Assalamualaikum pembaca sekalian,
Sejak kebelakangan ini tentu anda perasan saya agak kurang mengemaskini blog ini dengan artikel-artikel terbaru.Saya memohon maaf sekiranya membuatkan anda tertunggu-tunggu.
Sebenarnya saya sibuk menguruskan hal anak saya kerana selepas beberapa hari kelahirannya dia mempunyai masalah demam kuning.Jadi perlu berulang-alik ke hospital dan klinik kesihatan.
Pada tengahari ini barulah ada sedikit ruang untuk memasukkan artikel terbaru.Jadi pada tengahari ini kita akan sama-sama berkongsi artikel tentang dialisis.
Tentu anda pernah dengarkan istilah tersebut.Tambah-tambah kepada mereka yang memang sedang menjalani rawatan ini.Kepada yang belum pernah mendengarnya,saya harap artikel ini akan membantu anda.Teruskan membaca ye
Apakah dialisis?
Dialisis adalah sejenis rawatan yang berfungsi untuk menjalankan kerja yang dilakukan oleh buah pinggang anda,iaitu mengekalkan imbangan homeostatik cecair badan dengan penapisan dan penyingkiran metabolit (seperti urea) dan galian dari darah dan menyingkirkannya bersama air sebagai kencing.Rawatan ini diperlukan apabila buah pinggang anda tidak lagi boleh menjalankan fungsi tersebut atau disebut kegagalan buah pinggang.
Bilakah anda memerlukan rawatan dialisis?
Rawatan dialisis ini diperlukan apabila buah pinggang berada pada tahap akhir kerosakan,iaitu sekitar 85% hingga 90% tahap kerosakan.Ianya diperlukan agar anda dapa meneruskan hidup walaupun tanpa buah pinggang.
Apakah yang dilakukan dengan rawatan dialisis?
Sama seperti buah pinggang yang sihat,rawatan ini akan memastikan tubuh anda berada dalam keseimbangan.Dialisis akan melakukan perkara berikut:
- Menghilangkan sisa terbuang,garam dan lebihan air daripada berkumpul di dalam badan anda.
- Menjaga tahap yang selamat untuk bahan kimia tertentu di dalam darah anda seperti kalium,natrium dan bikarbonat.
- Membantu untuk mengawal tekanan darah anda.
Adakah kerosakan buah pinggang akan kekal?
Tidak semuanya.Ada beberapa jenis kerosakan buah pinggang akan pulih semula setelah menjalani rawatan dalam jangka masa tertentu.Dalam beberapa kes kegagalan buah pinggang,rawatan dialisis hanya diperlukan untuk sementara waktu sehinggalah buah pinggang akan pulih dan berfungsi semula.
Pada tahap kronik atau buah pinggang anda sudah tidak dapat berfungsi lagi,anda amat memerlukan rawatan dialisis ini untuk membantu meneruskan sisa hidup anda.Dan jika bernasib baik,doktor akan memilih nama anda dalam senarai menunggu untuk menjalankan pemindahan buah pinggang sekiranya ada penderma buah pinggang.
Di mana rawatan dialisis ini dapat dilakukan?
Rawatan dialisis ini boleh anda lakukan di hospital,atau pun pusat-pusat rawatan dialisis swasta,dan juga di rumah anda.Anda dan doktor boleh berbincang untuk memutuskan di manakah untuk menjalankan rawatan tersebut berdasarkan keadaan perubatan dan keinginan anda.
Adakah terdapat perbezaan jenis rawatan dialisis?
Ya,ada.Terdapat dua jenis rawatan dialisis.Iaitu hemodialisis dan juga dialisis peritoneal.
Apakah hemodialisis?
Dalam hemodialisis,buah pinggang buatan digunakan untuk membuang sisa terpakai,bahan kimia berlebihan dan juga cecair dari darah anda.Bagi mendapatkan darah ke buah pinggang buatan tadi,doktor perlu membuat satu laluan masuk ke dalam pembuluh darah anda.Ini dapat dilakukan dengan menjalani satu pembedahan kecil di lengan atau pun di kaki anda.
Kadang-kadang,laluan dilakukan dengan menyambungkan arteri dengan vena di bawah kulit untuk membuatkan pembuluh darah menjadi lebih besar yang disebut fistula.
Tetapi,jika pembuluh darah anda tidak mencukupi untuk melakukan fistula,doktor mungkin akan menggunakan sebuah tabung kecil yang lembut untuk digabungkan dengan arteri dan pembuluh darah di bawah kulit anda.
Dan yang terakhir,laluan juga dibuat dengan menggunakan tabung plastik yang sempit,yang disebut katerer,yang dimasukkan ke dalam pembuluh darah besar di leher anda.Selalunya jenis laluan ini hanya digunakan untuk sementara waktu.Walau bagaimanapun,kadang-kadang ianya juga digunakan untuk jangka masa panjang.
Oklah pembaca sekalian.Saya rasa setakat ini sahaja dulu artikel tentang dialisis untuk kali ini.Tetapi masih ada sambungan lagi.Disebabkan artikel ini panjang,saya jadikan artikel ini dua siri.
Dalam siri yang kedua (bahagian kedua),saya akan menyambung pula artikel tentang jenis dialisis yang kedua iaitu dialisis peritoneal.Dan ada beberapa perkara lagi akan disentuh dalam artikel tersebut.Jadi pastikan anda tidak terlepas untuk membaca artikel akan datang.Saya galakkan anda mendaftar emel anda dengan menggunakan form di bahagian sidebar kanan blog ini.Pasti anda tidak akan terlepas semua artikel terbaru saya.
*******************************************************************
Minat dengan artikel blog ini?Langgan artikel terbaru melalui emel.
Atau ikuti perkembangan terbaru blog ini di facebook atau twitter.
*******************************************************************

Tanniah dapat baby! Lelaki atau perempuan? Mengenai rawatan demam kuning paling berkesan adalah baby diletakkan bawa lampu biru untuk memesah sel warna kuning. Cuma kesian dekat baby kena ambil darah dengan kerap
akubiomed recently posted..COMBI membenteras nyamuk Aedes
Betul tu bro.Masa dalam wad hari tu macam tu lah doktor buat.Letak di bawah lampu warna biru.Anak saya lelaki.Namanya Muhammad bin Abdullah.Tu lah,banyak sangat ambil darah,kaki dah naik bertompk dengan kesan suntikan.
info terbaik..memang teruk kalau kena ulang alik buat dialisis ni,so berjaga2 sebelum kena.
Tahniah dan harap anak cepat pulih dan baik.. semuanya akan baik nanti

donny recently posted..Top Picks- It’s a tech-merry Christmas 20 dec 2010
Terima kasih bro.Alhamdulillah,anak dah semakin baik dari kuningnya.
sekarang macam mana ngn baby? dah turun dah bacaan?
dulu, masa anak kecik aku kena…misi memang tak bagi minum air masak…tapi kami tetap jer bagi…siap pergi beli ubat kat sensei lagi..serbuk mutiara namanya…
alhamdulillah…3 kali pergi klinik dah ok..
hafizmd recently posted..2 kali tapi tiada hasil…
Sekaran alhamdulillah.Anak dah ok dari kuning.Bacaan dia 8.8.
pada tahap ni memang banyak kegiatan kita yang akan terbatas..
Ps : harap semua ni tak terjadi pada aku
dnoBiz recently posted..Budak Terlampau – Pandangan di Kaki Lima 2
Betul tu bro.Bila buat rawatan dialisis,masa terbuang,duit lagi.Jadi aktiviti terbatas.
sambil berehat bolehlah update bila ada masa… apapun kesihatan adak dan ibu diutamakan dulu

donny recently posted..Top Picks- It’s a tech-merry Christmas 20 dec 2010
Kesan tompokan itu sebenar adalah kesan pengambilan darah untuk ujian Jaundice apabila bahagian tangan penuh kesan nurse akan beralih dianggota kaki seperti tumit.
akubiomed recently posted..Syyh Aslah nak tidur
Itulah.Kesian pula tengok anak saya yang banyak kali diambil sampel darahnya.
oh baru saya tahu tq
donny recently posted..Top Picks- It’s a tech-merry Christmas 20 dec 2010
Sama-sama.Mudah-mudahan memberi manfaat
bila baca artikel ni terasa betapa payahnya untuk membina laluan pembuluh darah tu..bg pesakit..
bila nikmat ditarik..memang satu kehilangan yg besar..maka sememangnya lebih baik mencegah dari merawat..
terima kasih atas artikel ini
betul2 bermanfaat, mulanya kita memang amik ringan bab2 jangan kesihatan ni, tapi tu lah orang malaysia kan..
p/s cantik blog, i lke it..
Terima kasih bro.Datanglah selalu ke blog saya.Negara kita ni antara negara yang paling tinggi rakyatnya yang mempunyai risiko penyakit diabetis.
satu ilmu dan pendedahan yg baru bagi saya
Mudah-mudahan bermanfaat.
Salam. Ada saudara tu, anak beranak kena dialisis.
Dialisis ni, kalau dah start, kena berterusan. Nak buat kerja pun tak boleh, sbb bila habis operasi je, badan akan lemah sgt dan perlu berehat sbb baru bertukar darah. huhu
Affan recently posted..Aktiviti Gila Semasa Musim Sejuk
Betul tu bro.Bukan sahaja tenaga hilang,malah masa pun akan banyak terbuang dan begitu juga duit.
Betul. rasanya kos rawatan mahal.
Tapi Alhamdulillah yang saudara tu, dapat bantuan dari zakat, kalau tak silap.
Affan recently posted..Hukum meletakkan gambar mendedahkan aurat- khas untuk photographer dan blogger
Kalau dapat bantuan memang bernasib baiklah.Kalau tak memang parahlah nak bayar.
tunggu artikel terbaru dari saudara..terima kasih atas info berguna ni.
donny recently posted..Top Picks- It’s a tech-merry Christmas 20 dec 2010
InsyaAllah saya akan update dengan info terbaru.
terima kasih bro…terbaik artikel2 kat sini…puas hati
bro, selain rawatan dialisis tuh…ada cara lain tak untuk kita buang sisa2 sisa terpakai,bahan kimia dalam badan kita ni?
contohnya…ada yg dakwa guna foot detox tu boleh buang toksin dalam badan…apa pendapat bro?
hafizmd recently posted..2 kali tapi tiada hasil…
Terima kasih kembali.Yang saya tau kalau buah pinggang memang dah rosak peringkat akhir,maka hanya dialisis sahaja rawatannya.Kalau buah pinggang hanya berlaku sedikit kerosakan,bolehlah cuba pemakanan kesihatan.Macam saya buah pinggang masih di tahap kerosakan awal,jadi saya mengambil makanan kesihatan.
Alhamdulillah,tidak lagi bergantung dengan ubat hospital.Saya pernah guna foot detox tu.Bila bangun pagi memang tampalan tu akan jadi hitam menunjukkan yang bahan toksid memang keluar.Tapi selama yang saya pakai tidak pula ada apa-apa kesan.
bagus info ni.. tima ksih sbb berkongsi..
dulu anak kena kuning gak, tapi kira pas kali ke3 check dah ok.. leh amalkan bagi minum susu ibu byk2.. tapi lau tak jadi gak, bagi serbuk mutiara (kedai sensei de ni.)
yang kelakarnye jadi kat kakak ipar, kuning anak die tak turun2, last2 nurse sendiri suggest bagi minum air masak.. pastu terus turun..
fiezaradzi recently posted..Jangan Membazir- Itu Amalan Syaitan
Memang betul.Nurse pun suruh isteri saya bagi anak minum susu ibu banyak.Sebab susu ibu yang terbaik untuk hilangkan kuning anak.
Pingback: Dialisis (Bah. 2)
Bagus info nie.belum pernah lagi tengok prosedur nie dengan mata kepala sendiri.
Kamal Mustafa recently posted..Kamal Info – Jangan Terlalu Manjakan Tubuh Anda
teringat arwah ayah angkat saya…kena ulang-alik pusat dialisis 2-3 hari seminggu

fitri recently posted..Linux Newbie- Distro Mana Satu Yang Sesuai Dengan Anda
Macam tulah kehidupan seseorang yang terpaksa menjalani rawatan dialisis.Kena bayarke atau ditanggung?
erm buah pinggang yang masih elok nie kena jaga dengan sebaik mungkin.. terima kasih diatas penerangan….. kena ambil serius
zik recently posted..Televisyen 3D pertama didunia keluaran Toshiba dilancar di Jepun!!
Sama-sama bro.
tahniah dapat baby baru. walaupun terlambat nak wish.
bleh tanya sikit tak bro? pe yang membuatkan buah pinggang rosak? so bleh la berjaga-jaga di awal muda ni
nasslimdiet2 recently posted..K29-Minuman tenaga
Terima kasih bro atas ucapan tu.Antara sebab utama berlakunya kerosakan buah pinggang ialah tekanan darah tinggi yang tidak dikawal,kencing manis,penyakit batu karang dan juga keradangan yang berlaku pada buah pinggang.
Pingback: Kegagalan Buah Pinggang:Apa Yang Patut Dimakan & Dielakkan l Buah Pinggang Sihat Dot Com
Pingback: Apakah Risiko Menjalani Rawatan Hemodialisis? l Buah Pinggang Sihat Dot Com