IgA Nefropati


Assalamualaikum pembaca sekalian,

Apa kahabar anda pada pagi sabtu ini?Saya harap sihat-sihatlah hendaknya sambil membaca artikel-artikel di blog ini.

Ok,kita terus pada tajuk artikel saya pada hari ini.Ianya masih lagi berkisarkan tentang penyakit yang berkaitan dengan buah pinggang.

Apakah IgA Nefropati?

IgA nefropati adalah suatu gangguan yang akan mempengaruhi fungsi pada buah pinggang.Keadaan ini terjadi adalah disebabkan oleh IgA-iaitu sejenis protin yang membantu untuk melawan infeksi-tenggelam di dalam buah pinggang.Ianya akan menyebabkan buah pinggang mengalami kebocoran darah dan kadang-kadang akan terdapat kandungan protin di dalam urin.

Ramai orang yang mempunyai masalah IgA nefropati mengalami kebocoran darah di dalam urin,tetapi kebocoran ini tidak bermaksud yang mereka akan mengalami masalah jangka panjang.Kandungan kebocoran darah dan protin dalam urin.Jika terlalu banyak kandungan protin yang bocor ke dalam urin,maka akan berlaku pembengkakan pada kaki dan tangan.

Selepas beberapa tahun mengalami masalah IgA nefropati,buah pinggang mula akan menunjukkan tanda-tanda kerosakan.Sekitar 25% orang dewasa yang mengalami masalah ini akan berisiko mempunyai masalah kegagalan buah pinggang pada masa akan datang.Bagi kanak-kanak pula,sekitar 5 hingga 10% yang akan mengalami kegagalan buah pinggang.Gejala yang menunjukkan kegagalan buah pinggang ialah:

  • Pembengkakan di tangan dan kaki
  • Mual
  • Keletihan
  • Sakit kepala
  • Masalah tidur

Sekiranya anda mengalami tanda-tanda di atas itu bermaksud bahawa anda semakin hampir untuk mempunyai masalah kegagalan buah pinggang.Kegagalan buah pinggang beerti kerosakan yang berlaku pada fungsi buah pinggang secara kekal.Mereka yang mengalami kegagalan buah pinggang perlu menjalani dialisis atau pemindahan buah pinggang untuk meneruskan hidup.

Apakah tanda & gejala kepada IgA nefropati?

Diperingkat awal penyakit ini tidak menunjukkan sebarang tanda atau gejala.Faktanya ialah IgA nefropati boleh berkembang secara senyap selama bertahun-tahun,bahkan puluhan tahun tanpa menunjukkan sebarang tanda.Tanda pertama untuk IgA nefropati ini ialah adanya darah di dalam urin atau disebut sebagai hematuria.Darah mungkin akan muncul ketika berlakunya selsema,sakit tekak atau disebabkan jangkitan lain.Kadang-kala darah di dalam urin hanya boleh dikesan oleh doktor atau jururawat dengan menggunakan satu ujian khusus.Jika jumlah darah meningkat,urin akan bertukar menjadi warna merah atau warna teh.

Sekiranya anda melihat darah di dalam urin,pastikan anda berjumpa dengan doktor atau pakar kesihatan dengan segera.Walaubagaimanapun,terdapatnya darah di dalam urin tidaklah bermaksud yang anda benar-benar mempunyai masalah yang serius.Ini kerana sebagai contoh,dengan melakukan sukan yang agak berat juga boleh menyebabkan adanya darah di dalam urin.

Siapakah yang berisiko untuk menghidap IgA nefropati?

Keadaan ini boleh berlaku pada semua tahap umur,melibatkan lebih kepada golongan lelaki berbanding wanita.Penyakit IgA nefropati ini adalah penyakit paling umum yang dikaitkan dengan buah pinggang selain dari disebabkan penyakit darah tinggi dan juga diabetis.

Apakah yang menyebabkan IgA nefropati?

Punca sebenar kepada penyakit ini tidaklah dapat dikenal pasti dengan terperinci.Namun,IgA nefropati ini boleh disebabkan oleh sejarah keluarga.Mereka yang pakar dalam perubatan percaya bahawa penyakit ini mungkin juga disebabkan oleh jangkitan pernafasan.Faktanya,tidak ada penyebab yang konsisten untuk penyakit ini telah dijumpai.

Bagaimanakah IgA nefropati didiagnosis?

Satu ujian urin yang dipanggil analisis urin biasanya akan dilakukan untuk memberikan petunjuk pertama.Dalam ujian ini,doktor atau pun jururawat akan mencelup satu jalur khusus bersama bahan kimia ke dalam sampel urin.Jalur tadi akan berubah warna sekiranya terdapat darah atau protin di dalam air kencing.Jika jalur ujian tadi positif,urin tadi akan diperiksa di bawah mikroskop untuk melihat sel-sel darah merah.

Sel-sel darah merah tadi akan berkumpul dan membentuk tiub-tiub kecil.Tiub tersebut dipanggil sebagai acuan kerana ianya telah terbentuk atau dibentuk di dalam struktur pengeringan buah pinggang yang kecil.Sekiranya acuan yang terbentuk tadi ditemui,ini mungkin beerti bahawa buah pinggang anda mengalami kerosakan.Tujuan ujian darah dilakukan adalah untuk mengukur sisa-sisa buangan di dalam darah yang selalunya akan disingkirkan oleh buah pinggang.Contohnya seperti krertinin dan juga urea.Jika kandungan kretinin tinggi,ini bermakna buah pinggang anda telah menunjukkan tanda-tanda kerosakan.

Sekiranya doktor anda mendapati bahawa adanya tanda-tanda kerosakan pada buah pinggang anda,mungkin prosedur biopsi akan dicadangkan.Melalui prosedur ini,sebatang jarum panjang akan digunakan untuk mengambil sedikit sampel buah pinggang untuk diuji di bawah mikroskop yang berbeza.

Hanya prosuder biopsi sahaja yang dapat menunjukkan sudah berapa lama terdapatnya IgA di dalam penapis buah pinggang.Prosuder ini juga dapat memberikan keputusan yang tepat rawatan yang terbaik untuk anda.Dan sekiranya anda telah benar-benar disahkan mempunyai IgA,ujian darah susulan akan dilakukan untuk memantau fungsi buah pinggang.

Bagaimanakah IgA nefropati dirawat?

Penyakit buah pinggang kebiasaannya tidak dapat disembuhkan.Apabila buah pinggang telah rosak ianya tidak dapat diperbaiki lagi.Rawatan yang dilakukan selalunya ditumpukan untuk melambatkan kerosakan dan mencegah sebarang komplikasi.

Satu contoh komplikasi ialah tekanan darah tinggi atau disebut sebagai hipertensi.Tekanan darah tinggi boleh merosakkan buah pinggang.Dua jenis ubat untuk tekanan darah tinggi iaitu angiotensin converting enzyme(ACE) danĀ  juga angiotensin receptor blocker(ARB) akan diberikan.Ubat ini tidak hanya akan menurunkan tekanan darah malah ianya juga akan mengurangkan kandungan protin di dalam urin.

Kerana kesan ini,kedua-dua jenis ubat ini sering digunakan dalam masalah IgA nefropati untuk melindungi buah pinggang.Kedua-dua ubat ini adalah jenis ubat yang baik namun masih terdapat beberapa kesan sampingan tertentu.Contohnya kedua-dua ubat ini tidak boleh diberikan kepada ibu yang sedang mengandung kerana boleh merosakkan kandungan.

Tahap kolestrol yang tinggi adalah antara masalah yang dihidapi mereka yang mempunyai IgA nefropati.Dengan memerhatikan diet yang diambil disamping ubat-ubatan,boleh membantu menurunkan kadar kolestrol mereka.Dengan mengawal dan menurunkan tahap kolestrol dapat melambatkan kerosakan buah pinggang.

Ubat-ubatan seperti prednisilone dapat membantu untuk mengubati penyakit IgA nefropati.Ia termasuk dalam jenis ubat yang dipanggil kortikosteroid,di mana boleh memberikan kesan sampingan yang merbahaya.Di dalam kajian penyelidikan yang dijalankan,suplemen minyak ikan yang mengandungi asid lemak omega 3 juga boleh melambatkan kerosakan pada buah pinggang.

Ha,selesailah sudah artikel pada kali ini.Bagaimana?Adakah ianya membantu menambahkan pengetahuan anda?Saya harap akan bermanfaatlah ye.Dan sekiranya ada pertanyaan,bolehlah ajukan melalui ruangan komen di bawah ye.

*******************************************************************
Minat dengan artikel blog ini?Langgan artikel terbaru melalui emel.
Atau ikuti perkembangan terbaru blog ini di facebook atau twitter.
Dan jangan lupa ye untuk kongsikan artikel ini sekiranya bermanfaat
*******************************************************************

Sumber rujukan : Kidney Health Care

Best Blogger Tips

Dapatkan Artikel Terkini Secara Terus Melalui Emel Anda – Ianya PERCUMA:
Langgan Melalui Emel
Masukkan Emel Anda Dan Tekan Butang ‘Submit’

Mengapa perlu daftar?


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

22 thoughts on “IgA Nefropati

  1. tengkorak emas

    memang membantu, banyak ilmu baru yg diperolehi, tentang kegagalan buah pinggang menyebabkan masalah tidur, memang ada kaitannya dgn masalah insomnia,

    saya masih tertanya bagaimana proses biopsi tu, jarum dimasukkan secara suntikan?

    p/s:susu omega3 dikatakan boleh mengurangkan kolestrol dalam 30 hari jika diminum 2 kali sehari, pendapat bro?
    tengkorak emas recently posted..Kisah 3 sahabat yang tertinggalMy Profile

    1. admin Post author

      Ya,betul bro.Jarum biopsi dimasukkan secara suntikan.Sebelum itu doktor akan membuat imbasan kedudukan buah pinggang apabila nafas ditahan dan akan ditanda.Kemudian doktor akan memberikan suntikan pelali.

      Setelah itu doktor akan kembali menyuruh menarik nafas dan tahan,ketika itulah jarum biopsi dimasukkan dan sampel diambil.Selepas prosuder ini pesakit mesti berbaring selama 6 jam untuk menghentikan pendarahan.Ini pengalaman saya sewaktu pertama kali menjalani biopsi.

      Pendapat saya tentang susu omega 3 ialah ianya bagus untuk diambil dan dujadikan amalan.Selain menurunkan paras kolestrol,ianya membantu dalam meningkatkan kemampuan otak berfungsi.Apa pula pendapat bro tentang susu omega 3?

      1. tengkorak emas

        er…jarum suntikan tu jarum suntikan yg biasa digunakan atau ada saiz tertentu?

        mak saya ada minum susu tu, setahu saya omega 3 adalah sejenis protein bukan?juga terdapat dalam supplement Blackmore yang saya amalkan,

        cuma baru-baru ini ada terlihat iklan di tv3 tentang seorg anak yg menyuruh ibunya minum omega3 dalam masa 30 hari utk kurgkan kolestrol… :D

        1. admin Post author

          Jarum yang digunakan dalam prosuder biopsi bukanlah menggunakan jarum yang biasa digunakan tu.Ada jarum khas dia.

    1. admin Post author

      Terima kasih atas sokongan tersebut.Saya amat menghargainya.Sebenarnya sebagai seorang pesakit buah pinggang saya juga dapat menambahkan pengetahuan saya.Bagi saya ianya perkara yang amat penting.

  2. Angin Selat Melaka

    Assalamualaikum…
    Tujuan saya menulis di ruangan ini adalah kerana; saya berpendapat; salah satu kaedah membersihkan atau merawat organ yg rosak adalah dengan men-singkir-kan kotoran atau lendir lupus yg masih melekat di sekitaran dalaman badan. Contoh; penyebab hidung gatal, tersumbat, bersin atau ringkasannya resdung, adalah kerana terdapat lekatan lendir yg sepatutnya keluar dari tubuh tapi tak keluar. Ia tersekat. Lendiran ini (berupa kahak pekat kuning) adalah salah satu faktor kuman2 perosak melekat dan tidak dapat ‘di-rembes-kan’ ke saluran penghadaman. Setakat ni, saya telah mencoba satu kaedah yg begitu berkesan bagi menghapuskan lendiran tersekat ini, tidak kira betapa tebal sekalipun melalui kaedah traddisional yg berkesan dan selamat. Banyak lendir2 pekat keluar melalui hidung dan saluran najis selepas mengamalkannya. Rawatan ada di web page:

    Rawatan mengeluarkan lendir, kahak, nanah dan kuman2 tersekat

    Boleh jadi ia menjadi ‘advantage’ untuk menolong buah pinggang mendapat kesihatan semula. Lagipun, kerosakan buah pinggang selalunya terjadi adalah kerana terdapat lekatan kuman. So, tak rugi mencuba. Thanks.
    Angin Selat Melaka recently posted..waduhMy Profile

  3. Pingback: Nefron-Strukur & Fungsinya

  4. fahmi

    salam…
    apa kabar tuan?.. saya juga merupakan penghidap igA Nephro. ingin bertanya. adakah dengan mengamalkan makan minyak ikan omega 3 ni serba sedikit dapat mengawal keradangan? saya setakat ini cuma mengambil ubat yang disaran oleh doktor sahaja.. sekian.. terima kasih.

    1. admin Post author

      Wslm tuan,

      Sebenarnya pengambilan apa saja jenis suplement kesihatan tidaklah dapat menjamin apa-apa kesan terhadap diri kita.Mungkin minyak ikan omega 3 ni berkesan bagi diri saya,tapi tak semestinya akan berkesan pada diri tuan juga.Ianya bergantung juga kepada keadaan diri kita.

      Saya cadangkan tuan boleh mencubanya,tapi untuk permulaan bolehlah mencuba dalam kuatiti yang sedikit.Dan kalau sekiranya tiada kesan bolehlah ditambah sedikit demi sedikit dosnya.

  5. emon

    sy adalah salah seorang patient IGA ini bermakna buah pinggang sy tetap akan rosak walaupun sy menjalani rawatan di hospital?

    1. admin Post author

      Kebiasaannya rawatan buah pinggang di hospital dikhususkan untuk melambatkan berlakunya kerosakan buah pinggang.Jadi saya mencadangkan kepada anda cuba menggunakan rawatan alternatif.Kerana hingga sekarang saya mengamalkan rawatan alternatif sambil menjalani rawatan di hospital.

        1. admin Post author

          Antara rawatan alternatif yang saya lakukan ialah mengamalkan pengambilan suppliment kesihatan.Saya boleh cadangkan kepada saudara/i produk cellfood.Alhamdulillah sejak mengamalkan produk cellfood penyakit saya tidak seteruk dahulu.

  6. aan andes

    salam,
    Thanks for the info. Just nak confirm, iga nefropati ni sama ke nephrotic syndrome? Anak saya baru di diagnosiskan with this syndrome, she’s 1 1/2 years old. Doc suggest to prescribe cortisteroid for 3 months dan saya diterangkan ubat tu akan turunkan paras immune system dia untuk stopkan attack to the kidney. Then mcm mana leakage tu akan stop? Dia akan heal sendiri ke?

    1. admin Post author

      Wslm,

      Saya tak pasti apakah iga ni sama dengan nefrotik sindrom. Tetapi dari segi tanda-tanda dan simptomnya seolah-oleh kedua-duanya adalah penyakit yang sama.

  7. adrin

    Salam,
    Sy ada masalah IGA ni..skang doc bagi ubat prednisolone..14biji..5mg..sy nk taw ape effect ubat ni pada dri sy?
    Apa kesan jika saya berhenti makan ubat ni?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

CommentLuv badge

PERCUMA!Panduan Diet Untuk Pesakit Buah Pinggang


%d bloggers like this: