Bagaimana Untuk Sihatkan Buah Pinggang Yang Rosak?


Assalamualaikum pembaca sekalian,

Apabila buah pinggang anda sihat, ia akan melakukan pelbagai fungsi penting. Sebagai contoh, buah pinggang akan berfungsi untuk mengawal bendalir dalam badan, mengekalkan keseimbangan sodium, kalium dan fosforus dan penapis toksin dan juga bahan buangan daripada darah anda. Walau bagaimanapun, masalah seperti tekanan darah tinggi, kencing manis atau penyakit kardiovaskular boleh merosakkan buah pinggang anda yang menyebabkan kerosakan buah pinggang. Mujurlah, terdapat rawatan dan perkara-perkara yang boleh anda lakukan untuk menyembuhkan buah pinggang anda dan mencegah kerosakan yang lebih teruk.

1.  Kenali gejala. Anda boleh mengalami sakit semasa kencing, mata bengkak, rasa dahaga yang meningkat dan keperluan yang meningkat untuk kencing, terutama pada waktu malam. Anda juga boleh melihat samada air kencing anda berwarna merah jambu gelap, yang menunjukkan terdapat darah dalam air kencing anda, atau air kencing berbuih. Di samping itu, anda mungkin berasa lemah atau penat.

2.   Memahami risiko anda. Di samping penyakit seperti kencing manis, penyakit lain seperti lupus juga boleh merosakkan buah pinggang anda. Berlebihan NSAID seperti ibuprofen, naproxen dan ubat penahan sakit yang lain boleh membahayakan buah pinggang anda. Faktor risiko lain termasuk kegemukan, berat badan lahir rendah, etnik atau yang berusia lebih 60 tahun, yang boleh menyumbang kepada kerosakan buah pinggang. Lakukanlah ujian jika anda berada di dalam mana-mana kumpulan ini. Pengesanan awal dapat menyembuhkan kerosakan lebih cepat.

3.   Merawat punca-punca asas. Menurut Yahoo Kesihatan, jika anda mempunyai diabetes atau tekanan darah tinggi, anda dan doktor anda boleh merangka satu pelan rancangan untuk mengawal paras glukosa darah. Doktor anda mungkin akan mencadangkan mengambil angiotensin II receptor blocker (ARB) atau perencat ACE, untuk mengawal tekanan darah anda. Penyahhidratan dari penyakit seperti muntah-muntah atau cirit-birit boleh menyebabkan kerosakan buah pinggang. Oleh itu, doktor anda akan merawat dehidrasi anda.

4.   Buat perubahan gaya hidup. Perbaiki diet anda untuk menyembuhkan kerosakan buah pinggang. Diet anda haruslah merangkumi jumlah protein yang sesuai, cecair dan juga sodium. Menurut NKF, diet anda mestilah menitikberatkan penggunaan protein dan juga garam secara sederhana. Di samping itu, anda juga perlu bersenam. Anda mestila mencapai matlamat sekurang-kurangnya dua setengah jam setiap minggu, mengikut cadangan Yahoo Health. Perubahan gaya hidup yang lain yang boleh anda lakukan untuk menyembuhkan kerosakan buah pinggang adalah mengawal berat badan anda, mengekalkan tahap kolesterol yang rendah dan melakukan pemeriksaan fizikal setiap tahun

 

Anda rasa artikel di atas bermanfaat? Kongsikanlah ia dengan rakan-rakan anda. Atau klik butang like dan juga google plus one di bawah. Saya sangat menghargainya.

Tentang penulis: Abdullah Idris merupakan pengasas blog kesihatan ini. Dapatkan update terkini melalui facebook atau twitter. Atau langgan artikel terkini yang mengandungi tip & panduan penting untuk kesihatan buah pinggang melalui emel.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

4 thoughts on “Bagaimana Untuk Sihatkan Buah Pinggang Yang Rosak?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

CommentLuv badge

PERCUMA!Panduan Diet Untuk Pesakit Buah Pinggang


%d bloggers like this: