Kesan Tekanan Darah Tinggi Kepada Buah Pinggang




Assalamualaikum pembaca sekalian,

Tentu anda semua pernah mendengar penyakit tekanan darah tinggikan,atau juga dipanggil hipertensi.Pada artikel yang lepas saya pernah menulis secara detail (macam iye je :-) )tentang penyakit darah tinggi ni.Kepada sesiapa yang belum membaca artikel tersebut,bolehlah membacanya dengan klik di sini.

Jadi seperti yang saya maklumkan dalam artikel yang lepas,pada artikel kali ini saya akan menulis tentang bagaimanakah penyakit tekanan darah tinggi ini akan memberikan kesan buruk pada fungsi buah pinggang anda.

Tekanan Darah Tinggi Yang Tidak Dikawal Akan Menyebabkan Kerosakan Buah Pinggang Yang berkekalan

Buah pinggang memainkan peranan utama dalam mengawal tekanan darah ke tahap yang normal.Walaubagaimana pun,tekanan darah tinggi yang tidak terkawal akan merosakkan pembuluh darah di buah pinggang.Keadaan ini akan menyebabkan buah pinggang anda mengalami kerosakan.

Tekanan darah adalah ukuran daya kekuatan darah terhadap dinding pembuluh darah.Jika tekanan darah kekal berada dalam keadaan lebih tinggi dari biasa,maka ianya di sebut tekanan darah tinggi atau hipertensi.Peningkatan cecair dalam darah dan saluran darah tersumbat juga boleh meningkatkan tekanan darah.

Tekanan darah tinggi yang berkekalan akan menyebabkan jantung anda bekerja keras dan akhirnya akan menjadikan pembuluh darah yang membawa darah ke seluruh tubuh akan rosak.Kerosakan pembuluh darah di buah pinggang akan menyebabkan ketidakmampuannya untuk mengeluarkan sisa-sisa yang tidak diperlukan dan cecair tambahan dari tubuh.

Tekanan darah tinggi juga merupakan punca utama kepada berlakunya kegagalan buah pinggang atau di kenali sebagai End Stage Renal Disease(ESRD).Mereka yang mempunyai masalah ini perlu menjalani rawatan dialisis atau pemindahan buah pinggang untuk meneruskan kehidupan.

Bacaan terbaik yang mesti anda kekalkan untuk menjaga tekanan darah anda terutamanya jika anda mempunyai masalah buah pinggang ialah 130/80.

Tanda Dan Gejalanya

Tekanan darah tinggi pada kebiasaannya tidak mempunyai apa-apa tanda atau gejala yang menunjukkan anda mempunyai tekanan darah tinggi.Kebanyakannya langsung tidak mengetahui bahawa mereka mempunyai tekanan darah tinggi.Ini kerana mereka langsung tidak mengalami apa-apa tanda.Dan ada sesetengahnya pula akan mengalami sakit kepala.

Sesetengahnya hanya akan mengetahui bahawa mereka mempunyai tekanan darah tinggi setelah berlakunya beberapa jenis penyakit seperti stroke,penyakit jantung atau kerosakan buah pinggang.

Satu cara untuk mengetahui apakah tekanan darah anda tinggi dari yang sepatutnya adalah dengan melakukan pemeriksaan tekanan darah yang dilakukan oleh mereka yang pakar.

Saya syorkan anda beli alat untuk memeriksa tekanan darah anda.Ianya ada dijual di farmasi-farmasi di tempat anda.Dengan alat ini anda boleh memeriksanya sendiri dan lebih kerap.

Oklah pembaca sekalian.Saya rasa cukup dulu untuk entri kali ini.InsyaAllah pada artikel seterusnya saya akan sambung pula tentang rawatan yang boleh dilakukan untuk mengubati tekanan darah tinggi.

Selamat membaca!

*******************************************************************
Minat dengan artikel blog ini?Langgan artikel terbaru melalui emel.
Atau ikuti perkembangan terbaru blog ini di facebook atau twitter.
*******************************************************************

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

33 thoughts on “Kesan Tekanan Darah Tinggi Kepada Buah Pinggang

      1. admin Post author

        Nasib baik tak jadi incredible hulk yer,hehehe.macam tu jangan marahlah bro,nanti naik tekanan darah tu.

    1. admin Post author

      Betul tu bro.Di zaman serba canggih ni,tekanan juga antara penyebab kepada penyakit.Bukan di tempat kerja saja tekanan,bahkan di jalan raya pun tekanan sekarang ni.Tertekan dengan sikap pemandu yang mementingkan diri sendiri.

      1. admin Post author

        Iye ke bro.Tak taula pulak saya yang tu.Saya dulu ada tekanan darah tinggi,tapi sekarang dah takde.Yang penting kena tengok punca dia.Kalau stress menyebabkan seseorang tu mendapat tekanan darah tinggi,maka kenalah elakkan stress.

        Tentang ubat tu mungkin ada benarnya.Kena selidik balikla.Sebab tu lah mencegah lebih baik dari mengubat.

    1. admin Post author

      Tak menjadi masalah bro kalau setiap rumah ada satu alat ni.Mudah untuk kita nak buat pemeriksaan.Laluke hari-hari nak pergi klinik untuk buat pemeriksaan.Kalau di ruma tv sorang satu boleh,takkanlah alat untuk kesihatan tak boleh,betul tak?

    2. akubiomed

      Saya syorkan jangan beli yang jenis digambar diatas kerana setakat BP set sahaja tidak cukup kerana stethoscope pun perlu digunakan sama dengan BP set yang jenis manual. Perlu ada pemahaman dan kemahiran klinikalketika menggunakan BP set yang jenis manual yang mana memerlukan penjelasan lebar.

      Apa yang saya boleh syorkan beli yang jenis BP set digital yang boleh didapati farmasi berdekatan dan ia amat sesuai kepada orang awam yang tidak mempunyai latarbelakang klinikal, Kalau ada keluarga yang positif darah tinggi digalakkan ada satu set BP set digital dirumah untuk membuat pemantauan sendiri dirumah. Harap penjelasan saya membantu :-)
      akubiomed recently posted..Terima kasih join Google Friend Connect di blog AkubiomedMy Profile

      1. admin Post author

        Gambar dalam entri sekadar penyedap mata bro.Saya juga menggalakkan penggunaan alat pengukur digital.Dan saya sendiri menggunakan yang jenis digital.Lebih mudah dan teramatlah mudah.

        Thanks bro sebab tolong tambah.

    1. admin Post author

      Bacaan atas menunjukkan tekanan sistolik. Bacaan bawah menunjukkan tekanan diastolik.Sekiranya tekanan darah ditulis sebagai 130/80 mmHg, ini menunjukkan tekanan sistolik anda 130 mmHg dan tekanan diastolik anda 80 mmHg. MmHg ialah bacaan millimeter Raksa/Merkuri.

      Tekanan darah sistolik adalah tekanan semasa jantung menguncup. Tekanan darah diastolik pula adalah tekanan semasa jantung relaks.

        1. admin Post author

          Betul bro.130/80 masih lagi ditakat normal.Jangan terlalu tinggi atau terlalu kurang,sebab akan jadi tekanan darah rendah pula.Tekanan darah rendah lebih bahaya dari tekanan darah tinggi.

  1. Fir'aun NgebLoG

    artikel yang sangat menarik dan bermanfaat sekali…

    salamkenal dari bandung,
    mohon sudi untuk berkunjunga balik,
    terima kasih :-)

    1. admin Post author

      Terima kasih kerana sudi datang dari jauh,hehehehe.InsyaAllah saya akan melakukan kunjungan ke bandung,hehehe.

    1. admin Post author

      Sebab tu lah kena jaga betul-betul buah pinggang.Kita tengok sekarang ni muda-muda dah kena sakit buah pinggang.Sebabnya pemakanan kira yang terlalu tercemar dengan bahan kimia.

  2. Pingback: Apakah Lupus Nefritis?

  3. Pingback: Kesan Tekanan Darah Tinggi Kepada Buah Pinggang(Bah. 2) l buahpinggangsihat.com

  4. Pingback: Tahukah Anda Nephrectomy?(Bah 2) l Buah Pinggang Sihat Dot Com

  5. Pingback: Bagaimana Merawat Tahap Kreatinin Tinggi l Buah Pinggang Sihat Dot Com

  6. Pingback: Simptom sista buah pinggang dan rawatannya l Buah Pinggang Sihat Dot Com

  7. Pingback: Sindrom Sista Buah Pinggang | Pusat Dialisis An'Nur Seksyen 13

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

CommentLuv badge

PERCUMA!Panduan Diet Untuk Pesakit Buah Pinggang


%d bloggers like this: