Assalamualaikum semua,
Pada artikel kali ini saya akan kongsikan dengan anda semua tentang kandungan-kandungan yang terdapat di dalam urin di mana ianya menunjukkan buah pinggang anda mungkin mempunyai masalah.
Kebiasaannya,kandungan urin terdiri daripada air berlebihan dan juga sisa-sisa buangan seperti urea,kreatinin dan juga beberapa jenis zat.Walaubagaimanapun,beberapa dari bahan-bahan tadi mungkin menunjukkan peningkatan yang luar biasa di dalam urin,yang biasanya memberi petanda bahawa ada sesuatu yang tidak kena berlaku pada tubuh.
Di bawah ini adalah beberapa dari unsur yang luar biasa yang terdapat di dalam urin yang disebabkan oleh beberapa kemungkinan.
Albumin
Albumin ialah sejenis protin,yang mana merupakan komponen normal plasma,iaitu bahagian cecair darah.Apabila terdapatnya kandungan albumin yang berlebihan di dalam urin,ia menunjukkan bahawa kemungkinan unit penapisan kecil di buah pinggang,yang dipanggil nefron,telah berlaku kerosakan.Peningkatan albumin di dalam urin disebut sebagai albuminuria.
Bilrubin
Bilirubin apabila telah diubahsuai oleh buah pinggang,akan menyebabkan urin bertukar kepada warna kuning klasik.Ia merupakan kesan sampingan yang terjadi disebabkan oleh berlakunya kerosakan pada hemoglobin,iaitu pigmen merah yang terdapat di dalam sel darah merah.Bila kandungan bilirubin meningkat di dalam urin,keadaan ini disebut sebagai bilirubinuria.Bilirubinuria merupakan tanda kepada penyakit hati atau penyakit hempedu obstruktif.
Glukosa
Adanya glukosa atau disebut gula darah di dalam urin disebut glukosuria.Ini menunjukkan bahawa mungkin anda mempunyai diabetis.
Zat Keton
Terdapatnya zat-zat keton di dalam urin pula menunjukkan bahawa seseorang itu mungkin mempunyai diabetis atau anoreksia.Kandungan zat keton juga boleh meningkat ketika seseorang itu sedang berpuasa atau berada dalam kelaparan.
Mikroba
Adanya mikroorganisma seperi bakteria atau kulat di dalam urin pula menunjukkan kemungkinan berlakunya jangkitan pada saluran kencing.
Darah
Sel darah merah di dalam darah sepatutnya tidak boleh ditemui di dalam urin kerana sel ini terlalu besar untuk melepasi nefron.Hematuria adalah istilah klinikal yang digunakan apabila terdapatnya sel-sel daraj merah di dalam urin.Ini menunjukkan kemungkinan berlakunya kerosakan pada buah pinggang,seperti penyakit buah pinggang atau penyakit batu karang.
Sel darah putih
Apabila adanya sel darah putih di dalam urin,mungkin menunjukkan adanya jangkitan di dalam buah pinggang atau organ lain dari saluran urin.
sumber artikel :Kidney Health Care
*******************************************************************
Minat dengan artikel blog ini?Langgan artikel terbaru melalui emel.
Atau ikuti perkembangan terbaru blog ini di facebook atau twitter.
Dan jangan lupa ye untuk kongsikan artikel ini sekiranya bermanfaat
*******************************************************************


Biasanya pesakit hanya sedar mengalami peringkat kerosakan buah pinggang yang kronik
Betul bro,sebab penyakit ni selalunya tidak menunjukkan tanda-tanda di peringkat permulaan.Sebab tu digalakkan kita membuat pemeriksaan yang kerap.
pemeriksaan yang kerap nie.. kan kalau kita nak buat secara berjadual nie.. kira paling bagus.. range dia berapa agaknya?? sebulan sekali??
zik recently posted..Contest Tiket Wayang dari Blogger Shakiddo
Untuk pemeriksaan berjadual,saya cadangkan setahun 2 kali.
Assalaamu`alaikum saudara,
saya tabik dengan kecekalan saudara kerana membuat blog yang lain daripada yang lain dan berunsur ilmiah. Sejujurnya belum ada lagi yang berani bermain dengan isu kesihatan seperti yang sedang saudara lakukan. Insya-Allah blog ini akan saya bookmarkkan sebagai rujukan dan panduan saya di kemudia hari sekiranya berhadapan dengan masalah buah pinggang atau yang berkaitan dengannya. Tahniah sekali lagi kerana menyumbang ilmu kepada masyarakat.
Salam manis dari saya dan izinkan saya melihat kandungan dalamnya ye..
Mama Murai recently posted..Televisyen & anak saya
Waalaikumussalam MM,
Pertamanya terima kasih kerana sudi membuat kunjungan balas ke blog saya ni.Sebenarnya sebelum membina blog ini saya memang telah membuat sedikit kajian ada tak satu blog yang khusus membicarakan tentang buah pinggang dan di dalam bahasa melayu.Dan saya dapati tiada,sedangkan blog berbahasa Inggeris banyak.
Jadi saya pun mengambil keputusan untuk fokuskan blog khusus tantang buah pinggang dan paling penting ianya berbahasa melayu.Selain daripada dapat berkongsi maklumat bersama pembaca lain,saya sendiri dapat menambah pengetahuan tentang buah pinggang,sebabnya saya sendiri seorang pesakit buah pinggang.
Dan saya harap dengan kewujudan blog ini dapat meningkatkan pengetahuan dan kesedaran masyarakat untuk lebih prihatin terhadap penjagaan buah pinggang.
selepas ini bukan sekadar membuang air kecil, tetapi juga mengingati entri bro dan memerhatikan tahap buih yg ada pada urin..
p/s:bro, saya belum berkesempatan baca habis ebook bro, insyaAllah akan saya habiskan nanti
tengkorak emas recently posted..Laporan khas- Cetak Rompak
Bagus tu bro.Saya berasa berpuas hati kerana ada juga entri saya yang diamalkan oleh orang lain.Takpe bro,ambil masa.Pelan-pelan.Ada masa nanti bacalah.
salam..
sungguh berinfomasi
amat menarik untuk di baca
dan amalkan..kadang kala
risau memikir buah pinggang
senditi pula..he he
zulkbo recently posted..Hari Kraf Kebangsaan Malaysia 23 Februari – 07 Mac 2011
Wslm,
Memang patut untuk dirisaukan En Zul.Kajian menunjukkan bahawa peratus pesakit buah pinggang semakin meningkat setiap tahun.Takut-takut kita tergolong dalam salah seorang dari mereka.Saya dah tergolong dah.
Admin blog ini seorang Doktor kah atau mempunyai pengetahuan dlm bidang kesihatan??

Sekadar ingin mengetahui…
aktechpage.com recently posted..MyFriends2ucom- Laman Sosial Menarik Buatan Malaysia
Saya seorang pesakit buah pinggang.Jadi saya banyak membaca tentang buah pinggang.Jadi apa yang saya kongsikan di blog ini ialah berdasarkan pengalaman dan juga pembacaan saya.
Ooooo mcm itu… Maaf bertanya. Di harap saudara tabah menghadapi dugaan ini…
Teruk ke??? sebelah atau kedua2 belah buah pinggang???
aktechpage.com recently posted..MrMartinWebCom- Muzium Teknologi Online
Pingback: Biopsi buah pinggang l buahpinggangsihat.com