Bagaimana Untuk Pulih Dari Kegagalan Buah Pinggang Kreatinin


Assalamualaikum pembaca sekalian,

Kegagalan buah pinggang, atau penurunan fungsi buah pinggang, diukur oleh tahap kreatinin dalam darah. Semakin tinggi tahap kreatinin, semakin teruk fungsi buah pinggang anda. Apabila buah pinggang telah gagal berfungsi, organ tersebut tidak boleh menguruskan keseimbangan bendalir, elektrolit, tekanan darah dan pengeluaran hormon. Bilangan penduduk di Amerika Syarikat yang hidup dengan beberapa tahap kegagalan buah pinggang telah meningkat daripada 10 peratus kepada 13 peratus sejak tahun 1999 mengikut Dr Theodore Post, iaitu seorang editor nefrologi Uptodate.com. Hingga sekarang tiada penawar tertentu untuk merawat masalah kegagalan buah pinggang, bagaimanapun terdapat beberapa perkara yang anda boleh lakukan untuk menyokong kesihatan buah pinggang dan menyediakan peluang terbaik untuk pemulihan.

1) Tanya doktor anda jika anda dinasihatkan untuk berjumpa dengan ahli nefrologi, atau pakar buah pinggang. Anda harus membawa senarai tiap-tiap ubat yang anda ambil kepada doktor anda, walaupun yang dibeli di kaunter atau yang ditetapkan oleh doktor yang lain, dan berunding dengan doktor anda sebelum mengambil sebarang ubat baru. Elakkan pengambilan ubat anti-radang secara berlebihan.

2) Pantau tekanan darah anda seperti yang disyorkan oleh doktor anda dengan alat tekanan darah yang sesuai. Doktor anda mestilah mengekalkan tekanan darah anda di bawah 135/85 mm Hg. Ambil ubat tekanan darah seperti yang ditetapkan.

3) Minum jumlah bendalir yang betul seperti yang disyorkan oleh doktor anda. Elakkan pengambilan cecair yang bertindak sebagai diuretik, seperti kandungan alkohol yang tinggi dan minuman berkafein. Penyahhidratan adalah berbahaya kepada buah pinggang anda.

4) Tanyakan kepada doktor yang merawat anda apakah pengambilan ubat menurunkan kolestrol sesuai untuk anda. Maklumat yang disiarkan dalam Uptodate.com oleh Dr. Post mencadangkan “statin,” satu jenis ubat kolesterol, yang boleh membantu. Dan jangan lupa tanyakan juga kepada doktor anda tentang pengambilan jenis ubat tekanan darah yang dipanggil “perencat ACE” kerana ubat ini mempunyai kesan yang penting pada buah pinggang.

5) Jadualkan semula anda kekerapan membuat pemeriksaan dengan doktor untuk memeriksa tahap protein dalam air kencing, tekanan darah, keasidan darah dan tahap potassium.

6) Berhenti merokok. Ingat!Merokok boleh merosakkan buah pinggang anda.

Anda rasa artikel di atas bermanfaat? Kongsikanlah ia dengan rakan-rakan anda. Atau klik butang like dan juga google plus one di bawah. Saya sangat menghargainya.

Tentang penulis: Abdullah Idris merupakan pengasas blog kesihatan ini. Dapatkan update terkini melalui facebook atau twitter. Atau langgan artikel terkini yang mengandungi tip & panduan penting untuk kesihatan buah pinggang melalui emel.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

27 thoughts on “Bagaimana Untuk Pulih Dari Kegagalan Buah Pinggang Kreatinin

  1. assalam,
    Bagaimana merokok boleh menyumbang kegagalan buah pinggang.Boleh terangkan dengan lebih terperinci secara perubatan.

    • Wassalam,

      Kalau nak terangkan secara detail melalui teori perubatan bagaimana rokok boleh meyebabkan kegagalan buah pinggang,saya bukanlah seorang yang ahli atau pakar.Setakat yang saya tahu ialah asap rokok yang kita sedia maklum mempunyai 4000 bahan kimia yang sangat merbahaya akan diserap ke dalam darah.Jadi apabila darah dicuci oleh buah pinggang akan rosak akibat terlalu banyak bahan kimia merbahaya yang terdapat di dalam asap rokok.

  2. assalamualaikum wbt, saya ingin bertanya.

    Bagaimana bagi pengidap SLE? Buah pinggang telah disahkan rosak (70%) dan sekarang menjalani hemodialasis telah bermula sejak 3 bulan yang lalu. Adakah kaedah rawatan yang boleh merawat dan memulihkannya semula? Adakah cara tertentu untuk mengetahui keadaan terkini buah pinggang? Adakah peluang untuk buah pinggang itu dipulihkan? untuk makluman, test darah terakhir memberi bacaan creatinine 124, dan urea 12.9 (maaf kalau silap tertukar antara dua data bacaan itu). sekian, wassalam

    • Setahu saya kalau sudah menjalani rawatan hemodialisis buah pinggang tidak dapat dipulihkan lagi kerana sudah rosak sepenuhnya.Yang boleh dilakukan ialah mengurangkan menjalani rawatan dialisis. Untuk mengetahui keadaan buah pinggang ialah dengan menjalani ujian darah dan melihat pada bacaan kreatinin.Saya cadangkan cuba produk yang saya jual iaitu cellfood.

  3. Assalam.sy juga salah seorang pesakit buah pinggang slps setahun disahkan menghidapi darah tinggi.skrg sy hnya makan ubat drh tinggi Dan menjaga makan.akn tetapi, kreatinie sy semakin naik dr 271 kpd 336…bolehkah kreatinie sy menurun Dan bagaimanakah cara lain yg sesuai untuk sy…

    • Assalamualaikum,

      Pengalaman saya mengidap penyakit NS menunjukkan penjagaan untuk penyakit ini sangat kompleks.Saya dulu juga menjaga makan sampai kadang-kadang rasa bosan dah sebab rasanya seperti dah hilang nikmat makan.

      Walaupun saya mengamalkan penjagaan makanan tetapi saya selalu relapse dan edema selalu berulang.Kerap masuk hospital.Bila dah masuk wad tu ujian biasalah keputusan menunjukkan kretinin dan protin semua naik.Tetapi alhamdulillah selepas saya mengamalkan cellfood saya tidak lagi berlaku relapse.Kreatinin dan protin semuanya kembali kepada normal.

      Saya cadangkan anda untuk mencuba cellfood.

  4. InsyaALLAH, sy akan cuba cellfood…sy akan uruskan tempahan cellfood tersebut…tq atas mklumt yg diberikan….

  5. hasil ujian urin/ air kencing saya dikesan mengandungi protein. adakah ini tanda saya berpenyakit buah pinggang dan apakah rawatannya.tq

    • Apabila seseorang itu dikesan mengandungi protein, itu tandanya buah pinggang bermasalah.rawatan selalunya akan diberi oleh doktor berdasarkan keputusan ujian darah dan urin.Kala nak cuba cellfood sebagai rawatan alternatif juga boleh.

  6. salam admin,saya pegidap CKD, kreatinin 418 dan doc cakap by next month saya mesti kena buat masukkan caterer untk mula buat dialisis cara CAPD. Mcm brminat nak try cellfood tu..x trlambat ke bagi yg dah nak kena dialisis ni? lagi satu, apa kandungannya?

  7. Assalamualaikum. Isteri saya mengidap penyakit NS dan ianya dikesan pada April tahun lepas. Selama 3 bulan kami berusaha mengubatinya dan allhamdullilah ianya sembuh. Tak lama kemudian selepas 7 bulan penyakit NS kembali berulang dan ianya semakin serius di mana isteri saya telah mendapat sawan dan strok. Syukur kepada Allah ianya dapat di kawal kecuali NS tidak juga sembuh. Lebih kurang 3 hari yg lepas pergelangan dan betis kaki kiri isteri saya telah mengeluarkan cecair melalui liang2 romanya. Apakah yg harus kami lakukan?

    • Waalaikumussalam,

      Pengidap nefrotik sindrom memang biasanya akan berlaku pengulangan. Masalah strok mungkin disebabkan tekanan darah tinggi. Ada tak di bahagian kaki isteri anda mengalami pembengkakan?

  8. Ya,kedua-dua kaki dan perutnya bengkak. Isteri saya telah pun menggunakan cellfood lebih kurang seminggu. Apakah langkah2 yg harus di ambil bagi mengurangkan pembengkakan itu?

    • Di sini mungkin ada dua kemungkinan. Pertama bengkak itu disebabkan oleh masalah buah pinggang dan keduanya tindakbalas dari cellfood. Ada tak doktor bagi ubat untuk kerapkan kencing? Kalau isteri tak tahan saya cadangkan bolehlah dikurangkan dos cellfood. Berapa titis sekarang ye? Tuan beli cellfood dari saya?

  9. assalamualaikum.. sya ingt bertanya, adakah pyakit buah pinggang nie leh memberi kesan buruk dlm pmbentukn hormon? sekiranya slah satu buah pinggang telah tiada. apakah kesan pd seseorg tu, apekah jln yg perlu sya lakukan utk bakal suami sya? dia seperti tertekan selepas mndapat tahu penyakit ni, dan seolah2 hilang semangat.

    • Waalaikumussalam,jangan bimbang kerana walaupun anda mempunyai satu buah pinggang,ia masih mampu menjalankan fungsinya dengan baik sepertimana dua buah pinggang juga.Saya ada kenalan yang telah dibuang satu buah pinggangnya dan hingga sekarang tiada masalah kesihatan serius yang dihadapi.Cuma anda lebih perlu memberikan perhatian terhadap kesihatan buah pinggang yang satu ni kerana kalau rosak juga terpaksalah anda melakukan dialisis.

  10. salam bantu saya dalam mengendalikan masalah penyakit bagi pesakit buah pinggang. terima kasih.

  11. Assalamualaikum. Saya Pn. kamariah dari Kuantan, Phg. Anak saya menghidap nefrotik sindrum. Dia dah mkn cellfood selama sebulan lebih. Tapi masih tiada perubahan. Skrg dia bengkak semula. kena makan ubat kencing. klu tidak darah tingginya naik. namun dia masih makan cellfood spt biasa. Adakah ini normal.

    • Waalaikumussalam puan Kamariah,

      Selain dari mengamalkan cellfood,saya nak tanya adakah anak puan mengamalkan diet yang betul untuk masalah nefrotik sindrom?

  12. Pingback: Bagaimana kegagalan buah pinggang akibatkan pendarahan hidung? l Buah Pinggang Sihat Dot Com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

CommentLuv badge

PERCUMA!Panduan Diet Untuk Pesakit Buah Pinggang