Kandungan Urin Yang Luar Biasa


Assalamualaikum semua,

Pada artikel kali ini saya akan kongsikan dengan anda semua tentang kandungan-kandungan yang terdapat di dalam urin di mana ianya menunjukkan buah pinggang anda mungkin mempunyai masalah.

Kebiasaannya,kandungan urin terdiri daripada air berlebihan dan juga sisa-sisa buangan seperti urea,kreatinin dan juga beberapa jenis zat.Walaubagaimanapun,beberapa dari bahan-bahan tadi mungkin menunjukkan peningkatan yang luar biasa di dalam urin,yang biasanya memberi petanda bahawa ada sesuatu yang tidak kena berlaku pada tubuh.

Di bawah ini adalah beberapa dari unsur yang luar biasa yang terdapat di dalam urin yang disebabkan oleh beberapa kemungkinan.

Albumin

Albumin ialah sejenis protin,yang mana merupakan komponen normal plasma,iaitu bahagian cecair darah.Apabila terdapatnya kandungan albumin yang berlebihan di dalam urin,ia menunjukkan bahawa kemungkinan unit penapisan kecil di buah pinggang,yang dipanggil nefron,telah berlaku kerosakan.Peningkatan albumin di dalam urin disebut sebagai albuminuria.

Bilrubin

Bilirubin apabila telah diubahsuai oleh buah pinggang,akan menyebabkan urin bertukar kepada warna kuning klasik.Ia merupakan kesan sampingan yang terjadi disebabkan oleh berlakunya kerosakan pada hemoglobin,iaitu pigmen merah yang terdapat di dalam sel darah merah.Bila kandungan bilirubin meningkat di dalam urin,keadaan ini disebut sebagai bilirubinuria.Bilirubinuria merupakan tanda kepada penyakit hati atau penyakit hempedu obstruktif.

Glukosa

Adanya glukosa atau disebut gula darah di dalam urin disebut glukosuria.Ini menunjukkan bahawa mungkin anda mempunyai diabetis.

Zat Keton

Terdapatnya zat-zat keton di dalam urin pula menunjukkan bahawa seseorang itu mungkin mempunyai diabetis atau anoreksia.Kandungan zat keton juga boleh meningkat ketika seseorang itu sedang berpuasa atau berada dalam kelaparan.

Mikroba

Adanya mikroorganisma seperi bakteria atau kulat di dalam urin pula menunjukkan kemungkinan berlakunya jangkitan pada saluran kencing.

Darah

Sel darah merah di dalam darah sepatutnya tidak boleh ditemui di dalam urin kerana sel ini terlalu besar untuk melepasi nefron.Hematuria adalah istilah klinikal yang digunakan apabila terdapatnya sel-sel daraj merah di dalam urin.Ini menunjukkan kemungkinan berlakunya kerosakan pada buah pinggang,seperti penyakit buah pinggang atau penyakit batu karang.

Sel darah putih

Apabila adanya sel darah putih di dalam urin,mungkin menunjukkan adanya jangkitan di dalam buah pinggang atau organ lain dari saluran urin.

sumber artikel :Kidney Health Care

*******************************************************************
Minat dengan artikel blog ini?Langgan artikel terbaru melalui emel.
Atau ikuti perkembangan terbaru blog ini di facebook atau twitter.
Dan jangan lupa ye untuk kongsikan artikel ini sekiranya bermanfaat
*******************************************************************


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

15 thoughts on “Kandungan Urin Yang Luar Biasa

    1. admin Post author

      Betul bro,sebab penyakit ni selalunya tidak menunjukkan tanda-tanda di peringkat permulaan.Sebab tu digalakkan kita membuat pemeriksaan yang kerap.

  1. Mama Murai

    Assalaamu`alaikum saudara,
    saya tabik dengan kecekalan saudara kerana membuat blog yang lain daripada yang lain dan berunsur ilmiah. Sejujurnya belum ada lagi yang berani bermain dengan isu kesihatan seperti yang sedang saudara lakukan. Insya-Allah blog ini akan saya bookmarkkan sebagai rujukan dan panduan saya di kemudia hari sekiranya berhadapan dengan masalah buah pinggang atau yang berkaitan dengannya. Tahniah sekali lagi kerana menyumbang ilmu kepada masyarakat.

    Salam manis dari saya dan izinkan saya melihat kandungan dalamnya ye..
    Mama Murai recently posted..Televisyen &amp anak sayaMy Profile

    1. admin Post author

      Waalaikumussalam MM,

      Pertamanya terima kasih kerana sudi membuat kunjungan balas ke blog saya ni.Sebenarnya sebelum membina blog ini saya memang telah membuat sedikit kajian ada tak satu blog yang khusus membicarakan tentang buah pinggang dan di dalam bahasa melayu.Dan saya dapati tiada,sedangkan blog berbahasa Inggeris banyak.

      Jadi saya pun mengambil keputusan untuk fokuskan blog khusus tantang buah pinggang dan paling penting ianya berbahasa melayu.Selain daripada dapat berkongsi maklumat bersama pembaca lain,saya sendiri dapat menambah pengetahuan tentang buah pinggang,sebabnya saya sendiri seorang pesakit buah pinggang.

      Dan saya harap dengan kewujudan blog ini dapat meningkatkan pengetahuan dan kesedaran masyarakat untuk lebih prihatin terhadap penjagaan buah pinggang.

    1. admin Post author

      Bagus tu bro.Saya berasa berpuas hati kerana ada juga entri saya yang diamalkan oleh orang lain.Takpe bro,ambil masa.Pelan-pelan.Ada masa nanti bacalah.

    1. admin Post author

      Wslm,

      Memang patut untuk dirisaukan En Zul.Kajian menunjukkan bahawa peratus pesakit buah pinggang semakin meningkat setiap tahun.Takut-takut kita tergolong dalam salah seorang dari mereka.Saya dah tergolong dah.

    1. admin Post author

      Saya seorang pesakit buah pinggang.Jadi saya banyak membaca tentang buah pinggang.Jadi apa yang saya kongsikan di blog ini ialah berdasarkan pengalaman dan juga pembacaan saya.

  2. Pingback: Biopsi buah pinggang l buahpinggangsihat.com

  3. Ateelia

    Salam
    Saya baru jumpa laman ini. Tak sangka ada laman sebegini utk mereka yg bermasalah…saya baru balik jumpa Dr (pemeriksaan berkala diabetes & kolesterol tinggi) Dr tanya ada masalah kencing ker? Bila saya tanya dia kata ada darah dlm air kencing…keadaan buah pinggng pun agak merosot sebab thn lepas ada 2 ketul batu dlm buah pinggang kiri bersaiz 4mm dan telah dibuang dengan prosidur ESWL (tembak gunakan kuasa air) dan masa itu juga diketahui saya ada diabetes…
    Agak merisaukan saya hal ini…saya nak cuba pergi ke klinik utk buat ultrasound (nak gi spital tu mahal kena bayor)
    Tuan admin ada tips untuk masalah saya ni tak? Apa2 pun saya doakan tuan dikurniakan oleh Allah kesihatan dan rahmat serta ganjaran kerana berkongsi ilmu yang sangat bermanfaat ini. (Ilmu sebegini yg akan terus kita dpt ganjaran walaupun setelah kita mati nanti)

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

CommentLuv badge

PERCUMA!Panduan Diet Untuk Pesakit Buah Pinggang


%d bloggers like this: