Assalamualaikum pembaca sekalian,
Buah pinggang dan pundi kencing anda adalah organ yang sangat penting. Walaupun fungsi utamanya sebahagian daripada sistem perkencingan, kedua organ tersebut juga sebenarnya membantu dalam menjaga kesihatan tubuh badan anda yang lain. Membersihkan kedua-dua buah pinggang dan pundi kencing anda secara kerap adalah amat penting kesihatan anda yang menyeluruh. Untuk membersihkan buah pinggang dan pundi kencing anda sebenarnya adalah mudah, hanya dengan mengikuti program 3 hari di bawah.
- Singkirkan pengambilan kopi, minuman soda bergas, alkohol, garam dan juga makanan yang mengandungi tinggi kandungan protin. Ianya merupakan sebahagian daripada program pembersihan tiga hari anda. Unsur-unsur ini bertindak sebagai perengsa terhadap buah pinggang dan pundi kencing anda. Selain itu,unsur tadi juga akan menghalang pengeluran bahan-bahan toksik dari badan anda. Gantikan minuman berkafein dengan minuman dari unsur tulen. Makanan berdaging yang kaya dengan protin perlu digantikan dengan protin bijian penuh seperti biji bunga matahari dan juga badam.
- Minum segelas 10 ke 12 oz jus kranberri organik bersama sarapan pagi dan juga makan tengahari. Jus kranberri membantu untuk mengurangkan kalsium di dalam air kencing anda. Peningkatan kalisum dalam air kencing boleh menyebabkan fungsi buah pinggang menjadi perlahan. Akibatnya toksin akan meningkat dalam pundi kencing. Peningkatan kalsium juga boleh menyebabkan jangkitan pundi kencing dan juga batu karang yang sangat menyakitkan.
- Minum segelas 12 oz jus potassium diantara sarapan pagi dan makan tengahari. Potassium merupakan ejen yang kuat yang akan bertindak sebagai tonik pembersih apabila ditelan dalam bentuk cecair. Potassium juga akan membantu anda agar kekal bertenaga. Untuk menghasilkan jus potassium, anda boleh menggunakan jus lobak merah, saderi dan juga bayam. Jika anda tidak mempunyai pemerah jus,hanya campurkan 2 oz. jus mengkudu dengan oz 8. segelas air. Jus mengkudu boleh dibeli dari kebanyakan kedai-kedai makanan kesihatan. Terdapat beberapa jenama Noni di pasaran. Adalah penting untuk membeli jus mengkudu yang tulen.
- Minum 8 oz. klorofil cecair bersama makan tengah hari. Klorofil adalah pigmen hijau dalam tumbuhan. Ia memberikan banyak faedah metabolik kepada badan seperti memperbaiki sistem imun, membantu dalam fungsi pernafasan yang betul dan membantu agen pembersihan yang lain membersihkan darah. Klorofil cecair biasanya dijual dalam botol 16 oz. Ia juga boleh didapati di kebanyakan kedai makanan kesihatan dalam bentuk kapsul.
- Minum 1 cawan teh biji tembikai antara makan tengahari dan makan malam. Teh biji tembikai adalah diuretik ringan, tetapi berkesan untuk menggalakkan pundi kencing berfungsi dengan normal dan aktif dan juga untuk fungsi buah pinggang. Ini akan membantu anda mencerna makan tengah hari dan mencuci sistem anda sebelum anda makan malam.
- Minum 8 oz. jus lobak merah bersama makan malam. Antara manfaat jus lobak adalah keupayaannya adalah untuk membantu dalam corak kekerapan kencing. Jika anda alah kepada jus lobak merah, gantikan dengan jus kranberi.
- Minum satu cawan teh pembersihan pundi kencing / buah pinggang sebelum tidur sebagai sebahagian daripada program pembersihan 3-hari anda. Terdapat banyak jenama teh tersebut di pasaran. Teh Pembersihan Buah Pinggang merupakan teh yang kuat yang dijual di kebanyakan kedai-kedai makanan kesihatan. Teh pembersihan adalah kaya dengan beri Juniper, sutera jagung, daun pudina dan daun dandelion, yang akan membantu pundi kencing dan buah pinggang mencuci sistem anda dan membantu anda mencerna makanan semasa anda tidur.
Latihan fizikal dan Penjagaan Badan
- Lakukan senaman berjalan kaki secara pantas setiap hari sebagai sebahagian daripada program pembersihan 3 hari anda. Berjalan akan membantu buah pinggang anda menjalankan fungsinya. Semasa anda berjalan, pastikan diri anda dihidratkan dengan air. Biarkan diri anda berpeluh, tetapi jangan menghalang diri anda dari mengambil air.
- Duduk dalam sauna selama 30 minit sekurang-kurangnya sekali dalam program pembersihan anda. Sauna adalah cara yang baik untuk melepaskan toksin dan cecair yang tidak diingini melalui peluh.
- Buat regangan sebelum memulakan hari anda dan sebelum anda bangun setiap pagi. Regangan akan membantu anda bergerak pada waktu pagi dan berehat sebelum anda tidur. Pada waktu tidur, lakukan regangan sebelum minum teh pembersihan anda. Pada waktu pagi, lakukan regangan sebelum sarapan pagi.
Perhatian: Informasi ini hanyalah sebagai panduan umum dan tidak boleh dianggap sebagai nasihat profesional.
Tentang penulis: Abdullah Idris merupakan pengasas blog kesihatan ini. Dapatkan update terkini melalui facebook atau twitter. Atau langgan artikel terkini yang mengandungi tip & panduan penting untuk kesihatan buah pinggang melalui emel.


Aduhh ! … nampaknya b3njy kena tinggalkan minuman kegemaran b3njylah ni … sebenarnya b3njy suka minum kopi …
b3njy recently posted..KEMPEN ‘MARILAH MENDERMA’ SELAMA 15 HARI ANJURAN B3NJY
Abg benjy masih boleh minum kopi tapi jangan jadikan amalan.
aku pulak tak leh minum kopi..hehehe
blackrosehunter recently posted..Malaysia vs Indonesia Final Sukan Sea 2011
Kenapa takleh minum kopi bro?
nanti jadi pening kepala..kalau orang lain stay up minum kopi, kalau aku minum terus tido..hahaha
blackrosehunter recently posted..iPhone 4S Gadjet Impianku..
Yeke.Mungkin bro tak tahan dengan kandungan kafein kot.
Baru2 nie saya kerap demam…badan pun dh makin susut sebab saya jarang makan..kencing pon kerap…bila saya baring ja,,pnggang msti sakit…kerap sakit kepala…saya check tekenan darah,..hari2 sama ja..tinggi plak 2…ad kah saya berisiko mndapat penyakit buah pinggang
Kalau tekanan darah anda tidak dikawal pada bacaan yang normal,boleh meningkatkan risiko mendapat penyakit buah pinggang.