Bolehkah Wanita Dengan Nefrotik Sindrom Mengandung?


Anda wanita? Ingin mengandung tetapi anda mempunyai masalah nefrotik sindrom? Pastinya soalan di atas bermain difikiran anda.

Datangnya idea saya untuk menulis artikel dengan tajuk di atas kerana ada seorang pembaca telah bertanyakan soalan tersebut kepada saya. Saya berharap agar artikel ini akan membantu pembaca tersebut khususnya dan seluruh pembaca blog ini amnya.

Secara umumnya mengandung adalah satu perkara yang normal bagi wanita dan ia merupakan satu saat yang indah dan sangat dinanti-nantikan. Tetapi bagi anda yang mempunyai masalah nefrotik sindrom, anda perlu berfikir dua kali.

Kehamilan boleh mendatangkan kesan buruk terhadap penyakit anda dan boleh menyebabkan bahaya terhadap ibu dan juga janin.

Ahli nefrologist mengesyorkan agar wanita yang mempunyai penyakit nefrotik sindrom adalah lebih baik tidak melahirkan anak kerana rawatan khusus yang agak panjang dan juga risiko peluang kesembuhan terhadap penyakit ini.

Walaubagaimanapun anda tidak perlu bimbang kerana itu tidak bermakna yang anda tidak mempunyai peluang untuk melahirkan seorang bayi yang comel dan sihat. Sekiranya anda berada dalam situasi di bawah, anda boleh mempertimbangkan untuk melahirkan bayi selepas mendapat kebenaran dari doktor anda.

Bolehkah Saya Mengandung?

Boleh sekiranya anda berada pada mana-mana keadaan di bawah dan setelah mendapat kebenaran dari doktor anda:

1) Penyakit nefrotik sindrom anda berada dalam keadaan terkawal dalam tempoh lebih dua tahun. Dan dalam tempoh ini tidak berlakunya hematuria dan bacaan urin protin berada kurang daripada 0.5g/d. Semua indeks berada dalam keadaan julat normal.

2) Fungsi buah pinggang berada dalam keadaan normal dan tidak menunjukkan tanda-tanda berlakunya pengulangan penyakit.

3) Tidak ada tekanan darah tinggi, jangkitan pada saluran kencing dan sebarang komplikasi lain.

4) Ujian biopsi buah pinggang yang anda jalani menunjukkan jenis patologi NS yang anda hadapi adalah jenis yang ringan seperti Minimal Change Disease, Mesangial Proliferative Glomerulonephritis yang ringan, Membranous Nephropathy peringkat awal dan sebagainya.

Selain itu terdapat juga beberapa perkara yang perlu dipertimbangkan untuk wanita nefrotik sindrom yang sedang mengandung:

  • Anda perlu menjalani ujian yang kerap iaitu ujian air kencing, tekanan darah dan fungsi buah pinggang terutamanya ketika usia kandungan anda berada pada peringkat akhir kehamilan. Secara umumnya ujian air kencing perlu dilakukan dua kali seminggu. Pemeriksaan darah pula perlu dilakukan setiap hari manakala ujian fungsi buah pinggang pula dilakukan dua kali dalam tempoh seminggu atau dua minggu. Anda perlu berbincang dengan doktor anda tentang kekerapan ujian-ujian di atas.
  • Anda juga perlu mendapatkan rehat yang cukup dan sentiasa berada dalam keadaan tenang bagi mengurangkan risiko penyakit anda berulang.
  • Anda perlu membuat satu pelan diet yang sesuai berdasarkan saranan doktor anda untuk menjamin keperluan harian bagi nutrien anda.
Secara ringkasnya, bagi wanita yang mempunyai nefrotik sindrom perlu berbincang dengan doktor anda secara terperinci sebelum mengambil keputusan untuk mengandung. Selain itu memberi perhatian kepada penjagaan kesihatan akan membantu anda membuat pengurusan yang baik disaat kehamilan.
==================================================
Sumber artikel : http://www.igasite.com/nephrotic-syndrome/733.html
================================================== 
Sekiranya anda memerlukan bantuan, gunakan contact form di bawah untuk menghantar mesej kepada saya. Anda akan menerima balasan melalui emel. Saya sangat berpuas hati sekiranya dapat membantu anda.

Perhatian: Informasi ini hanyalah sebagai panduan umum dan tidak boleh dianggap sebagai nasihat profesional.


Tentang penulis
:
Abdullah Idris merupakan pengasas blog kesihatan ini. Dapatkan update terkini melalui facebook atau twitter. Atau langgan artikel terkini yang mengandungi tip & panduan penting untuk kesihatan buah pinggang melalui emel.

 


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

4 thoughts on “Bolehkah Wanita Dengan Nefrotik Sindrom Mengandung?

  1. fazilah

    trima ksh ats semua mklumat yg brguna pd laman ini. Adakah masalah tidak boleh kencing (terpaksa mggunakan tiub) dan hematuria mmpunyai kaitan dgn pnyakit nefrotik syndrom yg dialami beberapa tahun lalu?

    1. admin Post author

      Berdasarkan pengalaman saya kalau mempunyai nefrotik sindrom tidaklah sampai perlu kencing menggunakan tiub. Kalau hematuria itu boleh menjadi tanda yang anda mempunyai nefrotik sindrom.

  2. fazilah

    terima kasih ats mklumbalas yg sdr berikan.Bagaimanapun saya masih mempunyai kemusykilan.Untuk mkluman, penyakit nefrotik syndrom telah dialami selama 5 tahun, 9 kali relapse. telah berhenti makan prednesolene sejak 2009. Tetapi, sejak 1 bln lepas menghadapi masalah tidak dapat kencing dan disyaki mengalami cord syndrom.Boleh tolong huraikan apa itu cord syndrom dan adakah perkaitannya dengan nefrotik syndrom?Terima kasih sekali lagi, semoga Allah mmbalas budi sdr dgn segala kebaikan.

    1. admin Post author

      Saya akan cuba cari maklumat tentang cord syndrom.Saya akan kongsikan di blog ini apabila dah dapat maklumat.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

CommentLuv badge

PERCUMA!Panduan Diet Untuk Pesakit Buah Pinggang


%d bloggers like this: