Assalamualaikum pembaca sekalian,
Sekali lagi bertemu kita dalam artikel saya yang terbaru.Seperti mana yang telah saya janjikan pada artikel yang lepas,insyaAllah pada artikel kali ini saya akan sambung entri yang bertajuk Dialisis.
Kepada anda yang baru lagi sampai ke blog ini,anda boleh membaca artikel yang berkaitan dengan klik di sini.
Ok,kita akan sambung ke soalan yang seterusnya
Berapa lamakah rawatan dialisis perlu dilakukan?
- Bergantung kepada seberapa baik buah pinggang anda berfungsi
- Berapa banyak cecair yang tubuh anda keluarkan pada setiap rawatan
- Berapa banyak sisa-sisa yang tak diperlukan dalam tubuh anda
- Berapa saiz tubuh anda
- Dan juga jenis buah pinggang buatan yang anda gunakan
Pada kebiasaannya rawatan hemodialisis akan mengambil masa selama tiga atau empat jam pada setiap rawatan dan dilakukan tiga kali seminggu.Jenis dialisis yang dipanggil high-flux dialisis mungkin mengambil sedikit masa untuk dilakukan.Anda boleh berbincang dengan doktor anda apakah rawatan ini sesuai untuk anda.
Apakah peritoneal dialisis dan bagaimanakah cara ianya bekerja?

kredit gambar:www.kidneyfund.org
Melalui dialisis jenis ini,darah dibersihkan di dalam tubuh anda.Doktor anda akan melakukan pembedahan untuk meletakkan sebuah tabung plastik yang disebut katerer ke dalam perut anda.
Melalui rawatan cara ini,daerah perut anda yang disebut rongga peritoneal secara perlahan akan diisi dengan cairan dialisat melalui katerer.Darah akan berada di dalam arteri dan vena yang melapisi rongga peritoneal anda.Cecair yang berlebihan dan juga bahan-bahan yang tidak diperlukan akan ditarik keluar dari darah dan masuk ke dialisat.Ada dua jenis utama dalam peritoneal dialisis.
Apakah perbezaan jenis peritoneal dialisis dan bagaimana ianya berfungsi?
Ada beberapa jenis peritoneal dialisis tetapi ada dua jenis yang utama iaitu:
- Continuous Ambulatory Peritoneal Dialysis (CAPD)
- Continuous Cycling Peritoneal Dialysis(CCPD)
Continuous Ambulatory Peritoneal Dialysis atau CAPD adalah satu-satunya jenis peritoneal dialisis yang tidak menggunakan mesin.Melalui CAPD,anda boleh melakukannya sendiri di rumah atau di tempat kerja.Selalunya ia dilakukan 4 atau 5 kali sehari.
Anda akan meletakkan satu bag dialisat(lebih kurang 2 liter) ke dalam rongga peritoneal anda melalui katerer.Dialisat akan dibiarkan di dalam rongga peritoneal tadi selama 4 atau 5 jam.Kemudian akan dikeringkan kembali ke dalam bag dan dibuang.Ini disebut sebagai bursa atau pertukaran.
Anda akan menggunakan 1 bag dialisat yang baru setiap kali melakukan bursa.Sementara dialisat dibiarkan di dalam rongga peritoneal,anda bolehlah melakukan aktiviti harian atau pun kerja anda.
Continuos Cycling Peritoneal Dialysis atau CCPD pula biasanya akan dilakukan di rumah dengan menggunakan sebuah mesin khas yang dipanggil sebagai cycler.CCPD adalah sama dengan CAPD cuma berbeza dari jumlah pertukarannya sahaja.Setiap pertukaran biasanya berlangsung selama 1 jam dan pertukaran berlaku sepanjang malam ketika anda sedang tidur.
Adakah rawatan dialisis boleh membantu menyembuhkan penyakit buah pinggang?
Tidak.Rawatan dialisis bukan untuk menyembuhkan penyakit buah pinggang anda,tetapi ianya menggantikan fungsi buah pinggang anda.Dan anda terpaksa menggunakan rawatan ini seumur hidup anda,kecuali anda melakukan pemindahan organ buah pinggang.
Apakah rawatan dialisis akan menimbulkan rasa tidak selesa?
Anda mungkin akan berasa tidak selesa terutamanya ketika jarum dimasukkan ke dalam fistula.Tetapi kebanyakan pesakit yang menjalani rawatan ini tidak mengalami masalah lain.Rawatan dialisis sendiri sebenarnya langsung tidak menimbulkan rasa sakit.
Namun,bagi beberapa kes,pesakit mungkin akan mengalami penurunan tekanan darah mereka.Jika hal ini berlaku,anda mungkin akan mengalami rasa sakit perut,muntah-muntah,pening atau pun kejang.Dengan rawatan yang kerap,masalah-masalah tadi biasanya akan hilang dengan sendirinya.
Berapa lamakah rawatan dialisis telah diwujudkan?
Hemodialisis dan peritoneal dialisis telah dilakukan sejak pertengahan tahun 1940 lagi.Dialisis sebagai rawatan biasa telah bermula pada tahun 1960 dan sekarang telah menjadi rawatan yang standard di seluruh dunia.Manakala CAPD pula telah bermula pada tahun 1976 dan rawatan ini telah menyelamatkan banyak nyawa.
Berapa lamakah mereka yang menggunakan rawatan dialisis ini akan hidup?
Sebenarnya tidak dapat dipastikan berapa lama mereka yang menggunakan rawatan dialisis akan dapat meneruskan hidup.Tapi kemungkinan juga mereka ini dapat hidup lama seperti mereka yang buah pinggangnya sihat.
Apakah rawatan dialisis ini mahal?
Ya.Rawatan dialisis memerlukan kos yang tinggi.Namun kerajaan persekutuan biasanya akan menampung sebanyak 80% daripada kos keseluruhan rawatan.Selain itu sekiranya anda ada mengambil insurans,itu juga akan dapat membantu.
Apakah pesakit dialisis akan berasa normal?
Kebanyakan pesakit yang menjalani rawatan dialisis boleh menjalani hidup secara normal,kecuali bila tiba untuk menjalani dialisis.Malahan rawatan ini akan membuatkan mereka menjalani hidup dengan lebih baik,kerana ianya banyak membantu menyelesaikan masalah yang disebabkan oleh kegagalan buah pinggang.Anda dan keluarga juga perlu mengambil sedikit masa untuk membiasakan diri dengan rawatan dialisis ini.
Apakah pesakit dialisis perlu mengawal diet mereka?
Ya.Anda perlu untuk membuat diet khusus setelah menjalani rawatan dialisis.Kemungkinan juga anda sudah tidak boleh memakan makanan kesukaan anda lagi.Selain itu anda juga perlu menyekat pengambilan jumlah air.Diet anda juga akan berubah mengikut jenis rawatan yang anda sedang jalani.
Apakah pesakit dialisis boleh melakukan perjalanan jauh?
Sudah tentu.Ini kerana pusat rawatan dialisis terdapat di seluruh dunia dan rawatannya juga adalah standard.Anda cuma perlu membuat temujanji sebelum pergi ke mana-mana pusat rawatan.Kakitangan pusat tempat yang anda sedang jalani rawatan dapat membantu anda membuat temujanji.
Adakah pesakit dialisis dapat meneruskan pekerjaan?
Banyak daripada mereka yang menjalani rawatan dialisis dapat meneruskan pekerjaan semula setelah biasa dengan rawatan ini.Namun sekiranya pekerjaan tersebut memerlukan anda mengangkat benda berat atau menggali,maka anda perlu mencari pekerjaan lain.
*******************************************************************
Minat dengan artikel blog ini?Langgan artikel terbaru melalui emel.
Atau ikuti perkembangan terbaru blog ini di facebook atau twitter.
*******************************************************************


Harapnya aku tak akan menempuhi semua ini

Thank bro
dnoBiz recently posted..Pendidikan Seks – Bukan salah Faham Tapi Aku Tak Tahu Apa Sebenarnya
Benda ni tak boleh dijangka bro.Pengalaman saya menunjukkan bahawa sakit buah pinggang akan datang tanpa sebarang tanda.Yang terbaik buat check-up.Sama-sama bro.
Tu yang membimbangkan aku sebenarnya
dnoBiz recently posted..Pendedahan Makhluk Hitam – Rahsia terbongkar
uh betul tu, penyakit ni tak pasti bila boleh ada..
bila2 masa je, kalau yg kuat bersukan boleh sakit, apa cer pulak yg kita lebih kurang je jaga kesihatan ni
nice one bro..;D
syahrilhafiz recently posted..Blog Tergendala! Apa puncanya
Betul tu bro.Saya dulu seorang yang tidak merokok dan rajin bersukan.Kata orang kena banyak minum air masak untuk sihat.Saya minum.Tapi last-last tak sangka boleh kena juga sakit buah pinggang ni.
bro sakit buah pinggang?
adakah boleh bersukan semula apabila seseorg menjalani dialisis?
tengkorak emas recently posted..Kita tidak keseorangan
Ye,saya seorang pesakit buah pinggang,tapi masih belum tahap dialisis.Cuma 30% ada kerosakan.Buat masa ni masih bertahan dengan ubat.Tapi alhamdulillah ada ambil satu pemakanan kesihatan,dan sekarang tidak lagi bergantung pada ubat.
Sebenarnya mereka yang menjalani dialisis akan dapat melalui kehidupan yang normal seperti mereka yang sihat buah pinggangnya.Ini termasuklah aktiviti bersukan.Tapi sebaiknya janganlah sukan yang terlalu agresif.
jadi melalui rawatan untuk kurangkan tekanan darah tinggi tu, adakah buah pinggang tu boleh sembuh semula?
adakah bro pernah ambil ACE dan ARB?
tengkorak emas recently posted..Kita tidak keseorangan
Jika sudah memang ada penyakit buah pinggang,penjagaan tekanan darah mungkin akan dapat mengawal buah pinggang dari bertambah teruk.Ini terletak juga pada sesetengah orang.Bagi sesetengahnya,insyaAllah boleh sembuh,dan ada sesetengahnya buah pinggang hanya dapat dikawal dari bertambah teruk.
Maaf bro,saya tak pernah ambil ACE dan ARB.Kenapa?Bro pernah ambil?
Jonah Lomu pemain ragbi All Black New Zealand pun kena mengidap sakit buah pinggang yang kronik. Padahal sports man
akubiomed recently posted..Gara – gara merempit cukai jalan RM20
Tak tentu bro.Nasib masing-masinglah.
Tapi yang paling banyak kesannya ialah faktor pemakanan
dnoBiz recently posted..Pendedahan Makhluk Hitam – Rahsia terbongkar
walaupun nampak agak melecehkan..tapi sekurang-kurangnya ada la juga kaedah rawatan yg boleh jadi ‘penyambung nyawa’ kita…
fitri recently posted..Linux Newbie- Distro Mana Satu Yang Sesuai Dengan Anda
Betul tu.Buat masa ini hanya itulah kaedah rawatab yang ada bagi pesakit buah pinggang kronik.
tapi kalau dah tahap macam ni banyak tanggung jawab akan terabai…
dnoBiz recently posted..Protes – Lelaki terjun dari balkoni Parliment video
Betul tu bro.malah sekiranya berlaku kepada lelaki dia akan merasa rendah diri kerana tidak dapat melaksanakan tanggungjawab dan merasakan bahawa dia menjadi beban kepada orang lain.Orang sakit ni mudah sensitif bro.Saya ada pengalaman.
tentang ACE dan ARB tu, bro pernah cerita dalam entri lepas, jadi saya cuma ingin bertanya, thanks bro
tengkorak emas recently posted..Hasilkan dvd album dengan teknik masking
Salam bro,takde masalah untuk bertanya.Tentang ACE dan ARB tu ialah melalui pembacaan saya.Saya tidak pernah mengambilnya.
salam singgah..maaf lama xsinggah sini sebab hampir seminggu ‘bercuti’ hehhee…
mesin nie banyak membantu org menghadapi masalah buah pinggang yg kotor…cuma kosnya mahal~
nash recently posted..Aku Terus Memegang Sesuatu di Seluar Dia18sx
buah pinggang nie harus dijaga..sebaiknya…betul ginjal bekerja keras untuk kasi tapi apa2 yang kita telan… tapi ada masanya dia akan penat..
zik recently posted..Kucing paling garang !!
Pingback: Anemia Pada Penyakit Buah Pinggang & Dialisis
Buah Pinggang merupakan organ yg ajaib, mengawal tekanan darah, mengawal cecair dan mineral dalam bdn, mengeluarkan hormon bagi menghasilkan sel darah merah..Harap suatu hr nnt para saintis menemukan kaedah rawatan atau penyembuhan utk pesaki buah pingg..
InsyaAllah.
Pingback: Diet & Dialisis
Pingback: Analgesik:Kesan Ke Atas Buah Pinggang
Pingback: Diagnosis & Rawatan CKD-MBD
Pingback: 10 Langkah Untuk Elakkan Penyakit Buah Pinggang l buahpinggangsihat.com
Pingback: Struktur Buah Pinggang dan Fungsinya l buahpinggangsihat.com
Pingback: Osteodistrofi Buah Pinggang l buahpinggangsihat.com
Pingback: Panduan Diet Permulaan Untuk Pesakit Hemodialisis l Buah Pinggang Sihat Dot Com
Pingback: IgA Nefropati l Buah Pinggang Sihat Dot Com
Pingback: Ubat Penahan sakit (Analgesik) | PDA13