Selamat Datang.Sekiranya anda merupakan pelawat terbaru di sini,saya menggalakkan agar anda mendaftarkan emel supaya anda tidak akan ketinggalan lagi semua artikel terbaru dari saya.Sila daftarkan diri anda di sini.
Assalamualaikum pembaca sekalian,
Seperti mana yang telah saya janjikan dalam artikel yang lalu,pada kali ini saya akan kongsikan pula bersama anda tentang diagnosis dan rawatan untuk penyakit CKD-MBD.
Anda masih belum mengetahui tentang penyakit CKD-MBD?Boleh baca selanjutnya di sini.
Diagnosis CKD-MBD
Untuk mengdiagnos CKD-MBD,doktor mungkan akan mengambil sampel darah anda.Tujuan diambil sampel tersebut adalah untuk menentukan tahap fosforus,kalsium,PTH dan vitamin di dalam darah anda.Kemungkinan juga doktor anda kan mencadangkan agar dilakukan biopsi tulang.Ini dapat membantu untuk menentukan samada sel tulang anda menjalankan pembinaan rangkaian tulang secara normal.Biopsi tulang melibatkan pengambilan sample tulang dari bahagian pinggang anda.Kemudian sampel tersebut akan dilakukan analisa di bawah mikroskop.
Rawatan CKD-MBD
Rawatan untuk CKD-MBD pula adalah dengan cara mengawal kadar hormon paratiroid untuk mengelakkan kerosakan berlaku pada tulang anda.Kelenja-kelenjar paratiroid yang terlalu aktif akan dikawal dengan melakukan sedikit perubahan dalam diet,rawatan dialisis atau juga ubat.
Diet
Salah satu cara yang penting untuk mengelakkan berlakunya penyakit tulang ialah dengan mengurangkan pengambilan fosforus.Pakar diet buah pinggang boleh membantu anda untuk merancang diet bagi mengawal pengambilan fosforus yang berlebihan.
Selain itu,doktor anda juga mungkin akan memberikan kepada anda ubat yang dipanggil pengikat fosforus untuk diambil bersama dengan makanan harian atau snek.Ubat ini membantu untuk menurunkan kadar penyerapan fosforus ke dalam darah dengan cara mengikat fosforus di usus.
Antara contoh ubat pengikat fosforus ialah kalsium karbonat(TUMS),kalsium asetikp(PhosLo),hidroklorik sevelamer(Renagel), dan karbonat lantanum(FOSRENOL).
Dialisis
Peningkatan dos dialisis dengan meningkatkan kadar aliran pesakit atau kekerapan kadar rawatan juga boleh membantu mengawal kadar fosforus.
Rawatan Lain
Jika buah pinggang anda tidak menghasilkan kadar calcitriol yang mencukupi,doktor mungkin akan membekalkan calcitriol sintetik atau bentuk lain dari vitamin D sebagai pil atau dalam bentuk suntikan.
Pembedahan
Pembedahan untuk membuang kelenjar-kelenjar paratiroid mungkan juga akan dicadangkan oleh doktor anda jika tahap PTH anda tidak boleh dikawal dengan pengambilan ubat atau diet.
Perkara Yang Boleh Anda Lakukan
1)Melakukan aktiviti senaman secara teratur dapat menjaga kesihatan tulang anda secara keseluruhan.Namun sekiranya anda sedang menjalani rawatan dialisis,anda msti membuat perbicangan bersama dengan pakar kesihatan anda sebelum memulakan sebarang aktiviti senaman.
2)Berhenti merokok
Ok pembaca sekalian.Ada soalan dengan artikel di atas?Kalau ada,gunakanlah ruangan komen di bawah ye
Jumpa lagi!
Sumber artikel : Kidney Health Care
Tentang penulis: Abdullah Idris merupakan salah seorang dari pesakit buah pinggang di Malaysia.Di blog ini beliau kongsikan bersama pembaca sedikit pengalaman dan pengetahuan tentang penyakit buah pinggang.Anda boleh ikuti perkembangan beliau di facebook atau twitter.

Agak2 kalau org yang sihat tapi x buat senaman akan kena sakit jugak x? Jai bab senaman ni mmg ssh, hampir 2 tahun kerja sekarang x pernah senam.. Mana taknya, kje 12 jam, balik rehat tido je..
decrewz recently posted..Tips Gila 1000 Visitor Sehari
Salam jai,
Zaman sekarang ni jai penyakit yang datang tak dapat dijangka.Saya dulu sangat aktif bersukan,tapi boleh kena penyakit buah pinggang.Dari segi logiknya kalau bersenam pun boleh kena penyakit,tambahanlah kalau yang tidak bersenamkan.
Nak bersenam tu masalah sekarang… Mungkin hari cuti je ada masa, itupun seminggu sekali je cuti..
decrewz recently posted..Travis McCoy ft Bruno Mars – Millionaire miming
Banyak cara kita boleh lakukan senaman ni bro.Bukan sekadar mesti turun ke padang.Contohnya kita boleh bersenam dengan cara menaiki anak tangga sewaktu di tempat kerja.Asalkan kita kreatif,pasti boleh lakukannya.
oklah camtu.. Jai ddk flat 5 tingkat xde lift, tingkat atas sekali, tiap2 hari mesti kena naik tangga sampai atas, siap semput lagi..hu3
decrewz recently posted..Travis McCoy ft Bruno Mars – Millionaire miming
Tapi takkan rumah flat tu tak sediakan lif.Macam tak patut je.Bukanlah semestinya Jai naik tangga sampai semput.Ikut pada kemampuan juga.Buat sedikit demi sedikit.
Erk, rumah flat 5 tingkat mmg x sediakan lift, 5 tingkat ke atas baru ada lift..

decrewz recently posted..Travis McCoy ft Bruno Mars – Millionaire miming
Oh,macam tu ke.
Penyakit buah pinggang berkait rapat dengan faktor cara hidup dan faktor pemakanan
Boleh saya tahu , En. Admin sakit buah pinggang tahap berapa?
Penyakit buah pinggang saya belum sampai ke tahap dialisis.Masih dengan rawatan ubat.Tetapi saya ada mengambil pemakanan kesihatan dan alhamdulillah penyakit saya semakin baik.