Bagaimana Untuk Tahu Jika Anda Mempunyai Penyakit Buah Pinggang?


Assalamualaikum pembaca sekalian,

Ramai daripada kita yang sebenarnya mempunyai penyakit buah pinggang, tetapi kita tidak menyedarinya. Ini disebabkan sebahagian dari tanda-tanda penyakit buah pinggang mungkin kelihatan seperti gejala penyakit lain. Jadi bagaimana untuk mengetahui yang anda mempunyai penyakit buah pinggang? Untuk mengetahuinya mari kita lihat tanda-tanda awal penyakit buah pinggang yang saya kongsikan di bawah.

  1. Anda perhatikan perubahan dalam pembuangan air kencing. Lihat pada kekerapan pembuangan air kencing samada anda kencing dengan kerap atau kurang kerap dari kebiasaan. Perhatikan juga jika terdapatnya darah di dalam air kencing anda.
  2. Anda mengalami keletihan sepanjang masa. Kegagalan buah pinggang tidak dapat menghasilkan hormon yang mencukupi untuk tubuh menghasilkan sel darah merah. Tanda penghasilan sel darah merah yang mencukupi boleh menyebabkan anemia dan akibatnya anda akan mengalami keletihan yang melampau.
  3. Anda mengalami pembengkakan pada salah satu anggota di tubuh badan. Buah pinggang yang sihat akan berfungsi untuk mengeluarkan bendalir yang berlebihan dari badan anda. Dan sebaliknya akan berlaku sekiranya buah pinggang anda mengalami kegagalan.
  4. Anda mengalami ruam dan kegatalan. Kegagalan buah pinggang untuk mengeluarkan sisa-sisa buangan dari tubuh anda akan menyebabkan anda mengalami kegatalan yang teruk.
  5. Perhatikan sekiranya ada rasa seperti logam di dalam mulut anda. Ini adalah salah satu tanda-tanda awal kegagalan buah pinggang. Ianya juga berlaku disebabkan oleh terkumpulnya sisa buangan di dalam darah.
  6. Anda mengalami loya dan muntah-muntah. ini juga disebabkan oleh pengumpulan sisa-sisa buangan di dalam darah.
  7. Anda berasa sejuk sepanjang masa. Mereka yang mengalami anemia mungkin akan berasa kesejukan sepanjang masa walaupun dalam cuaca yang panas.
  8. Anda merasa kesukaran untuk bernafas. Ini tanda awal penyakit buah pinggang yang mungkin disebabkan oleh anemia atau pengumpulan bendalir di dalam paru-paru.
  9. Anda merasa sakit di bahagian belakang atau tepi sebelah bawah. Ini  adalah tempat terletaknya buah pinggang anda. Beberapa bentuk penyakit buah pinggang boleh menyebabkan ketumbuhan yang akan mewujudkan rasa sakit pada buah pinggang.
  10. Anda kerap berasa pening kepala. Ini boleh disebabkan oleh anemia yang mengakibatkan kekurangan oksigen di dalam otak.
  11. Kebanyakan dari tanda-tanda awal penyakit buah pinggang juga merupakan tanda kepada penyakit-penyakit lain. Jadi sekiranya anda merasakan anda mungkin mengalami masalah buah pinggang, jalan yang pasti untuk mengetahuinya hanyalah dengan berjumpa doktor untuk melakukan pemeriksaan.

Perhatian: Informasi ini hanyalah sebagai panduan umum dan tidak boleh dianggap sebagai nasihat profesional.


Tentang penulis
:
Abdullah Idris merupakan pengasas blog kesihatan ini. Dapatkan update terkini melalui facebook atau twitter

 

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

37 thoughts on “Bagaimana Untuk Tahu Jika Anda Mempunyai Penyakit Buah Pinggang?

      • bnyak persamaan yg sy alami skrag…..dah bnyk kali piergi hspital n klinik but doc juz ckp skit sendi……kadang2 xcheck pown trus bg ubat….

        • Saya cadangkan buat pemeriksaan di klinik atau hospital swasta.Bukan nak perlekehkan tetapi hakikatnya begitulah.Klinik atau hospital kerajaan sekarang mutu perkhidmatannya terlalu merosot.

          • ya la..klu boleh kita pn tak nak menyusahkan doktor2 kerajaan ni,siapala yg mau sakit..tpi cara dorg cek alakadar je,tunggu kita dah tak bernyawa bru nak buat pemeriksaan trprinci…

  1. Pingback: Bagaimana Untuk Sembuhkan Fungsi Buah Pinggang Lemah l Buah Pinggang Sihat Dot Com

  2. salam…. nak tanye… adekah simptom2 di atas ni akan hilang dan datang sekali sekala atau ia berterusan? mcmne dgn najis dan buang air besar? adakah pesakit buah pinggang ni susah buang air kecil dan besar? tq

    • Boleh jadi kedua-duanya sekali.Berterusan dan kadang-kadang.Pengalaman saya pesakit buah pinggang susah untuk buang air kecil tetapi tidak ketika membuang air besar.

  3. Saya mengalami demam beberapa hari yang lepas. Sejuk, mengigil, badan panas setelah demam ok timbul pula ruam yang gatal. Dah hilang ruam masalah lain pula timbul, saya asik loya je, 2 3x muntah. Nak kata mengandung xmungkin sebab saya lam manses lagi. Sekarang ni masih lagi muntah-muntah dan pagi tadi 1 lagi masalah, pinggang sebelah kiri di tepi pula sakit. Rasa tak selesa sangat, duduk saya tekan tangan kat belakang dan menyandar di kerusi baru rasa ok tetapi rasa sakit tu tak hilang. minta pendapat admin…tq

    • Saya cadangkan langkah terbaik ialah buat pemeriksaan darah dan air kencing.Rasa sakit pinggang tu takut ada kaitan dengan masalah buah pinggang.

  4. Salam

    Adik sy ade melakukan pemeriksaan kesihtan dan doc ade maklumkan bahawa ada lebihan protein dalam urin..adakah ia juga tanda2 dan bagaimana cara pengawalan dari segi pemakanan dan rawatan susulan dari segi pengalaman anda.

    • Waalaikumusalam.Mengikut pengalaman saya sebagai seorang pesakit nefrotik sindrom sendiri apabila wujudnya kandungan protin di dalam urin memang menunjukkan buah pinggang bermasalah.Ini kerana protin sebenarnya adalah nutrien yang diperlukan oleh tubuh badan kita.

      Bila ujian menunjukkan ada kandungan protin apa kata doktor?Adakah doktor mengesahkan yang adik saudari mempunyai masalah buah pinggang.Mengikut pengalaman saya apabila protin banyak di dalam badan,kena kurangkan pengambilan makanan yang bersumber dari protin.Saya cadangkan kalau doktor memberikan rawatan susulan ikut rawatan trersebut dan dalam masa yang sama amalkan pemakanan kesihatan.

      Secara jujurnya saya mencadangkan agar saudari mencuba cellfood.Kerana saya sendiri mengamalkan cellfood dan alhamdulillah ianya berkesan pada saya.

      • Doc ade bg ubat untuk lawaskan kencing n lakukan urine test 2 mggu skali…

        Setakat ni masih blm ade confirmation dari doc tntg masalah buah pinggang.

        Terima Kasih byk2 di atas info y diberi.Sy sgt hargai. Semoga Allah memberi rahmat kepada anda.

  5. Salam, saya sudah 2 kali mengalami sakit pinggang sebelah kanan yang sangat sakit. kesan kesakitan nya sampai saya mengalirkan airmata kerana tidak dapat menahan kesakitan. Pada pendapat anda, adakah saya berkemungkinan mengalami penyakit buah pinggang? Saya sudah mula risau… TQ..

    • Mengikut pengalaman saya sakit buah pinggang tidak menunjukkan sebarang rasa sakit. Mungkin anda mengalami masalah batu karang atau kencing kotor. Dah buat pemeriksaan hospital?

  6. saya pun riasau la,sekarang nie saya kerap kencing2 waktu malam kadang2 saya tak dapat nak kawal pundi kencing saya tengah duduk pun tengok2 dah basah. Adakah nie tanda penyakit buah pinggang..

  7. Assalam admin…

    Baru2 ini saya mengalami kencing x lawas..lebih dr seminggu..dan tak lama selepas itu, saya mengalami sakit pinggang dan diikuti dgn sakit disebelah kiri di bahagian pinggang. Sakitnya seperti dipintal-pintal..sekejap dtg, sekejap hilang..keesokkan harinya beralih kebahagian kanan pula..sehingga kini, saya masih mengalami sakit pinggang, kencing x lawas dan sakit sekejap2 di bahagian kanan dan kiri pinggang. Adakah itu tanda2 penyakit buah pinggang?

    Terima kasih.

    • Kebiasaannya tanda-tanda yang boleh diperhatikan pada air kencing untuk mengenalpasti masalah buah pinggang ialah air kencing berbuih-buih.Keadaan ini disebabkan munculnya kandungan protin di dalam air kencing.Adakah keadaan ini berlaku pada anda?Kalau ada sebaiknya buat pemeriksaan urin terlebih dahulu.Dari situ dapatlah dipastikan samada anda mengidap masalah buah pinggang atau tidak.

  8. salam admin..sy nak tny..skt pd bahagian belakang tu skt yg bagaimana? mksd sy, skt yg amat sgt or just skt2 biasa? sy ingin tahu sebab skt pd blkg sy ni mgkn disebabkan angin..sbb ianya skt yg berdenyut2 tp tidak menjejaskan aktiviti harian sy..dan rasa logam pd mulut tu bagaimana pula? boleh bg cth x?

    • Wslm,

      Saya pun tidak pasti bagaimana rasa sakitnya. Mengikut pengalaman saya sebagai seorang pesakit nefrotik sindrom, saya tidak pernah mengalami rasa sakit di bahagian belakang. Kalau dalam artikel ini ia mengatakan bahawa ada sesetengah penyakit buah pinggang boleh menyebabkan ketumbuhan dan ketumbuhan itu yang menyebabkan rasa sakit pada bahagian belakang. Untuk kepastian saya cadangkan anda buat pemeriksaan sekiranya mengalami rasa sakit di bahagian belakang.

      Berkenaan dengan rasa seperti logam saya tak tahau macam mana nak terangkan.Rasanya macam kelat-kelat tetapi berbeza dengan rasa kelat yang biasa kita alami.

  9. pls do full medical check up….sbnrnye chronic kidney disease is a silent disease…for stage 1 n 2 tak nampak kesan sampingannye unless kita buat check up…but at stage 3…more complicated….high blood pressuse…blood in urine…high creatinine.,,,foamy urine(tanda high protein in urine)…dan itu tandanye filter dlm kidney dh rosak…leaking of protein is early sign of kidney failure….

    kalau kes kidney stone…mmg rasa sakit…

  10. Tkalau hanya merasakan sesak nafas sahaja dan lemah badan dan pening kepala sahaja adakah itu tanda atau sakit pinggang?

  11. Pingback: Mengapa Anda Perlu Merawat Anemia? l Buah Pinggang Sihat Dot Com

  12. Salam admin..temq ats prkngsian nie..sy alami sparuh dri tnda2 y admin tuliskn di ats…muntah2 n ase lam mlut cm logam jer y blm…nk g klnik pnya laa tkut…tp skit stil xilang2…hermmm nk buang aikecil pn kne pk byk kli,xtahan skit n tkt bla tgok ad drah skali y kua…btol2 mnakutkn…hurmmm

  13. sy nk tny,klu mcm sy kn..mcm ada alami simptom spt di ats,kerap sakit blkg,sakit bghian pnggang,sblh blkg bwh area kiri sering sakit,air kncing mcm keruh,x jernih…ada kmungkinan sakit buah pinggang ke,sy mmg sllu rsa ksejukan…wlaupun di pns terik..mcm mna nk pulihkn klu disyaki sakit buah pinggang ni.

    • Gejala-gejala yang anda sebutkan di atas,ada banyak foktor yang boleh menjadi penyebabnya.Boleh jadi masalah buah pinggang,batu karang,jangkitan pada saluran kencing,atau pun kencing kotor.Jalan terbaik ialah buat pemeriksaan air kencing.

      Secara umumnya,untuk penjagaan buah pinggang ialah dari segi pengawalan diet yang sesuai,pengambilan ubat-ubatan,dan juga kawal punca-puncanya.

  14. salam..admin.
    sya nk tnya, kalau kita makan vitamin (cth: di botol mention maximum 10bji shj) dan kita ambil ikut dose yg dah di cadangkan..adakah buah pggang kita boleh rosak?

    t.kasih..

    • Waalaikumussalam,

      Berdasarkan pengalaman saya, kalau vitamin tersebut tidak mengandungi bahan-bahan kimia (contohnya ubatan hospital), ianya tidaklah merosakkan buah pinggang. Walaubagaimanapun, anda juga digalakkan untuk mendapatkan pandangan dan nasihat dari doktor.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

CommentLuv badge

PERCUMA!Panduan Diet Untuk Pesakit Buah Pinggang