekarang nie

zik recently posted..Cup cake bergerak!
Sebaiknya elakkan terus penggunaan garam.Macam saya dalam masakan say banyakkan guna penyedap rasa asli macam bawang putih,bawang merah,halia dan cabai merah.Kemudian saya blender dan letakkan dalam bekas untuk disimpan di dalam peti sejuk.Bila nak masak saya masukkan bahan tadi.Sedap juga rasanya walaupun tidak menggunakan garam.
Wah Tahnia bro..
Apa nama Baby tu bro ?
nanti boleh la update gambar baby tu kat sini
Ps : maaf sebab lambat Ucap tahniah
dnoBiz recently posted..Gejala Rempit – Gejala Rempit merebak ke dunia Blogger
Terima kasih bro.Namanya Muhammad bin Abdullah.Takpe bro.Dah ucap ni pun dah kira oklah.Tapi sekarang ni tengah risau sikit sebab anak di tahan di wad,sebab demam kuning.
jangan risau bro Insya Allah semuanya selamat
Ps : orang cakap susu kambing dapat mengurangkan demam kuning
dnoBiz recently posted..Kerja Gila – Tony Fernandes Vs Richard Branson
Betul tu bro.Alhamdulillah anak dah dibenarkan balik bila keputusan darah dia ok.Tapi esok perlu buat ujian lagi untuk pastikan dia benar-benar ok dari demam kuning.Rakan-rakan doakanlah.
eh..betul ke ape yg saya dengar pengambilan ubat sakit jantung atau darah tinggi atau ubat tahan sakit boleh merosakkan buah pinggang?
fitri recently posted..Lagu Maher Zain Juara Carta Hit Era 40!
Ubat sakit jantung dengan darah tinggi tak pasti.Tapi kalau ubat tahan sakit dan juga ubat gout memang akan merosakkan buah pinggang kalau diambil dalam jangka masa yang lama.
aku pun ada dengar pasal tu dan, ada doktor yang sarankan supaya minum banyak banyak air kelapa bagi membantu buah pinggan menyingkirkan bahakimia
dnoBiz recently posted..Budak Terlampau – Gambar Video Panas Dua Beradik
opss..sebelum terlupa tahniah dapat cahaya mata baru! moga menjadi pengikat kasih antara anda berdua suami isteri

fitri recently posted..Lagu Maher Zain Juara Carta Hit Era 40!
Terima kasih bro.Mudah-mudahan akan dapat menjadi anak yang soleh.
Tahniah kerana menjadi ayah bro
selain perkongsian yg bagus di atas, saya nak tambah sedikit, selain semua itu kalau kita sama2 tambah dgn cara menunaikan solat tahajud pun bagus juga,
bila solat, perlu ambil wuduk, dan air sejuk sebab wuduk tu melebarkan pembuluh darah, menurunkan metabolisme, memperlahankan degupan jantung, menormalkan pernafasan dan menurunkan tekanan darah
tengkorak emas recently posted..Eqbalzack 2010 Giveaway Contest
Terima kasih atas perkongsian tersebut.
makanan banyak tak boleh kan.
Ali ridha recently posted..Adsense-Pagerank dan Cpanel dikembalikan
Paling baik cara makan ialah yang dianjurkan islam melalui petunjuk Rasulullah.Makan bila lapar dan berhenti sebelum kenyang.payah nak buat tu bro.Nak tinggalkan makanan dalam keadaan kita masih menginginkannya.
memang payah nak buat..lagi2 masa bulan puasa mulalah nafsu makan membuak-buak masa berbuka..lagi2 pada org yg metabolisme nya tinggi, makan pun tak kesan apa2 dari segi luaran, tapi dalamannya?
tengkorak emas recently posted..Falsafah dalam solat
Sebab tu mengikut kajian perbelanjaan umat Islam paling tinggi di bulan Ramadhan dan pada bulan Ramadhan jugalah umat Islam akan mendapat pelbagai penyakit.Ini semua kerana berbuka mengikut nafsu.
maaf makanan seperti sosej tu tak boleh kan.
Ali ridha recently posted..Adsense-Pagerank dan Cpanel dikembalikan
Makanan tu tinggi kandungan kalorinya.Tak elok untuk kesihatan.
pinggang aku ni kena jaga lah.
Ali ridha recently posted..Adsense-Pagerank dan Cpanel dikembalikan
kenapa dengan pinggang bro?
tak boleh berjalan lama.bila berjalan mesti sakit
pinggang.
Ali ridha recently posted..Adsense-Pagerank dan Cpanel dikembalikan
Dah pergi buat pemeriksaan ke?
Apabila buah pinggang rosak, tak dapat tapis bahan berlebihan, bahan kumuh meningkat dalam badan, tekanan darah akan naik, badan akan menyimpan cecair berlebihan dalam badan dan tidak dapat membuat sel darah merah. Lepastu darah tinggi dan kencing manis akan menyusul…
Shahiran recently posted..KHAL Tamar Plus Penyembuh Penyakit
tahniah bro, tapi kan baru2 ni aku suka makan roti canai kat tempat aku ni pulak
patut kurangkan atau melantak je…;D
syahrilhafiz recently posted..Filem – Janin
Patut kurangkan bro.Tak elok amalkan makan roti canai.
Patut kurangkan bro.Tak elok amalkan makan roti canai,tinggi kandungan kalorinya.
erk ye ke? tahu gak tu, tapi petang2 selalu gak pegi exercise ke apa ke…hehe
syahrilhafiz recently posted..Kacak dan Bergaya Themes Blog!
ok…dah dapat info apa yg dicari…terima kasih bro…
baru tadi cakap ngn famili kat kampung…katanya, ayah mungkin kena gout..sebab ada sikit masalah pada buah pinggang…
hafizmd recently posted..2 kali tapi tiada hasil…
Kalau kena gout,jangan makan ubat yang dibekalkan.Cubalah cari alternatif lain.Sebabnya ubat gout itu sendiri akan merosakkan buah pinggang.Kalau berminat,boleh cuba pemakanan kesihatan yang saya gunakan
(promote la pulak)
lupa plak bro…tahniah atas kelahiran putera…moga makin burah rezeki dan bertambah bahagia…ameen

hafizmd recently posted..2 kali tapi tiada hasil…
Terima kasih bro.Amin…mudah-mudahan akan dimakbulkan apa yang didoakan.
salam….banyak info yang incik tahu pasal buah pinggang… jadi saya ada kemusykilan sedikit…bgaimana padanan untuk penderma organ dan penerima organ buah pinggang dibuat…jika pesakit jenis darah a negatif perlu mencari penderma jenis darah yg samakah..trima kasih
Wslm,pertamanya minta maaf kerana agak lambat untuk membalas komen ni.Untuk memastikan padanan buah pinggang penderma dengan pesakit buah pinggang dibuat berdasarkan jenis darah yang sama.Walaubagaimanapun menggunakan buah pinggang yang didermakan bukanlah dapat digunakan seumur hidup.
Kalau bernasib baik boleh bertahan sehingga 20 tahun.Yang keduanya mestilah memakan ubat prednisilone sepanjang hayat untuk memastikan buah pinggang yang didermakan itu dapat berfungsi dengan baik.Ini berdasarkan apa yang saya tahulah.Untuk lebih kepastian bolehlah bertanya kepada doktor yang pakar.
Assalam dear admin,
Just found out this website which I think its really a good info. Keep it up and thanks!
Thanks
Pingback: Diet & Dialisis
Pingback: Ujian Yang Dilakukan Untuk Mengesan Penyakit Buah Pinggang l buahpinggangsihat.com
Pingback: IgA Nefropati l Buah Pinggang Sihat Dot Com