Biopsi Buah Pinggang


Assalamualaikum pembaca sekalian, pernahkah anda mendengar suatu prosuder yang dipanggil biopsi? Biopsi ialah suatu prosuder diagnostik yang digunakan oleh doktor untuk melihat sampel tisu di bawah mikroskop.

Biopsi buah pinggang pula ialah suatu prosuder di mana melibatkan pengumpulan potongan bahagian kecil buah pinggang, yang kebiasaannya melibatkan penggunaan jarum. Ujian biopsi ini sangat membantu dalam menemukan atau mengesahkan sesuatu diagnostik. Melakukan biopsi buah pinggang juga dapat membantu dalam memberikan rawatan yang terbaik. Doktor boleh mencadangkan kepada pesakit biopsi sekiranya:

  • terdapat darah dalam kandungan urin(hematuria).
  • berlebihan kandungan protin di dalam urin, dipanggil protinuria.
  • gangguan fungsi buah pinggang yang menyebabkan sisa-sisa yang tidak diperlukan terkumpul di dalam darah.

Doktor yang akan mengkaji sampel tisu yang diambil dipanggil sebagai patologi. Ahli patologi akan memeriksa dan membuat kajian pada sampel tadi untuk bekas luka dan juga jangkitan orgasme. Keputusan daripada ujian biopsi akan dapat menunjukkan:

  • keadaan buah pinggang samada boleh diubati atau disembuhkan.
  • seberapa cepat masalah kegagalan buah pinggang.
  • mengapa pemindahan buah pinggang tidak berfungsi dengan sebaiknya.

Selama prosuder ini, pesakit mungkin sepenuhnya berada dalam kedaan kebas akibat kesan ubat pelali, atau mungkin tidur. Ada beberapa cara biopsi yang boleh dilakukan dalam proses untuk mendapatkan sampel buah pinggang. Antaranya ialah:

  • Suntikan (melalui kulit) biopsi. Doktor menggunakan jarum pencari kedudukan dan x-ray atau ultrasound untuk mencari tempat yang tepat dan kemudian menetapkan arah untuk mendapatkan sampel tisu. Seluruh prosedur biasanya memakan masa sekitar satu jam.
  • Biopsi buah pinggang melalui pembedahan terbuka. Jika biopsi suntikan tidak sesuai untuk pesakit kerana ditakuti terjadinya pendarahan, kemungkinan doktor akan mencadangkan untuk melakukan pembedahan terbuka bagi mendapatkan sampel tisu.
  • Transjugular biopsi. Melalui prosuder ini, jarum dimasukkan melalui kateter yang masuk ke dalam urat nadi pesakit yang terletak di leher. Jarum akan turun melalui pembuluh darah ke buah pinggang untuk mendapatkan sampel tisu dari dalam tanpa menusuk kulit luar buah pinggang.

Sebelum anda menjalani prosuder biopsi ini, ada beberapa perkara penting yang mesti anda ingat.

Sebelum Ujian

  • Pastikan anda berbincang dengan doktor anda tentang prosedur biopsi ini untuk memastikan yang anda benar-benar faham akan prosesnya.
  • Menandatangani borang persetujuan.
  • Elakkan dari mengambil makanan dan minuman lapan jam sebelum menjalani ujian biopsi.

Selepas Ujian

  • Doktor anda akan menyarankan supaya berbaring di atas punggung atau perut(sekiranya anda menjalani pemindahan buah pinggang) selama 12 atau 24 jam.
  • Anda perlu memaklumkan kepada doktor dengan segera sekiranya anda mengalami masalah ini:
  • Kencing berdarah selepas 24 jam menjalani ujian biopsi,
  • Demam,
  • Rasa sakit yang semakin teruk di bahagian biopsi,
  • Ketidakmampuan untuk membuang ari kencing,
  • Pening atau pengsan.

***Nota : Maklumat yang dikongsikan di dalam artikel ini adalah info umum tentang ujian biopsi. Seperti prosuder diagnostik yang lain, anda perlu bercakap dengan doktor anda mengenai risiko yang terlibat dan maklumat tentang apa yang akan anda perolehi dari prosuder ini.

Sumber rujukan artikel : http://www.kidneyhealthcare.com/2008/07/kidney-biopsy.html

Anda rasa artikel di atas bermanfaat? Kongsikanlah ia dengan rakan-rakan anda. Atau klik butang like dan juga google plus one di bawah. Saya sangat menghargainya.

Tentang penulis: Abdullah Idris merupakan pengasas blog kesihatan ini dan juga salah seorang dari pesakit buah pinggang di Malaysia. Dapatkan makluman terkini dengan pantas dari beliau melalui facebook atau twitter. Atau langgan artikel terkini beliau yang pastinya mengandungi tip & panduan penting untuk kesihatan buah pinggang melalui emel.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

30 thoughts on “Biopsi Buah Pinggang

    1. admin Post author

      Saya pernah melakukan prosuder biopsi. Ketika mula-mula nak lakukan ujian tersebut, doktor menggunakan satu alat macam xray untuk lihat kedudukan buah pinggang. Kemudian doktor suruh tahan nafas untuk tetapkan kedudukan buah pinggang dan dia tanda kedudukan tersebut. Selepas memberikan bius, doktor menggunakan satu jarum khas yang agak panjang juga tembus ke buah pinggang saya. Ketika tu rasa macam senak sikit.

      Bila dah dapat sampel buah pinggang tu doktor suruh berbaring selama 6 jam, nak kencing pun kena berbaring.Tujuannya untuk cepat hentikan pendarahan.Itulah sedikit pengalaman saya melakukan ujian tersebut.Mula-mula takut juga melihatkan jarum dia tu.

        1. admin Post author

          Baca je macam ngeri bro. Pengalaman saya kena sendiri taklah menyeksakan sangat. Tambahan pula kita diberikan bius.

    1. admin Post author

      Selalunya untuk mengesahkan seseorang itu mengidap sakit buah pinggang adalah melalui ujian darah dan urin. Biopsi selalunya digunakan untuk melihat sejauh mana buah pinggang sudah bermasalah. Ia juga digunakan untuk mengkaji apakah punca berlakunya masalah buah pinggang dengan tepat. Ini akan memudahkan doktor memberikan rawatan yang sesuai.

    1. admin Post author

      Sebenarnya kaedah peribatan sekarang memang sangat mengerikan. Mencegah penyakit dari merawatnya adalah satu jalan yang cukup baik.

    1. admin Post author

      Minta maaf bro. Saya taj tahu tentang pengambilan air buah pinggang tu. Boleh bro kongsikan? Tapi prosuder biopsi ni memang tak lah menakutkan pun. Macam saya kena dulu, tak sampai pun 15 minit dah selesai.

      Tapi bergantung pada doktor yang buat prosuder ni juga. Kalau pakar memang sekejap je lah. Tapi kalau yang buat tu tak pakar, lamalah juga sebab nak pastikan jarum yang dimasukkan tepat dengan kedudukan buah pinggang.

    1. admin Post author

      Bro boleh buat ujian air kencing sendiri di rumah. Bro pergi ke farmasi beli alat nama dia Makromed. Ianya alat untuk uji kandungan protin dalam air kencing. Bro boleh tanyakan kat pegawai farmasi tu cara gunanya.

  1. Pingback: Bolehkah Wanita Dengan Nefrotik Sindrom Mengandung? l Buah Pinggang Sihat Dot Com

  2. Pingback: Nefrotik sindrom dikalangan kanak-kanak l Buah Pinggang Sihat Dot Com

    1. admin Post author

      Wslm,saya doakan agar ia berjaya.Saya juga pernah melalui prosuder biopsi.Mengikut pengalaman saya ianya adalah satu prosuder yang mudah dan terlalu rendah risikonya.

    1. admin Post author

      Kebiasaannya doktor akn suruh stay dulu di hospital.Kalau tiada sebarang komplikasi boleh balik.Biasanya lepas biopsi perlu baring selam 6 jam.Ini apa yg sy lalui dulu.

  3. kecik

    asalamualaikum..selasa dpn sy akn mjlani biopsi..sy sgt tkut,sy ingin btnya apa yg anda rsa slpas mlakukn nya,dn bgaimn thap ksihtan anda skg..hrap mbntu..tima ksh..

    1. admin Post author

      Waalaikumussalam,

      Apa yang boleh saya katakan pada anda berdasarkan pengalaman saya menjalani prosuder biopsi ialah anda tidak perlu terlalu takut,kalau takut sikit-sikit tu biasalah.Saya juga begitu.Sebenarnya prosuder biopsi adalah prosuder yang sangat mudah dan berjalan dalam tempoh yang sekejap je,tak sampai pun 15 minit prosuder ni akan selesai.Tetapi itu bergantung kepada siapa yang melakukan prosuder tersebut.Kalau pakar dalam nefrologi dan telah biasa menjalankan prosuder ini,tidak akan menimbulkan sebarang masalah.

      Selepas anda menjalani prosuder,anda akan dinasihatkan oleh doktor untuk berbaring secara menelentang selama 6 jam untuk mempercepatkan memberhentikan pendarahan.Ini kerana semasa prosuder biopsi buah pinggang anda akan sedikit luka kerana sel buah pinggang diambil dengan menggunakan sejenis jarum khas.Berdasarkan pengalaman saya prosuder biopsi adalah selamat dan risikonya sangat rendah.

  4. kecik

    tima ksh dgn jwpan anda,tlalu bnyk yg ingin sy tnya..bgmana thap ksihatan anda skg slpas mlakukn biopsi ? dn adkah cara lain slain mlkukan biopsi untuk mgethui pykit yg kt almi..tima ksh skli lg..

    1. admin Post author

      Biopsi sebenarnya prosuder yang dilakukan bagi membantu doktor untuk mengetahui jenis penyakit kita pada tahap sel dan ini membolehkan doktor memberikan rawatan dan ubat yang sesuai.Biopsi bukan rawatan untuk memulihkan penyakit,jadi tahap penyakit anda tidak akan berubah.

    1. admin Post author

      Waalaikumussalam,

      Masa saya buat dulu free je sbb GH dan ketika tu saya sedang belajar.Tetapi kalau kena kos pun rasanya tak mahal sangat.

  5. Asnira

    Thank you atas maklumat yg sgt bguna. Sy akn jalani biopsi dalam waktu terdekat sbb dlm urine ada darah dan protein. Mula2 Sy rs mcm takut jer nk buat tp bila baca info yg dberikan insya allah sy rs lbh tenang utk melakukannya….semoga semuanya berjalan dengan lancar. Aamiiiin

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

CommentLuv badge

PERCUMA!Panduan Diet Untuk Pesakit Buah Pinggang


%d bloggers like this: