Kegagalan Buah Pinggang Akut


Selamat Datang.Sekiranya anda merupakan pelawat terbaru di sini,saya menggalakkan agar anda mendaftarkan emel supaya anda tidak akan ketinggalan lagi semua artikel terbaru dari saya.Sila daftarkan diri anda di sini.

Assalamualaikum pembaca sekalian,

Terima kasih saya ucapkan kerana masih setia untuk membaca artikel-artikel terbaruĀ  di blog ini ini.Pernahkah anda dengar kegagalan buah pinggang akut?

Kebiasaannya kegagalan buah pinggang terbahagi kepada dua jenis iaitu:

  1. Kegagalan jenis akut
  2. Kegagalan jenis kronik

Dalam artikel kali ini saya hanya akan menyentuh tentang kegagalan dari jenis yang pertama iaitu akut.Kegagalan buah pinggang jenis akut atau dikenali sebagai ‘Acute Renal Failure’ (ARF),ialah suatu keadaan di mana fungsi buah pinggang berhenti secara tiba-tiba dan sementara.

Kebiasaannya,buah pinggang berfungsi untuk mengeluarkan sisa-sisa buangan dari darah dan meletakkannya di dalam urin untuk dikeluarkan dari tubuh sebagai air kencing.Namun,apabila berlakunya kerosakan,buah pinggang tidak lagi dapat melakukan fungsi tersebut dan akan menyebabkan sisa-sisa buangan tersebut berkumpul di dalam darah.

Kegagalan buah pinggang jenis akut ini boleh menjadi punca utama kepada hilangnya fungsi buah pinggang secara kekal,iaitu keadaan yang dipanggil sebagai penyakit buah pinggang tahap akhir,sekiranya ia tidak dirawat.Tetapi jika buah pinggang tidak rosak,ia akan menjadi sebaliknya.

Apakah punca kegagalan buah pinggang akut?

Penca kepada kegagalan buah pinggang akut ialah:

  • Kemalangan yang melukakan buah pinggang atau hentaman yang kuat dan terus kepada buah pinggang.
  • Kehilangan darah dalam jumlah yang banyak.Setiap kecederaan yang menyebabkan kehilangan darah yang banyak akan memberhentikan sementara fungsi buah pinggang.Tetapi apabila bekalan darah diadakan kembali,fungsi buah pinggang akan kembali normal.
  • Ubat-ubatan dan juga sisa toksik.
  • Penyakit buah pinggang seperti sindrom uremik hemolitik dan juga sindrom nefrotik.

Apakah tanda dan gejalanya?

Gejala kegagalan buah pinggang akut boleh berubah-ubah,bergantung kepada punca dan penyebabnya.Tanda-tandanya termasuklah:

  • Kemerosotan pengeluaran urin.
  • Berlaku pembengkakan di sekitar mata,perut dan juga badan.
  • Protinuria,iaitu terdapatnya protin di dalam air kencing.
  • Pucat
  • Keletihan
  • Mengantuk

Kegagalan buah pinggang jenis akut boleh menyebabkan komplikasi dan juga beberapa gangguan serius.Anda perlu berjumpa doktor dengan segera anda atau ahli keluarga mengalami pendarahan yang luar biasa,keletihan yang melampau,anggota menjadi bengkak atau berkurangnya pengeluaran urin.

Apakah pilihan rawatan yang ada untuk kegagalan buah pinggang akut?

Rawatan untuk penyakit ini adalah bergantung kepada penyebabnya.Sebagai contoh,menggantikan darah yang hilang akibat dari pendarahan yang teruk melalui pemindahan darah.Walaubagaimanapun,dalam beberapa kes yang teruk,rawatan dialisis terpaksa dilakukan untuk mengambil alih sementara tugas buah pinggang untuk menapis darah.Perkara ini dilakukan bertujuan untuk membantu mempercepatkan kesembuhan pada buah pinggang.Dialisis adalah satu cara untuk mengeluarkan bahan-bahan buangan dan air yang berlebihan dari darah pesakit yang mengalami kegagalan buah pinggang akut.

Macam-macam rupanya ye pembaca sekalian penyakit yang berkaitan dengan buah pinggang ini.Harapannya agar kita semua akan diberikan kesihatan oleh Allah dari sebarang penyakit.Selain berdoa,anda juga perlu berusaha agar dijauhi dari segala penyakit.Caranya adalah dengan menambahkan lagi pengetahuan tentangnya.Jadi daftarkanlah emel anda di blog ini untuk memastikan agar anda tidak akan ketinggalan segala informasi terkini :-)

Jumpa lagi dan semoga sihat selalu!

Sumber artikel:Kidney Health Care

Tentang penulis: Abdullah Idris merupakan salah seorang dari pesakit buah pinggang di Malaysia.Di blog ini beliau kongsikan bersama pembaca sedikit pengalaman dan pengetahuan tentang penyakit buah pinggang.Anda boleh ikuti perkembangan beliau di facebook atau twitter.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

21 thoughts on “Kegagalan Buah Pinggang Akut

    1. admin Post author

      Salam bro,

      Saya kurang pasti mengapa kerap membuang air kencing ketika demam.Lebih baik buat pemeriksaan dengan doktor.

  1. fey

    salam ~

    saya baru berusia 20tahun ..
    baru-baru ni saya mengalami sakit yang amat sangat bahagian tepi belakang bahagian atas perut ..

    saya keliru adakah itu lokasi buah pinggang atau bukan ..
    sakit ini rasa seperti nyilu dan terutamanya bila saya duduk study .. sometimes ketika buang air besar sakit tu boleh datang dan nyilu yang teramat sangat ..
    dan makin sakit bila tarik nafas atau batuk ..

    adakah saya berpotensi mempunyai sakit buah pinggang ?

    saya merupakan pesakit diabetes type 1 dan baru melakukan medical check-up 2bulan yg lalu ..
    hasil pemeriksaan semuanya memuaskan ..
    adakah buah pinggang saya berpotensi gagal berfungsi secara tiba-tiba ?
    saya juga mengalami simptom pening, mual sudah seminggu ..

    harap bro dpt membantu kerana hal ini menyukarkan saya untuk study final exam ..

    terima kasih ..

    1. admin Post author

      Wassalam,

      Tempat yang anda sebutkan itu bukan lokasi buah pinggang.Tanda yang disebutkan juga bukan seperti sakit buah pinggang berdasarkan pengalaman sayalah.Tetapi bila anda mengatakan anda seorang pesakit diabetis,maka anda berpotensi mendapat masalah buah pinggang sekiranya penyakit diabetis tersebut tidak dikawal.Saranan saya pergi berjumpa doktor untuk membuat ujian buah pinggang bagi melihat sejauh mana buah pinggang anda berfungsi dengan baik.

  2. Amy

    Saya berusia 26 tahun. Ibu saya telah meninggal dunia 12 thn yg lalu akibat kegagalan buah pinggang. adakah saya berisiko untuk mendapat penyakit yang sama seperti ibu saya? Dahulu saya juga kerap mengambil pil penahan sakit(purata 2 biji sebulan) kerana saya menghidap migrain….tapi skrg dah stop tak amik lagi……adakah painkiller juga penyebab kepada kegagalan buah pinggang?

    -amy-

    1. admin Post author

      Sekiranya ada diantara ahli keluarga anda yang pernah mempunyai penyakit buah pinggang, maka ini adakah salah satu faktor anda juga boleh mempunyai penyakit yang sama. Tetapi faktor sejarah keluarga ni bukanlah faktor pasti yang anda akan mempunyai penyakit yang sama. Rajinlah melakukan pemeriksaan air kencing dan juga darah untuk melihat sejauh mana baiknya fungsi buah pinggang anda, sekiranya anda merasakan ragu-ragu terhadap masalah kesihatan anda.

      Ubat painkiller juga boleh menyebabkan kerosakan berlaku pada organ buah pinggang sekiranya diambil dalam jangka masa yang alam atau pun dalam kuantiti yang banyak. Sekiranya anda memang perlu mengambil ubat tersebut, sentiasalah patuhi dos yang telah ditentukan oleh doktor anda.

  3. Pingback: Adakah anda berisiko terhadap jangkitan buah pinggang? l buahpinggangsihat.com

  4. Pingback: Bagaimana memulihkan Kerosakan Buah Pinggang l Buah Pinggang Sihat Dot Com

  5. Adekwahab

    Mengalami sakit bahagian kanan perut..kerap berpeluh, sakit belakang, rasa nak pitam, dan terbaru mengalami batuk apabila tarik nafas, sesak nafas ketika tidur…kenapa ye..ada idea..?

  6. Adekwahab

    Rasa lemah sebelah kiri, tapi tak sakit dada atau pon batuk.,sakit dari tengkuk, bahu sampai lengan..(Kawan sy)

  7. azlinda

    Suami saya sedang menjalani dialisis. baru 3 minggu. tahap kreatin menurun dari 600 ke 300. kencing masih lawas. bolehkah dia berhenti dialisis.

    1. admin Post author

      Sila ikuti nasihat doktor yang merawat anda.Jangan berhenti dialisis sekiranya tidak diarahkan untuk berbuat demikian.Jika berhenti dialisis tanpa nasihat doktor boleh mendatangkan komplikasi yang merbahaya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

CommentLuv badge

PERCUMA!Panduan Diet Untuk Pesakit Buah Pinggang


%d bloggers like this: