Kanser Pundi Kencing


Selamat Datang.Sekiranya anda merupakan pelawat terbaru di sini,saya amat menggalakkan agar anda mendaftarkan emel supaya anda tidak akan ketinggalan lagi semua artikel terbaru dari saya.Sila daftarkan emel anda di sini.

Assalamualaikum pembaca sekalian,

Dalam artikel yang lalu saya telah pun kongsikan dengan anda artikel tentang kanser yang berlaku pada sistem perkencingan.Dalam artikel tersebut juga kita telah mengetahui bahawa ada tiga jenis kanser yang umum berlaku iaitu kanser pundi kencing,kanser buah pinggang dan juga kanser prostat bagi lelaki.

Jadi untuk artikel kali ini kita sama-sama akan mengetahui dengan lebih lanjut tentang kanser pendi kencing pula.Apakah kanser pundi kencing itu?

Kanser pundi kencing adalah sejenis kanser yang bermula di dalam tisu pundi kencing.Pundi kencing adalah satu organ berongga yang terletak di bahagian bawah perut.Ia akan menerima urin yang telah diubah oleh buah pinggang melalui dua saluran ureter dan akan menyimpannya sehinggalah urin tadi akan dikeluarkan dari tubuh sebagai air kencing.

Ada beberapa jenis kanser pundi kencing di mana ianya bergantung kepada apakah sel pundi kencing yang terlibat.Jenis kanser pundi kencing termasuklah sel karsinoma transisional,sel karsinoma skuamosa dan adenokarsinoma.

  • Sel karsinoma transisional adalah sejenis kanser pundi kencing yang bermula di dalam sel yang biasanya membentuk lapisan di dalam pundi kencing,yang dipanggil sel peralihan.Kanser ini adalah kanser yang paling umum bagi kanser pundi kencing.
  • Sel karsinoma skuasoma pula adalah sejenis kanser pundi kencing yang bermula di dinding pundi kencing yang nipis dan rata.
  • Manakala adenokarsinoma pula adalah dari jenis kanser yang bermula di dalam sel yang membuat dan membebaskan lendir dan juga cecair-cecair yang lain.

Sel-sel yang membentuk sel karsinoma skuasoma dan adenokarsinoma seringkali akan berkembang di dalam lapisan pundi kencing sebagai akibat dari kesan jangkitan dan keradangan dalam jangka masa yang panjang.

Dalam proses yang normal,sel-sel yang terdiri daripada tisu-tisu akan terpisah bagi membentuk sel-sel baru.Proses ini diperlukan bagi menggantikan sel-sel yang telah mati atau lusuh,untuk  pertumbuhan organ,atau pertumbuhan individu secara keseluruhannya.Namun ada waktunya  proses ini boleh menjadi salah di mana sel yang luar biasa terpisah apabila tubuh tidak memerlukannya.Akibatnya,sel-sel yang tidak diperlukan tadi akan membentuk suatu timbunan yang dipanggil tumor.

Selain itu sel kanser juga boleh keluar melalui organ permulaan pembiakan sel tersebut  dan boleh menyebabkan kanser pada bahagian lain dari tubuh.Penyebaran ini dipanggil sebagai metastasis.

Siapakah yang berisiko mengidap kanser pundi kencing?

Walaupun punca sebenar penyebab kanser pundi kencing masih belum jelas,kajian telah menunjukkan bahawa mereka yang mempunyai  faktor-faktor tertentu mungkin berisiko untuk mengidap kanser pundi kencing ini berbanding mereka yang tidak faktor tersebut.Faktor risiko adalah sesuatu sebab atau keadaan yang boleh meningkatkan peluang seseorang itu untuk  mengidap sesuatu penyakit.

Kajian telah mengenalpasti faktor-faktor risiko berikut untuk penyakit kanser pundi kencing:

  • Usia. Kemungkinan untuk mengidap penyakit kanser pundi kencing akan meningkat dengan meningkatnya usia.Mereka yang dibawah umur 40 tahun jarang mendapat penyakit ini.
  • Merokok. Merokok merupakan faktor risiko yang paling utama.
  • Pekerjaan. Ada sesetengah pekerja mempunyai risiko yang lebih tinggi untuk terkena kanser pundi kencing kerana adanya gas karsinogen di tempat kerja.Karsinogen menurut Institut Kanser Nasional,didefinisikan sebagai zat yang boleh menyebabkan kanser.Mereka yang bekerja dengan bahan-bahan seperti getah,berkimia dan industri pengeluaran barang-barang kulit adalah berisiko.Begitu juga dengan mereka yang bekerja sebagai pendandan rambut,jurumesin,pekerja logam,jurucetak,tukang cat,pekerja tekstil dan juga pemandu lori.
  • Jangkitan. Disebabkan oleh jangkitan parasit tertentu juga boleh meningkatkan risiko kanser pundi kencing.
  • Perubatan dengan menggunakan siklofosfamid atau arsenik.Ubat ini digunakan untuk mengubati kanser dan beberapa keadaan yang lain.Penggunaan ubat ini boleh meningkatkan  risiko kanser pundi kencing.
  • Riwayat keluarga. Mereka yang mempunyai ahli keluarga yang mempunyai kanser pundi kencing lebih berisiko untuk mendapat penyakit ini.Para penyelidik sedang mempelajari perubahan gen tertentu yang boleh meningkatkan risiko kanser pundi kencing.
  • Sejarah peribadi kanser pundi kencing.Mereka yang pernah menderita kanser pundi kencing juga berisiko untuk mengidapnya sekali lagi.
  • Jantina.Lelaki dua atau tiga kali lebih berisiko berbanding perempuan untuk mendapat kanser pundi kencing.

Tetapi jangan mudah percaya dengan faktor-faktor di atas.Ini kerana ada sesetengah kes menunjukkan mereka yang ada faktor-faktor risiko yang disebutkan tadi tidak mengidap penyakit kanser pundi kencing.Manakala ada kes lain pula menunjukkan bahawa mereka yang terkena penyakit kanser ini langsung tidak menunjukkan tanda-tanda dari faktor berikut.Jadi sekiranya anda merasakan sesuatu yang luar biasa berlaku segeralah berjumpa dengan doktor untuk tujuan pemeriksaan.Doktor anda mungkin boleh memberikan cadangan bagaimana untuk mengurangkan risiko-risiko kanser dan juga boleh membuat perancangan untuk jadual pemeriksaan.

Apakah tanda-tanda atau gejala kanser pundi kencing?

Gejala umum kanser pundi kencing termasuk

  • Rasa sakit ketika membuang air kecil, dan
  • Kerap buang air kecil, atau merasa perlu untuk buang air kecil.

Seringkali, tanda-tanda atau gejala di atas  tidak bererti bahawa anda telah sah menderita kanser pundi kencing.Boleh jadi juga ianya tanda dari masalah lain atau keadaan kesihatan. Sebagai contoh, jangkitan, tumor tidak merbahaya, batu di dalam pundi kencing, atau masalah lain juga boleh menyebabkan tanda-tanda atau gejala di atas. Sekiranya anda mempunyai gejala-gejala tersebut segeralah berjumpa dengan doktor untuk didiagnosis dan dirawat seawal mungkin.

Bagaimana kanser pundi kencing dirawat? Apa rawatan untuk kanser pundi kencing?

Perubatan kanser pundi kencing bergantung pada tahap kanser tersebut,sejauh mana ianya telah merebak ke organ lain,kesihatan umum seseorang dan juga umur.Lebih awal kanser pundi kencing dapat dikesan,semakin tinggi peluang  untuk  hidup. Ada beberapa pilihan rawatan untuk penyakit kanser pundi kencing, yang seorang doktor boleh cadang atau syorkan atau bincangkan dengan pesakit. Pilihan rawatan mungkin termasuk pembedahan, terapi radiasi, kemoterapi atau terapi biologi. Terapi biologi meningkatkan kemampuan tubuh sendiri untuk melawan kanser.

Baiklah pembaca sekalian.InsyaAllah pada artikel seterusnya kita sama-sama akan mengetahui pula tentang penyakit kanser buah pinggang.Jadi pastikan anda terus setia untuk membaca artikel-artikel di blog saya ye :-)

Jumpa lagi & semoga sihat selalu!

Tentang penulis: Abdullah Idris merupakan salah seorang dari pesakit buah pinggang di Malaysia.Di blog ini beliau kongsikan bersama pembaca sedikit pengalaman dan pengetahuan tentang penyakit buah pinggang.Anda boleh ikuti perkembangan beliau di facebook atau twitter.

Tindakan selanjutnya?Sudahkah anda download ebook PERCUMA saya?Download SEGERA & sertai pembaca-pembaca lain untuk menerima pelbagai artikel-artikel yang lebih menarik!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

25 thoughts on “Kanser Pundi Kencing

  1. ada darah dalam urin takut pula mendegarnya huu..

    lepas ni jika nak buang air kecil terus ke tandas jgn sesekali di tahan huu…

    • Wassalam,itu saya tidak pastilah pulak bro.Setakat dari bacaan saya lelakilah yang mudah kena kanser ni. Dari mana bro tau pundi kencing perempuan pendek?

  2. wahhh… risau ni sebab saya suka tahan kencing kekadang sehingga 1 hari lamanya (macam dah serasi je) … berapa peratus orang tahan kencing mengidap penyakit ini ? (kalau tah sampai 100% harap2 saya dalam kumpulan yang terselamat ..)
    benjy recently posted..NICE KEYWORD DALAM RAHSIA – MLMMy Profile

    • Salam bro.Sebenarnya kita tak boleh terlalu percaya dengan peratus tersebut.Mungkin tak semua yang suka tahan kencing tu akan tentu mendapat penyakit ini.Sebagai langkah berjaga-jaga sebaiknya apa sahaja sebab-sebabnya mestilah dijauhkan.

  3. Pingback: Adakah anda berisiko terhadap jangkitan buah pinggang? l buahpinggangsihat.com

  4. as salam, ayah saya diagnosis with kanser pundi kencing. tp tahab berapa x konfirm lagi. umur dia sekarang 65 tahun. persoalan, adakah kanser terbut boleh dipulihkan walaupun melalui pembedahan. selain dari pembedahan, apakah rawatan alternatif yg sesuai bagi golongan yg berumur sedemikian. terima kasih.

    • Kanser ni susah untuk diramalkan apakah peluang untuk pulih melalui pembedahan itu tinggi atau sebaliknya.Bergantung juga pada seteruk mana sel kanser tersebut telah membiak.

  5. Pingback: Bolehkah Wanita Dengan Nefrotik Sindrom Mengandung? l Buah Pinggang Sihat Dot Com

  6. Pingback: Apakah hidronefrosis? l Buah Pinggang Sihat Dot Com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

CommentLuv badge

PERCUMA!Panduan Diet Untuk Pesakit Buah Pinggang