Bagaimana Untuk Tahu Jika Anda Mempunyai Penyakit Buah Pinggang?


Assalamualaikum pembaca sekalian,

Ramai daripada kita yang sebenarnya mempunyai penyakit buah pinggang, tetapi kita tidak menyedarinya. Ini disebabkan sebahagian dari tanda-tanda penyakit buah pinggang mungkin kelihatan seperti gejala penyakit lain. Jadi bagaimana untuk mengetahui yang anda mempunyai penyakit buah pinggang? Untuk mengetahuinya mari kita lihat tanda-tanda awal penyakit buah pinggang yang saya kongsikan di bawah.

  1. Anda perhatikan perubahan dalam pembuangan air kencing. Lihat pada kekerapan pembuangan air kencing samada anda kencing dengan kerap atau kurang kerap dari kebiasaan. Perhatikan juga jika terdapatnya darah di dalam air kencing anda.
  2. Anda mengalami keletihan sepanjang masa. Kegagalan buah pinggang tidak dapat menghasilkan hormon yang mencukupi untuk tubuh menghasilkan sel darah merah. Tanda penghasilan sel darah merah yang mencukupi boleh menyebabkan anemia dan akibatnya anda akan mengalami keletihan yang melampau.
  3. Anda mengalami pembengkakan pada salah satu anggota di tubuh badan. Buah pinggang yang sihat akan berfungsi untuk mengeluarkan bendalir yang berlebihan dari badan anda. Dan sebaliknya akan berlaku sekiranya buah pinggang anda mengalami kegagalan.
  4. Anda mengalami ruam dan kegatalan. Kegagalan buah pinggang untuk mengeluarkan sisa-sisa buangan dari tubuh anda akan menyebabkan anda mengalami kegatalan yang teruk.
  5. Perhatikan sekiranya ada rasa seperti logam di dalam mulut anda. Ini adalah salah satu tanda-tanda awal kegagalan buah pinggang. Ianya juga berlaku disebabkan oleh terkumpulnya sisa buangan di dalam darah.
  6. Anda mengalami loya dan muntah-muntah. ini juga disebabkan oleh pengumpulan sisa-sisa buangan di dalam darah.
  7. Anda berasa sejuk sepanjang masa. Mereka yang mengalami anemia mungkin akan berasa kesejukan sepanjang masa walaupun dalam cuaca yang panas.
  8. Anda merasa kesukaran untuk bernafas. Ini tanda awal penyakit buah pinggang yang mungkin disebabkan oleh anemia atau pengumpulan bendalir di dalam paru-paru.
  9. Anda merasa sakit di bahagian belakang atau tepi sebelah bawah. Ini  adalah tempat terletaknya buah pinggang anda. Beberapa bentuk penyakit buah pinggang boleh menyebabkan ketumbuhan yang akan mewujudkan rasa sakit pada buah pinggang.
  10. Anda kerap berasa pening kepala. Ini boleh disebabkan oleh anemia yang mengakibatkan kekurangan oksigen di dalam otak.
  11. Kebanyakan dari tanda-tanda awal penyakit buah pinggang juga merupakan tanda kepada penyakit-penyakit lain. Jadi sekiranya anda merasakan anda mungkin mengalami masalah buah pinggang, jalan yang pasti untuk mengetahuinya hanyalah dengan berjumpa doktor untuk melakukan pemeriksaan.

Perhatian: Informasi ini hanyalah sebagai panduan umum dan tidak boleh dianggap sebagai nasihat profesional.


Tentang penulis
:
Abdullah Idris merupakan pengasas blog kesihatan ini. Dapatkan update terkini melalui facebook atau twitter

 

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Share

29 thoughts on “Bagaimana Untuk Tahu Jika Anda Mempunyai Penyakit Buah Pinggang?

    1. admin Post author

      ye abg benjy.Sebab tu jalan terbaik hanyalah dengan melakukan ujian pemeriksaan sahaja.

      Reply
      1. anne

        bnyak persamaan yg sy alami skrag…..dah bnyk kali piergi hspital n klinik but doc juz ckp skit sendi……kadang2 xcheck pown trus bg ubat….

        Reply
        1. admin Post author

          Saya cadangkan buat pemeriksaan di klinik atau hospital swasta.Bukan nak perlekehkan tetapi hakikatnya begitulah.Klinik atau hospital kerajaan sekarang mutu perkhidmatannya terlalu merosot.

          Reply
          1. din

            ya la..klu boleh kita pn tak nak menyusahkan doktor2 kerajaan ni,siapala yg mau sakit..tpi cara dorg cek alakadar je,tunggu kita dah tak bernyawa bru nak buat pemeriksaan trprinci…

  1. Pingback: Bagaimana Untuk Sembuhkan Fungsi Buah Pinggang Lemah l Buah Pinggang Sihat Dot Com

  2. ehhm

    salam…. nak tanye… adekah simptom2 di atas ni akan hilang dan datang sekali sekala atau ia berterusan? mcmne dgn najis dan buang air besar? adakah pesakit buah pinggang ni susah buang air kecil dan besar? tq

    Reply
    1. admin Post author

      Boleh jadi kedua-duanya sekali.Berterusan dan kadang-kadang.Pengalaman saya pesakit buah pinggang susah untuk buang air kecil tetapi tidak ketika membuang air besar.

      Reply
  3. nisha

    Saya mengalami demam beberapa hari yang lepas. Sejuk, mengigil, badan panas setelah demam ok timbul pula ruam yang gatal. Dah hilang ruam masalah lain pula timbul, saya asik loya je, 2 3x muntah. Nak kata mengandung xmungkin sebab saya lam manses lagi. Sekarang ni masih lagi muntah-muntah dan pagi tadi 1 lagi masalah, pinggang sebelah kiri di tepi pula sakit. Rasa tak selesa sangat, duduk saya tekan tangan kat belakang dan menyandar di kerusi baru rasa ok tetapi rasa sakit tu tak hilang. minta pendapat admin…tq

    Reply
    1. admin Post author

      Saya cadangkan langkah terbaik ialah buat pemeriksaan darah dan air kencing.Rasa sakit pinggang tu takut ada kaitan dengan masalah buah pinggang.

      Reply
  4. Nurul

    Salam

    Adik sy ade melakukan pemeriksaan kesihtan dan doc ade maklumkan bahawa ada lebihan protein dalam urin..adakah ia juga tanda2 dan bagaimana cara pengawalan dari segi pemakanan dan rawatan susulan dari segi pengalaman anda.

    Reply
    1. admin Post author

      Waalaikumusalam.Mengikut pengalaman saya sebagai seorang pesakit nefrotik sindrom sendiri apabila wujudnya kandungan protin di dalam urin memang menunjukkan buah pinggang bermasalah.Ini kerana protin sebenarnya adalah nutrien yang diperlukan oleh tubuh badan kita.

      Bila ujian menunjukkan ada kandungan protin apa kata doktor?Adakah doktor mengesahkan yang adik saudari mempunyai masalah buah pinggang.Mengikut pengalaman saya apabila protin banyak di dalam badan,kena kurangkan pengambilan makanan yang bersumber dari protin.Saya cadangkan kalau doktor memberikan rawatan susulan ikut rawatan trersebut dan dalam masa yang sama amalkan pemakanan kesihatan.

      Secara jujurnya saya mencadangkan agar saudari mencuba cellfood.Kerana saya sendiri mengamalkan cellfood dan alhamdulillah ianya berkesan pada saya.

      Reply
      1. Nurul

        Doc ade bg ubat untuk lawaskan kencing n lakukan urine test 2 mggu skali…

        Setakat ni masih blm ade confirmation dari doc tntg masalah buah pinggang.

        Terima Kasih byk2 di atas info y diberi.Sy sgt hargai. Semoga Allah memberi rahmat kepada anda.

        Reply
        1. admin Post author

          Kalau x silap saya ubat untuk melawakan kencing yang saya makan dulu nama dia frusimide.

          Reply
  5. Le3

    Salam, saya sudah 2 kali mengalami sakit pinggang sebelah kanan yang sangat sakit. kesan kesakitan nya sampai saya mengalirkan airmata kerana tidak dapat menahan kesakitan. Pada pendapat anda, adakah saya berkemungkinan mengalami penyakit buah pinggang? Saya sudah mula risau… TQ..

    Reply
    1. admin Post author

      Mengikut pengalaman saya sakit buah pinggang tidak menunjukkan sebarang rasa sakit. Mungkin anda mengalami masalah batu karang atau kencing kotor. Dah buat pemeriksaan hospital?

      Reply
  6. zu

    saya pun riasau la,sekarang nie saya kerap kencing2 waktu malam kadang2 saya tak dapat nak kawal pundi kencing saya tengah duduk pun tengok2 dah basah. Adakah nie tanda penyakit buah pinggang..

    Reply
    1. admin Post author

      Kalau kerap kencing pada waktu malam,itu tanda penyakit kencing manis.Dah buah pemeriksaan darah?

      Reply
  7. zura

    Assalam admin…

    Baru2 ini saya mengalami kencing x lawas..lebih dr seminggu..dan tak lama selepas itu, saya mengalami sakit pinggang dan diikuti dgn sakit disebelah kiri di bahagian pinggang. Sakitnya seperti dipintal-pintal..sekejap dtg, sekejap hilang..keesokkan harinya beralih kebahagian kanan pula..sehingga kini, saya masih mengalami sakit pinggang, kencing x lawas dan sakit sekejap2 di bahagian kanan dan kiri pinggang. Adakah itu tanda2 penyakit buah pinggang?

    Terima kasih.

    Reply
    1. admin Post author

      Kebiasaannya tanda-tanda yang boleh diperhatikan pada air kencing untuk mengenalpasti masalah buah pinggang ialah air kencing berbuih-buih.Keadaan ini disebabkan munculnya kandungan protin di dalam air kencing.Adakah keadaan ini berlaku pada anda?Kalau ada sebaiknya buat pemeriksaan urin terlebih dahulu.Dari situ dapatlah dipastikan samada anda mengidap masalah buah pinggang atau tidak.

      Reply
  8. syd

    salam admin..sy nak tny..skt pd bahagian belakang tu skt yg bagaimana? mksd sy, skt yg amat sgt or just skt2 biasa? sy ingin tahu sebab skt pd blkg sy ni mgkn disebabkan angin..sbb ianya skt yg berdenyut2 tp tidak menjejaskan aktiviti harian sy..dan rasa logam pd mulut tu bagaimana pula? boleh bg cth x?

    Reply
    1. admin Post author

      Wslm,

      Saya pun tidak pasti bagaimana rasa sakitnya. Mengikut pengalaman saya sebagai seorang pesakit nefrotik sindrom, saya tidak pernah mengalami rasa sakit di bahagian belakang. Kalau dalam artikel ini ia mengatakan bahawa ada sesetengah penyakit buah pinggang boleh menyebabkan ketumbuhan dan ketumbuhan itu yang menyebabkan rasa sakit pada bahagian belakang. Untuk kepastian saya cadangkan anda buat pemeriksaan sekiranya mengalami rasa sakit di bahagian belakang.

      Berkenaan dengan rasa seperti logam saya tak tahau macam mana nak terangkan.Rasanya macam kelat-kelat tetapi berbeza dengan rasa kelat yang biasa kita alami.

      Reply
  9. mimie

    pls do full medical check up….sbnrnye chronic kidney disease is a silent disease…for stage 1 n 2 tak nampak kesan sampingannye unless kita buat check up…but at stage 3…more complicated….high blood pressuse…blood in urine…high creatinine.,,,foamy urine(tanda high protein in urine)…dan itu tandanye filter dlm kidney dh rosak…leaking of protein is early sign of kidney failure….

    kalau kes kidney stone…mmg rasa sakit…

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

CommentLuv badge