Diet & Dialisis


Selamat Datang.Sekiranya anda merupakan pelawat terbaru di sini,saya menggalakkan agar anda mendaftarkan emel supaya anda tidak akan ketinggalan lagi semua artikel terbaru dari saya.Sila daftarkan diri anda di sini.

Assalamualaikum pembaca sekalian,

Dialisis atau hemodialisis adalah kaedah rawatan yang paling umum untuk mereka yang mengalami kegagalan fungsi buah pinggang kekal.Buah pinggang yang normal membantu membersihkan darah dengan cara membuang sisa-sisa yang merbahaya dan cecair yang berlebihan.Selain itu,fungsi buah pinggang juga ialah menghasilkan hormon,yang mana akan menguatkan tulang dan menyihatkan darah.

Apabila buah pinggang telah gagal melakukan tugasnya,ia akan menyebabkan berkumpulnya sisa yang merbahaya di dalam tubuh,peningkatan tekanan darah,berkumpulnya cecair berlebihan,dan kemerosotan penghasilan sel darah merah.Apabila ini berlaku,maka rawatan bagi menggantikan tugas buah pinggang perlu dilakukan.

Dalam hemodialisis,darah pesakit akan mengalir melalui satu penapis khas yang mana ianya akan menghilangkan sisa merbahaya dan cecair berlebihan.Darah yang telah dibersihkan kemudiannya akan dikembalikan ke dalam tubuh.

Dengan mematuhi diet secara berdisiplin akan memperbaiki dialisis dan kesihatan anda.Seorang pakar dalam diet pemakanan boleh membantu anda untuk merancang diet yang sesuai.Mengikuti saranan dari pakar pemakanan anda adalah sangat penting untuk mendapatkan hasil maksimum dari rawatan hemodialisis anda.Di bawah adalah beberapa panduan umum:

  1. Cecair. Dengan menghadkan berapa banyak cecair yang anda minum setiap hari,anda dapat menghalang cecair berlebihan daripada berkumpul di dalam tubuh.Cecair yang berlebihan boleh menyebabkan tekanan darah meningkat,yang mana ianya akan menyebabkan jantung anda bekerja dengan lebih keras, dan akan meningkatkan stres rawatan dialisis.Banyak makanan yang mengandungi cecair seperti buah-buahan,sup dan juga aiskrim.Oleh itu,pakar pemakanan akan membantu untuk menentukan berapa banyak yang boleh anda minum setiap hari.Mereka juga boleh membantu untuk memberikan tip bagaimana untuk mengawal rasa haus.
  2. Fosforus. Dengan mengambil terlalu banyak fosforus mineral akan menyebabkan tulang menjadi lemah dan kulit menjadi gatal.Terlalu banyak kandungan fosforus di dalam darah anda boleh menyebabkan kalsium diserap keluar dari tulang anda.Makanan yang tinggi kandungan fosforus seperti susu dan keju,kekacang dan juga mentega kacang mesti dielakkan.Kemungkinan juga anda perlu mengambil pengikat fosforus di dalam darah ketika sesi rawatan dialisis.Anda boleh mendapatkan maklumat lanjut tentang fosforus dengan klik di sini.
  3. Potassium. Potassium akan memberikan kesan bagaimana stabilnya denyutan jantung anda.Ianya boleh didapati di dalam pelbagai jenis makanan terutamanya susu,buah-buahan dan sayur-sayuran.Mengambil makanan yang teralu tinggi kandungan potassium sangat merbahaya kepada jantung anda.Pakar pemakanan anda dapat membantu memberikan lebih maklumat lanjut tentang potassium dan apakah makanan yang mempunyai tinggi kandungan potassiumnya.
  4. Protin. Sebelum anda menjalani rawatan dialisis,doktor mungkin telah memaklumkan kepada anda supaya mengambil diet yang rendah protin.Tetapi setelah menjalani dialisis,ianya akan berubah.Kebanyakan mereka yang menjalani rawatan dialisis digalakkan untuk mengambil makanan berprotin yang tinggi kualitinya sebanyak mana yang mereka boleh.Protin akan membantu anda untuk menjaga otot dan memperbaiki tisu-tisu yang rosak.Semakin baik nutrisi anda,semakin baik jugalah kesihatan anda.Tubuh anda juga akan mempunyai sistem pertahanan yang lebih kuat terhadap sebarang jangkitan dan akan cepat sembuh dari sebarang pembedahan.Tubuh akan menukarkan protin yang berlebihan ke dalam bentuk sisa buangan yang dipanggil urea.Jika kandungan urea di dalam darah tinggi,ini menunjukkan bahawa tubuh anda berada di dalam keadaan tidak sihat.Memakan kandungan protin yang berkualiti tinggi sangat penting kerana ianya kurang menghasilkan urea.Protin berkualiti tinggi boleh didapati daripada daging,ikan,ayam dan juga telur(terutamanya putih telur).
  5. Kalori. Kalori akan membekalkan kepada anda tenaga.Seseorang individu yang menjalani rawatan dialisis perlu menambah berat mereka.Oleh itu,anda perlu mencari jalan untuk menambahkan kalori di dalam diet anda.Minyak sayuran-seperti minyak zaitun,kanola dan minyak safflower adalah sumber kalori terbaik dan tidak mendatangkan masalah kepada anda untuk mengawal kolestrol.Gula-gula,madu,jem dan gula juga menyumbang kepada kalori dan tenaga.Walaubagaimanapun,sekiranya anda mempunyai masalah diabetis,berhati-hatilah mengambil makanan yang manis.Panduan dan bimbingan dari pakar pemakanan adalah sangat penting bagi pesakit diabetis.
  6. Suplemen. Oleh kerana anda perlu mengelakkan begitu banyak jenis makanan,maka vitamin dan mineral mungkin akan hilang dari diet anda.Selain itu,rawatan dialisis juga akan turut menghilangkan vitamin dari tubuh anda.Doktor mungkin akan menetapkan suplemen vitamin dan mineral yang direka khas untuk mereka yang telah gagal fungsi buah pinggangnya.Anda perlu mengelakkan dari mengambil vitamin yang boleh dibeli di kedai-kedai.Ini kerana ianya mungkin mengandungi vitamin dan mineral yang boleh membahayakan kesihatan anda.Oleh itu berbincanglah dengan pakar pemakanan anda tentang makanan yang boleh anda ambil apabila anda menjalani rawatan dialisis.

Sekian dulu untuk artikel kali ini.Jadi berjumpa lagi dan semoga sihat selalu:)

 

Tentang penulis:Abdullah Idris merupakan salah seorang pesakit buah pinggang di Malaysia.Di blog ini beliau kongsikan bersama pembaca pengalaman dan sedikit pengetahuan beliau tentang penyakit buah pinggang.Selain blog,anda boleh ikuti perkembangan beliau di facebook atau twitter.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

24 thoughts on “Diet & Dialisis

    1. admin Post author

      Salam TE,

      Pada pendapat saya pengambilan fosforus dan cecair seperti air kosong tidaklah bermasalah paga mereka yang buah pinggangnya berfungsi dengan baik.Sekiranya buah pinggang bermasalah,mungkin ianya perlulah diperhatikan dari segi jumlah pengambilannya.

    1. admin Post author

      Kemungkinan ubat pencair darah akan dimasukkan ketika sesi rawatan dialisis dilakukan sekiranya didapati darah pesakit agak beku.Pesakit perlu menggunakan mesin dialisis untuk seumur hidup melainkan dilakukan pemindahan buah pinggang.Antara kemungkinan yang boleh berlaku semasa melakukan rawatan dialisis ialah:

      1) Haemodialisis
      > Pembekuan darah dalam fistula,tiub dan buah pinggang tiruan semasa dialisis
      > Masalah tekanan darah rendah semasa dialisis
      > Jangkitan pada fistula atau darah

      2) Peritonial Dialisis
      > Jangkitan dalam peritonium
      > Jangkitan kepada bahagian tiub saluran keluar
      > tiub tersumbat

    1. admin Post author

      Wslm abg zul,

      Terima kasih kerana sudi berkunjung ke blog saya.Saya juga berharap agar segala info di sini dapat digunakan sebagai panduan asas untuk menjaga buah pinggang kita.

    1. admin Post author

      Salam bro,

      Ni dah kira tinggalkan komenlah ni.Datang singgah blog saya ni pun saya dah rasa besar rahmat dah.Terima kasih bebanyak bro sebab sudi untuk mereview blog saya ni.Harap-harap akan memberikan manfaat.

    1. admin Post author

      Yang saya tau keperluan air dalam tubuh badan kita ialah sejauh mana aktifnya kita.Kalau kita seorang atlit sukan,cukupkah dengan 5 gelas air?Sudah tentu tidak kan.Apabila badan kita memerlukan air,maka tandanya ialah kita akan merasa dahaga.Dan bila dahaga minumlah air kerana ketika itu badan memerlukan air.

  1. hanafiz

    thanx 4 infomasi. sgt brguna..
    my dad was suspect dpt sakit nie..
    dia mengadu skit pinggang,then g wt diagnosis n scan kt pkar,then dpt thu ada cm tumor kt kidney..tp yg pelik tumor blah kiri pinggang yg skit plak blah kanan pinggang n my abah sihat cm biase no diabetes,high blood pressure pn x lh tinggi sgt,mkn slera,doc pn heran. just back pain jer.. now waiting 4 appointment kt hkl.
    bro admin penah jmpe ke dgar ke kes cmni.. pening dh pkir nk wat pe kt abah nie…cm ader x kene… btul ker psakit buah pinggang dpt 1 simptom dh kira kene…cost klu g swasta byk ke nk gne..

    1. admin Post author

      Sama-sama.Pelik juga ye.Tak pernah lagilah saya dengar kes macam ni.Bila appoinment di hkl?Kalau simptom yang ditunjukkan memang berkaitan dengan buah pinggang,memang sahlah.Tapi dari pengalaman saya,apabila buah pinggang dah bermasalah,dia akan mula menunjukkan macam-macam tanda.Kalau saya dulu kencing sikit sangat,pastu kaki bengkak,air kencing berbuih dan bila buat ujian darah,kandungan kreatinin dah tinggi.

      Kalau tak yakin buatlaj pemeriksaan di hospital atau klinik swasta,tapi kosnya pulalah saya rasa memang tinggi.

  2. Pingback: Ketahui Kesan Sampingan Pemindahan Buah Pinggang l Buah Pinggang Sihat Dot Com

  3. Pingback: Bagaimana memulihkan Kerosakan Buah Pinggang l Buah Pinggang Sihat Dot Com

  4. Verolyn Gabriel

    Terima kasih untuk Encik/Puan kerana memberi info tentang penyakit buah pinggang.Kebetulan, saya juga merupakan pesakit buah pinggang dan mengidap penyakit tersebut selama 1 tahun.Blog ini telah memberi panduan yang teliti dan baik untuk saya.Syabas dan teruskan usaha anda.
    Verolyn Gabriel, Kuching, Sarawak.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

CommentLuv badge

PERCUMA!Panduan Diet Untuk Pesakit Buah Pinggang


%d bloggers like this: