Diet Bebas Garam Untuk Penyakit Buah Pinggang


Apabila anda telah didiagnosis mempunyai penyakit buah pinggang, salah satu perkara yang sering diperingatkan oleh doktor anda ialah kurangkan pengambilan makanan yang tinggi kandungan garam.

Ini kerana diet  yang kurang kandungan garamnya boleh membantu buah pinggang anda agar berfungsi dengan lebih baik. Selain itu pengamalan diet rendah garam juga dapat membantu mengurangkan rasa dahaga. Apabila anda kerap dahaga, maka peningkatan pengambilan cecair akan berlaku dan menyebabkan buah pinggang anda yang berpenyakit itu tidak dapat memproses dengan baik.

Tetapi dengan mengamalkan diet yang kurang atau bebas dari kandungan garam, bukan bermaksud anda perlu makan makanan yang tawar. Anda masih boleh menikmati makanan kegemaran anda tanpa perlu meningkatkan pengambilan garam yang berlebihan, tetapi dalam masa yang sama ianya masih lazat untuk dinikmati.

Garam Gantian

Selalunya kebanyakan bahan-bahan pengganti garam yang dijual di luar mengandungi kandungan sodium yang tinggi. Ini akan menyebabkan berlakunya ketidakseimbangan elektrolit di dalam tubuh badan anda dan menyukarkan buah pinggang memproses cecair.

Anda boleh mencipta bahan perasa anda sendiri dengan mudah. Sebagai contohnya anda boleh menggantikan serbuk bawang putih dengan bijian bawang putih, atau anda boleh menggunakan empingan bawang sebagai pengganti kepada serbuk bawang.

Penggantian ini akan dapat membantu anda memulakan program diet yang bebas dari penggunaan bahan garam perasa. Selain itu anda juga boleh menggunakan bahan-bahan herba dalam bentuk kering atau segar contohnya seperti daun selasih, sebagai penambah perisa dalam makanan anda tanpa perlu menggunakan garam. Terpulang pada kebijaksanaan anda.

Untuk daging dan sayur-sayuran pula, anda boleh menggunakan bahan-bahan rempah seperti halia, buah pala, jintan dan kulit kayu manis sebagai penyedap kepada masakan anda. Semulajadi dan bebas dari kandungan garam.

Label Makanan

Mengelakkan pengambilan garam dalam makanan sedia digunakan dan makanan yang yang dipaket adalah asalah satu bahagian yang paling rumit untuk mengamalkan diet bebas garam.

Ini kerana anda perlu membaca bahan-bahan yang digunakan pada makanan paket dan juga label nutrisi. Makanan yang dikenal pasti tidak mengandungi garam ialah makanan yang mengandungi 5 peratus atau kurang bagi setiap hidangan adalah pengambilan sodium yang dicadangkan untuk orang dewasa yang mengamalkan 2000 kalori diet.

Makanan yang mengandungi 140 mg dalam setiap hidangan adalah dikategorikan sebagai rendah sodium, manakala kandungan sodium yang rendah bermaksud bahawa makanan tersebut mengandungi 35 mg atau kurang dalam setiap hidangan.

Pengurangan sodium bermaksud makanan tersebut mengandungi 25 peratus kurang daripada produk-produk yang sama dengannya. Tetapi dalam kebanyakan kes, produk-produk ini biasanya mengandungi lebih kandungan sodium daripada yang dibenarkan untuk diet bebas garam.

Garam Tersembunyi

Dalam penyediaan sup dan gulai, makanan yang dimasak, bahan perasa seperti biji sawi dan sos barbeku, sos soya, kuah salad kebiasaannya melebihi tahap 5 peratus. Untuk keropok, makanan yang dimasak dan penyediaan lempeng biasanya mengandungi tahap sodium yang tinggi dalam setiap hidangan, melebihi daripada jumlah yang disyorkan kepada mereka yang mengamalkan diet bebas garam.

Produk tenusu seperti keju dan mentega, daging yang disalai atau diawet, sayur-sayuran dalam tin dan juga jeruk biasanya juga mengandungi tahap sodium yang tinggi.

Makan Di Luar

Jika bolehkan elakkan terlalu kerap makan di luar. Ini kerana anda akan mengalami kesukaran untuk mengelakkan pengambilan makanan yang kurang kandungan sodiumnya.

Sekiranya sekali sekala anda membawa keluarga untuk makan di luar, pastikan anda memilih restoran yang mengamalkan menu masakan yang sihat. Dengan ini anda boleh minta kepada pelayan restoran agar mengurangkan penambahan garam di dalam menu anda.

Anda juga boleh meminta agar mereka sediakan sos dan kicap bersama dengan makanan anda. Tujuannya supaya sos dan kicap tadi dapat digunakan dalam jumlah yang paling minimum dalam makanan anda.

Sumber: LiveStrong.com – A Salt Free Diet For Kidney Disease

Perhatian: Informasi ini hanyalah sebagai panduan umum dan tidak boleh dianggap sebagai nasihat profesional.


Tentang penulis:
Abdullah Idris merupakan pengasas blog kesihatan ini. Dapatkan update terkini melalui facebook atau twitter. Atau langgan artikel terbaru melalui emel.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

One thought on “Diet Bebas Garam Untuk Penyakit Buah Pinggang

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

CommentLuv badge

PERCUMA!Panduan Diet Untuk Pesakit Buah Pinggang